Anda di halaman 1dari 13

PROGRAMME:

BACHELOR OF BUSINESS ADMINISTRATION WITH HONOURS

ASSIGNMENT:
PRINCIPLES OF MANAGEMENT

(BBPP1103)

SEPTEMBER SEMESTER 2016

NAMA PELAJAR: HAJIS JAPAR ANAK LABAW

NO. KAD PENGENALAN: 670502-13-5507

NO TELEFON : 019-884 7031

E-MEL: hajisjaparlabaw@oum.edu.my

NAMA PENSYARAH:

ENCIK EDWIN ENGBAT ANAK GARA

TARIKH SERAHAN TUGASAN:

27 NOVEMBER 2016
PENGENALAN

Setiap manusia akan berfikir untuk menjalani kehidupan seharian tidak kira pada sesiapa
sahaja, pemikiran merupakan suatu proses untuk menyelesaikan masalah, menjana idea dan
sebagainya. Tanpa berfikir, seorang manusia tidak dapat membuat sebarang keputusan.
Menurut Lopez (1997) telah mentarifkan sebagai keputusan adalah penghakiman, resolusi akhir
kepada konflik keperluan, cara atau matlamat dan komitmen sebagai keputusan
Menurut Abu Mansor et. al (dalam Shahrol Aman Ahmad et. al, 2007) sesuatu keputusan
yang baik bukan sahaja dipengaruhi oleh pengalaman, kecekapan dan kemahiran pembuat
keputusan, tetapi juga kecukupan dan kesahihan maklumat yang diperoleh berkenaan
persekitaran perniagaan. Menurut Thomas J. Atchison (dalam Ahmad Atory Hussain, 1985),
pembuatan keputusan (decision making) didefinisikan sebagai semua pemikiran dan tindakan
yang membawa kepada satu pilihan, termasuk pemilihan itu sendiri. Dengan lain perkataan,
pembuatan keputusan merujuk kepada satu aktiviti atau proses memilih satu penyelesaian
(solution) daripada beberapa alternatif yang ada.
Menurut Daft & Hiatt (dalam Jaafar Muhammad et. al, 2007) terdapat tiga keadaan atau
persekitaran yang mempengaruhi pembuatan keputusan iaitu pembuatan keputusan dalam
keadaan kepastian, pembuatan keputusan dalam keadaan ketidakpastian dan pembuatan
keputusan dalam keadaan risiko.

Jenis-jenis Persekitaran membuat keputusan


Sesuatu keputusan yang baik bukan sahaja dipengaruhi oleh pengalaman, kecekapan dan
kemahiran membuat keputusan, tetapi juga kecukupan dan kesahihan maklumat yang diperoleh
berkenan persekitaran perniagaan. Maklumat yang dimaksudkan ini merujuk kepada maklumat
yang dapat membantu kita membuat ramalan tentang peristiwa-peristiwa yang akan berlaku
pada masa hadapan.
Secara umumnya terdapat beberapa keadaan maklumat dalam proses membuat keputusan.
Ia boleh dikelaskan kepada tiga pesekitaran atau keadaan pembuatan keputusan.
Berikut ialah salah satu carta organisasi dimiliki oleh syarikat saya sendiri untuk kajian maklumat
berkaitan tugasan ini.

ELFOMA RB ENTERPRISE
General Contractor, Trading & Supplier, Manpower Supply Land Devellopment &
Transportation, Building and Sivil Engineering Works, Electrical & Mechanical Work.
Kpg. Lusut Permai, Off Taman Tunku 98000, Miri Sarawak.

ENCIK HAJIS ANAK LABAW


(PENGURUS/PEMILIK SYARIKAT)
Tugas

*Merupakan ketua kepada organisasi pembinaan bagi pihak kontraktor.

*Beliau berkuasa terhadap pekerja-pekerja bawahannya.


