Anda di halaman 1dari 4

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

NAMA PELAJAR : SITI ZALEHA BINTI HAMIL

NO. MATRIK : 760628145320001

NO. TEL. PELAJAR : 012-2426286

NAMA IPG/PPW/PPT : OUM SHAH ALAM

AMBILAN : JANUARI 2011

PROGRAM : SARJANA MUDA PENGAJARAN (PENDIDIKAN


RENDAH) DENGAN KEPUJIAN

SEMESTER SEPTEMBER 2012


AKTIVITI 4

1.0 JURNAL REFLEKSI KENDIRI TENTANG PERAYAAN TERSEBUT

Di dalam tugasan ini saya telah memilih perayaan Deepavali sebagai tajuk
tugasan. Banyak maklumat yang saya dapat sewaktu melakukan tugasan
yang diberi ini. Antara maklumat yang saya perolehi ialah sejarah dan
tujuan mengapa perayaan Deepavali ini disambut. Saya juga dapat
mengetahui tradisi, sosial dan budaya yang diamalkan oleh masyarakat
India. Juga dapat mengetahui persiapan awal sebelum mereka
menyambut hari Deepavali, amalan-amalan yang dilakukan ketika
sambutan perayaan ini, pakaian tradisional yang dipakai semasa
perayaan, juadah yang dihidangkan pada perayaan Deepavali, hiasan
dalaman dan luaran perayaan serta pantang larang yang perlu diikutu
sewaktu perayaan deepavali. Di bawah ini diceritakan secara ringkas
tentang perayaan ini.
Perayaan Deepavali yang membawa maksud 'cahaya' memberi
pengertian yang bermakna kepada kaum India seluruh negara. Cahaya
yang bermaksud 'harapan', 'kemenangan' dan 'kebahagiaan' ini tentunya
dinanti-nantikan oleh setiap daripada mereka. Lebih bermakna lagi jika
Deepavali dapat dirayakan bersama ibu bapa dan seluruh ahli keluarga
yang lain sambil menikmati pelbagai juadah yang disediakan.

Di negara kita ini, Deepavali tidak hanya disambut oleh kaum India
sahaja sebaliknya turut dirayakan oleh semua kaum termasuk Melayu dan
Cina sebagai tanda muhibah dan perpaduan. Selain itu, Deepavali
disambut oleh kaum India di seluruh dunia yang terdiri daripada pelbagai
etnik, termasuklah Punjabi, Benggali, Marathi dan Telegu.

Mengikut kepercayaan Hindu, Deepavali dirayakan sebagai tanda


kegembiraan serta kemenangan kaum tersebut atas kematian seorang
raja yang disifatkan sebagai jahat dan sering menindas rakyat pada satu
masa dahulu. Di sebalik kisah dongeng itu terselit pengajaran bahawa
setiap kebenaran akan mengatasi kejahatan. Ini sekali gus bertujuan
untuk memberi keinsafan kepada setiap individu agar jangan melakukan
kejahatan.

Menyentuh mengenai sambutan Deepavali, segala persiapan


termasuk dari segi menyediakan pakaian, kuih-muih dan menghias rumah
dilakukan lebih awal terutama seminggu sebelum perayaan. Pada petang
sebelum perayaan, semua ahli keluarga akan berkumpul untuk makan
malam bersama dengan pelbagai jenis makanan yang enak termasuklah
hidangan tradisi kaum India. Kebiasaannya makanan yang dihidangkan
lebih kepada makanan yang agak berat seperti nasi briyani dan dalca.

Pada malam itu juga, saya dapati mereka mengadakan upacara


memasang pelita yang disertai oleh seluruh ahli keluarga. Upacara yang
dinamakan 'Rangoli' iaitu upacara menyusun beras atau hampas kelapa
yang telah diwarnakan dengan pelbagai warna di hadapan pintu. Tidak
ketinggalan juga, pada malam itu kebanyakan wanita akan mengenakan
inai pada jari tangan dan kaki mereka untuk tujuan menghias diri.

Pada pagi perayaan, seluruh ahli keluarga akan bangun lebih awal
dan mereka mandi dan membersihkan diri sebelum bersalam dan
memohon maaf dengan kedua ibu bapa dan ahli keluarga yang lain.

Satu perkara wajib yang dilakukan ialah menjalankan upacara


mandi dengan minyak bijan. Minyak bijan ini akan disapukan ke atas
kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua seperti ibu atau
nenek sebelum membersihkan diri dan mengenakan pakaian baru.
Mengikut kepercayaan kaum India, mandi minyak bijan adalah upacara
yang diwajibkan. Kebaikannya bagaikan mandi di Sungai Ganges untuk
tujuan membersihkan diri dari segala kejahatan dan sifat dengki.
Memakai pakaian dan perhiasan serba baru pada pagi Deepavali pula
bertujuan menghilangkan segala sifat buruk dan kejahatan dalam diri
seseorang seperti hasad dengki dan tamak.
Kehadiran perayaan ini bukan sahaja membuka ruang sanak-
saudara merapatkan hubungan, malah kunjungan rakan daripada bangsa
dan agama lain juga dialu-alukan. Mereka percaya bahawa ia mampu
membawa kegembiraan, keseronokan, nilai positif dan kesejahteraan
yang berpanjangan di antara pelbagai kaum.