Anda di halaman 1dari 2

SKIMA LENCANA KERIS EMAS

A KESETIAAN

1. Menyanyi sekurang-kurangnya 2 buah lagu patriotik.


2. Mengenali Jata Negara dan lambang negeri masing-masing.
3. Mengetahui nama dan mengenali tokoh tempatan.
4. Mengetahui nama penuh dan mengenali Ketua Pesuruhjaya Pengakap
Negeri dan
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara.
5. Mengamalkan ajaran agama masing-masing.

B KESIHATAN DAN KESELAMATAN

1. Mengetahui sekurang-kurangnya LIMA peraturan hidup sihat dan bahagia.


2. Mengetahui bagaimana mengatasi sakit selesema dan menjauhkannya.
3. Mengetahui maksud pertolongan cemas dan cara mendapatkan bantuan
kecemasan.
4. Mengetahui bagaimana membuat anduh (kepala, tangan, tapak tangan,
lutut dan kaki)
5. Menghasilkan sebuah Buku Skrap dari media surat khabar, majalah atau
internet yang ada mesej : Anti Dadah ATAU Bahaya Merokok ATAU Keracunan
Makanan.

C KECEKAPAN

1. Mengukuhkan Latihan Asas Perbarisan Lencana Keris Gangsa dan Perak


dan seterusnya mengetahui perintah Langkah ke Sebelah Cepat
Jalan Berhenti dan Hormat.
2. Mengetahui latihan asas Ala Komando seperti : Merangkak, merangkak di
bawah jaring/jala, bergayut pada tali, meniti kayu dan bergayut, gayut monyet.
3. Mengukuhkan kemahiran ikatan : Buku Sila (Keris Gangsa), Bunga Geti dan
Simpul Sentak (Keris Perak). Mengetahui cara mengikat simpulan Tindih
Kasih, Simpul Manuk dan Lilit Dua Simpul serta kegunaannya.
4. Demonstrasi mendiri dan menurunkan khemah serta melipatnya dalam
sekawan.

D PENYERTAAN

1. Menyatakan 5 jenis pokok hutan dan kegunaannya kepada manusia.


2. Membuat SATU daripada perkara-perkara di bawah, mengikut pilihan
Pengakap Kanak-Kanak sendiri :
2.1 Sebuah kotak tempat menyimpan alat-alat Pertolongan Cemas atau
sebuah kotak untuk surat-surat atau sebuah kotak untuk menabung
wang, semuanya dibuat daripada bahan terbuang.
ATAU
2.2 Membuat patung sarung jari puppet/ patung puppet bertali yang
boleh digerak- gerakkan dan membuat panggung puppet.
ATAU
2.3 Membuat layang-layang yang boleh dinaikkan ke udara.
ATAU
2.4 Mengetahui membaiki sekurang-kurangnya satu jenis permainan
kanak-kanak yang menggunakan bateri.
3. Menyanyi sekurang-kurangnya DUA buah lagu Pengakap Malaysia.

E PERKHIDMATAN

1. Bersama kawan / Pek membersihkan kawasan rumah / sekolah / rumah


ibadat / tempat awam.
2. Membantu Pemimpin untuk persiapan Pek bercuti / Perkhemahan.
3. Melukis peta lakar kawasan tempat tinggal sendiri.