Anda di halaman 1dari 4

KERTAS CADANGAN PENAMBAHBAIKAN JALAN RAYA LALUAN PERGI

DAN BALIK SEKOLAH SMK SERI KOTA PUTERI 2.

MELALUI PERUNTUKAN MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU (MBJB)


TAHUN 2017

1.TUJUAN

Kertas Cadangan ini bertujuan memohon pertimbangan pihak Majlis


Bandaraya Johor Bahru (MBJB) untuk mendapat peruntukan membiayai
penambahbaikan dan menaik taraf struktur dan kemudahan di jalan raya
berdekatan SMK Seri Kota Puteri 2.

2.LATAR BELAKANG

SMK Seri Kota Puteri 2 merupakan salah sebuah sekolah menengah di


daerah Pasir Gudang. Seramai 707 orang murid belajar di sekolah ini
yang majoritinya adalah murid berbangsa Melayu. Kediaman murid di
sekolah ini kebanyakannya dari taman perumahan berhampiran sekolah
seperti di Taman Kota Puteri, Taman Megah Ria, dan Taman Rinting. Latar
belakang ekonomi keluarga yang berbeza memperlihatkan terdapat murid
yang pergi dan balik sekolah menggunakan pengangkutan awam, kereta,
motorsikal, mengayuh basikal dan tidak kurang juga ada yang berjalan
kaki. Murid hadir ke sekolah seawal jam 6.40 pagi sehingga jam 7.15 pagi.
Kesesakan jalan raya di hadapan sekolah sering berlaku ketika pergi ke
sekolah sekitar jam 7.05 pagi dan ketika balik dari sekolah sekitar jam
2.00 petang. Selain daripada warga sekolah, jalan raya tersebut juga
sering dilalui oleh lori dan jentera berat kerana lokasi sekolah ini sangat
berhampiran dengan kawasan perindustrian Kota Puteri.

3. MAKLUMAT PROJEK

3.1 Status Tapak Projek

Tapak projek adalah tanah Kerajaan yang berstatus jalan raya. Melibatkan
Jalan Penaga di hadapan SMK Seri Kota Puteri 2 dan Jalan Utama Kota
Puteri. Jalan raya tersebut merupakan jenis jalan dua hala. Kawasan
tersebut juga didapati berada dalam bidang kuasa Majlis Perbandaran
Johor Bahru.

3.2 Butiran Projek Yang Dicadangkan

a. Menjadikan Jalan Penaga di hadapan SMK Seri Kota Puteri 2 sebagai


jalan sehala pada waktu murid pergi ke sekolah bermula 6.50 pagi hingga
7.20 pagi dan ketika murid balik dari sekolah bermula jam 1.50 petang
hingga 2.20 petang. Papan tanda penguatkuasaan status jalan sehala
perlu dibina berhampiran Jalan Penaga agar pengguna jalan tersebut
mendapat info mengenai penguatkuasan peraturan tersebut.

b. Membina laluan pejalan kaki di tepi jalan raya menuju ke SMK Seri Kota
Puteri 2. Pembinaan laluan pejalan kaki tersebut bermula dari simpang
empat antara Jalan Utama Kota Puteri - Jalan Penaga hingga ke pintu
masuk SMK Seri Kota Puteri 2.

c. Pembinaan kawasan menurunkan penumpang berbumbung di hadapan


pintu pagar kecil SMK Seri Kota Puteri 2. Kawasan ini terletak di Jalan
Penaga di hadapan laluan masuk ke sekolah. Keluasan yang dicadangkan
kawasan berbumbung tersebut boleh memuatkan dua buah kenderaan
untuk menurunkan penumpang yang terdiri daripada murid SMK Seri Kota
Puteri 2.

d. Pembinaan garisan menyeberang jalan raya Zebra Crossing Line.


Cadangan pembinaan kawasan Zebra Crossing Line di hadapan pintu
laluan masuk pelajar ke sekolah iaitu dikawasan ibu bapa serta bas
sekolah menurunkan pelajar. Ini memudahkan pelajar melintas apabila
ada diantara ibubapa yang menurunkan pelajar di seberang jalan kerana
disebabkan kekangan untuk membuat pusingan diatas faktor kesesakan
laluan diahadapan pintu masuk.

e. Membaiki Jalan Penaga di hadapan SMK Seri Kota Puteri 2. Antara


penambahbaikan yang dicadangkan adalah menaik taraf menurap jalan
tersebut. Membina sistem perparitan yang terancang di tepi Jalan Penaga
tersebut agar air tidak bertakung.

