Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kami dari kelas 1 delima akan melakukan eksperimen LARVA DALAM BOTOL
Sebelum kami meneruskan eksperimen ini, izinkan kami menerangkan bahan-
bahannya terlebih dahulu. Bahan-bahannya adalah:

BAHAN-BAHAN

Botol
Corong Tuas
Air
Minyak
Pewarna Makanan
Panadol Soluble

LANGKAH-LANGKAH

Pertama sekali letakkan air di dalam botol sehingga suku botol. Selepas itu,
titikan sedikit pewarna makanan dan goncangkan sedikit sehingga ia larut
sepenuhnya. Kemudian, masukkan minyak menggunakan corong tuas sehingga
tiga suku botol. Akhir sekali, letakkan dua tablet panadol soluble dan tutup botol
tersebut. Lihat apa yang berlaku.

BAGAIMANA IA TERJADI?

Ini disebabkan oleh minyak dan air tidak boleh bercampur. Molekul minyak
adalah lebih ringan daripada air menyebabkan ia terapung dan berada di atas air
apabila diletakan di dalam satu bekas. Manakala kandungan di dalam Panadol
Soluble adalah terdiri daripada gabungan sodium bikarbonat, asid sitrik dan
tepung soda. Molekul di dalam ketiga tiga bahan ini adalah tidak bercantum
dengan sempurna. Apabila dimasukkan di dalam air berlaku tindak balas kimia
dimana bahan-bahan ini berhubung antara satu sama lain dan menyebabkan ia
menjadi berbuih. Buih buih yang terhasil ini akan naik ke atas dan melalui
lapisan minyak yang terbentuk sewaktu awal tadi, dan pada masa yang sama
buih-buih ini akan mengangkut bersama kandungan air berwarna tadi dan ia
membentuk corak di dalam lapisan minyak tersebut.

Sekian sahaja eksperimen kami pada kali ini. Semoga ia dapat memberi manfaat
pada anda semua. Sekian, terima kasih.