* Memastikan perjalanan projek berjalan lancar mengikut syarat yang telah ditetapkan.
* Mentadbir kerja-kerja di tapak pembinaan
* Merangka tenaga kerja, peralatan, jentera dan bahan binaan yang diperlukan.
* Mengurus segala yang berkaitan dengan pentadbiran, keselamatan, kebajikan dll.
* Bertindak sebagai orang tengah antara pekerja dengan kontraktor Utama.

CIK DAISY ANAK UBONG Encik FRANKY ANAK LUBA Cik HANIFAH BINTI MUSA
(Pegawai tadbir) Penyelia Mekanikal/ Kerani Am
Tugas Elektrik Tugas
Tugas *Merekod, memfailkan
*Merupakan pegawai perhubungan diantara *Menyediakan plan dan maklumat
pejabat dan tapak binaan. memantau *menyediakan laporan kerja rutin
*menguruskan semua kerja-kerja
*Pemasangan kerja-kerja elektrik. *membantu tugas khidmat pelangan
pentadbiran
dan perkeranian di tapak bina. *Pemasangan sistem pendingin *merekodkan pengeluaran peralatan
*menguruskan pembayaran bil-bil dan juga hawa *menyalin maklumat ke dalam
masalah yang bersangkutan seperti bil *Sistem pengudaraan bangunan komputer.
*Pemsangan paip khas

Encik B
Pekerja Mahir
Tugas
*pemasangan kerja-kerja elektrik.
*Pemasangan sistem pendingin hawa
*Sistem pengudaraan bangunan
*Pemsangan paip khas
*Pemasangan alat pencegah kebakaran.

Encik C,D,E dan F


Pekerja Separa Mahir
Tugas
*menjalankan tugasan sampingan.

