Anda di halaman 1dari 16

CHECK LIST PA1 BAHAGIAN B ( SKEMA JAWAPAN)

1. Nyatakan 3 ciri-ciri negara


-mempunyai penduduk tetap
-mempunyai sempadan
-mempunyai kerajaan yang teratur
-mempunyai kedaulatan
-mempunya ideology sendiri
-mempunyai sistem pemerintahan yang ditentukan sendiri

2. Huraikan 2 ciri-ciri negara berdaulat


-berwibawa
-bersekutu
-merdeka
-beridentiti
-berkuasa sendiri

3. Nyatakan 4 fungsi kerajaan


-menentukan arah tadbir urus negara demi keamanan,
kesejahteraan warga negara
-menyediakan kemudahan ekonomi
-menyediakn pelbagai perkhidmatan
-memastikan keamanan dan ketenteraman
-kestabilan persaingan
-perlindungan alam sekitar
-penyediaan keperluan asasi
-memastikan kestabilan ekonomi

4. Nyatakan 4 ciri negara demokrasi berparlimen


-berasaskan konsep Raja Berperlembagaan dengan YDPA sebagai
Ketua Negara
-berteraskan kepada pengagihan kuasa di antara tiga komponen
utama pemerintahan , iaitu Badan Perundangan, Badan Kehakiman
dan Badan Eksekutif.

5. Huraikan 2 perbezaan antara sistem kerajaan Persekutuan dan


Kerajaan Kesatuan.
-Kerajaan Persekutuan merupakan gabungan Kerajaan Pusat dan
Kerajaan Negeri manakala kerajaan kesatuan merupakan gabungan
beberapa buah negeri dengan Kerajaan Pusat mempunyai segala
kuasa pemerintahan.
-Kerajaan Pusat tidak mempunyai kuasa mutlak manakala kerajaan
kerajaan kesatuan berkuasa untuk membatalkan undang-undang
yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri.

6. Nyatakan 3 kebaikan doktrin pengasinngan kuasa


-mengelakkan pertindihan bidang kuasa, iaitu pihak yang sama
tidak terlibat dalam pengurusan lebih daripada satu kuasa.
-mengelakkan penyalahgunaan kuasa akibat pemusatan kuasa
pada sesebuah badan tertentu.
-membolehkan setiap badan bertindak tanpa diganggu atau
dipengaruhi oleh badan lain.

7. Nyatakan 4 kepentingan perlembagaan


-menjamin kestabilan politik dan sistem pentadbiran yang cekpa
dan efisien
-menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat
-menentukan tanggungjawab rakyat dan sekatan terhadap
kebebasan asasi rakyat.
-memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan negara.
8. Nyatakan 4 cara untuk meminda perlembagaan Persekutuan
-mendapat pungutan suara majority biasa Majlis Parlimen
-mendapat suara dua pertiga Majlis Parlimen
-mendapat suara dua pertiga Majlias Parlimen dan mendapat
keizinan Majlis Raja-Raja.
-perkara yang menyentuh Sabah dan Sarawak memerlukan
pungutan suara dua pertiga Majlis Parlimen dan persetujuan Yang
Dipertua Negeri.
-Pindaan Perlembagaan Malaysia juga boleh berlaku melalui
Perkara 150 iaitu melalui deklarasi darurat.

9. Nyatakan 4 perkara yang memerlukan persetujuan Majlis Raja-raja


apabila parlimen ingin meminda perlembagaan.
-Bahagian 3 berkaitan dengan kewarganegaraan
-Perkara 10(4) tentang Akta Hasutan dan Kebebasan Bercakap -
-Perkara 38 tentang Majlis Raja-raja
-Perkara 70 tentang keutamaan Raja dan Yang Dipertua Negeri
Perkara 63 (4) tentang Akta Hasutan di Parlimen
-Perkara 152 tentang Bahasa Kebangsaan
-Perkara tentang kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum
bumiputera lainserta hak yang sah bagi kaum-kaum lain.
-Perkara 159 (5) tentang kuasa perundangan Majlis Raja-Raja.

10.Huraikan 2 bukti bahawa Perlembagaan merupakan undang-undang


tertinggi di Malaysia
-YDPA tidak boleh mengatasi ketertinggian perlembagaan. Mengikut
Perlembagaan Persekutuan, YDPA adalah Raja Bepelembagaan dan
tertakluk kepada sekatan yang ditetapkan oleh Perlembagaan
Persekutuan.
-Parlimen memperoleh kuasanya daripada perlembagaan. Maka
Parlimen tidak boleh meluluskan apa-apa undang-undang yang
dianggap bertentangan dengan perlembagaan. Kuasa Parlimen
adalah terhad dan tidak boleh membuat undang-undang untuk
perkara-perkara yang terletak di luar bidang kuasanya yang
diperuntukkan kepadanya.
-Semua undang-undanng yang digubal tidak boleh bercanggah
denga Perlembagaan Persekutuan. Jika wujud percanggahan,
undang-undang berkenaan dianggap terbatal setakat bahagian
yang bercanggah sahaja.

