Anda di halaman 1dari 48

Sosiologi Pendidikan Dalam PTV

Disiplin Pelajar Daripada Perspektif Teori Structural-Fungsional

DISIPLIN PELAJAR DARIPADA PERSPEKTIF TEORI


STRUCTURAL-FUNGSIONAL
Hairul Nurasyikin Binti Haron
GB 110295

1.0 Pendahuluan

Lanjutan terhadap proses sosialisasi, sistem pendidikan mempunyai tugas


menyediakan generasi muda kepada alam dewasa dan menyalurkan kebudayaan.
Dalam konteks menyediakan pendidikan yang ideal, tujuan dan matlamat pendidikan
negara pada abad ke 21 amat jelas. Kementerian Pendidikan telah menyusun dan
merancang untuk memperbaiki, memperkukuh, dan mempertingkatkan mutu
pendidikan negara. Salah satu unsur yang penting adalah nilai yang berkaitan dengan
keperluan dan perkembangan diri individu yang bertujuan untuk meninggikan lagi
kemampuan atau kebolehan individu supaya berfungsi sebagai anggota masyarakat.
Ia harus dapat membimbing individu mengenali diri sendiri sebagai insan dalam
alam sosial dan fizikal ciptaan Yang Maha Berkuasa ini. Dengan alasan inilah,
pendidikan berperanan penting dalam perkembangan setiap individu. Namun, visi
dan cita-cita yang luhur ini tidak akan tercapai seandainya masalah jenayah di
kalangan juvana (pelajar) tidak dapat dibendung. Sesuatu perlu dilakukan segera
untuk menangani masalah jenayah ini bagi membentuk sahsiah pelajar ini supaya
menjadi insan yang bermoral tinggi.

1
Sosiologi Pendidikan Dalam PTV
Disiplin Pelajar Daripada Perspektif Teori Structural-Fungsional

Masyarakat kita mempunyai pandangan yang berbeza di dalam memberi


pengertian mengenai disiplin. Ada yang memberi pandangan yang positif dan tidak
kurang juga yang memberi pandangan yang negatif mengenai disiplin. Bagi yang
berfikiran positif, itu adalah yang sebaiknya tetapi bagi pandangan yang negatif
terhadap disiplin menjadi tumpuan dan isu yang popular pada masa ini. Masalah
disiplin di sekolah semakin serius dan semakin menular di dalam sekolah dan di luar
kawasan sekolah yang melibatkan pelajar sekolah menengah. Menurut Noh Omar,
tahun lalu, 1.74 peratus daripada 5.5 juta pelajar sekolah di negara ini terbabit
dengan masalah disiplin, berbanding 2.07 peratus pada 2004 dan 2.11 peratus pada
2003. Beliau berkata, 90 daripada 27,412 pelajar yang menjalani ujian air kencing
tahun lalu didapati positif dadah dengan kebanyakan mereka mengambil ganja. Pada
2004, 187 daripada 23,219 pelajar menjalani ujian sama disahkan positif dadah. Dari
segi jenayah, Noh berkata, 0.23 peratus daripada 5.5 juta pelajar- pelajar terbabit
dalam jenayah tahun lalu berbanding 0.31 peratus pada 2004. Kementerian
memandang serius perkara ini. ( Berita Harian, 15April 2006 ).
Dapatan jumlah ini menunjukkan penurunan dari segi penglibatan pelajar
dengan pelbagai masalah disiplin. Walaupun peratusannya kecil, jika ditukar kepada
angka, bilangannya agak ramai. Boleh dikatakan masalah disiplin di kalangan pelajar
sekolah menengah masih lagi tidak terkawal dan sering menjadi tajuk hangat yang
dibincangkan oleh pelbagai pihak. Contohnya, Memorandum Kabinet Menangani
Gejala Disiplin Di Sekolah yang dibentangkan oleh kabinet kepada Jemaah Menteri
pada 26 April 2006. Menurut memorandum itu, kerjasama antara polis dan
kementerian juga di perhebatkan melalui mekanisme Pegawai Perhubungan Sekolah,
Kadet Polis dan Kelab Pencegahan Jenayah Sekolah (KPJS). Untuk memerangi
gejala ponteng sekolah, kementerian dan polis bersetuju supaya masalah ponteng
sekolah diangkat kepada jemaah menteri kerana aspek undang-undang juga perlu
dilihat, dan ada kaitan dengan
Akta Kanak-Kanak 2001. Pihak media masa, sama ada media cetak atau
elektronik sentiasa memberi liputan yang meluas terhadap isu ini. Setiap hari

2
Sosiologi Pendidikan Dalam PTV
Disiplin Pelajar Daripada Perspektif Teori Structural-Fungsional

terdapat berita-berita berkenaan kemerosotan disiplin di kalangan pelajar sekolah.


(Sumber Maklumat, Portal Pendidikan Utusan 2001-2007 ). Faktor kemerosotan
disiplin ialah berhubung dengan keruntuhan akhlak pelajar di mana pelajar- pelajar
sekolah sering melakukan pelbagai salah laku seperti membuli, berkhalwat,
penyalahgunaan dadah, melepak, ponteng, berjudi, peras ugut,bergaduh, merokok,
gengsterisme, vandalisme dan sebagainya. Senario alaf ini semakin berkembangnya
ilmupengetahuan,semakin luas pula keruntuhan akhlak di kalangan pelajar sekolah
kita. Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi panduan dan juga hala tuju untuk
sistem pendidikan Negara kita. Kerajaan di bawah Kementerian Pelajaran telah
berusaha dari masa ke semasa di dalam mengkaji kurikulum dan ko-kurikulu supaya
sesuai dengan keadaan semasa dan dapat memberi kebaikan kepada pelajar sekolah.
Nilai murni diterap di dalam sistem pendidikan bertujuan melahirkan insan yang
sempurna dan berketerampilan serta seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek (JERI). Malah pengawasan terhadap masalah disiplin pelajar sentiasa diberi
perhatian oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat
Pelajaran Daerah 3 serta pihak sekolah. Pihak sekolah dikehendaki menghantar data
Sistem Salah Laku Diri Murid (SSDM) ke Pejabat Pelajaran Daerah untuk tempoh 3
bulan satu kali. Ini bertujuan untuk dianalisis mengikut sekolah dan akan dihantar ke
Jabatan Pelajaran Negeri. JPN akan menghantar data yang sudah dianalisis ke Unit
Hal Ehwal Murid (HEM) di KPM. Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin
Pelajar akan mencari kaedah-kaedah atau langkah-langkah untuk mengatasi masalah
ini.Menurut sumber maklumat daripada Kementerian Penerangan Malaysia,
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah banyak berusaha melaksanakan
programprogram yang dapat membantu dalam menangani masalah disiplin di
kalangan pelajar
sekolah. Sebanyak lapan jenis program pembangunan sahsiah dan disiplin murid
dilaksanakan di peringkat sekolah sepanjang tahun 2005. Program-program tersebut
adalah Peningkatan Kualiti Kepimpinan dan Pengurusan Sahsiah dan Disiplin Murid,
Pemantapan Pengurusan Sahsiah dan Disiplin Murid, Program Sekolah Selamat,

3
Sosiologi Pendidikan Dalam PTV
Disiplin Pelajar Daripada Perspektif Teori Structural-Fungsional

Penjanaan Semangat Patriotisme Murid, Program Pembudayaan Adab di Sekolah,


Peningkatan Konsep Kendiri dan Jati Diri Murid, Program Pencegahan Salah Laku
Berat Murid yang terdiri dari sembilan jenis salah laku, iaitu pergaduhan, laku
musnah, buli dan gengsterisme, salah laku seks, ponteng sekolah, merokok,
membawa bahan lucah, senjata berbahaya dan peras ugut, Pemantapan Sistem Salah
Laku Disiplin Murid (SSDM), Jawatankuasa pemantau di peringkat Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah serta flying squads. KPM
telah turun padang dan memantau aspek disiplin murid di 1,152 buah, iaitu 12.1
peratus dari jumlah semua sekolah rendah dan menengah di seluruh Negara. (Utusan
Malaysia, 01 April 2005).Kerajaan juga telah melancarkan Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan 2006 - 2010 di bawah Rancangan Malaysia Ke -9. Di
mana salah satu sebabnya ialah untuk Membangunkan Modal Insan di kalangan
golongan muda yang bermula dari sekolah menengah lagi. (Sumber Maklumat,
KPM, 2006) Sehubungan dengan itu semua pihak terutama para ibu bapa dan guru
harus menggembleng tenaga untuk memastikan masalah disiplin dapat dibendung
supaya ia tidak terus menular.