Rajah 1.0
Carta Organisasi Syarikat Elfoma RB Enterprise
Antara jenis-jenis persekitaran pembuatan keputusan berdasarkan organisasi kajian saya ialah;
i/. Membuat Keputusan Berdasarkan Kepastian.
Beberapa keputusan boleh dibuat dalam keadaan kepastian. Dalam aspek ini, selalunya
keputusan yang diambil adalah keputusan bersama dalam mesyuarat. Ia adalah untuk
mengurangkan permasalah yang kemungkinan timbul selepas mesyuarat selesai. Membuat
keputusan secara kepastian ini membolehkan organisasi mempunyai pilihan yang jelas sama
ada dalam aspek keinginan, minat dan keperluan.
Apabila membuat keputusan dalam keadaan pasti, tidak ada istilah secara ad hoc setelah analisa
telah dilakukan (Ule, 2009). Membuat keputusan dalam aspek ini memerlukan keputusan yang
dilakukan dalam keadaan yang rasional. Keputusan yang diambil kerana rasional ini bermakna
pemimpin atau pengurus mempunyai keupayaan berfikir dan bertindak berdasarkan sebab yang
telah jelas. Pada tahap ini, analisis keputusan telah terlebih dahulu diperolehi untuk
membolehkan seseorang pemimpin mengetahui dimanakah ia hendak bermula dan bagaimana
ia hendak menjawab soalan sekiranya terdapat perubahan dalam keputusannya.
Oleh itu, faedah atau kepentingan telah dijangkakan atau sememangnya ada jalan
alternative sekiranya keputusan tersebut perlu diubah (Ule, 2009). Seseorang yang kurang atau
tidak melibatkan emosi dalam membuat keputusan lebih rasional. Keputusan sebegini akan
cuba meramal kesan jangka panjang dan jangka pendek. (Ohira, 2011).
Keputusan secara emosi yang stabil kadangkala adalah bersifat rawak, tidak dapat
disesuaikan mengikut keadaan atau maladaptive. Pengaruh emosi dalam membuat keputusan
adalah lemah (Ohira, 2011). Contohnya, seorang pekerja memohon cuti kerana ingin
menghantar anaknya ke hospital. Pekerja tersebut pernah menyebabkan Pengurus marah.
Apabila Pengurus tidak meluluskannya sedangkan dia tahu dan dia telah ada maklumat tentang
keadaan anak pekerjanya serta kelayakkan cutinya. Kerana marah, dia tidak meluluskan.
Mengikut emosi dalam membuat keputusan sebegini adalah lemah dalam pengurusan dan ia
mengundang ketidakpuas hati pekerja.
Kemungkinan kesan emosi yang berkaitan kebolehan dan kecekapan dalam membuat
keputusan mungkin lebih sukar untuk diketahui, walaupun kita berhujah bahawa kebolehan dan
kecekapan memainkan peranan yang penting dalam membuat keputusan adaptif. Seorang
individu boleh menggunakan kemahiran membuat keputusan intuitif dalam keadaan tertentu
apabila mempunyai pengetahuan yang cukup tentang keadaan itu dan disini emosi memainkan
peranan penting dalam banyak keputusan, pengetahuan emosi boleh menggalakkan
penggunaan kemahiran membuat keputusan intuitif (Avsec, 2012).
Membuat keputusan persekitaran memerlukan analisis dan penyelidikan yang kritikal.
Adalah sesuatu yang amat berbahaya seseorang pemimpin itu membuat keputusan dengan cara
membuat kajian dengan cepat dan sepintas lalu. Oleh itu, pemimpin yang baik ialah seorang
yang menggunakan perancangan strategik untuk menentukan sebarang tindakan yang akan
dibuat (Shoemaker, 2010). Sebagai contoh, Pengurus mendapat tender melakukan kerja
pembinaan di kawasan pedalaman yang jauh serta melibatkan kos yang tinggi. Sebagai seorang
pembuat keputusan untuk membawa hala tuju syarikatnya, ia memerlukan dirinya membuat
perancangan strategik dengan menetapkan matlamat yang ingin dicapai seperti memastikan
misi, visi dan projeknya akan dapat disempurnakan.
Oleh itu, perancangan strategik yang dibuat perlu memahami keseluruhan aspek yang
terlibat. Kemungkinan juga Pengurus boleh menggunakan SWOT Analisis dalam membuat
keputusan iaitu memastikan ia mendapat maklumat tentang Kekuatan (Strengths), Kelemahan
(Weaknesses), Peluang (Opportunities) dan Ancaman (Threats). Setelah membuat analisis
SWOT, barulah dia akan memahami matlamat dan cara mencapai pencapaian yang baik dalam
organisasinya.
ii/. Membuat Keputusan Berdasarkan Ketidakpastian .
Membuat keputusan berdasarkan ketidakpastian ialah membuat keputusan berdasarkan
maklumat yang tidak ada. Ketidakpastian terhadap masa hadapan yang akan berlaku.
Contohnya Pengurus dalam keadaan ketidakpastian tentang kepakaran Pekerja yang
memerlukan ia membuat keputusan dalam keadaan ketidakpastian. Walaupun Pengurus
mengetahui berdasarkan kelayakan pekerja, tetapi terdapat beberapa perkara lagi ia perlu
analisa seperti keadaan bangunan, kerja berpasukan, kecederaan, kewangan dan sebagainya.
Setelah mengambilkira semua kriteria yang telah dibuat, barulah dia membuat pelbagai
