Anda di halaman 1dari 9

Pandang Darat Fizikal dan Budaya

1. Peta topografi membolehkan kita mengetahui pandang darat fizikal dan


pandang darat budaya sesuatu kawasan.
2. Pandang darat fizikal merujuk kepada ciri-ciri fizikal atau semula jadi.
3. Pandang darat budaya merujuk kepada ciri-ciri buatan manusia.
4. Ciri-ciri ini ditunjukkan di atas peta topografi dengan menggunakan simbol
titik, simbol garisan, simbol kawasan, dan singkatan perkataan.

Pandang Darat Fizikal

1. Pandang darat fizikal merujuk kepada ciri-ciri fizikal seperti bentuk muka
bumi, saliran, dan tumbuh-tumbuhan semula jadi.
2. Sebagai contoh, tanah tinggi, tanah pamah, tanah beralun, hutan,
lembangan sungai, paya, dan pinggir pantai.

Pandang darat budaya

1. Pandang darat budaya merujuk kepada ciri-ciri buatan manusia seperti


jalan raya, tanaman, dan petempatan.
2. Sebagai contoh, kawasan pelancongan, pembalakan, kawasan penanaman
getah dan kelapa sawit, kawasan perindustrian, petempatan, jalan raya
dan jalan kereta api.

Padi ialah simbol Sek. Ialah Benteng ialah Jalan raya ialah
budaya jenis singkatan simbol budaya jenis simbol budaya jenis
kawasan perkataan garisan garisan.
Petempatan ialah Sungai ialah Hutan ialah simbol
simbol budaya jenis simbol fizikal fizikal jenis
titik. jenis kawasan kawasan.

Kesan Kegiatan Ekonomi terhadap Alam


Sekitar
Kesan Rumah Hijau

1. Kesan rumah hijau berlaku apabila dunia mengalami pemanasan akibat


haba yang terperangkap dalam atmosfera.
2. Kegiatan ekonomi seperti perindustrian, pembalakan, dan pembakaran
bahan api fosil yang pesat telah meningkatkan kadar pelepasan gas
seperti karbon dioksida, nitrogen oksida, sulfur oksida dan karbon
monoksida ke atmosfera.
3. Gas-gas ini akan menangkap dan membalikkan semula haba ke bumi
membawa kesan kepada peningkatan suhu bumi.
4. Kesan rumah hijau boleh menyebabkan kejadian banjir di kawasan rendah
apabila ketulan ais di kawasan kutub mencair.

Penipisan Lapisan Ozon

1. Lapisan ozon berfungsi menapis sinar ultraungu daripada cahaya matahari


sebelum sampai ke permukaan bumi.
2. Lapisan ozon smakin nipis akibat tindakan manusia yang membebaskan
klorofluorokarbon (CFC) daripada penggunaan alat pendingin hawa, peti
sejuk, dan penyembur aerosol.
3. Penggunaan baja nitrogen, ujian nuclear, dan pembakaran terbuka secara
berleluasa juga menyebabkan penipisan lapisan ozon.
4. Kesan penipisan lapisan ozon boleh menjejaskan kesihatan manusia
seperti kanser kulit dan katarak mata.
5. Penipisan lapisan ozon secara berterusan akan menyebabkan
pembentukan lubang, sinaran ultraungu sampai terus ke permukaan bumi
dan membawa kesan negatif terhadap manusia, haiwan, dan tumbuhan.

Pulau Haba

1. Pulau haba ialah keadaan suhu atmosfera yang lebih tinggi di kawasan
pusat bandar berbanding dengan kawasan sekitarnya.
2. Pulau haba terjadi akibat banyak bangunan konkrit yang dibina rapat-
rapat, jalan raya berturap dan pelepasan asap dari kilang dan kenderaan
bermotor di kawasan pusat bandar.
3. Haba yang diserap oleh bangunan konkrit dan ditambah pula dengan haba
yang terperangkap akibat pelepasan asap kenderaan menyebabkan suhu
di pusat bandar semakin meningkat dari masa ke semasa yang akhirnya
akan membentuk sebuah pulau haba.
4. Kesannya akan menjejaskan keselesaan hidup penduduk di bandar
tersebut.

