Anda di halaman 1dari 8

PEMIKIRAN SAINTIFIK

Menurut Lawson (1995) pemikiran saintifik individu berkembang dari


peringkat yang rendah kepada peringkat yang lebih tinggi melalui
proses adaptasi dengan alam sekeliling. Perkembangan pemikiran
saintifik berlaku apabila individu berupaya menguasai pengetahuan
dan proses saintifik melalui pemikiran logik dan penaakulan.
Pemikiran saintifik merupakan sebahagian daripada kemahiran
berfikir yang diperlukan oleh pelajar untuk membina struktur
pemikiran yang merupakan himpunan pengetahuan konseptual
(pembinaan konsep) dan pengetahuan prosedural (kemahiran
saintifik). Struktur pemikiran ini diperlukan bagi membina dan
mengemukakan idea serta merancang dan melaksanakan aktiviti
penyiasatan (West dan Pines, 1985). Walau
bagaimanapun, banyak kajian yang dilaksanakan menunjukkan
wujudnya pelbagai permasalahan dalam proses untuk
membangunkan pemikiran saintifik dalam kalangan pelajar (Law dan
Treagust, 2007; Hidalgo, 2007). Kewujudan kerangka alternatif dan
kegagalan untuk menguasai kemahiran sains bersepadu
menyebabkan pelajar seringkali gagal menguasai pemikiran saintifik
dengan berkesan.

Berkenaan dengan istilah saintifik pula, Mohd Najib Abdul Ghafar


(1999:4) mendefinisikannya sebagai sesuatu aktiviti yang terhasil
daripada proses pembuktian secara sistematik. Lebih memfokus
kepada aspek empirikal dan rasional, takrifan saintifik pada
pandangan Ahmad Sunawari Long (2011:29) bererti segala bentuk
dakwaan dan penemuan yang perlu dibuktikan dengan pancaindera
dan logik akal. Definisi Mohd Najib Abdul Ghafar (1999) pula ialah
konsepnya sebagai sebuah hakikat atau gambaran keseluruhan di
sebalik corak berfikir secara sistematik dan dinamik dalam
mendapatkan ilmu pengetahuan
Pemikiran saintifik merupakan taham pemikiran moden dicirikan oleh dominasi akal
dan peminggiran pegaruh mitos dan teologikal dalam pemikiran manusia. Pemikiran
saintifik ialah satu sistem pemikiran yang tersusun, sistematik dan berdasarkan kaedah
saintifik ( Pemikiran Saintifik SPB4I : Yusof Hasan : 2000 ). Pemikiran saintifik
adalah daya usaha mengenal pasti apa yang betul dan yang salah daripada segi logik
akal pemikiran manusia. Logik ini terbahagi kepada dua iaitu logik ciptaan akal
manusia iaitu sebagai contoh adalah matematik manakala logik kedua adalah logik
alam berdasarkan realiti alam sebenar.

Sebagai contoh, orang yang mempelajari bidang matematik pasti menjawab 2 apabila
diajukan solan 1+1=?. Jawapan ini semestinya benar, bagaimanapun ia menjadi
sebaliknya apabila kita melihatnya menurut sudut logik alam. Tidak semua benda
apabila dicampurkan memenuhi peraturan dan hukum matematik. Sebagai contoh,
setitik air apabila dicampurkan dengan setitik lagi air tidak menghasilkan dua titik air.
Sebaliknya ia tetap menjadi setitik air walaupun berlaku perubahan dalam jumlah
kuantitinya. Pemikiran saintifik adalah intipati kajian. Ia bentuk fenomena cara
berfikir yang mengambil kira serta mementingkan unsur-unsur sebab dan akibat. Ini
bermakna pemikiran saintifik ini mementingkan bukti sera hujahan bagi
mempertahankan hujah, pendapat atau hipotesis.

