Anda di halaman 1dari 6

15 February 2016

Kajian Tindakan : Meningkatkan Kehadiran Awal Murid


Ke Sekolah Melalui Program 'Cup' Saya Dulu

Pn Kang Kooi Li

Pn Nabira Mohd Shah

KAJIAN TINDAKAN
MENINGKATKAN KEHADIRAN AWAL MURID KE SEKOLAH
MELALUI PROGRAM CUP SAYA DULU.

Oleh :
Pn. Nazifah Hj Abdul Latif ( Pengetua Cemerlang )
Pn. Nabira Mohd Shah ( Guru Kaunseling )
Pn Kang Kooi Li ( Guru Kaunseling )
SMK Cochrane Kuala Lumpur.

Abstrak
Kajian tindakan ini dijalankan untuk melihat faktor dan keberkesanan tindakan disiplin
terhadap pelajar yang hadir lewat ke sekolah. Responden kajian melibatkan 20 orang pelajar
yang sering hadir lewat terdiri daripada pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 4 di SMK
Cochrane dan 2 orang Guru kaunseling dengan menggunakan soal selidik sebagai alat
pengukur. Tinjauan awal telah dilakukan iaitu melalui pemerhatian dilakukan, di dapati
jumlah yang datang lewat adalah sangat tinggi. Pengumpulan maklumat pelajar yang datang
lewat ke sekolah diperolehi dari unit disiplin dengan kerjasama guru disiplin serta pengawas.
Tindakan yang diambil ke atas pelajar yang lewat lebih 3 kali adalah dengan menghantar
Surat Amaran Pertama. Hasil kajian mendapati terdapat perubahan pada bilangan kehadiran
pelajar yang lewat setelah di ambil tindakan terhadap mereka.

1.0 REFLEKSI YANG LALU


2.0
Kehadiran lewat ke sekolah adalah salah satu salahlaku biasa bagi segelintir pelajar sekolah
harian. Pelajar-pelajar yang sering hadir lewat ke sekolah kebanyakannya pelajar yang sama.
Namun begitu, ibu bapa dan para pelajar sendiri tidak menganggap masalah ini sebagai
salahlaku disiplin. Sesetengah ibu bapa atau penjaga mempersoalkan tindakan pihak sekolah
yang dianggap sebagai perkara yang remeh.

.Dalam sesebuah institusi persekolahan, disiplin memainkan peranan penting ke arah


pembentukan sahsiah para pelajar. Disiplin adalah teras dalam pengurusan dan pentadbiran
sekolah. Oleh itu, sekolah ini juga tidak terlepas dengan isu yang berkaitan dengan disiplin
seperti ponteng, bergaduh, memeras ugut, datang lewat dan sebagainya.
Namun isu yang paling membimbangkan saya sebagai pihak pentadbir adalah
permasalahan kelewatan pelajar ke sekolah yang semakin meruncing. Sebagai pentadbir, saya
perlu bertindak bagi mengurangkan masalah pelajar yang lewat ini dengan menjalankan
kajian tindakan bersama Unit Bimbingan Dan Kaunseling dengan kerjasama Unit Disiplin
SMK Cochrane. Oleh itu, saya telah menjalankan kajian tindakan untuk meningkatkan
kehadiran awal murid ke sekolah melalui program Cup Saya Dulu.

2.0 FOKUS KAJIAN


Kajian tindakan ini dibuat adalah untuk menangani permasalahan pelajar yang datang lewat
ke sekolah. Matlamat utama kajian ini adalah bertujuan supaya pelajar mempunyai
kesedaran yang tinggi untuk datang awal ke sekolah dan mempunyai sikap untuk menghargai
dan menepati masa. Secara tidak langsung, para pelajar ini akan mempunyai sikap disiplin
yang tinggi untuk mengikuti peraturan sekolah dan tidak akan ketinggalan waktu pengajaran
dan pengajaran di dalam kelas..
Manakala, ibu bapa pula memandang remeh isu kedatangan pelajar lewat ke sekolah.
Mereka tidak menunjukkan reaksi yang positif apabila isu ini diketengahkan kepada mereka.
Mereka menganggap ini merupakan perkara yang biasa berlaku kepada pelajar-pelajar.
Namun begitu, terdapat juga segelintir pelajar yang tidak mengendahkan kesalahan mereka
walupun diambil tindakan secara serta merta.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif Umum
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kehadiran awal pelajar ke sekolah supaya
menghargai masa dan tidak melanggar salahlaku disiplin iaitu lewat hadir ke sekolah.

