Anda di halaman 1dari 2

Artikel yang bertajuk "Masalah Sosio-Emosi Kanak-kanak pintar Cerdas" ini

diambil daripada majalah Masalah Pendidikan yang diterbitkan pada tahun 2005 di
Universiti Malaya. Artikel ini ditulis oleh Ng Sen Fa dan Sandiyao Sebestian. Artikel
ini mengupas pelbagai masalah sosio-emosi kanak-kanak pintar cerdas secara
umum. Artikel ini merangkumi beberapa elemen yg berlaku sepanjang penglibatan
golongan pintar cerdas ini di kalangan masyarakat. Antara elemen yang didedahkan
ialah spt ciri-ciri positif dan negatif kanak-kanak pintar cerdas, suasana
pembelajaran dan kaedah pengajaran yg dilaksanakan di sekolah serta cara
golongan pintar cerdas ini bergaul dgn rakan sebaya atau orang disekitarnya.
Setelah dikaji, masyarakat sekitar termasuk guru itu sendiri yg kurang penegtahuan
tentang kanak-kanak pintar cerdas ini dan bagaimana cara untuk mengelolakan
t/laku mereka sepanjang berada di kelas. Ibu bapa mahupun guru tidak arif dan
masih tidak mengetahui cara yang efektif supaya golongan ini dapat hidup secara
normal spt kanak-kanak lain.
Dalam artikel ini, perkara yg paling difokuskan ialah tentang bagaimana golongan
kanak-kanak pintar cerdas ini bertingkah laku dan cara kemahiran berkomunikasi
sepanjang berada di kelas. Dapatan kajian mendapati mereka mempunyai
perbezaan yg nyata berbanding kanak-kanak normal yg lain. Hal ini menyebabkan
kanak-kanak normal yg lain memandang rendah terhadap mereka dan akibatnya
mereka dipinggirkan dan potensi diri terbantut sahaja walhal mereka mempunyai
keistimewaan sendiri yg tidak dipunyai oleh kanak-kanak lain.
Kanak-kanak pintar cerdas adalah golongan yg mempunyai kebolehan mental yg
jauh lebih aktif berbanding rakan sebaya mereka. Oleh yang demikian mereka tidak
dapat menyesuaikan diri dgn sistem pendidikan yg sedia ada. Keadaan ini berlaku
kerana mereka mempunyai perbezaan dari segi keperluan, motivasi, dan tahap
kognitif. Dalam hal ini, guru bertanggungjawab dalam mengatur beberapa strategi
termasuk mengubahsuai jadual pengajaran atau melibatkan ibu bapa dlm hal ini
supaya dapat berkongsi maklumat berkaitan dgn tabiat mereka sepanjang berada di
rumah dan mencadangkan program yg bersesuaian supaya kanak-kanak tersebut
tidak diabaikan.
Berlainan dgn keadaan di luar negara di mana kanak-kanak pintar cerdas di sana
telah diberi tumpuan sejak dari awal persekolahan lagi mereka telah dimasukkan ke
sekolah seawal umur 5 tahun, dan pada tahap tersebut mereka sudah mahir
membaca dgn lancar tanpa bimbingan. Apa yg menarik, mereka tidak pernah
mengetahui bagaimana proses pembelajaran yg betul utk menjadi pelajar cemerlang
dan selalunya mereka akan belajar tentang sesuatu topik secara mendalam.
Dalam artikel ini, ada diselitkan tentang kajian kes yang berlaku ke atas
seorang kanak-kanak pintar cerdas yg bernama Joshua. Joshua mengalami
masalah emosi dan tingkah laku sepanjang berada di kelas semata-mata hanya
kerana masyarakat sekitar tidak mengetahui keadaan sebenar tentang dirinya.
Kesannya, Joshua tidak disenangi oleh rakan-rakan dan sering dipinggirkan kerana
sering melakukan perkara yg berlainan dengan org lain. Oleh kerana itu, Joshua
suka menyakiti hati kawan-kawannya dan juga bersikap suka menunjuk nunjuk
untuk mendapat perhatian dan penghargaan. Masalah penyesuai diri dan masalah
komunikasi menjadi antara punca Joshua tidak diterima oleh orang sekitarnya
termasuklah rakan-rakan sebaya dan guru. Kesannya bakat yang ada tidak
ditonjolkan dan sentiasa mempunyai emosi yang tidak stabil kerana tidak gembira
berada di sekolah.

Anda mungkin juga menyukai