alternatif untuk digunakan dalam membuat keputusan. Sebagai pemimpin yang baik, dia akan
mengelaskan kesemua maklumat yang didapatinya walaupun tidak ada tetapi sudah cukup
untuk mempertaruhkan nasib daripada langsung tidak mengambil sebarang inisiatif dalam
memastikan matlamat dicapai. Tidak mengambil sebarang langkah menjadikan seseorang
pemimpin itu sudah kalah sebelum berjuang. Oleh itu, sebagai langkah keselamatan bagi
seseorang pemimpin, dia akan menjadikan medan mesyuarat sebagai langkah bersama
menentukan keputusan. Dan sekiranya keputusan yang dibuat itu akan mengundang masalah,
maka ia selamat kerana apa yang berlaku itu adalah keputusan mesyuarat (Roszkowska, 2009).
Apabila membuat keputusan, apa yang perlu dalam keadaan ketidakpastian ialah
mengambil satu langkah berjaga-jaga dan membuat analisa yang menyeluruh serta memberikan
pelbagai situasi serta pandangan masa hadapan. Ketidakpastian ini, memerlukan seseorang itu
membuat beberapa analisa persekitaran sama ada pekerja mampu atau tidak, pengalamannya,
faktor fizikal dan sebagainya.
Pemimpin yang baik akan cuba mengurangkan risiko yang akan ditanggung kelak supaya
kerugian tidak berpanjangan. Kemungkinan-kemungkinan apa yang berlaku pada masa
hadapan cuba diguna pakai dahulu agar ramalan-ramalan masa hadapan boleh dibuat (Tversky,
1992). Contohnya, Pengurus H tersebut boleh sahaja mengemukakan sebut harga dengan
harapan dua aspek iaitu pembinaan akan dilakukan ditempat lain tetapi dalam masa yang sama
ia juga mengharapkan pekerja yang diambil daripada penduduk tempatan akan bekerja bagi
mengurangkan kos operasi dengan gaji yang tidak tinggi.
Mengkaji konsistensi dan sering memberi tumpuan kepada satu pandangan juga adalah
satu ketidakpastian dalam membuat keputusan. Kekecewaan lampau juga memainkan peranan
dalam membuat keputusan sebegini (Bean, 2010). Contohnya, Encik H yang pernah
mempunyai pengalaman mengambil pekerja mahir daripada sebuah universiti dan ia
menghadapi masalah terhadap pekerja tersebut kerana kemahirannya tidak mencapai tahap
seorang siswazah. Membuat keputusan untuk tidak mengambil pekerja daripada universiti yang
sama adalah membuat keputusan mengikut ketidakpastian. Seorang pemimpin sering kali
menggunakan pengalaman lampau untuk membuat keputusan dan sama ada keputusan itu
boleh diterima atau tidak ia bergantung kepada keputusan pemimpin itu sendiri dan secara tidak
langsung keberhasilan atau matlamat juga bergantung kepada diri pemimpin organisasi itu
sendiri.
Membuat keputusan berasaskan ketidakpastian juga adalah seperti berjudi, ia memerlukan
seseorang yang membuat keputusan menerima risiko dan kebarangkalian yang tidak menentu.
Ia bagaikan meletakkan sebiji bola merah dan sebiji bola kuning dalam sebuah kotak dan kita
akan cuba mengeluarkan bola merah. Keadaan sebegini adalah sukar bagi seseorang yang
membuat keputusan, perjudiannya tinggi dan tidak dapat dijangka. Membuat keputusan
berasaskan kebarangkalian juga dikategorikan sebagai membuat keputusan secara
ketidakpastian (Good, 2012)
ii/. Membuat Keputusan Berdasarkan Risiko.
Membuat keputusan berdasarkan Keadaan berisiko adalah keadaan dimana keputusan tersebut
dibuat tetapi maklumat terhadap situasi semasa dan persekitaraaan tersebut tidak lengkap.
Dalam situasi sebegini kemungkinan pembuat keputusan berada sama ada dalam keadaan
ketidakpastian ataupun keadaan risiko (Nygren, 1998). Risiko yang ingin ditangani tersebut
adalah bersifat objektif dan terpulang kepada pembuat keputusan itu sendiri aspek yang ingin
ditekankan (Wu, 2004). Dalam keadaan sebegini, pemimpin itu perlu memikirkan sama ada ia
boleh menerima risiko atau tidak dengan melihat keseluruhan persekitaran yang ada
(Mellers,1997). Menurut David, terdapat tiga situasi dalam mengambil aspek keadaan berisiko
dalam membuat keputusan iaitu (David, 2003), Suka dengan Risiko, Neutral denga risiko dan
mengambil risiko .
Keadaan dimana seseorang itu suka dengan risiko ialah seseorang yang sememangnya akan
cuba mendapatkan keadaan yang berisiko dalam membuat keputusan. Dalam situasi sebegini,
ia meletakkan dirinya dalam keadaan berbahaya tetapi sebagai pembuat keputusan ia akan
mengelakkan ia dipersalahkan. David menyatakan bahawa, lelaki lebih suka kepada risiko
berbanding perempuan. Perempuan lebih kepada keadaan yang neutral. Oleh kerana itu, lelaki
akan cuba melakukan apa sahaja yang lebih berisiko kerana ia beranggapan ia akan
mengundang kepuashatian (David, 2003)
Keadaan dimana seseorang itu Neutral dengan risiko pula ialah apabila dia menerima apa
sahaja yang berlaku dan menyatakan bahawa ia adalah takdir bagi dirinya (Heath, 1991).