11.Nyatakan 4 sebab penubuhan Malaysia


-mempercepatkan proses kemerdekaan untuk Singapura, Sabah,
Sarawak dan Brunei yang masih dijajah oleh pihak British.
-mengimbangi penduduk Melayu dan bumiputera dengan bukan
bumiputera.
-membawa kemajuan dan kerjasama ekonomi yang lebih pesat
kepada negara anggota
-menyekat pengaruh komunis yang semakin ketara, terutamanya di
Singapura dan Sarawak yang boleh menggugat kestabilan politik
serantau.

12.Huraikan 2 kebebasan asasi yang terkandung dalam perlembagaan


-Kebebasan diri
-Pengabdian dan kerja paksa
-Hak-hak berkenaan dengan Pendidikan
-berhak menikmati kesamarataan, iaitu seseorang tidak
didiskriminasikan dari segi agama, keturunan, tempat lahir atau
jantina.
-seseorang warga negara bebas bergerak dan bermastautin di
mana2 bahagian persekutuan
-kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan
-kebebasan beragama
-kebebasan memiliki harta

13.Nyatakan 4 kebebasan diri yang terkandung kebebasan asasi


-Tidak boleh diambil nyawa atau dilucutkan kebebasan dir kecauli
menurut undang-undang
-tidak boleh ditahan polis lebih daripada 24 jam kecuali selepas
dibawa ke hadapan seorang majistret/pegawai daerah untuk
mendpt perintah tahanan.
-berhak diberitahu tentanng kesalahannya ketika ditangkap oleh
pihak berkuasa dan dibela oleh peguam dalam perbicaraan yang
diadakan secepat mungkin.
-tiada sesiapa yang boleh ditahan sebagai abdi kecuali bagi
perkhidmatan kerahan (kerja paksa) yang mengikut undang2.
-berhak mendapat perlindungan undang2 dan seseorang yang telah
dibebaskan daripada sesuatu kesalahan tidak boleh didakwa lagi
atas kesalahan yang sama.
-berhak memohon habeas corpus apabila seseorang ditahan secara
tidak sah

14.Nyataka 4 cara untuk memperolehi kewarganegaraan


-kuatkuasa undang-undang
-pendaftaran
-kemasukan / naturalisasi
-percantuman wilayah

15.Nyatakan 2 kriteria yang diambil kira oleh kerajaan Persekutuan


untuk memberi peruntukan kepada kerajaan negeri.
-bilangan pendudukan
-panjang jaringan jalan raya negeri
-peruntukkan pembangunan khas

16.Huraikan 2 keadaan di mana kerajaan persekutuan berhak


campurtangan berkaitan dengan senarai negeri.
-Kerajaan Persekutuan boleh menjalankan apa-apa siasatan,
tinjauan dan pengumpulan data terhadap Kerajaan Negeri
-Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa menjalankan
penyelidikan, memberi nasihat dan bantuan teknikal kepada
kerajaan Negeri.
-Kerajaan Persekutuan boleh memeriksa kegiatan-kegiatan jabatan
negeri dengan tujuan membuat laporan tentang kegiatan itu
kepada Kerajaan Persekutuan.

17.Nyatakan 4 sumber hasil Kerajaan Persekutuan


-Hasil-hasil cukai (Cukai Langsung dan Cukai Tidak Langsung)
-Hasil2 Bukan Cukai kutipan dr perkhidmatan spt lessen, denda dll
-Terimaan Bukan hasil jualan barang, pemberian dan caruman dll
-Hasil wilayah Persekutuan WP KL, WP Labuan dan Putrajaya

18.Nyatakan 4 kuasa yang terletak di bawah senarai bersama


-Kebajikan masyarakat
-Biasiswa
-Ternakan binatang
-Perumahan
-Kutu Rayau dan penjaja2 beredar

19.Jelaskan 2 cara untuk memperolehi kewarganegaraan


-Kuatkuasa undang 2 orang yang lahir pada atau selepas Hari
Malaysia (16 Sept 1963). Seseorang yang dilahirkan di Malaysia
dengan salah seorang ibu atau bapanya ketika itu adalah
warganegara. Seseorang yang dilahirkan di luar Malaysia dan
bapanya pada ketikaitu adalah seorang warganegara yang lahir di
Malaysia.
-Pendaftaran dia masih bersuami dan suaminya warganegara.
Kerajaan Persekutuan berpuas hati bahawa dia telah bermastautin
di dalam Persekutuan selama 2 tahun sebelum tarikh permohonan
dan berniat untuk bermastautin tetap serta berkelakuan baik.
Seseorang yang di bawah umur 21 tahun boleh didaftarkan sebagai
warganegara sekiranya ibu atau bapanya adalah seorang
warganegara.

20.Nyatakankan 4 syarat-syarat untuk memohon kewarganegaraan


secara naturalisasi.
-berumur 21 tahun atau lebih
-telah bermastautin di dalam persekutuan bagi tempoh yang
dikehendaki
-berniat ingin menetap di Persekutuan.
-berkelakuan baik dan mempunyai pengetahuan memadai dalam
BM.

21.Nyatakan 3 syarat yang diperlukan pleh Kerajaan Persekutuan untuk


meluluskan permohonan penolakan kewarganegaraan.
-berumur 21 tahun atau lebih
-sempurna akal
-telah memperoleh kewarganegara lain/asing.