Hujan Asid

1. Pembebasan asap oleh kilang dan kenderaan yang mengandungi gas


sulfur dioksida, karbon manoksida, dan karbon dioksida ke udara akan
larut ke dalam wap air di udara membentuk asid yang lemah.
2. Apabila berlaku pemeluwapan, wap air mengandungi asid lemah ini akan
turun sebagai hujan asid yang mengandungi asid sulfurik, asid karbonik,
dan asid nitrik.
3. Melalui masa, hujan asid boleh menjejaskan kesihatan manusia seperti
kanser kulit.
4. Selain itu, hujan asid boleh merosakkan dinding bangunan dan kenderaan.
5. Kesan lain, hujan asid ialah menyebabkan tanah tidak subur,
mencemarkan air, memusnahkan hidupan akuatik, dan tumbuhan akan
terjejas.

Tanah tinggi
1. Tanah tinggi ialah kawasan yang ketinggiannya melebihi 180 meter.
2. Di Malaysia, tanah tinggi terdiri daripada banjaran, gunung, dan dataran
tinggi.

Taburan dan Ciri-Ciri Tanah Tinggi

Kawasan tanah tinggi di Malaysia terdapat di bahagian tnegah Semenanjung


Malaysia dan bahagian pedalaman Sabah dan Sarawak. Lihat peta di bawah ini.
Semenanjung Malaysia

1. Banjaran Titiwangsa ialah banjaran terpanjang di Malaysia. Kemuncak tertinggi


ialah Gunung Korbu. Di banjaran ini letaknya tiga pusat peranginan utama, iaitu:
a) Tanah Tinggi Genting
b) Tanah Tinggi Cameron
c) Bukit Fraser
2. Di banjaran Tahan, terdapat kemuncak tertinggi, iaitu Gunung Tahan, di snin
letaknya Taman Negara.
3. Di Banjaran Bintang, kemuncak tertingginya ialah Gunung Bintang. Banjaran ini
menjadi legeh bagi Sungai Perak dan Sungai Kinta.

Sabah Sarawak

1. Di Banjaran Crocker, 1. Pergunungan Iran dan


terdapat gunung yang Banjaran Nieuwenhuis
tertinggi di Malaysia dan di terletak di sepanjang
Asia Tenggara, iaitu Gunung sempadan Kalimantan-
Kinabalu. Sarawak.
2. Di Banjaran Tama Abu pula 2. Dataran Tinggi Usun Apau
terdapat kemuncak Gunung dan Dataran Tinggi
Murud. Merurong terletak
3. Banjaran Witti dan Banjaran berhampiran dengan
Trus Madi terletak di timur Banjaran Dulit dan
Banjaran Crocker. Pergunungan Iran.

Saliran

1. Pada umumnya, sungai-sungai di Malaysia adalah pendek.


2. Alirannya deras di bahagian hulu dan berliku-liku di bahagian hilir.

Taburan dan ciri-ciri saliran

Semenanjung Malaysia
1. Di semenanjung Malaysia, sungai berpunca dari kawasan tanah tinggi di
bahagian tengahnya.
2. Di pantai barat Semenanjung Malaysia sungai mengalir masuk ke Selat
Melaka dan di pantai timurnya, sungai mengalir masuk ke Laut China
Selatan.
3. Sungai terpanjang di Semenanjung Malaysia ialah Sungai Pahang.
4. Sungai-sungai lain seperti Sungai Perak, Sungai Kelantan, dan Sungai
Terengganu.

5. Tasik-tasik di Semenanjung Malaysia termasuklah:


a) Tasik semula jadi seperti Tasik Chini dan Tasik Bera.
b) Tasik buatan manusia seperti Tasik Temenggor, Tasik Chenderoh, dan
Tasik Kenyir.

