Anda di halaman 1dari 6

Bahagian A

[ 20 markah]

Soalan 1 hingga Soalan 12

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Pada cuti sekolah yang lalu ________________ sekeluarga bercuti di Pulau Langkawi,
kata Amirul kepada rakanya

A kamu
B kita
C kami
D kalian

2 Bau ________________ ikan haruan melekat pada baju Azzam selepas dia menolong
ibunya menyiang ikan tersebut

A hapak
B harum
C hamis
D hanyir

3 Adik tidak melihat apa-apa di dalam bilik itu kerana keadaannya sangat_____________
A suram
B gelap
C kabur
D malap

4 __________________ anggota Persatuan Pengakap yang akan menyertai


perkhemahan itu? tanya Guru Besar kepada Cikgu Ahmad.

A Siapakah
B Berapakah
C Mengapakah
D Bagaimanakah

1
Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5 ____________ hidangan ini dimasak sendiri oleh isteri saya, ujar Pak Bilal.

A Banyak
B Sedikit
C Beberapa
D Semua

6 Sekolah Kebangsaan Pulau Besar mengadakan bengkel teknik menjawab soalan kepada
calon-calon yang akan ________________ peperiksaan UPSR 2016.

A menjawab
B menduduki
C memasuki
D menulis

7 Penyampaian hadiah pertandingan akhir dondang sayang itu telah dilakukan


oleh_____________________ Tuan Pegawai Daerah Alor Gajah.

A Yang Berbahagia
B Yang Berhormat
C Yang Mulia
D Yang Dikasihi

8 Saya ___________________ kamu semua mendengar dengan teliti penerangan tentang


penternakan kelulut itu, kata ketua kampung Ujung Tanjong kepada anak buahnya.

A arahkan
B silakan
C harap
D tolong

2
9 Guru-guru dan __________________ sekolah akan menjayakan hari kelurga di Permaisuri
Resort, Port Dickson.

A pesuruhjaya
B warganegara
C setiausaha
D kakitangan

Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.

10 Guru-guru dan murid-murid tahap dua ___________________menjayakan pameran Hidup


Sihat Tanpa Dadah.

A berhempas-pulas
B bersengkang-mata
C bergolok-gadai
D Bergurau-senda

11 Murid yang __________________ berminat dalam bidang pertanian disaran supaya


________________ mengambil kursus tersebut di universiti.

A tidak ....tidak
B tidak ....bukan
C bukan...bukan
D bukan....tidak

3
Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah.

12 Adam kagum melihat ________________________pekerja yang gigih bekerja walaupun


dalam panas terik.

A segerombolan
B sepasukan
C sekumpulan
D seangkatan

13 __________________ air ke petak sawah amat penting sebelum benih disemai.


A Pembelian
B Pengeringan
C Pengaliran
D Penggalian

Soalan 14

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

14 Pameran kereta antik di Dataran Rembau itu berlangsung selama seminggu


A Kereta antik itu sudah dipamerkan seminggu di Dataran Rembau.

B Seminggu bersama-sama pameran kereta antik di Dataran Rembau.


C Dataran Rembau menjadi pusat pameran seminggu untuk kereta antik.
D Selama seminggu pameran kereta antik itu diadakan di Dataran Rembau.

4
Soalan 15 dan 16

Pilih ayat yang betul.

15 A Bidang pertanian mampu menjana pendapat yang tinggi.


B Sikap tidak mengenal putus asa pasti akan menghasilkan kejayaan.
C Sekawan penunggang kuda kaum Bajau menunjukkan kehebatan mereka menunggang
kuda.

D Nobat berasal dari perkataan parsi

16 I Murid itu akan menduduki peperiksaan UPSR minggu lepas.


II Pemuda cantik itu menantu Pak Man.
III Menara berkembar Petronas pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia
IV Siapakah Menteri Pendidikan Malaysia sekarang?
.

A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C III dan IV sahaja
D I dan IV sahaja

Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Di Malaysia, betik dijual secara meluas sepanjang tahun. Permintaan betik


di pasaran tempatan dijangka akan terus meningkat. Betik menjadi buah tempatan yang
paling tinggi nilai eksportnya. Pasaran tempatan pula banyak menawarkan betik. Betik
eksotik dan betik sekaki mudah ditanam dan akan berbunga tiga hingga empat bulan selepas
ditanam. Kutipan hasil pula akan dibuat dalam masa sembilan bulan selepas penanamannya.
Pasaran betik Malaysia pada masa ini hanyalah di Singapura, Hong Kong, Timur
Tengah dan Eropah. Walau bagaimanapun, pasaran eksport dijangka dapat diperluas ke
China, Amerika, Jepun, Australia, New Zealand dan Rusia. Dalam usaha untuk mencapai
hasrat ini, kerajaan akan meningkatkan aktiviti promosinya dengan lebih meluas.
Penyelidikan dan pembangunan untuk menghasilkan betik yang lebih berkualiti akan
diteruskan dari semasa ke semasa. Buah ini kaya dengan vitamin C dan vitamin A.
Buah betik banyak khasiat. Antaranya termsuklah sebagai ubat sembelit, mengubati
sakit otot, merawat masalah kulit seperti jerawat, mengubati tumit pecah dan mencegah
terjadi batu dalam pun dikencing.
Buah yang masak selalu dimakan segar sebagai pencuci mulut. Betik yang masak juga
boleh dijadikan jem, jus, perisa untuk aiskrim dan pudding, halwa dan sos. Betik matang
yang belum masak boleh juga dijeruk atau dimasak sebagai sayur.

5
17 Berapa lamakah betik mula mengeluarkan hasil selepas ditanam?
A Tiga bulan
B Empat bulan
C Sembilan bulan
D Sepuluh bulan

18 Betik telah dieksport ke negara-negara berikut kecuali....


A Singapura
B Hong Kong
C China
D Eropah

19 Mengapakah penyelidikan dan pembangunan terhadap betik perlu dilakukan?


A Meningkatkan umur betik
B Meningkatkan jualan betik
C Meningkatkan pokok betik
D Meningkatkan kualiti betik

20 Betik boleh didapati sepanjang tahun kerana..........


A betik bukan buah bermusim.
B betik ditanam sepanjang tahun.
C betik dipromosi sepanjang tahun.
D betik di eksport ke luar negara.

Anda mungkin juga menyukai