1.1 Pengenalan

Pada lazimnya, masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah hanya berkisar di


sekitar kenakalan mereka merosakkan harta benda awam, ponteng sekolah,
merokok, melepak dan seumpamanya. Mereka semakin berani melakukan pelbagai
perbuatan yang bercanggah dengan norma masyarakat dan undang-undang negara.
Namun begitu apabila pelajar sekolah mulai bertindak lebih jauh daripada itu,
sesuatu perlu dilakukan segera untuk membendung merekadaripada terjebak dengan
perkara-perkara yang tidak diingini.
Teori fungsionalis pula mengkaji fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam
aktiviti yang menyumbang kepada penerusan masyarakat. Berdasarkan kepada isu

4
Sosiologi Pendidikan Dalam PTV
Disiplin Pelajar Daripada Perspektif Teori Structural-Fungsional

kelemahan akademik dan prestasi pelajar, teori fungsionalis didapati lebih menonjol
peranannya. Merton (1949) menyokong teori ini dengan membahagikan kepada dua
elemen iaitu fungsi nyata dan fungsi tidak nyata. Fungsi nyata merujuk kepada
aktiviti yang ditetapkan seperti pengajaran guru sementara fungsi tidak nyata ialah
aktiviti-aktiviti yang tersirat seperti kurikulum tersembunyi

1.2 Latar Belakang Masalah

Isu yang berkaitan dengan masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah sering
diperkatakan pada masa kini dan menjadi fokus dari pihak media massa. Masalah
disiplin melibatkan para pelajar sekolah menengah begitu ketara dan ini amat
meresahkan para ibu bapa serta masyarakat umum seluruhnya. Satu kes dilaporkan
di dalam akhbar Harian Metro ( 19 Julai 2007), beberapa remaja berumur bawah 15
tahun sanggup mengikat perut dengan berjimat duit belanja sekolah, semata-mata
untuk berkongsi wang bersama rakan bagi melanggan pelacur. Perlakuan yang tidak
pernah terfikir oleh orang dewasa untuk melakukannya. Mereka hanyalah pelajar
berumur bawah 15 tahun yang tidak mampu untuk mengawal diri dalam menghadapi
pengaruh rakan sebaya yang lebih tua daripada mereka. Kegiatan ini terbongkar
setelah seorang pelajar tingkatan tiga dikenali sebagai Ahmad Firdaus, 15 tahun yang
mengaku mula terjebak dengan kegiatan itu ketika 5berumur 14 tahun selepas
terpengaruh dengan pujukan rakan yang lebih tua. Dia berkata, pada mulanya dia
mengikuti rakan yang dipanggil abang berumur 20-an mengunjungi kawasan
pelacuran sekadar mahu mencuci mata. Apabila sampai di Lorong Haji Taib
mereka bukan sekadar melihat malah mereka melanggan pelacur dengan harga
RM100. Aktiviti ini telah menyebabkan mereka ketagih sehingga sanggup berlapar
semata-mata untuk mengumpul duit dari belanja harian untuk melanggan pelacur.
Malah pelajar ini berani melanggan pelacur pada siang hari. Jikalau kita lihat situasi
ini, dapatlah kita katakan bahawa tahap kemerosotan disiplin pelajar sekolah

5
Sosiologi Pendidikan Dalam PTV
Disiplin Pelajar Daripada Perspektif Teori Structural-Fungsional

menengah kita sudah berada di tahap yang serius dan perlu ditangani dengan segera.
Isu pelajar sekolah menengah berkhalwat sudah biasa kita dengar. Mereka tidak
segan silu bercumbuan, berpelukan dengan berpakaian sekolah. Bagi mereka perkara
ini adalah biasa untuk remaja zaman sekarang. Pergaulan terlalu bebas di kalangan
pelajar sekolah menengah zaman sekarang, di mana mereka seronok mencuba
perkara-perkara yang mencabar dan baru bagi mereka. Mereka mengambil sikap
sambil lewa dalam perkara-perkara ini. Mereka sudah tidak ada perasaan malu dan
sanggup melakukan apa saja dan dengan siapa saja. Didapati guru juga memainkan
peranan dalam masalah disiplin pelajar, di mana guru menjadi pendorong kepada
pelajar untuk melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh
seorang pelajar sekolah menengah. 15 pelajar MRSM itu dibuang sekolah selepas
didapati memukul 10 pelajar tingkatan dua dengan menggunakan batang penyapu
dalam kejadian awal pagi, 12 Jun lalu ( Hayati, Harian Metro , 17 Julai 2007 ).
Salah laku disiplin pelajar bukan saja berlaku kepada pelajar-pelajar yang lemah
dalam pelajaran malah pelajar-pelajar yang cerdik dan pintar juga tidak boleh lari
dari melakukan salah laku disiplin. Budaya ini sudah lama berlaku namun masalah
ini masih tidak dapat diatasi.

1.3. Pernyataan Masalah

Gejala disiplin di sekolah merupakan isu antarabangsa yang masih menjadi


perbahasan semua peringkat sama ada ahli politik, ahli akademik mahupun
masyarakat biasa. Isu pelajar sekolah membuli, merokok, bergaduh, memukul guru,
dan yang paling mengejutkan, iaitu membunuh rakan sebaya menjadi topik
perbincangan hangat setiap lapisan masyarakat memandangkan gejala ini semakin
hari menjadi semakin serius. Pelbagai pendekatan digunakan oleh pihak sekolah
termasuk melaksanakan konsep dendaan, sistem hukuman dan bimbingan, namun
masalah ini masih tidak berjaya dibendung. Hasrat kerajaan untuk mewujudkan

6
Sosiologi Pendidikan Dalam PTV
Disiplin Pelajar Daripada Perspektif Teori Structural-Fungsional

sekolah tiada kecacatan, iaitu sekolah yang tidak mengalami masalah dari segi
pencapaian akademik, persekitaran sekolah, mahupun disiplin pelajar telah lama
diwar-warkan (Mohd Saleh, 1998). Usaha ke arah memupuk dan meningkatkan
disiplin sekolah ini bertujuan untuk menjamin keselesaan pengajaran dan
pembelajaran di sekolah (Azizah, 2002). Ini kerana selain menjadi unsur penting
dalam proses sosialisasi dan pembentukan peribadi pelajar, disiplin sekolah juga
merupakan sistem kawalan yang membolehkan pengajaran berlaku dengan berkesan
(Docking dalam Azizah, 2002). Sekolah yang mempunyai disiplin guru, kakitangan
dan pelajar yang tinggi secara tidak langsung dapat mewujudkan persekitaran yang
aman dan selamat untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Menurut Suradi
(1996), ketiadaan disiplin adalah satu penyakit dalam sistem pendidikan yang boleh
menyebabkan proses pendidikan para pelajar menjadi tidak lengkap, dan seterusnya
menimbulkan masalah disiplin di kalangan mereka.
Merujuk pada Buku Rekod Salah Laku Masalah Disiplin yang dikeluarkan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1990, terdapat beberapa kategori
salah laku disiplin, iaitu tingkahlaku jenayah, lucah, kekemasan diri, tidak
mementingkan masa, kurang sopan dan biadab, laku musnah, tidak jujur, dan
ponteng. Kesalahan yang dianggap berat pula termasuklah merosak harta benda
sekolah, bergaduh atau bertumbuk di sekolah, memukul atau mengancam pelajar
atau guru, dan memeras ugut. Berdasarkan kajian-kajian lepas, didapati para pelajar
terlibat dengan masalah disiplin disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah
sikap guru yang kurang prihatin terhadap pelajar, kurang mesra dan menakutkan
pelajar (Azizah, 2002), pergaulan dan pengaruh rakan sebaya yang bersifat negatif,
kesan media elektronik, pengaruh budaya asing, dan kegagalan didikan ibu bapa
(Asmah dan Zulekha, 2004). Selain itu, kadangkala guru-guru telah mendidik para
pelajar dengan nilai yang baik tetapi nilai yang diperolehi dari dunia luar
membatalkan usaha baik guru-guru di sekolah (Iloyd dan Asmah, 1987).
Bagi ahli-ahli psikologi pula, tingkahlaku bermasalah di kalangan pelajar
yang merupakan golongan remaja dikaitkan dengan perkembangan tahap remaja

7
Sosiologi Pendidikan Dalam PTV
Disiplin Pelajar Daripada Perspektif Teori Structural-Fungsional

yang dilalui oleh mereka. Pada tahap remaja, individu mudah mengalami konflik
pemikiran dan gangguan moraliti. Remaja mengalami krisis identiti (Allen, 2000),
iaitu dari segi mencari identiti yang sesuai dengan mengambil kira aspek tingkah
laku, sikap dan kepercayaan (Tucker, 1990). Apabila remaja gagal menyelesaikan
krisis, mereka akan mempamerkan tingkah laku yang nakal (Erikson,1968). Laporan
akhbar Utusan Malaysia pada 14 April 2006 mendedahkan kenyataan yang dibuat
oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar berkaitan masalah disiplin di
kalangan pelajar. Menurut beliau, pada tahun 1995 kira-kira 1.74% daripada 5.5 juta
pelajar di Malaysia terlibat dengan kes disiplin. Walaupun statistik menunjukkan
penurunan berbanding tahun sebelumnya tetapi beliau berpendapat masalah ini tidak
boleh dipandang ringan.

1.4. Tujuan Kajian

Ada beberapa faktor yang menyebabkan masalah disiplin di kalangan pelajar


yang dilihat dari perspektif teori structural-fungsional. Oleh yang demikian tujuan
kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti punca masalah disiplin yang
berlaku di kalangan pelajar, mengenal pasti pengaruh rakan sebaya terhadap
berlakunya masalah disiplin mengetahui pengaruh guru terhadap berlakunya masalah
disiplin di kalangan pelajar dan langkah yang boleh diambil bagi mengatasi dan
menangani masalah disiplin ini terus menular di kalangan remaja kita.