Sarawak

1. Di Sarawak sungai berpunca dari tanah tinggi di kawasan pedalaman dan


mengalir di Laut China Selatan di sbelah barat.
2. Sungai Rajang merupakan sungai yang terpanjang di Malaysia.
3. Sungai-sungai lain seperti Sungai Lupar dan Sungai Baram.

Sabah

1. Di Sabah, sungai-sungai mengalir ke Laut Sulu di sebelah timur, dan ke


Laut Sulawesi di sebelah tenggara.
2. Sungai Kinabatangan adalah sungai yang kedua terpanjang di Malaysia.
3. Sungai-sungai lain seperti Sungai Labuk, Sungai Padas, dan Sungai Sugut.

Saliran

Profil Panjang dan Profil Rentas Sungai

1. Profil panjang sungai ialah aliran sungai yang bermula dari punca hingga
ke muaranya.
2. Profil rentas sungai ialah keadaan lurah sungai di sepanjang sungai dari
bahagian hulu ke hilirnya.

Angin

1. Malaysia mengalami dua tiupan angin utama, iaitu:


a) Angin Monsun Timur Laut yang bertiup antara bulan November hingga
Mac
b) Angin Monsun Barat Daya pula bertiup antara bulan Mei hingga
September
2. Malaysia juga mengalami angin Sumatera yang bertiup dari Pulau
Sumatera.
3. Angin Sumatera bertiup antara bulan April hingga Mei dan antara bulan
September hingga Oktober, iaitu ketika musim peralihan monsun.
4. Angin ini melanda kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia,
terutamanya kawasan-kawasan di antara Pelabuhan Klang hingga Johor
Baru.
5. Angin Sumatera lazimnya kencang dan berlaku secara tiba-tiba pada
waktu subuh. Angin ini membawa hujan lebat yang disertai dengan kilat
dan petir.
6. Kawasan pinggir pantai Malaysia mengalami dua jenis angin tempatan,
iaitu:
a) Bayu laut
b) Bayu darat

Kejadian Bayu Laut

1. Pada waktu siang, kawasan daratan yang berhampiran dengan pantai


menjadi lebih cepat panas daripada laut.
2. Suhu udara di permukaan laut lebih rendah daripada suhu di permukaan
daratan.
3. Hal ini menyebabkan udara di permukaan daratan mengalami tekanan
rendah, manakala udara di permukaan laut mengalami tekanan tinggi.
4. Oleh sebab udara bergerak dari kawasan tekanan tinggi ke kawasan
tekanan rendah, maka udara bergerak dari laut ke darat sebagai bayu
laut.

Kejadian Bayu Darat

1. Pada waktu malam, kawasan darat lebih cepat kehilangan haba daripada
kawasan laut.
2. Udara di permukaan daratan lebih sejuk daripada udara di permukaan
laut.
3. Udara di permukaan laut mengalami tekanan rendah, manakala udara di
permukaan daratan mengalami tekanan tinggi.
4. Oleh itu, udara bergerak dari darat ke laut sebagai bayu darat.

Kesan Rumah Hijau

1. Di sekeliling bumi terdapat lapisan atmosfera.


2. Lapisan ini terdiri daripada beberapa jenis gas, antaranya termasuklah
karbon dioksida (CO2), klorofluorokarbon (CFC), metana (CH4), dan nitrus
oksida (N2O)
3. Gas ini dikenali sebagai gas rumah hijau
4. Cahaya matahari yang menembusi lapisan atmosfera akan memanaskan
permukaan bumi.
5. Sesetengah daripada haba ini akan terus dipancarkan kembali oleh bumi
ke angkasa.
6. Namun, kebanyakan haba yang dipancarkan balik ke bumi terperangkap di
atmosfera oleh gas-gas rumah hijau. Kesan ini dikenali sebagai kesan
rumah hijau.
7. Pelbagai kegiatan yang dilakukan oleh manusia telah menyebabkan gas-
gas rumah hijau di atmosfera bertambah dengan banyaknya.
8. Keadaan ini meningkatkan suhu di atmosfera bumi kerana gas-gas ini
memerangkap lebihan haba dari bumi.