Individu yang berfikir dengan menggunakan pemikiran saintifik adalah orang yang
suka berfikir sebelum membuat tindakan, Contohnya, ahli sains atau individu yang
menggunakan kemahiran berfikir secara saintifik biasanya membina hipotesis dahulu
bagi membuat sebarang kajian berkenaan apa-apa tajuk, Mereka mengumpulkan data-
data yang berkaitan dengan sebanyak yang mungkin bagi membuat kajian sama ada
kajian yang dijalankan dapat memenuhi andaian yang dibuat pada peringkat awal iaitu
hipotesis mereka. Sesudah mengumpul semua data-data yang ada, mereka cuba
menguji semua data yang berkaitan tadi bagi melihat sama ada data-data itu dapat
mempengaruhi hasil kajian ataupun tidak.

Pada peringkat ini, semua data-data yang berkaitan diasingkan serta dipisahkan antara
satu sama lain bagi mengelakkan kemungkinan pertindihan keputusan. Semua bukti
hasil ujian data-data bahan ujian juga dipisah-pisahkan bagi melihat kesan ujian ke
atas kajian sama ada relevan dengan hipotesis ataupun sebaliknya. Selepas semua
perbandingan hasil ujian dibuat, maka kesimpulan dibuat berdasarkan semua bukti
hasil ujian yang dilakukan pada peringkat sebelumnya.

Pada peringkat ini, dapat dilihat hipotesis yang dibuat pada peringkat pertama kajian
dulu adalah benar serta dapat dibuktikan ataupun tidak benar serta tidak dapat
dibuktikan. Apa yang harus diketahui berkenaan pemikiran saintifik ini adalah
pemikiran jenis ini berlaku dalam bentuk yang ringkas berdasarkan asas hukum sebab
dan akibat. Ini bermakna, pemikir golongan saintifik ini sentiasa sependapat setiap
yang berlaku, ia mempunyai sebab. Dengan sebab itulah ia menghasilkan akibat.
Pemikiran jenis ini juga mementingkan kerangka pemikiran yang berbentuk skema
seta linear. Maksud skema dan linear ini adalah golongan ini menggunakan cara yang
sistematik dengan menjalankan tindakan secara berperingkat-peringkat. Metode
pemikiran ini popular di kalangan saintis dalam kajian mereka bagi menjumpai
penemuan baru dengan menggunakan beberapa andaian yang dinamakan sebagai
hipotesis. Apabila hipotesis yang dibuat lebih banyak maka peluang menemui
penemuan yang baru adalah tinggi.

Pemikiran saintifik ini bersifat nyata, langsung dan terbit daripada suatu set peraturan.
Sebarang kesilapan menyebabkan sebarang andaian ataupun kesimpulan adalah tidak
benar dan sudah pasti ianya tidak memenuhi set peraturan yang ditetapkan. Ia adalah
alat memproses maklumat yang diterima dan menjelaskan perkara-perkara yang
tersirat di dalamnya. Segala persoalan dinilai daripada sudut maklumat dan fakta
terlebih dahulu sebelum sebarang kesimpulan dibuat. Pemikiran sebegini sesuai bagi
mencari kaitan sebab-akibat antara satu perkara dengan perkara lain ataupun antara
satu peristiwa dengan satu peristiwa lain, membuat kesimpulan atau deduksi,
mempertahankan hujah-hujah kita bagi menyokong ataupun menolak sesuatu idea dan
mengemukakan cadangan atau pandangan.

Ciri- ciri pemikiran saintifik yang pertama adalah memerhati. Ia merupakan


pemerhatian menggunakan penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa ataupun bau bagi
mengumpul maklumat berkenaan objek atau fenomena. Seterusnya, membuat inferens
iaitu membuat kesimpulan awal bagi menerangkan peristiwa ataupun objek
berdasarkan pemerhatian. Kesimpulan awal itu mungkin betul ataupun tidak.
Seterusnya adalah berkomunikasi. Ciri ini mengemukakan idea dalam pelbagai bentuk
seperti lisan, tulisan, graf, gambarajah, model ataupun jadual. Seterusnya, menafsir
maklumat iaitu memberi penerangan yang rasional berkenaan objek, peristiwa ataupun
pola daripada maklumat yang terkumpul. Akhir sekali, membuat hipoteis iaitu
kenyataan umum yang difikirkan benar bagi menerangkan sesuatu perkara ataupun
peristiwa. Kenyataan ini perlu diuji bagi membuktikan kesahihannya.