3.2 Objektif Khusus


i) Memastikan jumlah pelajar datang lewat ke sekolah berkurangan
ii) Meningkatkan motivasi pelajar untuk menghargai dan menepati masa
iii) Meningkatkan kehadiran awal pelajar sekolah melalui program Cup Saya Dulu iatu 100 %
datang awal.

4.0 KUMPULAN SASARAN


Kajian Tindakan yang dijalankan ini adalah melibatkan 20 orang pelajar yang kerap hadir
lewat ke sekolah selama 3 bulan berturut-turut. Responden kajian ini terdiri daripada 20
orang pelajar lelaki yang terdiri daripada pelajar tingkatan 3 dan Tingkatan 4. Responden ini
juga, terdiri daripada pelbagai bangsa iaitu Melayu, Cina dan India.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN


5.1 Tinjauan Masalah
Pihak sekolah telah membuat tinjauan masalah berdasarkan pemerhatian dan soal selidik.
Data-data pelajar yang datang lewat ke sekolah sejak awal tahun di ambil dari Buku Rekod
Datang Lewat. Setiap pelajar yang datang lewat akan menulis nama mereka dalam Buku
rekod tersebut dan mengisi Borang slip Datang Lewat untuk ditunjukkan kepada Guru
Tingkatan. Pelajar telah memberikan pelbagai alasan untuk menjelaskan tentang kelewatan
mereka hadir ke sekolah. Alasan tersebut dapat dirujuk melalui Buku Rekod Datang Lewat
dan juga melalui Soal Selidik.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah


Pelbagai kesimpulan dapat dibuat, berdasarkan pemerhatian dan temubual dengan pelajar,
maklumat daripada ibu bapa yang hadir ke sekolah dan juga soal selidik. Soal selidik yang
telah dibuat ke atas 20 orang responden didapati pelajar datang lewat ke sekolah kerana
majoritinya tidur lewat dan bangun lewat untuk ke sekolah.
Selain itu, terdapat juga yang bangun lewat kerana tidur semula setelah ibu bapa
keluar bekerja. Berdasarkan soal selidik dan temubual ada juga yang bangun datang lewat ke
sekolah kerana menaiki kenderaan awam dan juga kenderaaan awam tersebut lewat akibat
kesesakkan jalan.

5.3 Tindakan Yang Dijalankan


Tindakan yang dijalankan dalam melancarkan kajian ini adalah dengan mengambil langkah
yang pertama dengan mengumpul data pelajar yang paling kerap datang lewat. Guru Disiplin
mengambil tindakan segera dengan bertanya sebab-sebab pelajar datang lewat dan terus
merekodkan nama pelajar pada Buku Rekod Datang Lewat.

5.4 Pelaksanaan Tindakan Dan Hasilnya (Pemerhatian dan Penilaian)


5.4.1 Tindakan Pertama
Pelajar yang datang lewat selepas dicatat nama, diberi nasihat dan diminta datang lebih awal
untuk mengelakkan tindakan disiplin oleh Guru Disiplin yang bertugas. Pelajar yang datang
lewat juga diasingkan supaya tidak memasuki barisan kelas semasa beratur di tapak
perhimpunan.

5.4.2 Tindakan Kedua


Unit Disiplin dan Unit Hal Ehwal Murid telah menghantar surat Amaran 1 keapada pelajar-
pelajar yang datang lewat lebih 3 kali dan direkodkan dalam fail disiplin sebagai Rekod salah
laku. Manakala pelajar yang tidak dihantar Surat Amaran menerima tindakan rotan 1 kali.

5.4.3 Tindakan Ketiga


Pihak sekolah juga mengambil tindakan dengan membuat panggilan telefon kepada Ibu bapa
pelajar yang hadir lewat. Dengan ini, pihak ibu bapa akan mengetahui perkara sebenar
mengenai anak-anak mereka.

5.4.4 Tindakan Keempat


Selain itu, para pelajar yang paling kerap datang lewat ke sekolah akan dihantar untuk sesi
kaunseling kepada Guru Kaunseling.

5.4.5 Tindakan Kelima


Sekiranya perlu, lawatan ke rumah akan dijalankan bagi mendapatkan persetujuan ibubapa
berkaitan tindakan yang akan dikenakan serta membuat kunjung mesra melihat kehidupan
sebenar pelajar.