Perempuan seringkali dikatakan memilih cara ini kerana ia akan menerimanya dengan lebih
terbuka. Tetapi dalam situasi tertentu perempuan ini juga akan menghadapi sebarang situasi
sepenuh hati dan akan melakukannya sehingga berjaya (David, 2003). Sebagai contoh, seorang
buruh mahir telah dilantik menjadi ketua bagi suatu projek. Dia tahu bahawa dia tidak
mempunyai cukup maklumat tentang projek pada masa hadapan kerana perkembangan
teknologi maklumat yang berkembang. Dalam situasi membuat keputusan dalam membina
projek dengan keadaan maklumat yang tidak lengkap. Ia mengundang keadaan berisiko. Tetapi
sebagai seorang yang neutral terhadap risiko dan menerima risiko tersebut sebagai cabaran bagi
dirinya dan akan cuba menyelesaikan cabaran yang wujud, dia mungkin akan mengambil
langkah mengikuti peredaran zaman tersebut iaitu melakukan kerja lebih masa. Apa yang
penting adalah keuntungan.
Keadaan dimana seseorang itu mengambil risiko pula ialah keadaan dimana maklumat
yang tidak lengkap dalam membuat keputusan (David, 2003). Sebagai contohnya, Pengurus
mengetahui kerugian akan berlaku tetapi menambah pelaburan bagi memastikan kepuasan
klien serta mempertingkatkan kualiti projek. Ia akan mengundang penambahan kos, tetapi
dalam situasi beginilah seseorang ketua organisasi tersebut melakukan keputusan dalam
keadaan berisiko dan memang berisiko. Kebarangkalian untuk mengalami kerugian akan tetapi
berlaku dengan pengharapan terdapat perubahan dalam tingkahlaku dan persepsi diharapkan
keuntungan akan dapat dicapai pada jangka masa yang panjang (Clark-Murphy, 2010).
Teori Persepsi olah Kahneman adalah teori berisiko dalam membuat keputusan kerana
hanya berdasarkan persepsi tanpa maklumat yang lengkap ia akan mengundang pelbagai
kemungkinan yang tidak dapat dijelaskan. Tetapi dalam teori persepsi juga, pengurusan
tertinggi boleh melakukan perubahan kerana ia memandangkan bahawa kerajaan akan sentiasa
menyokong dan memastikan kontraktor tempatan beroperasi walaupun ia mengalami kerugian
(Kahneman, 1979).
Dalam membuat keputusan berisiko, seseorang pemimpin perlu mempunyai kekuatan dalam
dirinya agar apa juga keputusan yang dihadapinya, dia tidak akan terkejut dan menerima
keadaan tersebut dengan tenang. Sebagai contoh, melakukan pelaburan dalam pasaran hadapan.
Situasi yang tidak jelas boleh sahaja menjelaskan bahawa dia akan mengalami kerugian tetapi
oleh kerana ia adalah pelaburan jangka masa panjang atau pelaburan hadapan, harapan tetap
ada dan dia hanya mengharapkan akan berlaku perubahan alam pasaran tersebut. Apabila
pasaran tersebut tidak berjaya dia boleh lagi menerimanya dengan dada yang terbuka dan tidak
menyesali tindakannya. Pemimpin jenis sebegini adalah pembuat keputusan tanpa penyesalan
terhadap keputusan yang dilakukannya(Kahneman, 1979).
2. Langkah-langkah pembuat keputusan
Berikut ialah langkah-langkah untuk pembuatan keputusan:
(i). Mentakrifkan Masalah
Langkah pertama dalam menentukan keputusan yang rasional adalah mengenal pasti
masalah. Pada peringkat ini, seorang pengurus perlu mengenal pasti masalah yang dihadapi,
punca masalah tersebut dan cara untuk menyelesaikannya.
Sebagai contoh, Syarikat Elfoma sedang menghadapi masalah kerja yang tertangguh. Apabila
diselidik, didapati masalah berpunca daripada kekurangan barangan pendawaian. Oleh itu,
pihak pengurusan bersetuju untuk membeli lebih banyak barangan pendawaian untuk
melaksanakan projek.
(ii) Mengenalpasti kriteria keputusan
Setelah mengenal pasti masalah, langkah seterusnya dalam membuat keputusan yang rasional
adalah untuk mewujudkan kriteria keputusan. Kriteria keputusan merujuk kepada piawai atau
ciri-ciri yang akan diambil kira semasa membuat keputusan.
(iii). Memperuntukkan pemberat untuk setiap kriteria
Selepas mengenal pasti kriteria yang perlu diambil kira dalam membuat keputusan, langkah
seterusnya adalah memperuntukkan pemberat kepada setiap kriteria. Satu kaedah yang biasa
digunakan untuk tujuan ini ialah dengan membuat perbandingan relatif.
Dalam kaedah ini, setiap kriteria akan dibandingkan secara langsung antara satu sama
lain. Ini adalah untuk mengenal pasti kriteria mana yang paling penting, kedua penting dan
seterusnya yang kurang penting kepada pembuat keputusan. Oleh itu, kriteria keputusan
disusun mengikut keutamaan. Keutamaan seseorang individu mungkin berbeza daripada
individu yang lain.
Berdasarkan contoh yang diberikan tadi, kita mungkin meletakkan faktor kualiti sebagai yang
paling penting, diikuti oleh faktor keserasian, faktor harga dan akhir sekali, faktor waranti.