Pemikiran saintifik adalah satu kemahiran yang amat sukar dimiliki. Sebaliknya,
memperolehi ilmu bukanlah satu kemahiran dan justeru, ilmu boleh diperolehi
meskipun tanpa menguasai sikap dan pemikiran saintifik tersebut. Pemikiran saintifik
adalah satu kemahiran yang terpancar dengan satu kerangka pemikiran yang
dikembangkan dalam satu aliran saintifik. Kerangka pemikiran atau disebut mentality
adalah satu pemahaman yang didasari oleh satu kerangka pandangan alam (worldview
). Lantas, kerangka ini mengawal perlakuan atau amalan kita. Hakikatnya, ia adalah
kerangka pemikiran atau sudut pandangan yang secara tabii atau secara langsung
menuruti kegiatan manusia. Selepas memberikan gambaran ringkas mengenai
keupayaan pemikiran ini, kita sedara betapa pentingnya pembangunan keupayaan
pemikiran tersebut. Ini adalah kerana tanpa keupayaan pemikiran tersebut, adalah
mustahil untuk terlibat secara aktif dalam kegiatan saintifik.

Untuk lebih menjelaskan perkara ini, sebagai contoh seorang murid yang meniru
boleh dikatakan menipu kerana sifat mementingkan diri sendiri, tidak jujur dan juga
disebabkan tekanan persekitaran yang menyebabkan dia melakukan perbuatan
terkutuk tersebut. Kesemua sebab dan persekitaran yang mendasari perbuatan tersebut
kita anggap sebagai unsur-unsur luaran, kerana unsur-unsur ini tidak didapati secara
langsung pada pengamalnya, dan hanya terlihat pada perbuatan tersebut, secara
langsung mahupun tidak langsung. Namun di sana masih ada beberapa keadaan
pemikiran yang menyebabkan murid tersebut melakukan perbuatan tersebut,
antaranya adalah kefahamannya mengenai 'apa itu penipuan', dan kedudukan
kefahaman tersebut di dalam pandangan alam beliau. Hakikatnya, ini adalah
keupayaan pemikiran yang dimiliki oleh murid tersebut, bertepatan dengan
kefahamannya terhadap pandangan alam.

Oleh kerana pandangan alam telah diterima sebagai asas kepada kerangka pemikiran,
maka pandangan alam itu sendiri adalah asas terawal kepada sebarang tindakan. Kita
simpulkan di sini bahawa setiap tindakan manusia, termasuk kegiatan saintifik, adalah
sewajarnya terkesan oleh pemikiran melalui bentuk pemahaman pemikiran tersebut
terhadap pandangan alam; yang diringkaskan sebagai pemikiran saintifik, yang
akhirnya terkesan oleh pandangan alam sepertimana difahami oleh peribadi tersebut.
Tetapi amat malang kerana asas kelakuan manusia ini tidak dapat dicerap secara
langsung menerusi pemerhatian; dan akibatnya, ia sering diabaikan. Untuk
menegaskan hakikat ini kita perlu merujuk kepada pandangan alam sebagai 'asas yang
tidak dapat diperhatikan', atau 'persekitaran tasawwuri' kepada tindakan manusia.
Justeru, penjelasan kami mengenai faham pandangan alam membawa kita kepada satu
kesimpulan bahawa sains hanya terbit daripada sesuatu pandangan alam. Kesimpulan
ini mempunyai beberapa kesan lain, selain dengan jelas menunjukkan hakikat bahawa
di dalam sesetengah pandangan alam, tiada sains yang akan terbangun.