1.5. Definisi Disiplin

P.F Olivia (1956) berpendapat disiplin ialah kawalan diri, kawalan dari luar, patuh
kepada autoriti, dan cara menetapkan peraturan atau hukuman. ( Abdullah Sani,
2005: 45) Mok Soon Sang (1995) pula menyatakan pada peringkat sekolah, disiplin

8
Sosiologi Pendidikan Dalam PTV
Disiplin Pelajar Daripada Perspektif Teori Structural-Fungsional

adalah peraturan-pertauran yang dikenakan ke atas pelajar-pelajar dengan tujuan


mengawal tingkah laku mereka melalui hukuman atau ganjaran. (Mohd Ismail, 2006:
71)
Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979, menjelaskan disiplin bermakna
kesanggupan seseorang untuk melakukan sesuatu dengan tertib, menghormati hak
orang lain, mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak mengganggu kepentingan
orang lain. (Abdullah Sani, 2006:1). Ini bermakna untuk membentuk dan
menghasilkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang haruslah
mengambilkira pengawalan dan latihan disiplin di kalangan pelajar, kerana
merekalah pewarsi generasi akan datang, seperti mana kata Prof. Dr. Yusof Al-
Qaradhwi, Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah
generasi mudanya pada hari ini.
Bidang pendidikan pada masa kini telah berkembang dengan pesatnya
berbanding ketika zaman sebelum merdeka dahulu. Pendidikan di Malaysia sebelum
kedatangan British adalah berasaskan pendidikan agama dan madrasah adalah
merupakan sekolah agama yang termoden pada ketika itu. Pelajar diterapkan dengan
pendidikan agama yang kukuh dalam diri pelajar seperti nilai-nilai murni, rohani dan
jasmani bagi menghadapi cabaran pada hari-hari mendatang (Ee Ah Meng, 1995).

1.6. Pengertian Teori Fungsional

Teori fungsional mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan struktur terutama
berkaitan struktur masyarakat kerana apabila merujuk kepada asas teori fungsional
yang menekankan fungsi yang bersangkutan di antara ahli anggota masyarakat.
Struktur akan memainkan peranan penting dalam menentukan fungsi dan peranan
yang mesti digalas oleh setiap anggota. Fungsional juga adalah punca kepada
kemunculan teori strukturalisme yang banyak dibincangkan oleh ahlinya.
Sehubungan dengan struktur merupakan satu susunan masyarakat yang mempunyai

9
Sosiologi Pendidikan Dalam PTV
Disiplin Pelajar Daripada Perspektif Teori Structural-Fungsional

peranan masing-masing untuk dipenuhi bagi menjadikan kehidupan masyarakat lebih


teratur dengan hakikat tugas yang ditetapkan oleh sesebuah masyarakat. Contohnya
masyarakat hari ini dibahagikan kepada peringkat dan pangkat tertentu dan
mempunyai tugas dan peranan mmasing-masing dalam menjalankan fungsi masing-
masing seperti organisasi supermarket yang mempunyai pekerja am,pengurus dan
pengarah. Semuanya mempunyai tugas dan peranan masing-masing secara
berstruktur dengan diperlengkapkan dengan fungsi yang tertentu untuk dipenuhi.
Fungsi adalah badan utama bagi teori fungsional- sepertimana namanya juga
yang berasal daripada perkataan function yang bermaksud fungsi. Sama juga seperti
struktur masyarakat yang dibincangkan tadi yang memerlukan fungsi sebagai bahan
pelincir kepada struktur masyarakat yang terbentuk secara natural atau dicipta.
Sesuatu fungsi mempunyai kesan yang boleh dilihat melalui hubungan keluarga
yang memberi kesan kepada masyarakat sebagai unit asas sosial(haralombos and
holrborn,2000). Menurut mereka juga fungsi juga secara praktikalnya adalah
digunakan sebagai memelihara dan kelangsungan hidup manusia yang memberikan
satu ketetapan untuk manusia terus hidup di muka bumi ini. Konsep ini diambil
daripada teori Darwin iaitu kelangsungan hidup manusia dalam teori evolusinya.
Fungsi juga memerlukan keperluannya tersendiri bagi kelangsungan hidup
manusia. Keperluan tersebut boleh ditakrifkan sebagai perkara yang perlu dipenuhi
untuk hidup di dunia. Sebagai contoh manusia memerlukan rumah untuk berteduh
daripada panas dan hujan makan rumah merupakan keperluan untuk memenuhi
fungsi berteduh daripada panas dan hujan untuk terus hidup di muka bumi.
Nilai adalah tingkah laku yang terbentuk daripada perbuatan dan tingkah laku
manusia. Seperti gotong royong sebelum kenduri adalah perbuatan yang dilakukan
oleh manusia untuk menjalankan kenduri. Jika dilihat kesepaduan nilai sangat
penting dalam teori fungsional kerana teori fungsional berfungsi dengan sokongan
masyarakat dalam menjalankan fungsi. Sesuatu fungsi tidak dapat berjalan dan
menjadi disfungsi(robert merton). Oleh itu kesepaduan nilai sangat penting untuk

10
Sosiologi Pendidikan Dalam PTV
Disiplin Pelajar Daripada Perspektif Teori Structural-Fungsional

menjadikan teori fungsional ini beroperasi kepada masyarakat, jika kesepaduan nilai
dapat dicapai dengan baik maka masyarakat dapat terus hidup tanpa masalah.
Masyarakat daripada kaca mata sosiologi adalah bahagian yang mempunyai
hubungan yang rapat. Hubungan tersebut memerluka kepada susunan sosial untuk
terus kekal di bumi dan memberikan kesinambungan kepada fungsi yang wujud.
Susunan sosial di sini memberikan kita gambaran mengenai proses teori fungsional
ini beroperasi melalui masyarakat yang mana masyarakat dibentuk melalui struktur
yang tertentu dilengkapi dengan fungsi tertentu untuk terus hidup di dunia beserta
keperluan fungsi yang mesti dilengkapi bagi setiap fungsi dalam masyarakat. Selain
itu kesepaduan sosial mewakili masyarakat perlu untuk mendapatkan kesepaduan
dalam menjalankan fungsi mereka.

1.7. Penutup

Adalah diharapkan bahawa dapatan kajian akan membolehkan para pelajar


memahami, mengenalpasti jenis-jenis perlakuan salah tingkah laku disiplin mengikut
pandangan beberapa teori structural-fungsional serta dapat mewujudkan kesedaran
kepada pelajar tentang keburukan gejala disiplin di kalangan pelajar.Dapatan kajian
ini juga diharap dapat digunakan oleh pihak sekolah untuk merangka, meningkatkan
dan melaksanakan peraturan membanteras masalah dispilin, program-program yang
dirancang serta langkah-langkah keselamatan bagi mewujudkan persekitaran sekolah
yang selamat. Selain itu, dapatan kajian ini diharapkan dapat digunakan dan
dijadikan panduan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk merangka
program serta langkah-langkah bagi menangani masalah salah laku disiplin ini di
sekolah-sekolah, membentuk program latihan berkenaan pencegahan masalah
disiplin kepada guru-guru dan menyediakan garis panduan umum kepada semua
sekolah bagi menangani masalah disiplin ini. Dapatan kajian ini diharapkan dapat

11
Sosiologi Pendidikan Dalam PTV
Disiplin Pelajar Daripada Perspektif Teori Structural-Fungsional

dijadikan panduan serta rujukan kepada pihak ibu bapa untuk menerapkan kesedaran
tentang masalah disiplin dan mengawasi tingkah laku anak-anak
mereka di rumah dan di luar sekolah. Melalui dapatan kajian ini juga diharapkan
pihak pertubuhan sukarela dapat menggunakannya untuk menjalankan kempen serta
program bagi menyedarkan masyarakat tentang masalah disiplin ini.

2.0 Sorotan Kajian

2.1. Analisis Isu Berdasarkan Perspektif Teori Struktural-Fungsional

Teori ini mengkaji fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan-kegiatan
yang menyumbang kepada penerusan masyarakat. Masyarakat selalu dianggap
seperti tubuh badan manusia yang mempunyai bahagian-bahagian dengan fungsi-
fungsi yang tersendiri. Teori fungsionalisme memberi huraian mengenai organisasi
sosial dan menerangkan bagaimana sesuatu organisasi dikekalkan. Masyarakat telah
diibaratkan sama seperti organisma yang mempunyai bahagian-bahagian dan setiap
bahagian masyarakat dikenali sebagai struktur. Seterusnya kajian dilakukan untuk
melihat bagaimana struktur masyarakat berfungsi. Menurut teori ini, struktur-
struktur sosial akan menentukan kelancaran perjalanan atau keharmonian
masyarakat. Brinkerhoff dan White (1989 : 9) telah merumuskan tiga andaian utama
ahli-ahli fungsionalisme iaitu stabiliti, harmoni dan evolusi. Stabiliti merupakan
kriteria penilaian utama untuk menentukan sejauh mana sesebuah masyarakat dapat
dikekalkan. Harmoni menunjukkan bagaimana semua bahagian atau struktur-struktur
dalam masyarakat bekerjasama untuk mencapai tujuannya. Evolusi pula
menggambarkan perubahan-perubahan yang berlaku kepada masyarakat melalui
proses adaptasi struktur sosial kepada pembaruan. Maka, tidak dapat dinafikan lagi
bahawa ibubapa, pihak sekolah, rakan sebaya dan media massa saling berperanan

12
Sosiologi Pendidikan Dalam PTV
Disiplin Pelajar Daripada Perspektif Teori Structural-Fungsional

dalam mengatasi masalah jenayah yang wujud di kalangan remaja.