3.3 Justifikasi Projek

Sebab dan alasan keperluan projek yang dicadangkan.

a. Projek menjadikan Jalan Penaga sebagai jalan sehala pada waktu pergi
dan balik sekolah dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas berlaku di
hadapan SMK Seri Kota Puteri 2. Ia juga dapat mengurangkan kes murid
lewat untuk ke sekolah kerana kenderaan agak sesak kerana bergerak
dalam hala yang sama. Perkara yang paling penting apabila jalan tersebut
dijadikan sehala adalah ianya dapat menjamin keselamatan murid ketika
pergi dan balik sekolah.

b.Cadangan pembinaan laluan pejalan kaki bermula dari simpang empat


antara Jalan Utama Kota Puteri - Jalan Penaga hingga ke pintu masuk SMK
Seri Kota Puteri 2 sangat penting bagi menjamin keselamatan murid yang
berjalan kaki ketika pergi dan balik sekolah. Murid yang berjalan kaki
mengalami risiko yang besar apabila terpaksa berselisih dengan
kenderaan berat di Jalan Penaga. Terdapat kenderaan berat yang dengan
sengaja membunyikan hon untuk memastikan murid yang berjalan kaki
memberi laluan kepada mereka untuk melalui jalan tersebut. Oleh itu,
dengan adanya laluan pejalan kaki tersebut dapat memudahkan murid
untuk berjalan kaki disamping dapat menjamin keselamatan mereka
ketika pergi dan balik sekolah.

c. Cadangan pembinaan kawasan menurunkan penumpang berbumbung


di hadapan pintu pagar kecil SMK Seri Kota Puteri 2 sangat penting ketika
waktu hujan. Pakaian murid dan buku akan basah apabila waktu hujan
ketika pergi dan balik sekolah. Murid juga mengambil risiko keselamatan
apabila terpaksa berlari apabila keluar dari kenderaan untuk mengelakkan
basah teruk terkena hujan. Oleh demikian, dengan adanya kawasan
menurunkan penumpang berbumbung ini membolehkan murid dapat
turun dalam keadaan selamat dan tidak tergesa-gesa ketika pergi balik
sekolah pada waktu hujan.

d. Cadangan pembinaan garisan menyeberang jalan raya Zebra Crossing


Line di Jalan Utama Kota Puteri dapat memudahkan murid yang berjalan
kaki. Jalan tersebut sangat berbahaya kerana kesesakan jalan yang dilalui
oleh pelbagai jenis saiz kenderaan. Situasi risiko ini juga berlaku kerana
jalan raya tersebut sangat lebar. Dengan adanya Zebra Crossing Line
tersebut, maka murid yang berjalan kaki mudah untuk menyeberang Jalan
Utama Kota Puteri.

e. Cadangan membaiki jalan raya dan sistem perparitan yang melibatkan


Jalan Penaga dapat mengatasi masalah banjir yang sering berlaku di jalan
tersebut pada waktu hujan. Keadaan jalan yang menuruni bukit
menyebabkan air hujan akan bertakung di Jalan Penaga di hadapan
kawasan sekolah. Situasi ini menyebabkan jalan menjadi sesak terutama
sekali pada waktu pergi dan balik sekolah. Dengan adanya sistem
perparitan yang terancang di tepi kira dan kanan Jalan Penaga tersebut
akan memastikan kejadian banjir dapat dielakkan lantas kesesakan jalan
raya tidak berlaku lagi.

4.PENUTUP

Seluruh warga sekolah ini sangat berbesar hati jika pihak Majlis Bandaraya
Johor Bahru(MBJB) dapat mempertimbangkan beberapa permintaan
tersebut kerana ia mampu untuk menjamin keselamatan murid di sekolah
ini ketika berada di luar kawasan sekolah terutama sekali ketika pergi dan
balik sekolah.
Disediakan oleh, Disemak oleh,
Disahkan oleh,

....................................... ...................................... ..........


...............................

(AFIZ BIN AHMAD)


AJK Keselamatan Pergi
Dan Balik Murid SMK
Seri Kota Puteri 2