Persekitaran yang sesuai untuk membangunkan sains khususnya merujuk kepada


pandangan alam di mana di dalamnya terkandung kemungkinan berkembangnya sains.
Kemuncak kepada itu adalah pandangan alam yang menyaksikan kemunculan
Kerangka Ilmu Pendidikan yang canggih. Hasilnya, serangkaian istilah-istilah saintifik
yang canggih, yang dirujuk sebagai 'petunjuk-petunjuk berdasarkan keadaan saintifik',
yang dihasilkan oleh para ilmuan terdahulu di dalam sesuatu masyarakat yang
menyuburkan pandangan alam berkenaan. Kita dapat simpulkan, bahawa meskipun
kegiatan saintifik sewajarnya terbit daripada pandangan alam, tetapi ia tidak
semestinya menuruti peraturan ini secara langsung. Maka, kita perlukan suatu
kerangka lain yang menyokong kegiatan-kegiatan tersebut secara langsung. Kerangka
inilah yang kita istilahkan dengan 'kerangka pemikiran saintifik'.

Pemikiran saintifik itu sendiri memerlukan pemupukan masyarakat saintifik kerana


kebangkitan tradisi saintifik sewajarnya memerlukan kewujudan sebuah masyarakat.
Dengan cara ini, pandangan mengenai tradisi saintifik ini pertamanya adalah satu
skima kognitif merangkumi pencapaian generasi saintis yang melaksanakan
pendidikan saintifik dan menyediakan tapak kepada kemajuan saintifik seterusnya.
Keseluruhan proses ini boleh dianalisa dalam rangka menyingkap ciri-ciri dan tahap-
tahap asasnya.

Pemikiran saintifik merujuk kepada dua komponen asas, iaitu falsafah dan kaedah
berfikir yang digunakan oleh ahli sains di dalam aktiviti penyiasatan. Dari sudut
falsafah, ahli sains menyoal dan berfikir tentang kebenaran dan objektif sains.
Manakala dari sudut kaedah berfikir pula, pemikiran saintifik bermaksud kaedah
berfikir yang diamalkan oleh ahli sains. Kaedah berfikir ini mempunyai hubungkait
secara langsung dengan matlamat sains. Pemikiran saintifik adalah proses kognitif
yang mendasari penemuan sains. Hampir 400 tahun yang lalu pemikiran saintifik telah
menjadi topik yang diberi perhatian oleh kebanyakkan penyelidik contohnya Klahr
(2000). Pemikiran saintifik ini menjadi isu penting dan menjadi pusat sains iaitu
bukan hanya untuk pemahaman kita tentang sains tetapi untuk pemahaman kita
terhadap what it is to be human (Giere,1993). Menurut Bruner (1985) pemikiran
saintifik hanya dapat dibangunkan apabila seseorang pelajar itu dapat menguasai
konsep sains yang tepat dan menguasai aktiviti penyiasatan dengan berkesan.

Kaedah pemikiran saintifik tidak bermula dari pemikiran Popper. Malah pemikiran
saintifik, sama seperti alam yang ingin difahaminya, juga telah melalui beberapa
langkah evolusi dalam kaedah pemikiranya. Salah satu pendekatan yang terkenal
dikemukakan oleh seorang pakar sains dan ahli falsafah Yunani, Aristotle yang
memperkenalkan teori sejagat (theory of universals). Teori atau kaedah pemikiran
tersebut cuba memahami alam dan segala objek yang dirangkuminya secara kualitatif
dan menyeluruh. Kaedah ini telah dikritik sebagai kaedah yang tidak serasi dengan
kerangka sains zaman ini yang sangat khusus dalam bidang masing-masing.

