Anda di halaman 1dari 3

KAUNSELING KELUARGA

SUAMI ISTERI YANG MEMERLUKAN KAUNSELING


Berkonflik
Mengalami tekanan/Stres
Sukar berinteraksi dengan pasangan
Ingin berkongsi masalah
Memerlukan pengukuhana emosi
Memerlukan bimbingan/panduan
Ingin memahami peraturan/prosedur
Ingin mempertingkatkan kemahiran diri
Memulihkan perhubungan dengan ahli keluarga
Memahami diri sendiri, pasangan dan ahli keluarga
Mengenalpasti masalah

MATLAMAT KAUNSELING

Membantu Suami Isteri


Menyelesaikan konflik
Memahami tanggungjawab
Mengubah tingkahlaku yang tidak adaptif (tidak berfaedah)
Memulihkan perhubungan
Memahami prosedur/tuntutan dan perbicaraan di mahkamah
Memahami diri sendiri dan orang lain yang signifikan (kaitan rapat)
Mempertingkatkan kemahiran diri
Membina sikap asertif (berterus-terang) serta keyakinan diri
Mengenalpasti masalah, memilih alternatif dan bertanggungjawab terhadap keputusan yang
diambil
Merujuk masalah kepada institusi yang tepat

TATACARA MENDAPATKAN PERKHIDMATAN KAUNSELING


Suami Isteri hadir di Jabatan Agama Islam Negeri mengikut tempat mastautin
Isi borang yang disediakan
Lampirkan salinan surat nikah/rujuk nikah dan kad pengenalan
Dapatkan nombor rujukan/tarikh temujanji

TANGGUNGJAWAB KLIEN
Bersedia/kerelaan sendiri
Memberikan kerjasama
Bertanggungjawab terhadap keputusan yang diambil
Melaksanakan tindakan
Bertingkah-laku (penampilan) sopan/beradab
Bersikap jujur/ikhlas
Menghormati kaunselor
Mengelakkan bertelagah/bertengkar
Hadir pada masa dan tarikh yang ditetapkan (ada temujanji)
Bersabar dan bertenang
Mematuhi peraturan/undang-undang

TANGGUNGJAWAB KAUNSELOR
Menghormati klien
Berlaku adil/tidak bais
Sabar dan ikhlas
Tidak menghukum
Tidak banyak bercakap
Menggalakan klien bercakap
Bersedia dan menunjukkan minat
Memahami masalah klien (empati)
Mendengar dengan teliti
Berupaya mempelbagaikan alternatif
Mewujudkan suasana teraputik
Berusaha mencipta kemaslahatan
Membantu klien membuat keputusan
Menyediakan laporan yang diperlukan oleh klien
Mengelakan daripada berlakunya "transparence"

ETIKA KAUNSELOR
Menghormati klien
Tidak bais (berlaku adil)
Tidak menghukum
Menjaga masa
Menjaga rahsia
Mendorong ke arah melakukan ma'aruf

KAREKTOR SUAMI ISTERI SEMASA BERADA DALAM SESI


Sedih/murung/bingung
Agresif/marah/baran
Pasif/perlu bimbingan
Memutar belit fakta/memburuk-buruk
Menguasai sesi/ingin menang
Mendesak
Mengancam/menggugut
Takut/bimbang/risau
Mengalah/menurut kata

SESI KAUNSELING
Hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan
Sesi mengambil masa di antara 45 minit @1 jam
Dikendalikan oleh seorang kaunselor
Suami isteri dan kaunselor mempunyai peranan bagi menjayakan sesi kaunseling

PERANAN KAUNSELOR
Menjemput klien
Membuat pendahuluan
Memberi layanan yang baik
Mengenalpasti masalah
Menggalakkan klien bercakap
Mengkategorikan masalah
Menyusunikut keutamaan
Menggunakan strategi pertolongan
Mengemukakan alternatif
Membantu klien membuat pilihan dan keputusan/membuat pertimbangan
Memeriksa/mendapatkan komitmen klien
Membuat rumusan/penutup/temujanji semula

PERANAN KLIEN (SUAMI ISTERI)


Mempunyai matlamat yang jelas
Mempunyai keyakinan/kepercayaan kepada kaunselor
Bersikap jujur dalam membentangkan masalah
Mengawal diri daripada bertingkahlaku agresif/dikuasai emosi/tindakan negatif terhadap
pasangan/kaunselor
Memberikan komitmen/kerjasama
Bersedia melakukan perubahan positif menerima pandangan
Bertanggungjawab kepada keputusan yang diambil

KEJAYAAN KAUNSELING
Klien memberi kerjasama
Klien bermotivasi untuk berubah
Kaunselor mempunyai ilmu kemahiran dan pengalaman
Matlamat kaunselor dan klien sama
Kaunselor mengguna strategi pertolongan yang tepat
Tempat kaunseling yang selesa dan kondusif

KEBAIKAN MENDAPATKAN PERKHIDMATAN KAUNSELING

Masalah dapat dikesan di atasi pada peringkat awal


Hubungan suami isteri menjadi mesra dan harmoni
Mempertingkatkan kemahiran dan keupayaan diri
Membina keluarga bahagia
Menyelesaikan konflik secara baik