22.Huraikan 2 sebab perlucutan seseorang warganegara


-telah menjadi warganegara asing
-telah menderhaka terhadap kerajaan semasa peperangan
-telah membuktikan dia tidak lagi setia kepada negara sama ada
melalui percakapan atau tindakannya yang boleh mencemarkan
keselamatan dan kedaulatan negara

23.Nyatakan 4 jenis suruhanjaya perkhidmatan


-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
-Suruhanjaya Pekhidmatan Kehakiman dan Undang2
-Suruhanjaya Pasukan Polis
-Majlis Angkatan Tentera
-Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan

24.Nyatakan 4 negeri yang tidak mempunyai SPA sendiri.


-Melaka
-Pulau Pinang
-Pahang
-Perak
-Selangor
-Negeri Sembilan

25.Huraikan 2 peranan suruhanjaya perkhidmatan awam


-menguruskan pelantikan anggota perkhidmatan awam secara
tetap, sementara, kontrak, tukar sementara dan pinjaman.
Suruhanjaya berkuasa menamatkan perkhidmatan annggota
Perkhidmatan Awam mengikut syarat2 perlantikan
-mengesahkan anggota Perkhidmatan Awam dalam perkhidmatan,
melanjutkan tempoh percubaan, mengembalikan kakitangan ke
jawatan asalnya atau menamatkan perkhidmatan kerana gagal
disahkan dalam jawatan.
-menguruskan pemberian taraf berpencen kepada anggota
Perkhidmatan Awam tidak termasuk anggota Kumpulan Sokongan.
26.Nyatakan 4 fungsi suruhanjaya Perkhidmatan Pilihanraya
-mengkaji hal-hal tentang persempadanan kawasan pilihanraya
sekuurang-kurangnya sekali dalam 8-10 tahun (dilakukan dgn
majority 2/3 Majlis Parlimen atau DUN)
-menentukan tarikh pilihan raya (penamaan calon dan hari
pengundian) untuk pilihanraya umum dan pilihan raya kecil
-menjalankan pilihan raya umum untuk memilih wakil2 bg Dewan
Rakyat dan DUN
-menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan semakan daftar
pemilih
-mengurus pengundian secara pos
-melantik pegawai2 untuk menjalankan pilihan raya
-mewartakan keputusan pilihanraya.

27.Nyatakan 3 komponen parlimen


- YDPA
- Dewan Rakyat
- Dewan Negara

28.Nyatakan 2 komponen badan perundangan negeri


- Sultan/Raja/ Yang di-Pertuan Besar atau Yang di-Pertua Negeri
- Dewan Undangan Negeri

29.Huraikan 2 keistimewaan Dewan Undangan Negeri


- apa-apa prosiding dalam DUN tidak boleh dipersoalkan dalam
mahkamah
- Ahli Dun tidak boleh didakwa atas apa-apa yang dikatakannya
dan pengundian yang dibuatnya dalam DUN
- Seseorg tidak boleh didakwa kerana menyiarkan liputan
persidangan DUN

30. Huraikan 2 perbezaan antara syarat-syarat untuk menjadi ahli Dewan


Rakyat dan ahli Dewan Negara.
- Umur DR berumur tidak kurang 21 tahun, DN berumur tidak kurang
30 tahun
- DR setiap ahli memegang jawatan selama 5 tahun dan slps itu
pilihanraya yang baru akan diadakan untuk memilih calon . DN jawatan
itu hendaklah dipegang selama satu penggal (3 tahun) dan boleh
disambung sebanyak satu penggal lagi. Kedudukan DN tidak berubah
dengan pembubaran Parlimen.

30.Berikan 4 peranan YDP Dewan Rakyat (Speaker Dewan Rakyat)


- mempengerusikan persidangan DR
- memastikan tatatertib dan peraturan Dewan Rakyat dipatuhi
- mengenakan tindakan disiplin terhadap ahli yang tidak
mematuhi peraturan
- menjadi jurucakap Dewan Rakyat
- memaklumkan kekosongan luar jangka kepada Suruhanjaya
Pilihanraya

31.Nyatakan 3 syarat untuk menjadi seorang pemilih


- warganegara
- berumur 21 tahun dan lebih
- didaftarkan dalam senarai pemilih sebagai pemilih dalam
pilihanraya tempat dia bermastautin pd hari kelayakan

32.Huraikan 2 peranan Dewan Negara


- membahaskan hal rakyat
- membincangkan dasar kerajaan
- membahaskan, dan menangguhkan atau meluluskan rang
undang2, pindaan akta atau pindaan Perlembagaan
- memulakan rang undang2 (kecuali rang undang2 kewangan)

33.Nyatakan 4 bidang kuasa Dewan Rakyat


- membahaskan hal rakyat
- menyemak dan membahaskan dasar2 kerajaan
- menggubal dan meluluskan undang2 persekutuan
- mempunyai kuasa pemutus dalam rang undang2 kewangan

34.Huraikan 2 jenis rang undang-undang


- Rang Undang2 Awam / Kerajaan
- Rang Undang2 Persendirian
- Rang Undang2 Ahli Persendirian
- Rang Undang2 Hibrid

35.Nyatakan 4 sebab seseorang ahli parlimen hilang kelayakan


- dia didapati tidak sempurna akal
- dia diistiytiharkan bankrap/ muflis
- dia memegang jawatan berpendapatan
- dia tidak menghantar penyata perbelanjaan pilihan raya (bg DR
shj) kpd SPR dalam tempoh 31 hari drpd tarikh keputusan
Pilihanraya diwartakan.
- Dia disabitkan dengan kesalahan oleh mahkamah dan dihukum
penjara tiding kurang drpad setahun dan tidak diampuni atau
dihukum denda tidak kurang RM 2000.
- Dia telah mendapat dgn senjaga kewarganegaraan asing

36.Natakan 4 golongan yang dibenarkan mengundi secara pos


- ahli panel dan pegawai SPR
- petugas SPR
- anggota polis
- anggota angkatan tentera yang sedang bertugas
- anggota perkhidmatan awam yang sedang bertugas di luar
negara
- pelajar Malaysia yang belajar di luar negara termasuk
isteri/suami.