(iv.) Menjana Penyelesaian-penyelesaian Alternatif


Sebaik sahaja anda telah mengenal pasti dan memperuntukkan pemberat kepada
keputusan kriteria, langkah seterusnya ialah untuk menghasilkan penyelesaian-penyelesaian
alternatif sebanyak yang mungkin. Semakin banyak alternatif yang dapat dijana, maka
semakin baik prosesnya.
Berdasarkan contoh di atas, bagi membeli sebuah sumber pendawaian baru, antara alternatif-
alternatif yang mungkin boleh dipertimbangkan adalah kepelbagaian jenis dan sebagainya.
(v). Menilai Alternatif-alternatif
Pada peringkat ini, setiap alternatif akan dibandingkan dengan setiap kriteria keputusan.
Ini adalah untuk menentukan sejauh mana alternatif tersebut memenuhi kriteria keputusan
yang telah ditetapkan. Biasanya, peringkat ini mengambil masa paling lama kerana terdapat
banyak maklumat yang perlu dikumpulkan terlebih dahulu sebelum perbandingan boleh
dibuat. Ia juga melibatkan sejumlah wang yang besar.
Ini bermakna, kesemua penyelesaian alternatif, iaitu kepelbagaian jenis bahan mentah
yang ada di pasaran akan dinilai daripada aspek kualiti, kesesuaian, harga dan waranti
(kriteria keputusan). Semakin banyak kriteria keputusan dipenuhi oleh alternatif, maka
semakin baik alternatif tersebut.
(vi). Memilih keputusan yang optimum
Langkah terakhir dalam proses membuat keputusan yang rasional adalah memilih
alternatif penyelesaian yang terbaik. Alternatif yang terbaik adalah alternatif yang memenuhi
kriteria keputusan mengikut kepentingan yang telah disusun. Walau bagaimanapun, jika tidak
ada alternatif yang dapat memenuhi kesemua kriteria keputusan mengikut susunan yang
ditetapkan, maka alternatif yang paling banyak memenuhi kriteria akan dipilih.

