Anda di halaman 1dari 2

Idea Nietzsche

Nietzsche merupakan seorang pemikir jerman yang diangkat namanya sebagai bapa
kepada corak pemikiran pasca-modernisme

Antara idea dari Nietzsche ialah Death of god atau dikenal sebagai Got Ish Tott yang
bermaksud Tuhan Telah Mati. Inilah slogan yang diwar-warkan oleh Friedrich
Nietzsche. Beliau berfikir seharusnya setiap manusia bebas untuk membuat keputusan
sendiri tentang moral tanpa memikirkan tuhan. Pegangan ini menyebabkan
masyarakat beranggapan bahawa beliau adalah seorang atheist.

Selain itu , The Will To Power atau kehendak kepada kuasa adalah satu konsep yang
penting dalam falsafah Friedrich Nietzsche. Kehendak kepada kuasa dipercayai
menjadi punca kepada pencapaian, cita-cita, dan usaha untuk mencapai kedudukan
yang paling tinggi dalam kehidupan.

Idea The bermensch terdapat dalam karyanya yang bertajuk Thus Spoke
Zarathustra pada 1891. Manusia sepatutnya bebas dari apa jua sekatan supaya
mereka dapat menyerlahkan potensi mereka untuk mencapai tahap tertinggi dan
menjadi ubermench atau manusia super. Oleh yang demikian, manusia dapat
menikmati hidup yang maju kehadapan dan mencapai kejayaan luar biasa yang
diidamkan sekian lama

Nietzche menyatakan bahawa hidup in sebagai eternal recurrence aitu pengulangan


abadi. Andaian tentang alam semesta telah berulang dan akan terus berulang tanpa
pengakhiran. Sebagai contoh, segala yang telah terjadi di masa lampau akan berlaku
kembali dan perkara yang akan berlaku di masa hadapan telah pun terjadi pada
sebelum ini. Walau bagaimanapun, Nietzsche menyatakan bahawa idea eternal
recurrence merupakan suatu idea yang menakutkan dan menjadi beban kepada
manusia.
Ada yang menyatakan bahawa idea-idea beliau merupakan penyebab kepada
penolakan kepada politik, agama dan undang-undang negara di Eropah pada ketika
itu. Malah ada yang mengatakan bahawa ianya punca berlakunya kedua-dua Perang
Dunia dan ia masih didebatkan secara akademik oleh para pemikir Barat yang
mengkaji karya beliau. Kesimpulannya, pada zaman era globalisasi ini, kita perlu
mengambil iktibar terhadap idea-idea pemikiran yang ekstrim seperti yang
diketengahkan oleh Nietzsche.