37.Huraikan 2 peringkat proses pengubalan undang-undang di Dewan


Rakyat
- Bacaaan Pertama peringkat ini merupakan suatu formality
menteri yang berkenaan atau Speaker Dewan atau pembentang
rang Undang2 membaca tajuk sahaja tidak ada perbahasan ttg
rang undang2 itu pd peringkat ini
- Bacaan Kedua peringkat ini merupakan peringkat yang paling
penting rang undang2 akan dibahaskan dgn mendlm dan
menyeluruh oleh kedua2 dewan menteri berkenaan
bertanggungjawab utk menjawab soalan/pertanyaan ttg rang
undang2 itu undian sama ada menolak atau menerima sesuatu
rang undang2 dibuat (hanya DR berhak menolak) Jika perlu
dan dipersetujui oleh kedua-dua dewan, rang undang2 akan
diserahkan ke peringkat Jawatankuasa.

38.Nyatakan 3 kuasa budi bicara Yang diPertuan Agong


- melantik PM
- boleh tidak menyetujui atau menolak permintaan PM utk
membubarkan Parlimen
- boleh membuat permintaan spy suatu mesyuarat MRR diadakan
semata-mata utk membincangkan hal-hal yang berkaitan
dengan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan, atau kebesaran
raja2 dan mengambil sebarang tindakan dalam mesy itu.

39.Nyatakan 4 perkara yang tidak boleh dilakukan oleh Yang di Pertuan


Agong
- tidak boleh menjlnkan tugas2 nya sebagai raja di negeri baginda
kecuali sebagai ketua agama Islam, meminda Perlembagaan
Negeri dan melantik seorang pemangku raja.
- Tidak boleh memegang apa-apa jawatan lain yang mempunyai
apa-apa saran
- Tidak boleh mengambil bahagian yang aktif dalam apa2 syarikat
perniagaan dan parti politik.
- Tidak boleh menerima apa2 jua jenis pendapatan yang kena
dibayar kpd baginda sebagai raja negeri baginda
- Tidak boleh tanpa persetujuan MRR meninggalkan Persekutuan
selama lebih drpd 15 hari kecuali atas sebab lawatan rasmi.

40.Huraikan 2 peranan Yang diPertuan Agong di bawah badan


perundangan
- memanggil Parlimen bermesyuarat dari semasa ke semasa
- memberhentikan dan membubarkan Parlimen
- memberi ucapan dalam mana-mana Majlis Parlimen

41.Nyatakan 4 kuasa Yang di Pertuan Agong di bawah badan eksekutif


- melantik PM
- tidak mempersetujui permintaan untuk membubarkan Parlimen
- boleh membuat permintaan spy suatu mesyuarat MRR diadakan
semata-mata utk membincangkan hal-hal yang berkaitan
dengan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan, atau kebesaran
raja2 dan mengambil sebarang tindakan dalam mesy itu.
- Melantik ahli kabenit atas nasihat PM
- Melantik ahli suruhanjaya atas nasihat PM slps berunding dgn
MRR
- Melantik YDN atas nasihat PM slps berunding dgn Ketua2
Menteri.

42.Huraikan 2 kuasa budibicara seoarang Sultan dan YDPN


- melantik Menteri Besar yang beragama Islam dan merupakan
kaum Melayu
- bersetuju atau menolak permintaan untuk membubarkan DUN
- meminta spy mesyuarat MRR diadakan ttg hak istimewa raja
- melantik waris, permaisuri, pemangku raja atau Jemaah
pemangku raja
- menganugerahkan bintang kehormat , pangkat dan gelaran
kemuliaan kpd mrk yang berjasa
- melaksanakan tugas sebagai Ketua Agama Islam di negeri
masing2
- menentukan peraturan istana

43.Huraikan 2 fungsi Majlis Raja-raja


- memilih atau memecat YDPA danTimbalan YDPA
- mempertimbangkan soal-soal dasar negara
- menyetujui atau tidak menyetujui perbuatan, amalan atau
upacara agama Islam meliputi seluruh Persekutuan

44.Nyatakan 3 peranan Penyimpan Besar Mohor Raja-raja


- menerima dan mengedarkan kertas-kertas kerja yang hendak
dikemukakan dalam mesyuarat MRR
- bertanggungjawab utk memanggil mesyuarat dari semasa ke
semasa atas arahan YDPA atau MRR
- menghadiri mesyuarat MRR dan menyimpan minit2 mesyuarat
- mengesahkan semua keputusan MRR
- memaklumkan keputusan pemilihan YDPA kpd Dewan Rakyat
dan DN
- mengumumkan keputusan Majlis Raja-Raja, tarikh puasa, tarikh
hari raya.