2.2. Teori Punca Salah Laku Dan Masalah Sosial Pelajar

Terdapat beberapa penjelasan mengenai punca devian (orang yang menyimpang).


Teori fungsionalisme menganggap devian sebagai disfungsi pada struktur sosial.
Teori konflik mengatakan devian merupakan tindakan golongan tertindas terhadap
pihak minoriti yang menindas. Teori subbudaya dan deprivasi status pula
berpendapat devian berpunca daripada budaya kumpulan yang berbeza dengan
budaya masyarakat besar. Deprivasi (pencabutan, kehilangan) selalu berpunca
daripada kekurangan ekonomi dan kelemahan emosi.
Kajian Tattum (1986) mendapati bahawa pelajar sengaja melakukan devian
sebagai teknik neutralisasi dalam interaksi mereka. Menurut Merton (1938) terdapat
empat jenis devian iaitu inovasi (suatu cara memenuhi matlamat dengan cara yang
salah), ritual (tindakan mengulang perbuatan), undur (seseorang yang tidak lagi
berminat dengan matlamatnya lalu melakukan alternatif lain sebagai tindakan ) dan
menentang (menolak matlamat persekolahan dan menggantikannya dengan matlamat
lain).

2.2 Faktor-Faktor Penyebab Masalah Disiplin Di Sekolah

Mengikut penulisan Hussein Mahmood dan Kamaruddin Abd Rahman (1981), faktor
besar yang menyebabkan masalah disiplin ialah faktor kewangan, faktor persekitaran
dan faktor sekolah. Menurut Mohamed Kamil Hassan pula faktor-faktor yang
menyebabkan kelemahan disiplin di sekolah ialah sikap murid-murid, faktor
kekeluargaan, faktor persekolahan, faktor seluruh dunia dan faktor sosial. Masalah
disiplin juga boleh dilihat daripada pelbagai sudut dan banyak puncanya. Langkah

13
Sosiologi Pendidikan Dalam PTV
Disiplin Pelajar Daripada Perspektif Teori Structural-Fungsional

mengenal pasti masalah ini penting kerana hanya dengan mengetahui punca-punca,
strategi penyelesaian yang berkesan dapat diatur dengan rapi. Berikut adalah
beberapa faktor yang boleh mengakibatkan berlakunya keruntuhan akhlak atau
masalah disiplin di kalangan pelajar.
Faktor yang pertama adalah faktor diri murid . Menurut Duke (1980)
menyatakan bahawa tiap-tiap individu itu bertanggungjawab di atas perlakuan
sendiri. Murid-murid berkemungkinan menjadi tidak berdisiplin kerana mengikuti
kehendak-kehendak diri mereka sendiri tanpa sebarang pengaruh dari luar, iaitu apa
yang dikatakan sebagai the potential influence of the students free will. Mereka
mungkin juga melanggar peraturan-peraturan di sekolah sewaktu belajar atau
bermain kerana mereka tidak menyedari bahawa perbuatan mereka telah menyalahi
peraturan. Ini adalah menjadi suatu faktor yang penting dalam hal murid-murid
melakukan perbuatan yang tidak berdisiplin. Terdapat juga pelanggaran-pelanggaran
peraturan yang dilakukan oleh murid-murid yang mempunyai masalah emosi. Jenis
kanak-kanak ini dipanggil neurotic atau psychotic, dan mengikut Despert (1965)
dapat dikenali dengan gaya kelakuannya yang jahat, selalu membuat salah, melawan,
ingkar, tidak dapat dibentuk dan tidak stabil. Kelemahan dari segi perkembangan
mental juga boleh membawa kepada pelanggaran peraturan di sekolah. Murid-murid
yang lemah belajar dan gagal berkalikali dalam peperiksaan, akan merasa kecewa
dan hilang minat untuk belajar. Mengikut Rabven (1977) apabila murid-murid tidak
berminat dalam sesuatu mata pelajaran yang tertentu dan guru tidak pula berusaha
untuk menarik minat mereka, murid-murid tersebut akan hilang semangat belajar dan
akan melakukan apa juga yang terlintas di hati mereka.
Faktor yang kedua adalah ibu bapa atau keluarga pelajar tersebut. Seorang
ahli antropologi, George Peter Murdock menakrifkan bahawa keluarga adalah satu
kelompok sosial yang tinggal di bawah satu bumbung, mempunyai kerjasama dalam
kegiatan ekonomi dan menambah zuriat (Goode, hal. 326). Faktor kepincangan
keluarga dan taraf sosio-ekonomi sesebuah keluarga akan mencorak kehidupan
seorang kanak-kanak. Kegagalan ibu bapa sendiri untuk membetulkan kepincangan

14
Sosiologi Pendidikan Dalam PTV
Disiplin Pelajar Daripada Perspektif Teori Structural-Fungsional

anak-anak mereka akan menyebabkan anak-anak ini tidak lagi menghormati


mereka. James Becker mengatakan ketidak seimbangan disiplin sesebuah keluarga
akan menyebabkan anak-anak tidak dapat mewujudkan pengawalan diri yang
sempurna. Ini akan menjejaskan ketahanan diri pelajar. Maka jelaslah bahawa
Institusi keluarga memainkan peranan yang penting sebagai pembentuk sahsiah
anak-anak. Ibu bapa haruslah membimbing, memahami dan menyelami kehendak
jiwa remaja serta berfikiran terbuka. Ini akan mendorong kepada kewujudan suasana
harmonis. Menurut Parsona (1964) bahawa rumah adalah kilang yang menghasilkan
peribadi manusia. Jika ibu bapa gagal memproses anak-anak mereka di kilang ini,
maka hasilnya ialah anak-anak yang tidak bermoral. Ivor Morrish (1975) pula
menambah dengan mengatakan bahawa penyeliaan keluarga itu tidak cukup setakat
mengenakan beberapa peraturan yang perlu diikuti sahaja. Ibu bapa harus menolong
anak-anak supaya layak memasuki masyarakat mereka. Keadaan dan suasana dalam
keluarga memang boleh mempengaruhi perkembangan emosi murid-murid. Bila
struktur sesuatu keluarga yang mengalami keretakan, kanak-kanak akan mengalami
ketegangan emosi serta berasa tidak selamat. Kajian-kajian Sandstorm (1968),
Maslow, Combs, Kelly dan Rogers (1962), dan Bee (1975) menunjukkan bahawa
perasaan ketegangan ini akan terluah sebagai perlakuan salah penyesuaian yang
dilakukan di rumah dan di sekolah. Kemiskinan serta kekurangan kemudahan di
rumah juga menjadi punca kepada masalah disiplin murid. Hussein Mahmood (1980)
mendapati bahawa masalah besar yang dihadapi oleh pelajar-pelajar adalah masalah-
masalah yang berkaitan dengan rumah dan keluarga. Ini pula ada kaitannya dengan
masalah disiplin kendiri dan mungkin dengan masalah psikologi. Kajian-kajian
Harbans Kaur (1982) dan K. Kandiah (1982) mengenai Jevenile Delinquency
mengesahkan kajian di atas. Didapati kes disipilin pelajar berpunca dari
kepincangan institusi kekeluargaan. Kajian Yaakub Hj. Yusof (1977) menunjukkan
bahawa 50% daripada murid-murid yang ponteng adalah murid-murid yang
menghadapi banyak gangguan hidup seharian dan apabila merasa diri terpencil di
sekolah, mereka akan mencari jalan keluar dengan cara lari dari sekolah.

