Anda di halaman 1dari 3

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA TERENGGANU

DI DALAM NEGERI TERENGGANU


GUAMAN NO: TAHUN 2016

Antara

DUTA SDN BHD PLAINTIF

(No. Syarikat: 123456-X)

Dan

MIA SDN BHD DEFENDAN

(No. Syarikat: 789100-P)

AFFIDAVIT SOKONGAN
[Notis Permohonan Penghakiman Terus]

Saya Hazri Bin Haris (No. KP: 461211-03-5185) beralamat di 123, Ampang Jaya,40000
Ampang, Selangor Darul Ehsan sesungguhnya bersumpah dan menyatakan seperti yang
berikut.

1. Saya adalah Pengarah Urusan Duta Sdn Bhd.

2. Selain dinyatakan, fakta yang dideposkan oleh saya adalah benar dan dalam
pengetahuan saya.

3. Defendan Mia Sdn Bhd adalah , dan pada mulanya berjalannya tindakan ini telah,
dengan adil dan sebenarnya berhutang kepada Duta Sdn Bhd dengan jumlah sebanyak
RM 1,778,622.22 kerana gagal untuk menjelaskan baki pembayaran sepertimana yang
telah dipersetujui dalam kontrak pembinaan. Butir-butir tuntutan tersebut adalah seperti
pengendorsan pada writ dalam tindakan ini.

4. Mengikut pengetahuan saya sendiri bahawa hutang tersebut telah dilakukan dan masih
lagi kena dibayar dan terhutang seperti yang disebut terdahulu.

Atau

(2) Saya telah dimaklumkan oleh Muhammad Shahrul Iman bin Juhaizi (No KP: 930613-06-
5757) seorang peguambela dan peguamcara yang mewakili saya dari Tetuan Asra & Co
yang beralamat di No. 16, 1st Floor Jalan Sultan Zainal Abidin, 21300 Kuala
Terengganu, Terengganu Darul Iman dan saya sesungguhnya percaya bahawa pihak
defendan tidak menjelaskan baki pembayaran dalam kontrak dan bahawa hutang
tersebut telah dilakukan dan masih lagi kena dibayar dan terhutang seperti yang telah
disebut terdahulu.

5. Saya sesungguhnya percaya bahawa tiada pembelaan dalam tindakan ini.

Diikrarkan oleh deponen bernama )

Hazri bin Haris )

(No K/P: 461211-03-5185) )

di pada )

pukul pagi / petang )

(Terjemahan tidak diperlukan) )

Di hadapan saya

_____________________

Pesuruhjaya Sumpah
AFFIDAVIT SOKONGAN ini difailkan oleh Tetuan Asra & Co., Peguamcara bagi pihak plaintif di
atas dan beralamat di No. 16, 1st Floor Jalan Sultan Zainal Abidin, 21300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.