45.Nyatakan 4 tugas Ketua Setiausaha Negara


- penasihat utama kepada PM dlm hal-hal ttg pentadbiran
Kerajaan Persekutuan
- bertindak sebagai setiusaha dalam Mesyuarat Kabinet
- pengerusi Mesyuarat J/Kuasa Perancang Pembangunan Negara
yang dianggotai oleh semua Ketua Setiausaha Kementerian
- Pengerusi Mesyuarat J/Kuasa Perhubungan antara Kerajaan
Persekutuan dgn Kerajaan Negeri yang bertujuan utk
menyelaraskan pentadbiran awam pusat dan negeri.

46.Nyatakan 3 syarat kelayakkan sebagai seorang Perdana Menteri


- mestilah seorang anggota Dewan Rakyat
- mestilah mendapat kepercayaan drpd majority ahli DR
- kewarganegaraan mestilah diperoleh secara kuatkuasa
undang2.

47.Nyatakan 4 tugas seorang Perdana Menteri


- menjadi penasihat kepada YDPA
- menamakan senarai menteri cabinet utk dilantik oleh YDPA
- menyelaraskan dan membuat keputusan ttg semua dasar
kerajaan
- menjadi jurucakap dalam hal ehwal antarabangsa dan dalam
negara
- bermohon kpd YDPA utk membubarkan Parlimen apabila sampai
tempohnya.

48.Nyatakan 3 kementerian yang mengakaunkan kewangannya sendiri.


- Kementerian Pelajaran
- Kementerian Pertahanan
- Kementerian Kesihatan

49.Huraikan 2 fungsi sesebuah kementerian.


- merancang dan menggubal dasar2 , mengawal serta
menyelaraskan program2 yang terletak di bawah portfolio
menteri
- mengesan dan mengawal pelaksanaaan program-program yang
dijalankan oleh agensi2 pelaksana di bawah kawalannya.

50.Nyatakan 3 orang ahli ex-officio


- Setiausaha Kerajaan Negeri
- Penasihat Undang-undag Negeri
- Pegawai Kewangan Negeri

51.Nyatakan 4 pejabat Kerajaan Negeri


- Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
- Pejabat Kewangan Negeri
- Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri
- Unit Perancang Ekonomi Negeri

52.Nyatakan 3 peranan Pejabat Setiausaha Kerajaan Persekutuan di


Sabah dan Sarawak
- sebagai penghubung antara Kerajaan Negeri dgn Kerajaan
Persekutuan
- sebagai pemudah cara pelaksanaan projek pembangunan
Kerajaan Persekutuan
- sebagai pegawai perhubungan awam Kerajaan Persekutuan utk
mempereratkan hubungan antara Kerajaan Negeri dengan
Kerajaan Persekutuan serta memupuk perpaduan
- menyelaraskan kegiatan Kerajaan Persekutuan dan diketuai oleh
Setiausaha Kerajaan Persekutuan

53.Huraikan 2 fungsi Pejabat Kewangan Negeri


- mengurus hal ehwal kewangan Kerajaan Negeri mengikut
peraturan dan prinsip kewangan yang ditetapkan oleh undang2.
- Merancang dan mengawal perbelanjaan negeri
- Menentukan sistem perakauan yang teratur dan cekap bagi
pungutan hasil dan perbelanjaan negeri yang telah diluluskan.

54.Nyatakan 3 kuasa otonomi kerajaan tempatan


- membuat undang-undang kecil
- mengutip cukai dan sewa
- menubuhkan kumpulan wang pihak berkuasa tempatan

55.Nyatakan 4 contoh badan berkanun


- Majlis Amanah Rakyat (MARA)
- DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka)
- LPN (Lembaga Padi dan Beras Negara)

56.Huraikan 2 perbezaan antara badan berkanun dengan badan tidak


berkanun
- Badan Berkanun ditubuhkan di bawah Akta Parlimen /
Eknakmen Negeri manakala Badan Tidak Berkanun ditubuhkan
di bawah Akta Syarikat
- Badan berkanun dikawal oleh menteri secara longgar manakala
badan Tidak Berkanum dikawal oleh menteri secara tidak
langsung.

57.Nyatakan 4 badan berkanun yang berkaitan pembangunan luar


bandar
- MARA
- FELCRA (Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah
Persekutuan)
- RISDA ( Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah)
- LPP (Lembaga Pertubuhan Peladang)
-
58.Nyatakan 3 kriteria yang diambil kira oleh kerajaan Persekutuan
untuk memberi peruntukan kepada kerajaan tempatan.
- Bilangan penduduk
- Luas kawasan
- Jumlah hasil yang dikutip

59.Nyatakan 3 fungsi kerajaan tempatan


- membantu kerajaan negeri dalam bidang pentadbiran dan
penggubalan undang2 kecil
- menyediakan kemudahan rekreaksi dan perkhidmatan utk
penduduk setempat
- memberikan peluang kpd penduduk setempat utk mengambil
bahagian dalam pengurusan kawasan yang didiami mrk
- memastikan keputusan dibuat dgn cepat dan selaras dgn
keperluan penduduk setempat