3.0 Bagaimana untuk memperbaiki sesuatu pembuatan keputusan


Terdapat dua cara sesuatu pembuatan keputusan boleh diperbaiki dengan menggunakan
kaedah-kaedah berikut;
3.1 Menggunakan peraturan dan ujian.
Antara peraturan dan ujian yang digunakan ialah;
a/. Peraturan Pembuatan Keputusan
Peraturan keputusan merujuk kepada satu set kriteria yang perlu dilengkapkan bagi
membolehkan sesuatu penyelesaian alternatif iaitu diterima. Dua jenis peraturan yang
digunakan ialah;
(i). Peraturan keutamaan
Semua kriteria keputusan akan disusun mengikut kemahuannya. Setiap penyelesaian
alternatif akan dinilai berdasarkan kriteria-kriteria ini satu persatu. Suatu alternatif yang baik
mestilah memenuhi kriteria yang penting. Sebagai contoh, Pengurus merancang untuk
menyewa sebuah bangunan lagi bagi meluaskan perniagaannya. Keriteria yang telah
dipertimbangkan dan disusun menurut keutamaan adalah seperti (i) terletak di kawasan bandar,
(ii) ruang yang luas, (iii) sewa tidak melebihi RM500 sebulan dan (iv) mempunyai bekalan
elektrik dan air.
Andaikan terdapat empat kedai alternatif yang boleh dipertimbangkan, selepas penilaian dibuat,
didapati A memenuhi kriteria i dan iv, B memenuhi kriteria (i) dan (ii), C memenuhi kriteria (ii)
dan (iii). Walaupun C memenuhi 3 daripada 4 kriteria, namun pilihan B adalah yang terbaik
kerana memenuhi 2 kriteria yang paling tertinggi. Namun demikian alternatif yang terbaik tidak
semestinya memenuhi kriteria yang teratas atau yang paling utama menurut susunannya.
(ii). Peraturan syarat minimum
Kadangkala pengurus mesti membuat keputusan seperti memberi jawapan ya atau tidak
dan terima atau tolak. Dalam keadaan ini pembuat keputusan perlu menetapkan syarat
minimum yang perlu dipenuhi oleh setiap penyelesaian alternatif bagi membolehkan ianya
diterima. Mana-mana alternatif yang tidak dapat memenuhi walaupun satu syarat akan ditolak.
3.2 Pelbagai ujian pemboleh ubah
Penilaian dibuat melalui pelaksanaan beberapa ujian pemboleh ubah. Ia agak rumit dan
memerlukan pembuat keputusan mempelajari kaedah- kaedah tersebut dalam mereka bentuk
eksperimen termasuk cara-cara untuk mengumpul dan menganalisis data statistik yang akan
dihasilkan.
Contoh berikut menunjukkan penggunaan pelbagai jenis ujian pemboleh ubah dalam
pembuatan keputusan: Pengurus sedang merangka satu strategi untuk mengurangkan kos
operasi. Antara strategi alternatif yang telah dirancang (A1) menggunakan bahan-bahan import,
(A2) menggunakan bahan-bahan tempatan dan (A3) menggunakan bahan-bahan terpakai. Maka
eksperimen dijalankan untuk mengkaji hasilnya dengan mengambilkira ketahanan dan kos
bahan mentah.
4.0 Menggunakan kumpulan
Kebanyakan organisasi pada masa kini menggunakan kumpulan untuk membuat
keputusan. Sebagai contoh, suatu jawatankuasa penilai ditubuhkan untuk menilai keberkesanan
sesuatu projek atau sekumpulan pekerja ditugaskan untuk menentukan suatu produk baru yang
akan dilaksanakan. Ini terjadi kerana keputusan yang dibuat dalam kumpulan mempunyai lebih
banyak kelebihan berbanding pembuatan keputusan secara individu.
Secara ringkasnya, semua ahli kumpulan akan mencadangkan idea-idea mereka sendiri
mengikut giliran. Pada peringkat awal, semua idea sama ada baik atau tidak baik, sesuai atau
tidak sesuai akan diterima tanpa dinilai bagi tujuan menggalakkan semua ahli dalam
kumpulan untuk menjana lebih banyak idea. Proses ini akan berterusan sehingga tiada lagi idea-
idea yang dicadangkan.
Rumusan
Kesimpulannya, seorang pengurus itu perlu menguasai kemahiran pengurusan yang baik.
Ini bertujuan membolehkan pengurus mengurus dengan berkesan serta menyelaras kerja di
dalam organisasi secara lebih baik dan berkesan. Disamping itu, ia juga membolehkan
pengurus membuat keputusan yang tepat bagi sesuatu situasi yang penting. Ini bagi
mengelakkan pembaziran kerana ketidakcekapan pengurus mengurus masa secara cekap.
Sebagai pengurus yang berkesan, seharusnya sentiasa berhubung dengan semua pihak
secara berkesan bagi mengetahui dan menyelesaikan semua masalah secara cekap dan
berkesan. Selain itu, pengurus dapat mengenalpasti dan mengambil peluang yang wujud sama
ada dari dalam dan luar organisasi seterusnya dapat mengkoordinasikan semua sumber secara
cekap dan berkesan.
(3012 patah perkataan)
RUJUKAN