15
Sosiologi Pendidikan Dalam PTV
Disiplin Pelajar Daripada Perspektif Teori Structural-Fungsional

Faktor ketiga adalah daripada aspek masyarakat sekeliling. Sikap ambil


mudah pada persekitaran menyebabkan urusan keselamatan harta dan nyawa
masyarakat diserahkan kepada polis dan mahkamah sepenuhnya. Apabila berlaku
jenayah, masyarakat tidak mengambil tindakan bagi membenteras. Sikap
individualisme menyebabkan tiada kawalan sosial ke atas remaja. Justeru itu, jiran
dan persekitaran yang sesuai perlu dimantapkan. Hasil kajian yang dijalankan di
Johor menunjukkan, bilangan kes seperti melepak, memusnahkan harta benda awam,
menagih dadah dan lain-lain lebih tinggi di kawasan rumah pangsa bertingkat
berbanding kawasan rumah teres satu tingkat (Ahmad, 2001). Dipercayai mereka
yang terlibat dengan aktiviti-aktiviti ini berisiko tinggi dengan aktiviti gangster.
Tambahan pula, sebilangan remaja menyertai kegiatan gangster kerana frekuensi
keganasan dan aktiviti geng di tempat mereka tinggal adalah tinggi dan sudah
berakar umbi. Bagi membina generasi cemerlang melalui konsep kejiranan dan
masyarakat penyayang memerlukan sekurang-kurangnya tiga tahun. Tetapi, menjadi
remaja liar dan nakal cukup sekadar kurang daripada tiga hari. Tiga hari memadai
bagi menjerumuskan remaja ke lembah gejala sosial, kejahatan dan kehinaan.
Faktor keempat penyumbang ke arah masalah disiplin adalah sekolah.
Sekolah merupakan sebuah komuniti yang menjadi sebahagian daripada masyarakat
yang lebih luas. Sebagai sebuah institusi sosial, sekolah mempunyai ciri-ciri
tersendiri yang sesuai dengan ciri-ciri organisasi moden seperti yang dinyatakan oleh
Weber. Sebagai organisasi formal sekolah mempunyai struktur kepimpinannya
sendiri. Pengetua/Guru Besar bertanggungjawab memimpin guru-guru, kakitangan
am dan para pelajar. Guru-guru juga berperanan sebagai pemimpin dalam konteks
masing-masing. Peringkat paling asas ialah kepimpinan guru dalam bilik darjah.
Selain itu guru juga berperanan sebagai pemimpin aktiviti-aktiviti akademik serta
kokurikulum seperti persatuan, sukan, kelab dan sebagainya. Tidak dapat dinafikan
bahawa peranan guru semakin hari semakin mencabar. Kini, guru tersepit dalam
menghadapi kerenah pelajar bermasalah yang dating daripada pelbagai latar
belakang dan corak pendidikan ibubapa. Sering kedengaran rintihan ibu bapa yang

16
Sosiologi Pendidikan Dalam PTV
Disiplin Pelajar Daripada Perspektif Teori Structural-Fungsional

tidak boleh lagi membentuk dan mendidik anak-anak mereka, lalu merayu dan
meminta guru untuk membetulkannya. Pelajar inilah yang sukar untuk ditangani
kerana mereka juga turut tidak menghiraukan nasihat dan teguran guru. Dalam pada
itu, kes-kes guru diserang oleh ibu bapa atau ahli keluarga pelajar sudah cukup
mengajar guru untuk tidak bertindak menyelesaikan kes pelajar bermasalah. Namun
kemuliaan jiwa guru jelas terbayang apabila mereka tetap meneruskan usaha melalui
pelbagai cara dan pendekatan berdasarkan pengalaman dan pengetahuan mereka
untuk membentuk sahsiah pelajar supaya menjadi insan yang bermoral tinggi
walaupun menyedari kesan negatif yang mungkin menimpa diri.
Mengikut Waller (1939) asas segala masalah disiplin di sekolah ialah pertentangan
pendapat di antara guru dan murid mengenai sesuatu keadaan di sekolah, kerana
masing-masing mempunyai kemahuan yang berlainan. Hal ini lebih buruk di
peringkat sekolah menengah di mana pelajar merasa kurang senang apabila terasa
dipengaruhi (Wadd 1973). Gragey (1970), Maslow dan Rogers (1962), Boysen
(1973) dan Gordon (1974) berpendapat bahawa persekitaran persekolahan yang ketat
kawalannya akan meimbulkan keadaan tidak berdisiplin kerana murid-murid akan
menentang kawalan ketat ini dengan berbagai-bagai kelakuan buruk seperti tidak
menghormati guru, tidak bersopan, dan juga menentang guru. Ada juga yang
berbohong dan keadaan kawalan yang ketat itu. Jika guru terlalu garang hingga
murid terlalu takut kepadanya, maka pertentangan terus tidak dibuat tetapi perasaan
geram akan disalurkan kepada orang ketiga yang tidak bersalah (Gragey, 1970).
Sebaliknya pula, guru yang permisif akan menghadapi masalah disiplin di dalam dan
di luar kelas, kerana perlakuan-perlakuan yang tidak dapat diterima akan
menyebabkan pengajaran tidak dapat dijalankan. Dalam hal ini, guru sama-sama
bersalah dalam menyebabkan perlakuan salah penyesuaian itu (Gragey, 1970).
Mengikut Boyson (1973) sesebuah sekolah itu harus mengamalkan salah satu
daripada dua pendekatan tadi dalam menentukan corak suasana yang dapat lebih
memberi manfaat kepada pelajar. Dalam mengekalkan struktur berperaturan dan
menentukan moral murid-murid di sekolah, guru besar adalah unsur yang penting.

17
Sosiologi Pendidikan Dalam PTV
Disiplin Pelajar Daripada Perspektif Teori Structural-Fungsional

Moral baru yang lebih tinggi akan mengurangkan sikap acuh tak acuh di kalangan
guru dan perlakuan buruk di kalangan murid (Cleugh, 1971). Walaupun begitu,
hubungan yang tegang pada mana-mana peringkat di sekolah akan menimbulkan
ketegangan di kalangan murid-murid (Greabell,1975; Tunney,1977 dan Boyson,
1973). Kajian yang dijalankan oleh Reynolds (1977) menunjukkan bahawa sekolah-
sekolah yang kadar hukuman deranya tinggi mempunyai lebih masalah tidak
berdisiplin daripada sekolah-sekolah yang lain. Dikatakan bahawa hukuman dera
lebih menimbulkan rasa kecewa daripada menolong pembelajaran. Meacham dan
Wiesen (1974) juga bersetuju dengan pendapat ini mengatakan bahawa hukuman
dera tidak mendatangkan kesan yang baik, malahan sebaliknya menggalakkan lagi
masalah tidak berdisiplin. Dalam kajian, Abdullah Salleh (1979) telah menemui
sebab-sebab murid-murid melakukan vandalism. antaranya ialah mahu membalas
dendam pada pihak sekolah; suka melihat benda-benda itu hancur; hendak
menunjukkan kekuatan; dan keadaan mereka selalu terbiar tanpa pengawasan pihak
guru. Kelemahan yang jelas di sekolah yang menjadi punca masalah disiplin di
kalangan pelajar adalah guru-guru tidak diberi kuasa bertindak mempertahankan
disiplin. Disiplin sekolah secara rasmi adalah tanggung jawab guru disiplin, guru
besar dan guru penolong kanan. Keadaan ini menyebabkan sebilangan besar guru-
guru mengambil sikap lepas tangan dan tidak menunjukkan komitmen bagi
menangani masalah disiplin yang dilakukan oleh murid-murid sama ada di sekolah
mahupun di luar sekolah. Murid-murid nakal yang suka melanggar disiplin lebih
berani dan bebas melakukan perbuatan yang melanggar peraturan dan undang-
undang kerana mereka tahu guru-guru tidak mempunyai kuasa yang boleh dikenakan
ke atas mereka. Malah, murid-murid ini berani mencabar kewibawaan guru yang
tidak disukai. Selain daripada itu keadaan pelajar yang sesak di dalam bilik darjah
yang kecil juga boleh mendatangkan masalah tekanan dan disiplin di kalangan
mereka (Case, 1985; Bailey, 1971; dan Reynolds, 1977). Begitu juga dengan sikap
guru yang mempunyai suara garang dan menggunkan kekerasan mengikut perasaan
dalam pengajaran harian. Bagi menyelesaikan masalah disiplin pelajar di sekolah,

18
Sosiologi Pendidikan Dalam PTV
Disiplin Pelajar Daripada Perspektif Teori Structural-Fungsional

setiap guru perlu menggunakan budi bicara yang luhur di samping tatacara disiplin
menyeluruh yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran.
Faktor media massa turut menyumbang ke arah gejala masalah disiplin ini.
Dewasa ini, media massa memainkan peranan yang sangat penting dalam
mempengaruhi masyarakat khususnya golongan remaja. Melalui teknologi yang
semakin canggih ini, golongan remaja mudah terdedah kepada banyak maklumat
termasuk bahan yang tidak sesuai yang boleh mendatangkan bahaya jika digunakan
tanpa panduan daripada golongan dewasa. Golongan pelajar lazimnya mudah meniru
dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling mereka. Paparan adegan-adegan negatif
dari filem barat yang banyak memaparkan adegan ganas menimbulkan perasaan
ingin tahu dan ingin cuba sendiri mengikut apa yang mereka tonton dari video cakera
padat dan sesetengah program televisyen. Selain daripada video cakera padat, bahan-
bahan pornografi juga mudah didapati melalui internet yang sukar dibuat tapisan
oleh pihak yang berwajib. Oleh itu, ibu bapa seharusnya membimbing dan memberi
tunjuk ajar supaya remaja ini mendapat panduan yang betul. Terdapat pelbagai unsur
negatif yang disalurkan melalui media massa terutamanya media elektronik seperti
filem ganas dan lucah yang tidak sesuai dengan agama, akhlak, budaya timur dan
wawasan negara. Laporan televisyen dan akhbar menunjukkan masalah disiplin
remaja berlaku selepas menonton filem berunsur ganas. Desakan keluarga dan kuasa
sivik membantu menghalang remaja daripada terlibat dengan aliran muzik rock yang
negatif dan kesan umum daripada rakaman video. Permainan video dan pengaruh
televisyen cukup sinonim dengan pelbagai masalah social yang berlaku di kalangan
remaja. Pengaruh muzik, khasnya lirik-lirik muzik rock sering menimbulkan
ketidakfahaman terutamanya pendengar golongan muda yang masih pada peringkat
konkrit dalam perkembangan kognitif mereka. Perkara ini perlu diberi tumpuan
kerana ia membawa kesan yang jelas iaitu menjejaskan kefahaman mereka
berkenaan suatu perkara. Pelajar memperuntukan masa purata lebih dari dua jam
sehari menonton rancangan itu. Kebanyakan mereka menonton bagi mendapatkan
maklumat yang releven dengan dunia sosial mereka, menghargai muzik, berseronok

