Anda di halaman 1dari 7

KOD/NAMA KURSUS:

LMCR1621 ETIKA & PROFESIONAL

TAJUK KAJIAN:

ISU PENYEBARAN MAKLUMAT PALSU DI LAMAN MEDIA SOSIAL

NAMA PENSYARAH:

DR. MARINA BINTI ZAHARI

DISEDIAKAN OLEH:

A151675 NURFARIHA NADHIRAH BINTI AHMAD

PENDAHULUAN
Ledakan maklumat dan media sosial pada masa kini yang sudah menjadi trend dan keperluan
bagi semua lapisan masyarakat, menerusi kemajuan telefon bimbit dan peluasan rangkaian
komunikasi yang turut mencakupi kawasan luar bandar. Kadar penembusan jalur lebar negara
secara keseluruhannya mencapai kira-kira 84 peratus membolehkan masyarakat mengakses
internet dengan mudah termasuk bertukar maklumat mengenai sesuatu isu, kejadian bencana,
kemalangan, kebakaran dan berkongsi gambar. Penyebaran atau perkongsian cerita, berita,
video grafik dan gambar sesuatu isu atau perkara menerusi media sosial atau istilah
popularnya viral adalah kesan ledakan maklumat tanpa sempadan dan had serta
perkembangan teknologi komunikasi pada abad ini. Setiap individu bertanggungjawab dan
menanggung amanah setiap kali mahu memuat turun maklumat untuk dikongsi dalam media
sosial kerana ia boleh menjadi viral jika ada pihak tertentu yang mempunyai niat serta agenda
tertentu serta cenderung membuat fitnah secara fabrikasi atau rekaan semata-mata. Paling
menyedihkan, penyebaran berita melalui media sosial terutama perkongsian menerusi laman
blog, facebook, twitter, instagram atau aplikasi lain memudahkan sesuatu perkara menjadi
sangat popular dan diketahui dengan pantas oleh semua individu serta diakses penduduk di
seluruh dunia.

OBJEKTIF

1. Untuk mengetahui sebab berlakunya penyebaran maklumat yang tidak disaring dalam
laman media sosial.

2. Untuk mencari langkah pencegahan dan cara mengatasi berlakunya pembocoran


maklumat palsu dalam laman media sosial.

ELEMEN ETIKA & PROFESIONALISME


Penambahan pengguna media sosial didorong oleh lambakan aplikasi media sosial seperti
Facebook, Twitter, Line, Instagram dan sebagainya. Hal ini telah menyebabkan penggunaan
laman sosial tanpa kawalan sehingga menyebabkan sesetengah isu sering menjadi viral
dalam masa yang singkat. Isu yang sering di viral kan itu adakalanya tidak tepat dan
sebaliknya. Ini menunjukkan kebanyakkan pengguna tidak mempunyai sikap prihatin dalam
berkongsi maklumat di dalam laman media sosial kerana tidak menyelidik kebenaran sesuatu
maklumat tersebut sebelum men viral kannya.

Maklumat yang disebarkan melalui laman media sosial ini sama ada berbentuk gambar,
video, audio atau teks. Terdapat juga sestengah penyebar maklumat palsu ini hanya ingin
menyebarkan maklumat seperti video pada bahagian yang mereka inginkan dengan niat untuk
mendatangkan kemarahan netizen (network citizen) terhadap individu yang terpapar dalam
video tersebut. Penyebar ini langsung tidak menghormati individu yang di viral kannya
malah memberi aib kepada mereka. Sikap penyebar yang sedemikian sepatutnya perlu diubah
dengan cara bersifat terbuka dan menerima kekurangan individu dalam video yang di viral
kannya itu. Dia juga boleh memohon mereka yang menyebarkan video itu untuk memadam
atau melaporkan kepada pihak yang bertanggungjawab.

Namun begitu, terdapat juga maklumat yang disebarkan itu belum sempat dipastikan sumber
kesahihannya lagi, ia tetap disebarkan dengan tujuan untuk mencalarkan imej musuh atau
orang yang didengki mereka. Perkara seperti ini sepatutnya dielakkan kerana berlaku sikap
tidak adil dalam menganiaya pihak yang tidak berdosa. Terdapat juga medium lain seperti
akhbar tempatan, mengumpul berita-berita daripada laman media sosial seperti facebook
dan twitter untuk ditulis di dalam akhbar. Walaupun berlaku ledakan laman media sosial
pada masa kini, namun akhbar tidak kurang sambutannya oleh segelintir golongan yang
gemar membaca akhbar bagi mendapatkan info terkini.