5.5 Refleksi kajian


Statistik pelajar yang lewat sepanjang bulan September telah semakin berkurangan. Ini
bermakna Belaian Psikologi berjaya mencapai objektif kajian. Kaedah ini telah
menyedarkan pelajar tentang tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar dan
menimbulkan kesedaran kepada diri pelajar untuk datang awal ke sekolah.

6.0 PENILAIAN
Bagi menilai keberkesanan program ini data kehadiran kumpulan murid-murid sasaran telah
dibuat rumusan. Seramai 13 orang atau 65 % telah menunjukkan perubahan dan masuk ke
sekolah sebelum jam 7.20 pagi sementara 7 orang atau masih mengekalkan tabiat lama iaitu
masuk lewat.
Jadual di bawah menunjukkan perbandingan kekerapan lewat ke sekolah sebelum dan selepas
kajian.

Ting Waktu Bilangan murid lewat (sebelum Peratus Bilangan murid lewat
kajian) (selepas kajian)
3 7.21 ke atas 10 100 3

4 7.21 ke atas 10 100 4


Graf

Berdasarkan pemerhatian dan temubual dengan murid-murid tersebut, dapat dibuat


kesimpulan bahawa mereka sebenarnya telah menginsafi kesalahan mereka.
Kami mendapati bahawa murid-murid tersebut mempunyai rasa bersalah, menginsafi
kesalahan mereka dan mempunyai kesedaran tentang kepentingan datang awal ke sekolah.
Merea berhasrat mengubah sikap negatif namun kurang mendapat sokongan keluarga
persekiran dan rakan sebaya. Berdasarkan objektif kajian ini iaitu memstikan 100 % pelajar
datang awal nampaknya tidak berjaya kerana hanya 35 % yang berjaya dibantu dan
dibimbing.

7.0 REFLEKSI
Setelah kajian ini selesai di jalankan, kami masih tidak berpuashati kerana masih tidak dapat
mencapai objektif kajian. Kami telah memilih kumpulan sasaran yang kecil namun masih
belum berjaya untuk membantu mereka. Langkah-langkah penambahbaikkan perlu diberi
penekanan agar kajian ini lebih memperlihatkan keberhasilannnya.

Namun Banyak pengaran yang dapat diperolehi dalam mempertingkatkan usaha ini iaitu
1. Usaha berterusan dan bersungguh-sungguh tanpa kenal erti jemu amat penting dalam
membendung masalah disiplin ini.
2. Kebanyakan masalah lewat ini menyebabkan banyak masalah disiplin yang lain
dihubungkaitkan. Oleh itu lewat boleh menjadi punca gejala yang tidak naik berlaku di
sekolah.
3. Murid-murid di ibukota ini perlu perhatian dan pengiktirafan dalam membentuk jati
diri mereka dan membimbing mereka ke arah sahsiah terpuji.

6.0 Cadangan Kajian Seterusnya

Hasil daripada kajian yang telah diperolehi, beberapa cadangan yang boleh diberikan bagi
membantu pihak sekolah yang berminat untuk mengurangkan pelajar yang datang lewat.
Diharapkan cadangan yang diberikan dapat membantu dalam memperolehi maklumat yang
berguna dalam menangani masalah pelajar yang hadir lewat.

1) Mengguna pakai Teknik Belaian Psikologi untuk memastikan pelajar datang awal ke
sekolah dan mempunyai semangat tinggi untuk belajar. Ini termasuklah di kalangan guru-
guru.
2) Mewujudkan program-program yang lebih meningkatkan kesedaran pelajar seperti Motivasi
Pembangunan Diri dan Kursus Peningkatan Disiplin Diri Pelajar.
3) Menyediakan hadiah untuk kelas yang merekodkan semua pelajar datang awal.
4) Mewujudkan kerjasama yang erat antara Pengawas dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
dalam memainkan peranan yang penting untuk membentuk peribadi pelajar yang lain.
5) Mengeratkan hubungan PIBG dengan pihak sekolah untuk sama-sama memantau disiplin
pelajar.

Bibliografi

Abdullah Sani Yahaya (2005). Mengurus Disiplin Pelajar. PTS Professional Publishing Sdn.
Bhd.

Dato Noh Hj. Omar. Tangani Masalah Disiplin Pelajar. Pendidik. Ogos 2006

Omardin Ashaari (2002). Pengurusan Sekolah. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Welcome our new PK HEM


Pn Chong

http://nurhaizachemat.blogspot.my/2016/02/kajian-tindakan-meningkatkan-
kehadiran.html