19
Sosiologi Pendidikan Dalam PTV
Disiplin Pelajar Daripada Perspektif Teori Structural-Fungsional

atau berhibur semata-mata. Manakala filem-filem yang memaparkan sikap negatif


seperti salah laku, rogol, buli, serangan, pelacuran dan peras ugut dapat
mempengaruhi sikap remaja serta menonjolkan akhlak yang tidak baik dalam proses
pembelajaran. Kesannya akan meresap secara halus ke dalam diri mereka tanpa
disedari kerana remaja banyak belajar melalui pemerhatian.
Aspek kerajaan juga turut menyumbang ke arah masalah disiplin sekolah di
mana kelonggaran penguatkuasa undang-undang tertentu menyumbang sedikit faktor
masalah disiplin. Pihak yang hampir dan berkait rapat dengan disiplin pelajar ialah
Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran
Daerah. Isu menghukum pelajar bersabit kesalahan disiplin semakin menjadi rumit,
bila pihak keluarga pelajar mencampuri hal dalaman sekolah. Ibu bapa sanggup
menyaman pihak sekolah dan kerajaan kerana terlalu emosi dan sensitif anak-anak
mereka dihukum walaupun garis panduan telah termaktub. Kerajaan telah
mengambil langkah atau pendekatan yang terbaik untuk tidak memburukkan lagi
keadaan antara pihak keluarga pelajar dengan pihak sekolah. Hanya Penolong
Kanan, guru besar dan guru disiplin sahaja yang boleh merotan pelajar atau
menjatuhkan hukuman atas kesalahan disiplin. Guru-guru lain tidak dibenar
bertindak sendirian tanpa kebenaran dari pihak pentadbir. Punca kelonggaran
peraturan ini yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian maka guru tidak perlu
ambil berat dan pelajar tidak takut menghadapi masalah jika berdepan dengan guru
biasa ini.
Faktor rakan sebaya juga menyebabkan masalah disiplin di kalangan pelajar.
dan keciciran dalam pelajaran. Ahli sosiologi mengistilahkan rakan sebaya sebagai
kumpulan kanak-kanak ataupun kumpulan remaja yang mempunyai lingkungan
umur yang sama (Hazil Abdul Hamid: 1990; 89). Kumpulan rakan sebaya ini
mempunyai peranan dalam aktiviti sosial. Ia adalah agensi tidak formal yang
memberikan pengalaman yang tidak dapat diperoleh daripada keluarga dan juga di
sekolah. Bagi para pelajar, rakan sebaya adalah tempat mereka mencurahkan
masalah dan pengganti ibu bapa, terutamanya bagi golongan yang mempunyai

20
Sosiologi Pendidikan Dalam PTV
Disiplin Pelajar Daripada Perspektif Teori Structural-Fungsional

masalah di rumah. Dalam kawasan sekolah, murid-murid juga dipengaruhi oleh


rakan sebaya mereka. Sebagaimana yang telah dibuktikan oleh kajian, pengaruh
rakan sebaya merupakan sumber yang paling kuat dalam mengubah nilai dan sikap
seseorang apabila pengaruh keluarga berkurangan pada peringkat lewat kanak-
kanak. Kanak-kanak atau remaja yang berasal dari keluarga yang bermasalah mudah
dipengaruhi oleh rakan sebaya yang mungkin senasib dengannya dan membentuk
kumpulan tersendiri. Kumpulan ini mudah terpengaruh dengan anasir-anasir jahat.
Mereka akan membuat sesuatu yang di luar jangkaan untuk menarik perhatian orang
lain. Kemunculan golongan rendah moral dan tidak bertanggungjawab yang menaja
budaya hedonisme di kalangan remaja seperti Kumpulan Black Metal dan Trash
Metal sudah cukup memberi cabaran serta saingan kepada usaha dan tugas guru
untuk membimbing dan mendidik remaja sekolah ke arah pengalaman budaya
sihat. Akhir kata, pengaruh rakan sebaya akan mencorak sikap dan nilai tingkah laku
pelajar terutamanya pelajar yang berasal daripada keluarga yang bermasalah Disini
jelas apabila seseorang pelajar itu berinteraksi dengan rrakannya, mereka lebih
gemar memilih rakan yang rapat, mempunyai asas pengetahuan dan pemikiran yang
setaraf dengan mereka, seperti mana yang diistilahkan oleh ahli psikologi Pieget
sebagai equal footing (Ismail Zain: 1997). Melalui rakan sebaya juga mereka
lebih berani bertindak kerana kumpulan mereka terdiri lebih daripada dua orang.
Tan Toh Wah (1995) menjalankan kajian di mana pengaruh rakan sebaya memang
kuat memberi kesan pada pembentukan peribadi pelajar. Kajian pendekatan yang
dilakukan olehnya memberi peluang pada kumpulan remaja dan orang muda yang
didapati bersiar-siar di pusat membeli belah, menyuarakan pandangan mereka itu
berseronok dangan kawan, bersantai dan bermain bersama rakan sebaya yang lain.
Keadaan ini turut disokong oleh hasil kajian Samsuddin dan rakan-rakan (1994).

21
Sosiologi Pendidikan Dalam PTV
Disiplin Pelajar Daripada Perspektif Teori Structural-Fungsional

2.3 Langkah-Langkah Mengatasi Masalah Disiplin Di Sekolah

Masalah disiplin di kalangan pelajar secara umumnya dan gejala-gejala seperti


merokok, gengterism dan buli khususnya adalah masalah nasional yang semakin
kronik dalam dunia pendidikan masa kini. Oleh itu, pelbagai langkah mengatasi
sedang dan akan dilaksanakan di organisasi ini supaya hasrat dan wawasan PIPP
untuk melahirkan modal insan untuk memacu pembangunan negara dimasa hadapan
akan terlaksana dengan jayanya.
Pelan tindakan yang telah dan akan diambil dibahagikan kepada dua fasa
iaitu Pelan Tindakan Jangka Panjang dan Pelan Tindakan Semasa. Kedua-dua pelan
ini mengandungi unsur hukuman dan ganjaran, mengikut prosedur dan syarat yang
terkandung dalam Surat-surat Pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia. Kawalan
disiplin ini melibatkan tiga aspek tindakan (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/1998:
Penggunaan Budi Bicara Ketika Mengambil Tindakan, 2 Sept. 1998), iaitu:
penyediaan asas-asas kawalan tatatertib terutamanya penentuan kesalahan tatatertib;
pelaksanaan proses tatatertib, dan mengenakan hukuman tatatertib.

2.3.1. Pengukuhan Interaksi Guru dan Pelajar di Bilik Darjah

Menggalakkan semua guru menggabungjalinkan permasalah dan gejala disiplin


dalam pengajaran dan pembelajaran mereka di bilik darjah. Langkah ini penting
kerana tidak semua guru melihat gejala-gejala diatas secara serius. Pelajar pula tidak
memahami situasi yang menimpa mereka secara langsung, umpamanya tidak semua
pelajar tahu bahawa mereka sedang di buli. Pandangan yang dilontarkan oleh Izzy
Kalman, seorang ahli psikologi dan psikoterapis sekolah di New York, Amerika,
mungkin boleh mengukuhkan pelan tindakan ini. Beliau menyatakan Guru-guru
sepatutnya mengajar murid-murid belajar bagaimana cara terbaik untuk tidak
memberi peluang kepada pembuli menyakiti kita sama ada secara fizikal, mental

22
Sosiologi Pendidikan Dalam PTV
Disiplin Pelajar Daripada Perspektif Teori Structural-Fungsional

atau emosi. Murid-murid perlu diajar bagaimana untuk melayan pembuli sebagai
kawan supaya mereka benar-benar menjadi kawan dan tidak lagi membuli
( Pendidik, 2006; 60)
Guru-guru digalakkan menggunakan pelbagai media yang berkaitan dengan
gejala-gejala ini seperti poster-poster yang berkaitan buli dan gengsterism, risalah-
risalah kandungan rokok, video yang berkaitan rokok dan dadah, memperdengarkan
lagu-lagu kempen anti buli, anti dadah dan sebagainya. Penggunaan bahan
multimedia seumpama ini dalam pengajaran pembelajaran secara berterusan akan
memberi kefahaman dan keinsafan kepada pelajar. Gootman, M.E bersetuju bahawa
disiplin yang berkesan perlu dilaksanakan bersama-sama dengan pengajaran yang
berkesan. (Abdullah Sani, 2006; 105)

