Anda di halaman 1dari 6

CIKGU HAILMI

Bagaimana Mengajar Pelajar Untuk Berfikir Secara


KBAT?
Satu kesulitan dalam menghadapi pembelajaran abad ke 21 adalah mengajarkan
pelajar teknik untuk berfikir secara KBAT. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ini
walaupun sebenarnya sudah lama wujud sejak penciptaan Model Taksonomi Bloom,
tetapi barulah kini semakin giat dipromosikan sebagai kemahiran berfikir yang juga
boleh diajar kepada semua aras pelajar, tanpa perlu lagi melalui KBAR, iaitu
Kemahiran Berfikir Aras Rendah.

Strategi mengajar pelajar berfikir secara KBAT

Jom kita tengok beberapa cara dan strategi yang boleh digunakan oleh rakan guru
bagi menggalakkan pelajar untuk berfikir secara KBAT.

1. Tingkatkan Soalan Aras Tinggi


Bagi membiasakan pelajar dengan soalan sebegini, maka guru hendaklah sentiasa
memberikan soalan berbentuk KBAT. Semakin banyak soalan KBAT, semakin luas
tahap pemikiran seseorang pelajar itu.
Tapi, bagaimana yang dikatakan dengan soalan KBAT?. Antara ciri-ciri Soalan
KBAT adalah soalan yang menguji kemahiran berfikir pelajar pada tahap Analisa,
Sintesis dan juga Penilaian. Soalan-soalan berbentuk 'Wajarkan', 'Cadangkan',
'Ramalkan' adalah antara beberapa kata tugas yang memerlukan pelajar menguasai
KBAT. Maka perbanyakkan lah soalan-soalan yang sebegitu.
2. Mempelbagaikan Aktiviti Penyelesaian
Masalah
Bagi menggalakkan juga pelajar berfikir secara KBAT, maka guru boleh lah
memperbanyakkan lagi aktiviti yang melibatkan penyelesaian masalah. Dalam
situasi baru yang diberi, pelajar perlu lah menggunakan kemahiran menganalisa,
mensintesis dan juga menilai apakah konsep yang bersesuaian dan boleh
digunapakai bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Aktiviti penyelesaian masalah

Objektif dalam menyelesaikan masalah juga haruslah diterapkan iaitu bagi


membolehkan kita membuat penyelesaian yang terbaik, meneroka dan
mempertimbangkan pelbagai pilihan dengan sebanyak mungkin, dan membolehkan
kita bertindak atas keputusan yang telah diambil kira semua faktor serta kesan
akibatnya.

Secara ringkas, langkah-langkah menyelesaikan masalah adalah bermula dengan


menyedari apakah permasalahan, memahami masalah, meneroka pilihan-pilihan
penyelesaian, meninjau kesan akibat daripada pilihan-pilihan dan juga memilih
pilihan terbaik sebagai penyelesaian.

3. Teknik Menyoal
Teknik menyoal adalah teknik paling lama dan paling popular dalam bidang
pendidikan. Pemilihan teknik ini dalam pdp dapat melahirkan interaksi antar guru
dan pelajar secara berkesan. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru
mengemukakan soalan yang berkaitan dengan isi pelajar dan dan pelajar
dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya. Kejayaan penggunaan teknik ini
dalam pdp bergantung kepada kebolehan guru untuk menguasai teknik menyoal
Salah satu perkara penting ketika berkomunikasi adalah aktiviti bertanya dan
menyoal. Kemahiran bertanya dan menyoal bukan sekadar untuk mendapatkan
sesuatu maklumat, tetapi juga membantu kita membina iklim komunikasi yang
positif dan memupuk sikap saling memahami dan bekerjasama.

Teknik menyoal yang betul boleh menggalakkan pelajar berfikir secara KBAT

Tujuan Teknik Penyoalan


- Melihat keupayaan pelajar memahami sesuatu blok informasi
- Mengalih perhatian pelajar daripada satu fakta kepada fakta yang lain
- Menegaskan kepentingan isi
- Mengarah pelajar ke arah membentuk konsep pemahaman yang tersendiri
- Mengesan pengetahuan berbahasa pelajar
- Mengalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatid, logik dan juga kritis
- Mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar

Walaubagaimanapun, penggunaaan teknik penyoalan adalah untuk mencerna


pemikiran. Ini kerana soalan yang dikemukakn untuk menaganalisis, mensintesis
dan menilai kemahiran dan menyediakan latihan untuk pelajar berkomunikasi.

Di sini juga saya sertakan sedikit Panduan Penyoalan yang betul bagi membantu
guru untuk mengasah pemikiran kreatif dalam kalangan pelajar.