Kegiatan manusia yang Menyebabkan Kesan Rumah Hijau dan Kesannya


- Perkembangan perindustrian
- Pembakaran bahan api fosil
- Pembakaran terbuka
- Pembalakan tanpa kawalan
- Penggunaan bahan klorofluorokarbon
- Asap-asap mengeluarkan gas-gas rumah hijau seperti karbon dioksida,
metana, klorofluorokarbon, dan nitrus oksida memerangkap bahang yang
dipantulkan oleh bumi. Akibatnya suhu bumi meningkat.
- Pertambahan karbon dioksida menyerap lebih banyak haba yang
dipancarkan dari bumi dan meningkatkan lagi suhu bumi.
- Litupan ais di Kutub Utara dan Antartika boleh mencair dan menaikkan
aras laut.

Hutan hujan tropika hidup subur di kawasan bertanah laterit dan aluvium serta
mempunyai saliran yang baik

Hutan paya air tawar terbentuk di tanah gambut yang bertakung air.

Tanah lumpur yang bertakung air masin membentuk kawasan hutan paya air
masin.

Tanah pasir pantai menggalakkan pertumbuhan hutan pantai.

Kepentingan Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi di Malaysia

1. Hutan di Malaysia memberikan sumbangan yang penting kepada


kehidupan
2. Hutan kita penting kerana
- Mempunyai ekosistemnya sendiri
- Menjadi habitat flora dan fauna
- Terdapat sumber perhutanan
- Menjadi tempat pembiakan hidupan laut
- Menjadi tempat perlindungan haiwan liar
- Menjadi kawasan tadahan hujan
- Merupakan penghalang hakisan
- Menjadi kawasan ekopelancongan
- Menjadi sumber pendapatan

Ekosistem

a) Hutan adalah salah satu ekosistem. Ekosistem hutan merangkumi:

Ekosistem Hutan

Kompenan hidup (biotic) kompenan bukan hidup


(abiotik)

1. Tumbuh-tumbuhan 1. Air,udara,tanah,cahaya
matahari
2. Haiwan
b) Kompenan hidup dan kompenan bukan hidup ini saling berinteraksi antara
satu sama lain.
c) Tmbuh-tumbuhan dan hutan memerlukan tanah, air, udar, karbon
dioksida, dan cahaya matahari untuk membuat makanannya sendiri
melalui proses fotosintesis. Oksigen yang dilepaskan melalui proses
fotosintesis pula penting kepada haiwan untuk pernafasan.
d) Daun dan ranting tumbuh-tumbuhan yang gugur akan dihancurkan dan
direputkan oleh pengurai seperti bakteria dan serangga, dan kulat
membentuk humus. Tindakan agen pereputan ini menyebabkan nutrien
dikembalikan semula ke tanah. Nutrien ini diserap oleh tumbuh-tumbuhan
sebagai sumber untuk membuat makanan.

Keseimbangan ekosistem hutan penting kerana dapat memelihara,


melindungi, dan mengekalkan pelbagai sumber tumbuh-tumbuhan dan
hidupan.

Mengenal Latitud dan Longitud

1. Kedudukan di bumi ditentukan oleh latitud dan longitud.


2. Latitud dan longitud adalah garisan imaginasi di permukaan bumi yang
dilukis di atas peta.

Latitud

1. Latitud ialah garisan yang dilukis melintang dan selari dngan garisan
Khatulistiwa (longitud 0 darjah) di dalam pemetaan permukaan bumi.
2. Garisan latitud diukur dengan nilai darjah (simbol darjah), iaitu dari 0
hingga 90 utara dan selatan.
3. Garisan latitud 0 darjah merupakan garisan Khatulistiwa yang
membahagikan bumi kepada dua zon, iaitu hemisfera utara dan hemisfera
selatan. Garisan Khatulistiwa adalah garisan latitud terpanjang.