2.3.2. Memperkasakan Penerapan Agama dan Moral

Pengukuhan dan penghayatan agama Islam di kalangan pelajar adalah strategi yang
paling berkesan. Islam sebagai agama yang syumul mempunyai nilai-nilai sejagat
dapat diterima oleh semua penganut agama lain. Strategi ini bertepatan dengan
wawasan YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mahu pembangunan
negara masa kini terarah dengan konsep Islam Hadari.
Kebanyakan pelajar yang terjebak dengan salah laku disiplin tidak melaksanakan
tuntutan agama dengan sempurna seperti tidak solat, tidak memahami hukum hal dan
haram dalam Islam (kebaikan dan keburukan), tidak menghayati tuntutan syahadah
dan sebagainya, Oleh itu sudah tiba masanya kita membentuk insan pelajar yang
mempunyai kekuatan jiwa, dan mengikut akhlak yang disarankan Rasulullah S.A.W.
Pembentukan akhlak mulia penting kerana akhlak terbentuk dalam jiwa dan
dimanifestasikan melalui perbuatan. Jika akhlak baik, perbuatan juga akan baik, dan
sebaliknya. Strategi ini pernah dilaksanakan oleh Iman Al-Ghazali, yang berpendapat
bahawa akhlak seseorang bersifat fleksibel dan boleh diasuh menjadi mulia melalui
latihan dan pendidikan yang sesuai. (Mohd Nasir, 2005; 158)

23
Sosiologi Pendidikan Dalam PTV
Disiplin Pelajar Daripada Perspektif Teori Structural-Fungsional

Antara program-prgram yang telah dan sedang dilaksanakan seperti


Qiamullail, di laksanakan setiap enam bulan. Majlis Bacaan Yasin Perdana dijadikan
program tahunan sekolah. Sambutan Maulidul Rasul pula disambut setiap tahun.
Para pelajr diajar dan berselawat selama 10 minit dalam majlis perhimpunan rasmi
setiap bulan. Program Penghayatan Al-Quran dijadikan program tahunan oleh Panitia
Agama Islam. Program Lima Minit Bersama Ustaz, dimana guru-guru agama secara
bergilir, dalam perhimpunan rasmi sekolah memberikan ucapan yang berkaitan
dengan tema tertentu dan berkaitan dengan kehidupan sosial di kalangan pelajar.

2.3.3. Penggunaan Sistem Merit Demerit

Sistem Pengurusan Disiplin (SPD) atau Sistem Merit Demerit berkait rapat dengan
Sistem Maklumat Murid Berkomputer (SMM). SMM bertujuan untuk merekod
kesalahan (demerit) dan sumbangan (merit) murid. Setiap pelanggaran disiplin ada
markahnya begitu juga dengan sumbangan. Semua pengiraan markah dan analisis
dilakukan oleh computer. Strategi Perlaksanaan sistem ini ialah:

2.3.3.1 Setiap pelajar akan diberi 100 markah / poin sebagai


permulaan pada awal tahun.
2.3.3.2. Setiap guru berhak menolak atau menambahkan poin merit
pelajar mengikutwajaran yang sesuai tetapi tindakan tersebut
haruslah dimaklumkan kepada pelajar berkenaan.
2.3.3.3 Pelajar boleh berjumpa dengan mana-mana guru untuk
melakukan kerja-kerja amal dan poin merit boleh diberi oleh
guru tersebut ( maksimum 5 poin ). Pelajar tidak berhak
meminta poin atas kerja amal yang dilakukan.

24
Sosiologi Pendidikan Dalam PTV
Disiplin Pelajar Daripada Perspektif Teori Structural-Fungsional

2.3.3.4 Kerja-kerja amal boleh dilakukan oleh pelajar pada hari Sabtu
atau hari-hari lain di luar waktu pengajaran dan pembelajaran
dengan seliaan guru.
2.3.3.5 Slip SMD boleh diperolehi daripada guru disiplin atau di
kotak SMD dalam bilik guru.
2.3.3.6 Slip yang telah diisi dan ditandatangani oleh guru berkenaan
mesti dimasukkan ke dalam peti/kotak mengikut tingkatan
yang diletak di bilik guru pada hujung minggu persekolahan
atau selewat-lewatnya pada setiap hujung bulan.
2.3.3.7. Bagi kes-kes disiplin yang poin SMD melebihi -10, perlu
dikenakan tindakan disiplin oleh guru disiplin.Guru perlu
mengisi slip SMD dan menyerahkannya kepada guru disiplin
untuk tindakan selanjutnya. Guru disiplin akan melengkapkan
slip dengan menulis poin yang wajar ditolak dan dimasukkan
ke dalam kotak SMD.
2.3.3.8. Penyelaras tingkatan akan mengumpulkan borang tersebut dan
mengasingkannya mengikut kelas dan menyerahkan slip
tersebut kepada Setiausaha SMD.
2.3.3.9 Setiausaha SMD akan memasukkan poin pelajar ke dalam
komputer.
2.3.3.10 Dua salinan senarai nama mengikut kelas dan poin SMD yang
terkini akan diberikan kepada Penyelaras tingkatan ( salinan
kepada penyelaras tingkatan dan guru tingkatan ).
2.3.3.11. Satu salinan poin terkini akan dipamerkan di papan kenyataan
pada 5hb setiap bulan supaya pelajar tahu akan kedudukan /
poin terkini masing-masing.

25
Sosiologi Pendidikan Dalam PTV
Disiplin Pelajar Daripada Perspektif Teori Structural-Fungsional

Keberkesanan sistem ini jelas terbukti dengan penurunan kes disiplin yang begitu
mendadak, walaupun baru setahun sistem ini dilaksanakan. Terdapat juga beberapa
organisasi lain yang telah berjaya melaksanakan sisiten seumpama ini.

2.3.4. Motivasi

Selain memberi kesedaran dan didikan di bilik darjah, pendidikan luaran melalui
kempen, ceramah, dan ceramah motivasi juga perlu dilaksanakan untuk memberikan
pengukuhan kepada pelajar. Dalam konteks ini, penglibatan masyarakat dan
organisasi luar juga penting untuk bertindak secara kolektif bagi menangani gejala
yang sering berlaku di sekolah.
Antara organisasi-organisasi yang boleh membantu pihak sekolah dalam menangani
gejala disiplin ialah Polis DiRaja Malaysia, Kementerian Kesihatan, Agensi Dadah
Kebangsaan, Persatuan Bekas-bekas Penagih Malaysia (PENGASIH), dan Jabatan
Penjara.
Dalam program Minggu Anti Dadah peringkat sekolah, yang dilaksanakan
setiap tahun memfokuskan tentang tabiat dan bahaya merokok terhadap remaja.
Melalui program ini, pelajar dapat menjalani kehidupan sebagai insan yang lebih
sempurna dengan mengamalkan cara hidup yang positif dan bersih tanpa rokok /
dadah. Dengan adanya pendedahan ini, pelajar dapat meningkatkan kualiti hidup
mereka bagi menjamin kesejahteraan hidup dan masa depan negara dimasa akan
datang.

Ceramah disampaikan oleh doktor atau pegawai kesihatan yang bertauliah.


Penekanan ceramah ialah tentang bahaya merokok terhadap minda dan kesihatan,
kandungan bahan kimia yang terdapat di dalam rokok, dan panduan mengelak
daripada terjebak dengan gejala merokok. Turut dibantu oleh Agensi Anti Dadah
Kebangsaan (ADK) dengan mengadakan pameran dan ujian saringan urin (urine
test).

26
Sosiologi Pendidikan Dalam PTV
Disiplin Pelajar Daripada Perspektif Teori Structural-Fungsional

Klinik Berhenti Merokok juga dilancarkan bagi membantu pelajar yang


telah terjebak dengan penagihan rokok untuk kembali tidak merokok. Melalui
klinik ini, para pelajar yang secara sukarela mengaku merokok dibimbing dan
diberi motivasi untuk melawan tabiat merokok. Bimbingan ini diberikan secara
berterusan dan secara rahsia.
Ceramah oleh pihak polis, sedikit sebanyak membantu mengurangkan gejala
gengsterism. Menjadikan organisasi ini sebagai Anak Angkat kepada Balai Polis
terdekat, memperkukuhkan hubungan antara warga organisasi dengan pihak penguat
kuasa.
Ceramah ini diadakan dua kali setahun, iaitu pada bulan Februari dan bulan
September. Ceramah berfokus ini memberikan penekanan terhadap satu-satu aspek
sahaja. Contohnya, ceramah pertama bulan Februari memberikan penekanan kepada
gejala samseng (Gengsterism) kerana terdapat pelajar baru (Tingkatan Satu),
sementara ceramah kedua pada bulan September berkaitan dengan penyalahgunaan,
dan pengedaran dadah.