60.Nyatakan 4 sumber hasil kerajaan tempatan


- cukai taksiran harta
- bayaran perkhidmatan dan lessen kedai kopi, lessen penjaja,
lessen anjing dan lessen pusat hiburan
- bayaran permit pertunjukan hiburan
- pinjaman dan pemberian drpd Kerajaan Negeri dan Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

61.Huraikan 2 perbezaan di antara Majlis Perbandaran dan Majlis


Daerah
- Majlis Perbandaran mempunyai bil penduduk melebihi 100 000
org manakala Majlis Daerah mempunyai bil penduduk kurang
drpd 100 000 org
- Sumber kewangan Majlis Perbandaran adalah melebihi RM 10
juta setahun manakala Majlis Daerah kurang drpd RM 10 juta
setahun

62.Nyatakan 3 kuasa kerajaan negeri terhadap kerajaan tempatan


- Mengistiyharkan sesuatu kaw dalam negeri menjadi kawasan
Kerajaan Tempatan
- Menetapkan taraf, status dan sempadan kerajaanTempatan
- Memberikan arahan am ttg dasar2 kpd kerajaan Tempatan
- Meluluskan anggaran belanjawan tahunan kerajaan tempatan

63.Nyatakan 4 majlis yang ditubuhkan oleh kerajaan Persekutuan.


- Majlis Raja-Raja
- MajlisTanah Negara
- Majlis Kewangan Negara
- Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan

64.Huraikan 2 fungsi Majlis Kewangan Negara


- menasihati kerajaan Persekutuan mengenai urusan dan
pentabdiran kewangan sama ada bagi kerajaan pusat dan
negeri.
- Menasihati kerajaan Persekutuan mengenai jumlah
pembahagian hasil cukai dan royalty.
65.Nyatakan 4 fungsi perbendaharaan Negara
- merancang dasar kewangan dan belanjawan negara
- menganalisis ekonomi negara dan antarabangsa
- mendapatkan sumber kewangan negara
- mengagihkan kewangan kepada agensi kerajaan
- merumus dan melaksanakan dasar cukai

66.Nyatan 4 jenis undang-undang bertulis


- Akta
- Ordinan
- Enakmen
- Undang2 Kecil

67.Huraikan 2 jenis perlembagaan tidak bertulis


- undang-undang adat
- undang-undang Inggeris
- Hukum Kanun Melaka

68.Nyatakan 3 peranan Peguam Negara


- penasihat utama undang2 kpd kerajaan
- menasihat YDPA / Jemaah Menteri / mana2 menteri mengenai
apa-apa perkara mengenai undang2 dan melaksanakan apa-apa
tugas lain yang bersifat undang2
- mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi
bicaranya iaitu utk memulakan, menjalankan atau
memberhentikan apa2 prosiding bg sesuatu kesalahan, selain
prosiding di hadapan mahkalah syariah, M.anak Negeri atau M.
Tentera.
69.Nyatakan 3 fungsi badan kehakiman
- melindungi hak-hak asasi manusia drpd pencerobohan pihak
eksekutif, pihak2 tertentu mahupun orang perseorangan
- berkuasa mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan undang2.
- Menyemak undang2 Parlimen, DUN dan pertubuhan
- Membatalkan undang2 yang bercanggah dgn Pelembagaan
Persekutuan setakat mana yang bercanggah.

70.Huraikan 2 bidang Kkuasa ekslusif mahkamah persekutuan


- mengendalikan kes2 perselisihan faham antara Kerajaan
Persekutuan dengan Kerajaan Negeri atau antara Kerajaan
Negeri.
- Mendengar rayuan kes petisyen pilihan raya daripada
Mahkamah Tinggi

71.Nyatakan 4 bidang kuasa jenayah makamah syariah


- kesalahan matromoni (berkahwin lebih drpd 4 org isteri)
- tidak berpuasa
- berjudi
- berzina
- jualan minuman keras
- berkhalwat
- menyertai pertandingan ratu cantik

72.Nyatakan 3 pihak yang dibenarkan hadir ke perbicaraan di


mahkamah Juvana
- anggota panel penasihat
- dua orang penasihat (seorang penasihat mestilah wanita)
- majistret

73.Nyatakan 4 cara untuk menghantar writ


- melalui pos/ surat berdaftar
- melalui orang perseorangan
- melalui akhbar jika tidak dapat dihubungi
- melalui pihak berkuasa/polis/mahkamah

74.Huraiakan 2 cara seseorang boleh dihadapkan ke mahkamah bagi


kes jenayah
- polis memperoleh waran tangkap terhadap tertuduh yang didpti
bersalah
- tertuduh yang ditangkap perlu diberitahu sebab2 dia ditangkap
- tertuduh akan ditahan utk siasatan bagi tempoh 24 jam dan
dibenarkan berunding dgn peguam bela.