Longitud

1. Longitud adalah garisan yang dilukis menegak dari kutub utara ke kutub
kutub selatan pada glob atau atlas.
2. Longitud 0 darjah dilukis melalui Greenwich di London.
3. Garisan ini dikenali sebagai Garsan Meridian Pangkal (GMP) dan sangat
penting untuk menentukan waktu tempatan.
4. Garisan Meridian Pangkal diberi nilai 0 hingga 180 di sebelah timurnya dan
0 hingga 180 di sebelah baratnya.
5. Apabila longitud 180 timur dan 180 barat bertindih, garisan ini merupakan
longitud yang sama dan dinamakan Garisan Tarikh Antarabangsa (GTA)

Rajah Kitaran

Melukis dan melabel


1. Sebelum melukis rajah kitaran, ikuti langkah-langkah berikut:
a) Teliti maklumat yang telah dikumpulkan dan pilih fakta-fakta yang
penting
b) Tentukan bentuk rajah yang ingin dilukis
c) Lakarkan rajah mengikut maklumat yang dikumpulkan
d) Gunakan anak panah untuk menunjukkan aliran atau proses yang
berlaku
e) Berikan tajuk yang sesuai dan isikan maklumat ringkas dalam rajah.

Mentafsir

1. Bagi mentafsir rajah kitaran, langkah-langkah berikut perlu diikuti:


a) Perhatikan tajuk dan label dalam rajah.
b) Teliti susunan dan aliran rajah mengikut urutan nombor, huruf, atau
anak panah.
c) Telitikan pernyataan ringkas yang diberikan dan buat tafsiran tentang
aliran rajah kitaran tersebut.

Kerja-kerja penanaman pokok lada hitam dijalankan secara berperingkat-


peringkat. Poko lada hitam ditanam melalui keratan batang yang disemai di
dalam beg politena. Setelah tumbuh menjadi pokok, pokok lada hitam
dipindahkan ke kebun. Anak pokok ini perlu diikat pada penyokong dan dilindung
daripada cahaya matahari ketika ia sedang membesar. Semasa proses
tumbesaran, akar pokok akan mencengkam pada kayu penyokong. Kayu
penyokong akan menyebabkan pokok lada hitam tumbuh secara menegak.
Hasilnya akan dikutip setelah pokok lada hitam matang.

Faktor-faktor yang meningkatkan kandungan gas-gas rumah hijau di udara

1. Pelupusan sampah
2. Sawah padi
3. Peti sejuk dan aerosol
4. Loji tenaga dan bahan bakar dari kilang
5. Pengeluaran asap dari kenderaan
6. Pembalakan dan pembakaran hutan

Pulau Haba

1. Pembanggunan yang semakin pesat di bandar menyebabkan banyak


kawasan hutannya yang ditebang untuk tujuan pembinaan.
2. Bangunan konkrit yang dibina rapat-rapat, serta jalan-jalan diturap dan
menyerap dan memerangkap haba.
3. Pergerakan udara dan angin adalah terhad kerana dihalang oleh bangunan
tinggi. Udara panas kekal dan meningkatkan suhu pada waktu malam
akibat daripada pelepasan haba.
4. Kurang litupan tumbuh-tumbuhan di bandar menyebabkan kurang
transpirasi berlaku, lalu meningkatkan suhu udara.
5. Kilang dan kenderaan bermotor mengeluarkan bahan pencemar seperti
debu, habuk dan gas yang menyerap bahang matahari dan memeantulkan
bahangan bumi.
6. Keadaan ini menghadkan proses bahangan bumi ke atmosfera dan
menyebabkan suhu meningkat.
7. Haba juga dibebaskan daripada kenderaan bermotor, kilang, dan
pembakaran sampa.
8. Keadaan ini juga menyebabkan suhu udara di bandar lebih panas jika
dibandingkan dengan suhu di kawasan pinggir bandar yang banyak diliputi
tumbuh-tumbuhan.
9. Berdasarkan kajian yang dibuat, perbezaan suhu di pusat bandar dengan
suhu di pinggir bandar dapat mencecah 4 darjah c.

Gambar rajah pelbagai jenis hidupan liar di Malaysia mengikut lapisan dalam
hutan hujan tropika.

Gambar rajah proses kitaran air

Anda mungkin juga menyukai