Anda di halaman 1dari 4

Membaca mempunyai banyak kebaikannya.

Ibu bapa haruslah memupuk minat membaca di kalangan


anak-anak sejak dari kecil lagi. Apatah lagi pada masa ini bahan bacaan yang sesuai seperti surat
khabar, majalah dan sebagainya sangat mudah kita dapati seperti di kedai-kedai berdekatan rumah
atau melalui internet. Antara kebaikan membaca ialah mengetahui perkembangan terkini dan
menambahkan ilmu pengetahuan. Contohnya apabila kita membaca surat khabar, kita akan
mengetahui berita semasa di dalam dan di luar negara sama ada berita tentang ekonomi, politik,
sosial dan lain-lain lagi. Ini tentu akan meningkatkan mutu karangan kita kerana banyak fakta yang
kita ketahui. Selain daripada itu, membaca juga dapat menambahkan perbendaharaan kata. Orang
yang selalu membaca akan mampu menulis karangan dengan ayat yang lebih gramatis kerana lebih
banyak perkataan yang mereka ketahui atau kuasai. Di samping itu, orang yang rajin membaca akan
memperoleh banyak pengajaran dan pengalaman daripada pembacaan. Ini boleh dijadikan pedoman
untuk kebaikan mereka dalam kehidupan sehari-harian. Membaca juga dapat merehatkan minda kita
setelah penat belajar. Ini kerana banyak bahan bacaan ringan yang baik dan menghiburkan kita
seperti komik, cerpen dan lain-lain lagi. Bagaimanapun, kita harus lebih cermat dalam memilih bahan
bacaan berunsur hiburan ini kerana ada juga yang tidak sesuai atau tidak elok untuk dibaca.
Kesimpulannya, mengamalkan budaya membaca amatlah penting terutama kepada para pelajar.
Selain dapat mengisi masa lapang, aktiviti ini juga dapat mengelakkan mereka terjebak dengan
gejala-gejala yang tidak sihat. Oleh itu, kita haruslah amalkan sikap suka membaca supaya kita
cemerlang dalam pelajaran dan menjadi kebanggaan guru-guru dan ibu bapa.

FAKTA : FAEDAH BUAH-BUAHAN TEMPATAN MOHD BAHRI SOALAN : Rakyat Malaysia digalakkan
makan lebih banyak buah-buahan tempatan. Tuliskan tentang kebaikan buah-buahan tempatan. ** *
*** *** *** *** Buah-buahan tempatan ialah buah-buahan yang terdapat di negara kita Malaysia.
Antara contoh buah-buahan tempatan ialah durian, rambutan, langsat dan lain-lain lagi. Rakyat
Malaysia digalakkan mengambil buah-buahan tempatan kerana buah-buahan tempatan masih segar.
Oleh itu, buah-buahan ini tentu lebih berkhasiat kerana kandungan berbagai-bagai jenis zat dan
vitaminnya masih terpelihara dan ini tentunya lebih baik untuk kesihatan kita. Buah-buahan tempatan
juga mudah didapati terutama pada musim buah-buahan. Pokok buah-buahan ini seperti pisang dan
betik boleh kita tanam sendiri di sekeliling rumah, apatah lagi sekiranya kita tinggal di kampung. Ini
akan akan memudah kita mendapatkan buah-buahan ini tanpa perlu pergi ke kedai dan sebagainya.
Buah-buahan tempatan juga dapat membantu meningkatkan ekonomi negara. Apabila kita lebih
gemar memilih buah-buahan tempatan, ini akan meningkatkan pendapatan petani dan seterusnya
dapat menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan. Secara tidak langsung kita telah membantu
negara dalam menyediakan peluang pekerjaan dan meningkat ekonomi negara. Kesimpulannya, kita
digalakkan makan buah-buahan tempatan kerana banyak kebaikannya. Tambahan pula buah-buahan
tempatan didapati lebih murah daripada buah-buahan import. Oleh sebab itu, rakyat Malaysia dapat
menik

Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ


undefinedundefined SYARAHAN : CARA MENGURANGKAN KEMALANGAN JALAN RAYA MOHD BAHRI
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru, serta rakan-rakan
sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah "Cara- cara Mengurangkan Kadar Kemalangan Jalan
Raya di Negara Kita". Hadirin sekalian, Kita boleh mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di
negara kita dengan mematuhi peraturan-peraturan jalan raya yang ditetapkan seperti tidak
menggunakan telefon bimbit semasa memandu, mematuhi lampu isyarat dan sebagainya lagi. Ini
kerana, peraturan-peraturan ini diwujudkan bagi menjaga keselamatan para pengguna jalan raya itu
sendiri. Menggunakan telefon bimbit ketika memandu boleh mengurangkan kosentrasi. Ini tentu boleh
menyebabkan kemalangan jalan raya. Selain itu, pemandu mesti memeriksa kenderaan sebelum
pemanduan. Antara yang mesti diperiksa ialah tayar, enjin dan lain-lain lagi. Ini kerana banyak
kemalangan yang berlaku akibat kerosakan kereta semasa dalam pemanduan. Hadirin sekalian, Pihak-
pihak yang bertanggungjawab mestilah mengambil berat tentang keadaan struktur jalan raya. Ini
kerana, keadaan struktur jalan raya yang teruk juga banyak menyumbang kepada kemalangan. Di
samping itu, pemandu juga haruslah memandu dengan had laju yang ditetapkan. Memandu
kenderaaan dengan laju boleh menyebabkan kita hilang kawalan terutama apabila berlaku sesuatu
kejadian yang tidak disangka atau mencemaskan. Hadirin yang dihormati sekalian, Akhir sekali, sekali
lagi saya ingin mengingatkan kepada semua supaya sentiasalah berwaspada semasa memandu di
jalan raya. Bak kata pepatah, "Biar lambat asalkan selamat". Sekian, terima kasih.

Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ


undefinedundefined UCAPAN : HARI GURU MOHD BAHRI Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis,
Yang Dihormati Guru Besar Sekolah Kebangsaan Cahaya Pintas, Encik Nor Razif bin Mohd. Adib. Guru-
guru dan rakan-rakan sekalian. Hadirin sekalian, Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih
kerana memberi kesempatan kepada saya untuk berucap dalam majlis yang berbahagia ini. Hari guru
disambut seluruh negara pada 16 Mei setiap tahun untuk menghargai jasa guru kita yang
membimbing, mengajar dan mendidik kita menjadi seorang insan dan sanggup menjadi pelita untuk
menerangi hidup kita gelap-gelita. Jasa guru tidak dapat kita gambarkan. Seperti saya katakan tadi,
membimbing, mengajar dan mendidik adalah antara jasa-jasa seorang insan yang bergelar guru. Guru
juga perlu memikul tanggungjawab yang tinggi contohnya menjadi ibubapa kita di sekolah. Dalam
kesempatan ini juga, saya ingin berpesan kepada rakan-rakan sekalian, hormati, sayang dan
anggaplah guru itu umpama ibu bapa kita. Kita juga mempunyai tanggungjawab untuk menjadi
seorang anak dan murid yang sempurna. Guru-guru sekalian, Saya mewakili rakan-rakan saya,
berjanji agar menghormati dan menyayangi guru-guru sekalian dan kami juga ingin menyusun
sepuluh jari supaya guru-guru dapat memaafi kesemua kesalahan kami dari hujung rambut hingga
hujung kaki. Saya berharap dan berdoa agar guru-guru sekalian sihat dan terus membimbing dan
mendidik lebih lagi anak muda bagi membentuk insan yang berguna untuk negara dan bangsa serta
agama. Akhir kata, saya mewakili rakan-rakan memohon maaf sekali lagi andai kata kami terkasar
kata atau tidak beradap kepada guru sekalian. Sesungguhnya, yang baik itu datang daripada Allah
dan yang buruk itu datang daripada kami. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, terimalah
serangkap pantun yang berbunyi Hati masih terburu-buru, Setiap adrenalin seperti matu, Terima kasih
guru-guru, Menjadi lilin penerang hati. Sekian, terima kasih.

Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ


undefinedundefined SYARAHAN : CARA MENJAGA KEBERSIHAN DIRI MOHD BAHRI Sekolah kamu telah
mengadakan kempen menjaga kebersihan diri. Kamu sebagai ketua murid diminta menyampaikan
ucapan tentang cara-cara menjaga kebersihan diri. *** *** *** *** *** Yang Dihormati Tuan
Pengerusi Majlis, Guru Besar, guru-guru serta rakan-rakan seperjuangan sekalian. Tajuk syarahan
saya pada pagi ini ialah "Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri". Hadirin sekalian, Menjaga kebersihan
diri amat penting untuk kebahagiaan hidup kita. Kita mesti memastikan telinga sentiasa bersih kerana
telinga juga boleh mengalami pelbagai penyakit jika tidak dibersihkan dengan sebaiknya. Kita perlu
membersihkan telinga sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dengan menggunakan putik kapas yang
lembut. Selain itu, kita mesti mandi pada setiap hari supaya badan kita bersih serta mengelakkan
daripada terkena penyakit kulit dan berbau. Badan yang bersih akan menjadi kita sihat dan selesa.
Kita perlu menggosok gigi sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Kebersihan gigi amat penting untuk
mengelakkan daripada kerosakan gigi serta menjadikan kita lebih berkeyakinan semasa bergaul
dengan orang ramai. Kita hendaklah memotong kuku kerana kuku yang panjang boleh menyimpan
kekotoran. Kotoran yang melekat pada kuku yang panjang itu mengandungi kuman yang boleh
tersebar ke dalam badan kita semasa kita makan. Ini akan menyebabkan kita terkena penyakit seperti
cirit-birit dan sebagainya. Hadirin sekalian, Kita perlu menjaga kebersihan rambut dengan
menggunakan syampu untuk membersihkan rambut kita. Rambut yang bersih tidak mudah dihinggapi
kelemumur, kutu dan penyakit kulit kepala. Kesimpulannya, menjaga kebersihan diri amat penting
kepada manusia. Oleh itu, kita mestilah mengambil berat tentang kebersihan diri untuk keselesaan
dan kebahagiaan hidup kita. Sekian, terima kasih.

Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ


undefinedundefined PERIBAHASA : BIAR LAMBAT ASAL SELAMAT MOHD BAHRI Biar Lambat Asal
Selamat Peribahasa Biar Lambat Asal Selamat membawa maksud sesuatu pekerjaan yang hendak
dibuat biarlah dibuat dengan cermat dan berhati-hati supaya pekerjaan itu berhasil dengan baik. Ada
sesetengah orang kurang sabar dalam melakukan sesuatu kerana pelbagai sebab sehingga mereka
mengabaikan akibatnya. Sebagai contoh, seorang pemandu yang memandu kenderaannya dengan
laju kerana ingin segera sampai ke destinasi, akhir mengalami kemalangan di jalan raya. Setelah
terjadi kemalangan, pemandu itu tentu menyelasal kerana memandu dengan laju. Ketika itulah dia
akan terfikir perkara itu tidak akan terjadi jika dia sabar dan cermat ketika memandu. Peribahasa di
atas adalah satu contoh yang paling baik dalam kehidupan kita seharian. Orang yang selalu
mengamalkan peribahasa ini tidak mudah ditimpa bencana dalam setiap tindakan yang dilakukannya,
kecualilah jika itu sudah ditakdirkan tuhan.

Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ


PERIBAHASA : BAGAI AUR DENGAN TEBING MOHD BAHRI Bagai Aur Dengan TebingPeribahasa "Bagai
Aur Dengan Tebing" bermaksud tolong-menolong di antara satu sama lain. Seumpama serumpun aur
di tebing. Aur menumpang pada tebing untuk mendapatkan air, manakala tebing pula memerlukan aur
supaya tebing tidak mudah terhakis. Setiap orang memerlukan orang lain dalam kehidupannya. Oleh
itu, manusia harus hidup bekerjasama dan saling bantu-membantu seperti aur dengan tebing. Hidup
begini dikatakan sepakat dan menjadikan sesuatu kerja itu lebih mudah dan cepat disiapkan.
Semangat kerjasama dan gotong-royong sudah lama diamalkan oleh masyarakat luar bandar dalam
segala lapangan kehidupan. Sebagai contoh, mereka bercucuk tanam dan menuai hasil tanaman
mereka secara bergotong-royong. Begitu juga jika ada majlis perkahwinan, lazimnya orang kampung
akan bergotong-royong untuk menjayakan majlis tersebut. Bahkan sesetengah tempat, orang
kampung membina masjid secara bergotong-royong. Peribahasa ini juga ada persamaan maksud
dengan peribahasa berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, dan hati gajah sama dilapah, hati
kuman sama digigit. Kesimpulannya, peribahasa ini amat baik untuk diteladani bersama terutama
oleh masyarakat di bandar serta generasi muda kerana semangat bekerjasama ini semakin kurang
diamalkan oleh mereka.

Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ


undefinedundefined FAKTA: CARA MENGGEMBIRAKAN IBU BAPA MOHD BAHRI SOALAN : Ibu bapa
merupakan orang yang banyak berjasa kepada kita. Tulis karangan cara-cara kamu menggembirakan
ibu bapa.
_________________________________________________________________________________
Ibu bapa merupakan insan terpenting dalam sesebuah keluarga. Tanpa mereka, kita tidak akan lahir
ke dunia ini. Merekalah yang memberikan kita kasih sayang yang sejati hingga sanggup berkorban
harta dan nyawa demi kebahagiaan kita. Oleh sebab itu, wajarlah kita sentiasa berusaha untuk
menggembirakan hati mereka. Semua ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka berakhlak mulia.
Akhlak mulia akan menyebabkan seseorang itu mentaati perintah agama, menghormati orang lain,
bertanggunjawab, berdisplin dan sebagainya. Anak-anak yang berakhlak mulia juga akan sentiasa
menjaga nama baik ibu bapa dan keluarga. Hal yang demikian, sudah tentu akan menggembirakan
hati ibu bapa. Ibu bapa juga tentu gembira apabila mendapati anak-anak mereka belajar bersungguh-
sungguh. Anak-anak yang rajin belajar kebiasaannya akan mendapat keputusan yang cemerlang
dalam pelajaran. Oleh itu, kita mestilah rajin belajar agar ibu bapa kita gembira serta memperoleh
masa depan yang lebih cerah. Di samping itu, kita juga haruslah membantu mereka. Kita boleh
membantu mereka dengan melakukan kerja-kerja yang sesuai seperti mendidik adik, mengemas
rumah dan sebagainya. Dengan itu, kita dapat meringankan beban mereka dan ini tentu
menggembirakan hati mereka. Selain itu, Ibu bapa juga tentu gembira jika anak-anak menghormati
mereka. Bercakap dengan sopan, bersalaman dan mencium tangan, mendengar teguran dan nasihat,
mengucapkan salam dan senyum semasa berhadapan dengan mereka antara contoh kita
menghormati ibu bapa. Amalkan sikap ini agar ibu bapa kita sentiasa gembira bersama anak-anak.
Kesimpulannya, sebagai seorang anak sudah pasti kita ingin melihat ibu bapa kita sentiasa gembira.
Justeru, sentiasalah berazam dan berusaha untuk menggembirakan hati kedua-dua ibu bapa agar
hidup kita lebih diberkati.

Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