75.Nyatakan 3 jenis kes sivil yang boleh dibicarakan di mahkamah


awam
- perebutan harta
- perkahwinan , pertunangan, penceraian bukan Islam
- hal berkaitan anak
- pencerobohan
- tidak menepati janji
- kecuaian

76.Nyatakan 3 syarat untuk menjadi seorang Pesuruhjaya Sumpah


- warganegara
- berkelakuan baik
- Fasih Bahasa Melayu
- Sihat mental dan fizikal
- Berusia lebih 21 tahun 65 tahun
- Tidak pernah muflis

77.Nyatakan 3 orang ahli Jemaah Pengampunan Negara


- Peguam Negara
- Menteri Besar /Ketua Menteri
- 3 orang ahli yang dilantik oleh raja / YDN

78.Huraikan 2 bidang kuasa Mahkamah Tinggi


- membicarakan kes yang berada di luar bidang kuasa Mahkamah
Rendah
- membicarakan kes berat spt pembunuhan, penculikan dan
ancaman keselamatan negara
- mempunyai kuasa untuk mendengar rayuan defenden
berkenaan keputusan Mahkamah Rendah
- mengeluarkan writ dan saman

79.Huraikan 2 aspek tadbir urus yang baik


- Prestasi pengurusan penyampaian adalah amat penting dalam
penyampaian perkhidmatan yang efektif dan efesien spt yang
diharapkan oleh pihak berkepentingan di samping memastikan
perkhidmatan tersebut valeu for money serta pengurangan
terhadap pembaziran sumber dan dana.
- Pematuhan terhadap undang-undang setiap organisasi / agensi
perlu mematuhi segala peraturan, undang-undang,
piawaian(standard) yang digunapakai dan harapan masyarakat
terhadap amalan kejujuran, akauntabiliti dan intergriti serta
ketelusan dalam perkongsian maklumat.

80.Nyatakan 4 kepentingan tadbir urus yang baik


- memperkasakan daya saing negara
- menjana potensi insan bagi memperkasa prestasi perkhidmatan
- menerajui transformasi perkhidmatan
- mengekalkan professional dan tadbir urus dalam perkhidmatan
- memenuhi ekspektasi stakeholder dan pelanggan

81.Nyatakan 4 prinsip tadbir urus yang baik


- Fokus kepada pelanggan
- Beretika
- Ketelusan
- Akauntabiliti
- Efektif dan Efisien
- Pengurusan perubahan

82.Nyatakan 4 cara untuk meningkatan kualiti modal insan


- memperluaskan akses kepada pendidikan berkualiti
- mempergiat program dan kemahiran
- memperkasa pendidikan awal
- memperkasa pengajian tinggi
- mengarusperdana pendidikan teknikal dan latihan vokasional

83.Nyatakan 4 faktor yang menjejaskan integriti


- Faktor Individu kurang pendidikan dan penghayatan nilai-nilai
murni, etika kerja lemah, tekanan hidup, tamak.
- Faktor kepimpinan kepimpinan kurang berteladan dan
kelemahan iltizam serta kurang ketelusan
- Foktor Sistem dan prosedur kelemahan sistem, prosedur dan
garis panduan. Kurang pemantauan dan peniliaan. Kurang
menguatkuasaan.

84.Nyatakan 4 sasaran PIN (Pelan Integriti Nasional)


- mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna
kuasa secara berkesan.
- Meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian
perkhidmatan awam dan mengatasi karenah birokrasi
- Meningkatkan tadbir urus koprorat dan etika perniagaan
- Memantapkan institusi keluarga
- Meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat.

85.Huraikan 2 aspek halangan ke arah memupuk kemerdekaan


- pengaruh komunis
- halangan parti politik yang tidak menyokong pembentukan
Malaysia
- penyatupadukan kaum.

86.Nyatakan 4 fungsi kerajaan


-menentukan arah tadbir urus negara demi keamanan,
kesejahteraan warga negara
-menyediakan kemudahan ekonomi
-menyediakn pelbagai perkhidmatan
-memastikan keamanan dan ketenteraman
-kestabilan persaingan
-perlindungan alam sekitar
-penyediaan keperluan asasi
-memastikan kestabilan ekonomi

88.Huraikan 2 faktor yang mempengaruhi daya saing negara


- strategi, struktur dan tingkat persaingan perusahaan iaitu bagaimana
unit-unit perusahan di dalam suatu negara terbentuk , diorganisasi,
dikelolakan dan bagaimana tingkat persaingan dalam negaranya.
- sumber yang terdapat dalam sesebuah negara iaitu sumber manusia,
bahan mentah,ekonomi berteraskan pengetahuan, modal dan infrastuktur
turut mempengaruhi daya saing sesebuah negara. Sumber2 dalaman
tersebut menjadi penentu meningkat atau menurunnya daya saing
sesebuah negara.
- permintaan domestic iaitu permintaan di dalam negeri terhadap
produk tempatan merupakan aspek yang mempengaruhi arah
perkembangan sektor industri.
- wujud industri Hiliran yang mampu bersaing pada peringkat
antarabangsa. Faktor ini menggambarkan kerjasama antara sektor
industri spt Syarikat Proton dengan vendornya.

89.Nyatakan 4 faktor yang menjejaskan daya saing negara.


- kurang pengetahuan
- gaji rendah
- kurang inovatif dan kreatif
- teknologi rendah
- dasar-dasar kerajaan
- sistem penyampaian khidmat awam yang lemah banyak keraneh
birokrasi
- kegawatan ekonomi di dalam dan di luar negara
- kegawatan politik
- kurang tenaga mahir

90.Huraikan 2 langkah untuk meningkatkan sistem penyampaian dan


perkhidmatan kerajaan.
- pembangunan sumber manusia lahir modal insan yg berkualiti tinggi,
berkemahiran dan pengetahuan kreatif dan inovatif dgn cara
memperluaskan pendidikan awal.
- pemantapan sistem dan prosedur kerja membudayakan kreativiti dan
inovasi, mementingkan kepantasan bertindak dan membuat keputusan
dan nilai utk wang.

