Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN SERIAN

94700 SERIAN
SARAWAK

PERKHEMAHAN UNIT UNIFORM


PENGAKAP 2017

TARIKH : 29 APRIL - 31 APRIL 2017


TEMPAT : SEK. KEB. SERIAN

DISEDIAKAN OLEH :
NOR NANISYA ASYAKINA BINTI ROMZI

1.0 PENDAHULUAN
Program Perkhemahan Pengakap Kanak-Kanak ini adalah satu program yang
dirangka untuk meningkatkan kemahiran murid-murid dalam berpengakap serta
menambah minat mereka dalam menyertai aktiviti kokorikulum khasnya badan
beruniform. Aktiviti berpengakap ini adalah amat penting untuk memastikan setiap ahli
Pengakap Kanak-kanak mahir menggunakan kemahiran yang dipelajari dalam
kehidupan seharian serta berupaya mengaplikasikan ilmu tersebut apabila berhadapan
dengan situasi yang sukar.

Murid yang berilmu pengetahuan akan sentiasa berfikiran positif dan tahu
bahawa kecemerlangan bukan mustahil untuk dicapai walau dalam apa bidang
sekalipun. Asalkan ada usaha dan keyakinan serta kepercayaan kepada Tuhan,
kejayaan pasti akan dapat direalisasikan. Melahirkan murid-murid yang menolak
budaya yang tidak memberi faedah serta sentiasa ingin maju dalam pelbagai bidang
diceburi tanpa meninggalkan adab ketimuran merupakan target utama sekolah ini.

Semua pihak terlibat termasuk PIBG serta masyarakat sekitarnya tidak menolak
sebarang aktiviti yang membawa kebaikkan kepada anak-anak didik SK Serian
malahan memberi sokongan yang sepenuhnya. Murid-murid berpeluang memahami
suasana yang berbeza dengan kehidupan seharian di rumah disamping mewujudkan
interaksi dan komunikasi yang lebih baik dikalangan rakan-rakan sebaya serta guru.

2.0 OBJEKTIF

Pada akhir program ini, murid-murid akan dapat :

2.1 Mengetahui, memahami serta berupaya menguasai ilmu berpengakap


dengan betul agar dapat membentuk murid yang berkebolehan.

2.2 Bekerjasama dan memupuk semangat setiakawan dalam semua aktiviti


yang dijalankan.

2.3 Menyedari pentingnya pengurusan masa semasa melakukan sesuatu


aktiviti

2.4 Merasai suasana bermalam dengan rakan-rakan dan melakukan aktiviti


bersama-sama.

2.5 Meningkatkan motivasi kendiri murid-murid.

3.0 RASIONAL
Perkhemahan ini dilaksanakan dengan harapan
3.1 Setiap murid yang menyertai dapat membuka minda agar mampu menilai
keupayaan diri serta kelemahan diri untuk terus maju ke hadapan.

3.2 Mengukuhkan pendidikan luar yang telah dipelajari serta berkongsi


pengalaman sesama rakan dan para jurulatih.

3.3 Membina keyakinan diri murid apabila berhadapan dengan situasi yang
mencabar.

3.4 Menanam sikap sukakan aktiviti luar sebagai satu aktiviti yang berfaedah.

3.5 Menanam sikap ingin berdikari dalam kehidupan seharian.

4.0 KUMPULAN SASARAN


Kumpulan sasaran ialah:
Ahli pengakap Perdana tahun 4, 5 dan 6 : 25 orang
Ahli pengakap Pend. Khas tahun 2,3 dan 4 : 15 Orang

5.0 JAWATANKUASA PENGELOLA

Pengerusi : En. Noriman bin Zaini


Guru Besar SK Serian

Timbalan Pengerusi 1 : En. Nozfairoline Ezwandy Fitri bin Bujang


Penolong Kanan Kokurikulum
Timbalan Pengerusi 2 : En. Jaafar bin Sahari
Penolong Kanan Pentadbiran

Timbalan Pengerusi 3 : Pn. Helen Sigau


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Timbalan Pengerusi 4 : Pn. Jaleha binti Sire


Penolong Kanan Pendidikan Khas

Setiausaha : Cik Nor Nanisya Asyakina binti Romzi

Bendahari : Pn. Malati binti Bakar

Penyelaras Program : En. Mohd Amirul Naim bin Razali


AJK Keselamatan : En. Ismail bin Apandiria
Semua PPM

AJK Pendaftaran : Cik Nor Nanisya Asyakina binti Romzi

AJK Jamuan : Pn. Malati binti Bakar


Pn. Halini binti Abon

AJK Aktiviti : Pn. Zati Hanani binti Ahmad


Pn. Siti Fairus bin Ishak

AJK Peralatan : En. Lingkai Nesiah


Pn. Suhaida binti Resol

AJK Hadiah dan Sijil : Cik Norsyuhada binti Che Mohamed


Pn. Freda Rinya ak Nok

6.0 ANGGARAN PENERIMAAN DAN PERBELANJAAN

PERKARA KUANTITI PENERIMAAN PERBELANJAA


N
Bayaran RM 8 x 40 orang = RM 320
RM 200 RM 770
peserta
RM 250
PIBG
Kokurikulum
Makan minum RM 8 x 2 x 40 orang = RM640
Sijil RM 1 x 40 orang = RM 40
Peralatan RM 50 RM770
Hadiah RM 10 x 4 = RM 40

PENERIMAAN PERBELAJAAN
RM 0

7.0 BUTIRAN PERKHEMAHAN

Perkhemahan tersebut akan diadakan pada:

i) Hari : Jumaat hingga Ahad


ii) Tarikh : 29 31 April 2017
iii) Tempat :SK Serian
8.0 TENTATIF PROGRAM

Masa / Hari Jumaat Sabtu Ahad


28/ 04/2017 29/04/2017 30/04/2017

5.30 pagi - BANGUN, SOLAT, SIAP DIRI

6.30 pagi BERSENAM

7.00 pagi SARAPAN


- Latihan asas
7.30 8.30 mendirikan khemah. - Raptai pertandingan
dan majlis
penutupan

8.30 10.30 - Pertandingan 3 - Gotong Royong


corak anyaman membersihkan
kawasan

10.30 pagi KUDAPAN - Persiapan murid

11.00 1.00 pm - Masakan Rimba - Pertandingan Antara


Kumpulan
- Majlis Penutupan

1.00 2.00 pm MAKAN, REHAT,


SOLAT

2.00 4.00 pm - Permainan Treasure


Hunter

4.00 4.30 pm PENDAFTARAN MINUM PETANG BERSURAI

4.30 5.30 pm -Pembahagian - Aktiviti mencipta


kumpulan Tripod Gajet
-suai kenal bersama
mentor

5.30 6.30 pm MAKAN, PERSIAPAN MAKAN, PERSIAPAN


DIRI DIRI

6.30 8.00 pm SOLAT / SOLAT / KEROHANIAN


KEROHANIAN

8.00 10.30 pm LDP -Aktiviti barbecue


-ice breaking

9.0 PENUTUP
Di harap program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya supaya murid-murid
dapat merasai pengalaman baru dan meningkatkan lagi JERIS murid pada masa
akan datang.