Assoc Prof Dr Chung Han Tek, Assoc Prof dr Huan Tat, Assoc Prof Hazidi Abd Hamid, Dr
Zahari Hamidon, Hui Thian Teo, Shawira Abu Bakar, Suhaimi Jamaludin, Shahril Effendi
Ibrahim, Dato Dr Zaiton Osman, Prof Dr Abtar Kaur, Sharipah Hanon Bidin, Halimatolhanin
Mohd Khalid, Dr Harvinder Kaur, Hazna Shmad, Thami Munisah Mohd Yusoff, Open
University Malaysia, 2016.

Ohira, H. Beneficial Roles of Emotion in Decision Making: Functional Association of


Brain and Body. Psihologijske teme, 20(3), 381-392. (OUM Digital Library).(2011).

Roszkowska, E. Application TOPSIS methods for ordering offers in buyer-seller


transaction. OPTIMUM, 117. (2009).

Shoemaker, L. K., Kazley, A. S., & White, A. Making the case for evidence-based
design in healthcare: a descriptive case study of organizational decision making. Health
Environ Res Des, 4(2), 7-16.(2010).

Taghavifard, M. T., Damghani, K. K., & Moghaddam, R. T. Decision Making Under


Uncertain and Risky Situations. (2009).

http://pengajianperniagaanstpm.blogspot.my/2013/04/q-bab-1-pp-penggal-2-pengurusan.html

https://thekicker96.wordpress.com/proses-pengambilan-keputusan-dalam-organisasi

http://intantiara08.blogspot.my/2015/06/langkah-langkah-dalam-mengambil
https://ismaan.wordpress.com/2015/05/19/definisi-dan-dasar-pengambilan-
keputusan/
https://oktafianreza.wordpress.com/2015/04/29/faktor-yang-mempengaruhi-pengambilan-
keputusan/