91. Nyatakan 3 syarat untuk menjadi seorang Pesuruhjaya Sumpah


- memiliki kelayakan minimum seperti yang dimiliki oleh Hakim
Mahkamah Tinggi.

92. Nyatakan 4 orang ahli Jemaah Pengampunan Negara


- Peguam Negara
- Menteri Besar atau Ketua Menteri
- Tidak lebih daripada 3 orang anggota lain yang dilantik oleh raja atau
Yang diPertuan Negeri.
93. Huraikan 2 bidang kuasa Mahkamah Tinggi
- membicarakan semua kes jenayah
- membicarakan kes sivil yang nilai tuntutannya melebihi RM 250 000.00
- bidang kuasa rayuan bagi kes sivil dan jenayah mahkamah rendah.

93. Huraikan 2 kesan buruk globalisasi kepada ekonomi negara


- ancaman ke atas industri kecil dan sederhana
- penghakisan dasar perlindungan produk tempatan adan terpaksa
bersaing dengan produk luar negara.
- kesukaran mengawal aliran modal asing.

94. Huraikan 2 aspek tadbir urus yang baik


- prestasi
- pematuhan terhadap undang-undang

95. Senaraikan 4 tindakan susulan untuk memperbaiki system


penyampaian dan
perkhidmatam awam
- membudayakan kreativiti dan inovasi
- menghapuskan / mengurangkan karenah birokrasi
- pengemaskinikan undang-undang dan akta
- penggunaan ICT dalam penyampaian perkhidmatan.

96. Jelaskan 2 langkan untuk meningkatkan mutu sistem penyampaian


perkhidmatan awam.
- pembangunan sumber manusia lahir modal insan yg berkualiti tinggi,
berkemahiran dan pengetahuan kreatif dan inovatif dgn cara
memperluaskan pendidikan awal.
- pemantapan sistem dan prosedur kerja membudayakan kreativiti dan
inovasi, mementingkan kepantasan bertindak dan membuat keputusan
dan nilai utk wang.

97. Nyatakan 4 kepentingan tadbir urus yang baik


- memperkasa daya saing negara
- menjana potensi insan bagi memperkasa prestasi perkhidmatan.
- memenuhi ekspektasi stakeholder dan pelanggan.

98. Nyatakan 4 perinsip tadbir urus yang baik


- ketelusan
- beretika
- akauntabiliti dan integrity
- efektif dan efisien

99. Nyatakan 4 cara untuk meningkatan kualiti modal insan


- memperluas akses pendidikan berkualiti
- mengarus perdanakan pendidikan teknikal dan latihan vokasional.
- memantapkan pendidikan SK dan SMK
- memperkasa pendidikan awal.

100. Nyatakan 4 faktor yang menjejaskan integriti


- Faktor individu
- Faktor kepimpinan
- Faktor sistem dan prosedur
- Faktor Budaya

101. Nyatakan 4 sasaran Pelan Integriti Nasional (PIN)


- halang pengaruh komunis
- halangan parti politik yang tidak menyokong pembentukan
Malaysia
- penyatupadukan kaum.

102. Huraikan 2 kesan apabila system penyampaian yang lemah


- kos operasi menjadi tinggi dan mahal
- budaya kerja negative berleluasa
- menjejaskan reputasi perkhidmatan awam
- menjejaskan kemasukan pelabur asing

103. Jelaskan 2 faktor yang mempengaruhi daya saing negara


- strategi, struktur dan tingkat persaingan perusahaan iaitu bagaimana
unit-unit perusahan di dalam suatu negara terbentuk , diorganisasi,
dikelolakan dan bagaimana tingkat persaingan dalam negaranya.
- sumber yang terdapat dalam sesebuah negara iaitu sumber manusia,
bahan mentah,ekonomi berteraskan pengetahuan, modal dan infrastuktur
turut mempengaruhi daya saing sesebuah negara. Sumber2 dalaman
tersebut menjadi penentu meningkat atau menurunnya daya saing
sesebuah negara.
- permintaan domestic iaitu permintaan di dalam negeri terhadap
produk tempatan merupakan aspek yang mempengaruhi arah
perkembangan sektor industri.
- wujud industri Hiliran yang mampu bersaing pada peringkat
antarabangsa. Faktor ini menggambarkan kerjasama antara sektor
industri spt Syarikat Proton dengan vendornya.

104. Nyatakan 4 faktor yang menjejaskan daya saing negara


- kurang pengetahuan
- gaji rendah
- kurang inovatif dan kreatif
- teknologi rendah

105. Huraikan 2 langkah untuk meningkatkan sistem penyampaian dan


perkhidmatan kerajaan
- pembangunan sumber manusia lahir modal insan yg berkualiti tinggi,
berkemahiran dan pengetahuan kreatif dan inovatif dgn cara
memperluaskan pendidikan awal.
- pemantapan sistem dan prosedur kerja membudayakan kreativiti dan
inovasi, mementingkan kepantasan bertindak dan membuat keputusan
dan nilai utk wang.

Anda mungkin juga menyukai