Anda di halaman 1dari 1

NASIONAL

Terbunuh digilis treler


2013/06/17 - 05:39:22 AM Emel Kaw an Cetak

Anggota polis dan ambulans mengangkat mayat Muhammad Hafiz (gambar kecil) dalam nahas di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat
Seremban, semalam.

Seremban: Seorang penolong pegawai farmasi maut akibat digilis treler di Kilometer 258.3 Lebuh
Raya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, Muhammad Hafiz Abas, 23, yang bertugas di Hospital Pakar
Ampang Puteri, Ampang, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan dada.
Mangsa yang menunggang motosikal
jenis Honda EX-5 dalam perjalanan pulang ke kampungnya di Kampung Lubok China, Melaka.

Terlanggar belakang lori Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai gagal mengawal motosikal
lalu terlanggar belakang lori enam tan yang sarat muatan gandum di lorong perlahan, yang
dipandu lelaki berusia 48 tahun.

Pada masa sama, sebuah treler dari arah belakang tidak sempat mengelak mangsa yang terbaring
di atas jalan, menyebabkan mangsa digilis kenderaan berat berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin, ketika dihubungi
mengesahkan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Untuk s ebarang pertanyaan m engenai ik lan tek s , hubungi m uz ainy@m ediaprim a.com .m y untuk m ak lum at lanjut.