Tindakan penyebaran maklumat palsu ini bagi tujuan mengaut keuntungan ini akan memberi
impak terhadap masyarakat untuk hidup dalam keadaan kebimbangan dan ketakutan
contohnya seperti penyebaran maklumat tentang kejadian culik kanak-kanak untuk
mendapatkan organ yang kecoh di laman sosial pada tahun lepas. Ini membuktikan pengguna
media sosial yang bertindak menyebarkan info palsu ini tidak mempunyai integriti dalam
berkongsi maklumat sehingga menyebabkan masyarakat saling tidak mempercayai satu sama
lain dan masyarakat berada dalam keadaan tidak tenteram. Masyarakat akan sentiasa bersikap
waspada dan syak wasangka terhadap satu sama lain ini boleh mengganggu aktiviti harian
mereka. Jika masyarakat saling tidak mempercayai satu sama lain bagaimana mereka untuk
bersatu dalam mempertahankan negara.

PERBINCANGAN (SITUASI 1)

Antara isu penyebaran maklumat palsu yang kerap berlaku melalui laman media sosial adalah
berita kematian palsu yang ditulis dan beritanya tidak dipastikan kesahihannya sebelum
berkongsi di laman media sosial. Contoh berita seperti berita kematian palsu mengenai
pemain bola sepak negara iaitu, Safee Sali yang dikhabarkan meninggal dunia akibat diserang
penyakit jantung menurut gambar 1.0.

Lebih-lebih lagi yang berkongsi berita tersebut adalah pihak akhbar yang terkenal dalam
negara dan akhbar ini sering dibaca oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Maka, bila berita
sebenar tiada ketelusan

KEJUJURAN

HORMAT-MENGHORMATI

Memberitahu diri diculik oleh penjahat tetapi sebenarnya melarikan daripada rumah

BERTANGGUNGJAWAB
Penyebaran maklumat palsu semakin berleluasa dengan perkembangan
teknologi maklumat. Setiap individu haruslah bijak menilai sesuatu maklumat
yang dipaparkan samada palsu ataupun benar kerana ini merupakan salah satu
masalah yang sukar dibendung. Tidak semua maklumat yang disebarkan adalah
benar sama ada disedari oleh penulis itu sendiri ataupun hanya,dengar daripada
mulut orang lain dan terus berkongsi serta menyebarkan maklumat tersebut.
Dengan adanya teknologi maklumat, maklumat palsu tersebut makin pantas
tersebar dan akan memBeri impak buruk kepada mana-mana pihak yang terlibat
dalam menyebarkan maklumat palsu tersebut. Penyebaran maklumat palsu ini
juga adalah salah satu alat untuk menjatuhkan seseorang. Hal ini, kebanyakkan
melibatkan pihak yang terlibat dengan politik. Pelbagai maklumat peribadi yang
dipaparkan serta ditokok tambah, dengan tujuan untuk menjatuhkan ahli politik
tersebut. Hal ini, akan menyebabkan masyarakat memandang serong serta
menabur fitnah tanpa usul periksa serta bukti yang kukuh. Selain itu,
penyebaran maklumat palsu juga akan memecah belahkan masyarakat dan
negara. Sebagai rakyat yang tinggal dalam negara yang dihuni oleh pelbagai
kaum, sifat kepercayaan dan hormat antara satu sama lain amat penting.
Maklumat-maklumat palsu yang disebarkan berkaitan perkauman akan
mengguris hati sesetengah kaum dan berkemungkinan menumbulkan sifat
ketidakpuasan hati serta dendam terhadap kaum lain. Ini amat merbahaya
terhadap keharmonian sesebuah negara. Ironinya, semua pihak haruslah
bertanggungjawab dan memainkan peranan masing-masing dalam mengawal
dan membanteras penyebaran maklumat palsu di laman-laman sosial dan
sebagainya. Jauhkan diri dari menjadi salah seorang individu yang terlibat dalam
penyebarkan maklumat palsu.
REFLEKSI / KESIMPULAN

Secara ringkasnya, pengguna laman media sosial ini mempunyai sifat yang
boleh memberi impak yang positif dan negatif kepada umum. Namun
kepentingan penggunaan teknologi ini amat penting bagi menjamin masa depan
dalam perkembangan dan perkongsian maklumat secara cekap dan tepat.
Segalanya adalah bergantung kepada pengguna dan pembaca yang turut
dipengaruhi oleh tahap pendidikan mereka. Jika mereka dikuasai oleh kehendak
diri mereka sendiri maka akan berlaku penyalahgunaan media tersebut.

RUJUKAN

Mohd Fauzi bin Abdullah & Muhammad Izuan bin Azizan. The Paradox of Information:
Media Sosial Vs Media Massa. TINTA, 24 (5). pp. 95-107. ISSN 0127-5100
http://ir.uitm.edu.my/14116/1/AJ_MOHD%20FAUZI%20ABDULLAH%20TINTA
%2015.pdf

Nadiah binti Badrul Hisham & Noor Amalie Fatihah binti Mohd Yusri. Revolusi Teknologi
Maklumat. TINTA, 24 (1). pp. 95-107. ISSN 0127-5100
http://ir.uitm.edu.my/14150/1/AJ_NADIAH%20BADRUL%20HISHAM%20TINTA
%2015.pdf