Anda di halaman 1dari 10

SEMUT DENGAN BURUNG MERPATI

Selamat pagi saya ucapkan kepada


Guru Besar, guru-guru dan rakan-
rakan sekalian. Saya
____________________ dari Tahun Dua
akan menyampaikan cerita bertajuk
Semut dengan Burung Merpati.
Suatu hari semut minum di tepi
sungai. Tiba-tiba dia tergelincir lalu
jatuh ke dalam sungai. Dia hampir
lemas.
Burung merpati berehat di dahan
pokok. Ketika itu dia ternampak semut
yang hampir lemas itu. Dia
menjatuhkan sehelai daun ke arah
semut.
Semut terus memanjat daun itu
dan berterima kasih kepada burung
merpati kerana menyelamatkannya.
Sebaik sahaja sampai ke tebing
sungai, dia ternampak seorang
pemburu. Semut sangat risau kerana
pemburu itu hendak menembak
burung merpati.
Tanpa membuang masa semut
terus memanjat kaki pemburu itu dan
menggigitnya. Pemburu itu menjerit
kesakitan, Aduh!
Jeritan pemburu itu telah
menyedarkan burung merpati. Merpati
terus terbang apabila melihat
pemburu di situ.
Sambil terbang, burung merpati
memandang ke arah semut dan
mengucapkan terima kasih kerana
menyelamatkannya.
Nilai murni yang terdapat dalam
cerita ini ialah budi baik akan dibalas
dengan kebaikan juga.

Sekian, terima kasih.

Anjing Yang Tamak

Selamat pagi saya ucapkan kepada


Guru Besar, guru-guru dan rakan-
rakan sekalian. Saya _______________
dari Tahun Dua akan menyampaikan
cerita bertajuk Anjing Yang Tamak.

Pada suatu pagi, Sang Anjing pergi


mencari makanan. Sang Anjing
terjumpa seketul tulang. Hatinya
sangat gembira. Sang Anjing
menggonggong tulang itu. Sang
Anjing segera beredar dari situ. Sang
Anjing lalu di atas sebatang titi.

Tiba-tiba Sang Anjing terpandang


bayangnya sendiri di dalam air. Sang
Anjing menyangka ada anjing lain
yang menggonggong tulang. Sang
Anjing ingin merampas tulang itu.

Sewaktu Sang Anjing membuka


mulutnya, tulang yang digonggongnya
jatuh ke dalam air. Sang Anjing berasa
sangat menyesal.
Bayang-bayang itu rupa-rupanya
ialah bayang-bayangnya sendiri.
Itulah akibatnya jika tamak.

Nilai murni yang terdapat dalam


cerita ini ialah janganlah sekali-kali
mengamalkan sikap tamak. Sikap
tamak boleh membawa kerugian.

Sekian, terima kasih.

PENGGEMBALA DENGAN
SERIGALA

Selamat pagi saya ucapkan kepada


Guru Besar, guru-guru dan rakan-
rakan sekalian. Saya _______________
dari Tahun Dua akan menyampaikan
cerita bertajuk Penggembala
dengan Serigala.
Pada zaman dahulu, ada seorang
budak lelaki yang suka menipu. Setiap
hari dia menggembala kambing di
puncak bukit. Suatu hari dia berasa
bosan. Dia terfikir hendak menipu
orang kampung. Dia pun menjerit,
Tolong! Tolong! Serigala!
Penduduk kampung terdengar
jeritan lalu membawa senjata untuk
membantu. Apabila mereka sampai di
bukit, budak itu terus ketawa
terbahak-bahak, Ha! Ha! Ha! Kamu
semua tertipu! Mereka pulang
dengan perasaan marah.
Beberapa hari kemudian,
penggembala itu menjerit meminta
tolong lagi. Tolong! Tolong! Serigala!
Sekali lagi penduduk kampung pergi
menyelamatkan budak itu. Tetapi
mereka tertipu lagi.
Suatu hari, seekor serigala muncul
dan membaham kambing budak itu.
Dia menjerit meminta tolong dengan
kuatnya. Penduduk kampung
terdengar jeritan itu tetapi mereka
tidak mempedulikannya.
Akhirnya, semua kambing
penggembala itu habis dimakan oleh
serigala. Dia sangat menyesal di atas
perbuatannya dahulu.
Nilai murni yang terdapat dalam
cerita ini ialah orang yang suka
menipu tidak akan dipercayai
walaupun dia berkata benar.

Sekian, terima kasih.


SINGA DENGAN TIKUS

Selamat pagi saya ucapkan kepada


Guru Besar, guru-guru dan rakan-
rakan sekalian. Saya _______________
dari Tahun Dua akan menyampaikan
cerita bertajuk Singa dengan Tikus.
Suatu hari, cuaca agak panas.
Singa sedang berehat di bawah
sepohon pokok. Seekor tikus tiba-tiba
masuk ke bawah pokok lalu terlanggar
singa hingga terkejut.
Singa sangat marah lantas
menengking tikus sambil menuding
kukunya ke arah tikus. Tolong jangan
makan saya, Tuanku! rayu tikus.
Maafkan saya! Saya akan membalas
budi Tuanku suatu hari nanti.
Singa tersenyum sambil menyindir,
Tubuh sekecil ini ingin menolong
Beta. Baiklah, kamu boleh pergi.
Suatu hari ketika merayau-rayau,
tikus terdengar ngauman singa. Dia
segera berlari ke dalam hutan. Dia
ternampak singa terperangkap di
dalam jaring.
Sabar, sabar. Saya akan lepaskan
Tuanku, kata tikus. Si tikus mula
menggigit jaring itu dengan giginya
yang kuat untuk menebuk lubang
besar. Akhirnya, singa berjaya
melepaskan diri.
Terima kasih, tikus. Kamu
memang hebat, puji singa.
Nilai murni yang terdapat dalam
cerita ini ialah orang yang hebat juga
ada kelemahannya dan turut
memerlukan pertolongan.

Sekian, terima kasih.