Prinsip Panduan Penyoalan


- Soalah hendaklah dirancang
- Soalan bersesuaian dengan peringkat kebolehan pelajar
- Aras soalan tidak terlalu senang dan tidak terlalu sukar
- Beri peluang kepada pelajar untuk berfikir mengenai jawapan
- Kemukakan soalan kepada keseluruhan kelas
- Elakkan daripada mengemukakan soalan kepada murid tertentu sahaja
- Kemukakan soalan terlebih dahulu sebelum menentukan nama murid
- Bentuk soalan perlu diubah-ubah untuk menarik perhatian murid
- Soalan dapat didengar dengan jelas oleh pelajar seluruh kelas
- Soalan haruslah mampu mendorong pelajar untuk berfikir
- Elakkan soalan yang mengandungi jawapan di dalamnya
- Soalan hendaklah ringkas dan juga jelas

4. Aktiviti Pemikiran Aras Tinggi Dalam Buku


Teks
Tanpa kebanyakkan daripada kita sedari, buku teks yang disediakan sudah lama
mengandungi aktiviti yang boleh merangsang pemikiran aras tinggi. Perhatikan
semula kandungan dalam buku teks serta aktiviti yang disediakan bagi pembelajaran
tertentu.

Maka gunakanlah sebaiknya aktiviti dalam buku teks tersebut bagi membentuk
pelajar yang mahir dalam menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi, KBAT

5. Pembelajaran Berasaskan Projek


Satu lagi perkara yang boleh menggalakkan pelajar untuk berfikir secara KBAT
adalah dengan memperbanyakkan aktiviti pembelajaran yang berasaskan projek,
project-based learning (PBL).

Pembelajaran berasakan projek merupakan pelaksanaan program atau aktiviti dalam


jangka panjang. Proses pembelajaran ini memerlukan pelajar bekerjasama, misalnya
menyediakan soalan berkaitan projek dan mengimpelementasikan penyelidikan
dengan mengumpulkan data, menganalisis data dan menghasilkan laporan samada
secara lisan atau pun bertulis.
Pembelajaran berasaskan projek boleh menggalakkan pemikiran KBAT dalam
kalangan pelajar

Dengan ini pelajar-pelajar dapat didedahkan dengan proses kemahiran berfikir


dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan. Maka pelajar perlu dilibatkan dalam
proses pengajaran yang aktif dan menyeronokkan seperti kaedah projek.
Pelaksanaan STEM juga mampu menjadi pemangkin kepada pembelajaran
berasaskan projek.

6. Menggunakan Alat Berfikir


Strategi terakhir dalam mengajar pelajar untuk berfikir secara KBAT adalah dengan
menggunakan alat berfikir. Alat berfikir mampu membantu pelajar menggunakan
minda dengan lebih bijak dan berkeesan. Pemikiran menjadi lebih tersusun, luas,
jelas dan tidak terburu-buru dalam melakukan sesuatu.

I Think adalah salah satu alat berfikir yang boleh menggalakkan pelajar berfikir secara KBAT
Ini adalah antara alat-alat berfikir yang boleh digunakan untuk meningkatkan
ketrampilan dalam berfikir, iaitu:
- Soalan dan penyoalan
- Peta Minda
- Pengurusan Grafik
- CoRT
- i-Think
- 6 Thinking Hat

Alat pengurusan grafik juga dikenali sebagai peta pengetahuan, peta konsep, peta
cerita dan alat pengurusan kognitif. Alat komunikasi yang menggunakan simbol
untuk menggambarkan pengetahuan, konsep, pemikiran, idea-idea dan juga
hubungan antara mereka. Tujuan utama pengurusan grafik adalah untuk
menyediakan bantuan visual bagi membantu pelajar berfikir.

Alat CoRT (Cognitive Research Trust) merupakan instrumen kognitif dalam bentuk
garis panduan yang digunakan untuk meningkatakn kualiti pemikiran seseorang.
Penggunaan alat ini dapat memandu pelajar untuk membuat keputusan dengan
mengambil kira pelbagai faktor, menyelesaikan masalah, meluaskan pandangan
terhadap sesuatu isu, meneliti kesan terhadap suatu tindaka, meneroka kepentingan
apabila diberi pelbagai pilihan serta melihat sesuatu dari pelbagai sudut pandangan.

Semoga dengan perkongsian ini mampu memberikan guru sedikit pencerahan


mengenai kaedah dan strategi yang boleh digunapakai dalam menerapkan
kemahiran berfikir aras tinggi, KBAT dalam kalangan pelajar. Jika rakan guru ada
perkongsian yang lain, sila-sila kanlah berkongsi dalam ruangan komen di bawah
bagi digunakan oleh rakan guru yang lain juga. Terima kasih!