Satu lagi contoh kaedah pemikiran saintifik yang terkenal dan perlu disebut dipelopori
oleh Sir Francis Bacon pada abad ke-17. Kaedah ini tekenali sebagai the Baconion
method dan merupakan kaedah yang menggunakan logik induktif apabila mengkaji
alam. Ini bermakna asas kaedah ini cenderung terhadap pandangan kuantitatif yang
tidak bias dalam pemerhatian dan penciptaan sesebuah teori. Kaedah ini yang jauh
berbeza dengan pandangan Aristotle adalah contoh kepelbagaian arus pemikiran yang
boleh diadaptasikan atas dasar ingin memahami sesebuah fenomena (a diverse range
of tools that can be used to attain knowledge).

Antara orientasi pemikiran saintifik ialah pemerhatian langsung ke atas gejala alami,
mengumpul fakta tentang fenomena melalui pemerhatian dan ujikaji serta verifikasi,
membuat prediksi dan dijadikan asas perancangan masa depan, menolak sebarang
bentuk metafizik iaitu mitologikal. Selain itu, pemikiran saintifik yakin bahawa
manusia pada prinsipnya sama dengan gejala alam lain seperti atom, tumbuhan dan
haiwan.
Kesan pemikiran saintifik ialah sejak abad ke-19, pemikiran saintifik mendominasi
cara berfikir orang Eropah dan menghememoni pemikiran dunia pada abad ke-20.
Selain itu, membawa kepada merosotnya spekulasi liar dan meningkatnya penggunaan
metode ilmiah. Di samping itu, pemikiran saintifik banyak mempengaruhi
pembentukan institusi sosial, politik, ekonomi dan kebudayaan manusia. Pada masa
yang sama, pemikiran ini mendorong kepada semangat eksploratif dan ilmiah dan
terbinanya pelbagai jenis ilmu pengetahuan yang bebas daripada muatan spekulatif.
Tambahan pula, wujudnya konsensi yang semakin meluas tentang
kemajuan/modeninasi yang menitikberatkan kepada kemajuan dalam ekonomi, fizikal
dan teknologi. Kesan pemikiran saintifik yang seterusnya ialah memperkukuhkan
golongan teknokrat dan industrialis dalam pemerintahan. Akhir sekali, membawa
kepada proses sekularisasi ke atas kehidupan manusia Barat dan seluruh dunia.

Proses sekularisasi

Abdul Salam Yusoff (2010 ) Kemahiran Berfikir. Selangor. Pusat Pengajian Umum
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ahmad Sunawari Long (2011). Pengenalan Metodologi Pengajian Islam. Selangor :


Fakulti Pengajian Islam UKM

Bruner, J.S. (1985). Narrative and paradigmatic modes of thought. Learning and
teaching ways of knowing. Chicago: National Society for the Study of Education.

Giere, R. (1993). Cognitive Models of Science. Minneapolis, MN: University of


Minnesota Press

Hidalgo, M-S, P. (2007). Teacher as scientist: Concrete examples in teaching science


while teaching scientific context. Prosiding The Second International Conference on
Science and Mathematics Education. Penang: RECSAM.

Klahr, D. (2000). Exploring science: The cognition and development of discovery


processes. Cambridge: MIT Press
Law, J. F. Dan Treagust, D. F. (2007). Diagnosis of students understanding of content
specific science. Prosiding The Second International Conference on Science and
Mathematics Education. Penang: RECSAM

Lawson, A.E. (1995). Science Teaching and the Development of Thinking. Belmont
California : Wadsworth Publishing Company.

Mardzelah Makhsin (2007 ). Sains Pemikiran & Etika. Kuala Lumpur. PTS
Professional Publishing Sdn Bhd.

Mohd Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Skudai. Penerbit


Universiti Teknologi Malaysia.

Prof. Dr. Mohd.Yusof Hasan (2000 ). Pemikiran Saintifik SPB4I. Selangor. Pearson
Education Malaysia Sdn. Bhd.

West, L.H.T dan Pines, A.L. (Eds). (1985). Cognitive Structure and Conceptual
Change. London: Academic Press, Inc.

Anda mungkin juga menyukai