2.3.5. Bimbingan dan Kaunseling

Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah, khususnya kaunselor harus berperanan


aktif dalam membantu pihak pengurusan sekolah untuk menangani masalah disiplin.
Sebagai pembimbing profesional, mereka mempunyai tugas membimbing pelajar
bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah, tetapi juga membentuk iklim sekolah
yang tidak bermasalah. Perlaksanaan Program Pembimbing Rakan Sebaya, dibawah
kawal selia kaunselor bertujuan untuk menggalakkan rakan sebaya membantu teman
mereka yang bermasalah. Orang yang paling dekat dengan remaja/ pelajar selain dari
ibu bapa ialah remaja itu sendiri. Kaunseling rakan sebaya ini dilaksanakan pelajar
itu sendiri, dengan penglibatan minimum kaunselor, supaya mereka bebas
berbincang, menyatakan masalah dan mencari penyelesaian. Paling penting,

27
Sosiologi Pendidikan Dalam PTV
Disiplin Pelajar Daripada Perspektif Teori Structural-Fungsional

pembimbing itu sendiri berupaya mempengaruhi rakan sebayanya supaya tidak


terjerumus dengan masalah disiplin ini.

2.3.6. Pemuafakatan Komuniti

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Briged Komuniti (Ahli jawatankuasanya
terdiri daripada ketua-ketua jabatan dan organisasi berdekatan seperti Ketua Polis
Balai, Pengarah Pusat Kesihatan, Penolong Pegawai Daerah, Imam, dan Ahli
Jawatankuasa Kemajuan Kampong) turut serta secara aktif membantu menangani
masalah disiplin pelajar. Mereka turut mempengaruhi komuniti sekitar agar dapat
membantu pihak sekolah untuk memberikan maklumat tentang pelajar yang merokok
di luar kawasan sekolah untuk diambil tindakan disiplin. Selain daripada itu, mereka
juga boleh memberikan nasihat kepada pelajar yang berkenaan agar menjauhi gejala-
gejala negetif tersebut. Mereka juga diminta membantu pihak sekolah untuk
menasihati pekedai-pekedai runcit yang berdekatan dengan sekolah agar tidak
menjual rokok kepada pelajar yang berpakaian sekolah. Sebagai waris, ibu bapa juga
harus berperanan untuk mengawasi anak-anak di luar, khususnya semasa mereka
masih berpakaian sekolah, demi menjaga imej sekolah. Perkongsian pintar ini boleh
membantu pihak sekolah menyelesaikan banyak masalah disiplin.

2.3.7. Pameran Poster dan Papan Tanda

Mempamer poster dan papan tanda yang berkaitan, contohnya Kawasan Larangan
Merokok, Anti Buli, Dadah Membunuh Merokok Membahayakan Kesihatan,
Jangan Musnahkan Hidup Anda Dengan Merokok dan lain-lain. Penggunaan
unsur-unsur perlambangan seumpama ini akan memberikan peringatan kepada

28
Sosiologi Pendidikan Dalam PTV
Disiplin Pelajar Daripada Perspektif Teori Structural-Fungsional

seluruh warga organisasi supaya lebih berhati-hati serta menyemai perasaan


masalah bersama.

2.3.8 Hukuman dan Dendaan

Alternatif terakhir diambil terhadap pelajar-pelajar yang melanggar peraturan disiplin


ialah berbentuk hukuman dan dendaan mengikut prosedur yang telah ditetapkan
dalam Ordinan Pelajaran, 1957, Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin) 1959 dan
dalam pekeliling-pekeliling ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagi mengelak
berlakunya sebarang penyelewengan dan kecuaian, warga pendidik sentiasa
diingatkan supaya meletakkan peraturan dan undang-undang pendidikan yang telah
ditetapkan sebagai asas pertimbangan sebelum mengambil sesuatu tindakan,
khususnya yang berkaitan dengan disiplin pelajar. Ini penting bagi mengelakkan
berlakunya sebarang pertelingkahan dengan ibu bapa yang boleh menyebabkan
seseorang guru boleh diseret ke mahkamah yang boleh menyebabkan dijatuhkan
hukuman di bawah kanun keseksaan. Antara kanun keseksaan yang mengikat guru
ialah Seksyen 320 (Cedera parah), Seksyen 323 (Seksaan kerana sengaja
menyebabkan cedera), Seksyen 324 ( Dengan segaja menyebabkan cedera dengan
jalan menggunakan senjata atau lain-lain benda yang merbahaya) Seksyen 325
(Seksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah), dan Seksyen 326
( Dengan sengaja menyebabkan cedera parah dengan jalan menggunakan senjata
atau lain-lain benda yang merbahaya). (Mohd Ismail Othman, 2006;83)

Antara Pekeliling Ikhtisas yang diguna pakai, yang berkaitan dengan masalah di atas
ialah :-

2.3.8.1. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6A/1975, Displin Murid-murid


Menghisap Rokok.

29
Sosiologi Pendidikan Dalam PTV
Disiplin Pelajar Daripada Perspektif Teori Structural-Fungsional

2.3.8.2. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1993, Lapor Kepada Polis


Salah Laku yang Berbentuk Jenayah.
2.3.8.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1995, Tatacara Mengenakan
Tindakan dan Hukuman terhadap Pelajar-pelajar Sekolah.
2.3.8.4. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1996, Perlaksanaan Kuasa
Disiplin dan Hukuman di Sekolah.
2.3.8.5. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1997, Hukuman ke atas Murid
Menghisap Rokok.
2.3.8.6. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1997, Sekolah sebagai
Kawasan Larangan Merokok.
2.3.8.7. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 16/1998, Menangani Kegiatan
Gengster di Sekolah.
2.3.8.8. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/1998, Penggunaan Budi
Bicara ketika Mengambil Tindakan.
2.3.8.9. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/2000, Menangani masalah
Keselamatan, Dadah dan Gengster.

2.3.9. Sekolah Penyayang

Selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia dan Resolusi Seminar


Disiplin Pelajar Kebangsaan yang diusulkan dalam Seminar PIBG Peringkat
Kebangsaan ke-5 diadakan di Melaka, organisasi ini juga mewujudkan program
Sekolah Penyayang.
Dalam konsep sekolah penyayang, elemen-elemen berunsur memujuk dan
kasih sayang diberikan keutamaan. Ini bermakna, dalam segala tindakan yang bakal
diambil, hendaklah mengambil kira peranan guru sebagai ibu bapa kedua dan
peranan pelajar sebagai anak.
Pelajar yang menunjukkan disiplin yang baik diberikan penghargaan dan dijulang
melalui hadiah-hadiah penghargaan yang disampaikan semasa perhimpunan rasmi

30
Sosiologi Pendidikan Dalam PTV
Disiplin Pelajar Daripada Perspektif Teori Structural-Fungsional

dan kemuncaknya dalam Hari Cemerlang Dijulang. Sementara pelajar-pelajar yang


bermasalah, khususnya disiplin, diberikan bimbingan melalui sistem mentor-mentee,
iaitu program Pelajarku Anakku.

2.3.10. Aktiviti Kokurikulum

Penglibatan wajib semua pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum dijalankan


sepanjang tahun, melalui kaedah Rumah Sekolah. Semua kegiatan, termasuk
kegiatan akademik dilaksanakan mengikut rumah sekolah masing-masing dan
pencapaian rumah sekolah ini dipamerkan di Papan Skor, dalam bentuk poin /
markah. Berkaitan dengan sistem merit demerit, setiap kesalahan pelajar diberikan
demerit untuk rumah sekolah masing-masing. Dengan ini, semua warga sekolah akan
berusaha menjaga disiplin ahli-ahli rumah masing-masing.

Penglibatan dalam aktiviti kokurikulum sepanjang tahun ini juga dapat


mengurangkan masa terluang pelajar di luar rumah. Secara tidak langsung telah
menyahut cabaran YB Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang
mahu kegiatan kokurikulum diberi perhatian di semua sekolah.

2.4 Disiplin pelajar daripada perspektif Teori Structural Fungsional

2.4.1. Definisi Dan Konsep

Analisis isu berdasarkan perspektif Teori Struktural-Fungsional Teori ini mengkaji


fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan-kegiatan yang menyumbang
kepada penerusan masyarakat. Masyarakat selalu dianggap seperti tubuh badan

31
Sosiologi Pendidikan Dalam PTV
Disiplin Pelajar Daripada Perspektif Teori Structural-Fungsional

manusia yang mempunyai bahagian-bahagian dengan fungsi-fungsi yang tersendiri.


Teori fungsionalisme memberi huraian mengenai organisasi sosial dan menerangkan
bagaimana sesuatu organisasi dikekalkan. Masyarakat telah diibaratkan sama seperti
organisma yang mempunyai bahagian-bahagian dan setiap bahagian masyarakat
dikenali sebagai struktur. Seterusnya kajian dilakukan untuk melihat bagaimana
struktur masyarakat berfungsi. Menurut teori ini, struktur-struktur sosial akan
menentukan kelancaran perjalanan atau keharmonian masyarakat. Brinkerhoff dan
White (1989: 9) telah merumuskan tiga andaian utama ahli-ahli fungsionalisme iaitu
stabiliti, harmoni dan evolusi. Stabiliti merupakan kriteria penilaian utama untuk
menentukan sejauh mana sesebuah masyarakat dapat dikekalkan. Harmoni
menunjukkan bagaimana semua bahagian atau struktur-struktur dalam
masyarakat bekerjasama untuk mencapai tujuannya. Evolusi pula menggambarkan
perubahan-perubahanyang berlaku kepada masyarakat melalui proses adaptasi
struktur sosial kepada pembaruan. Maka, tidak dapat dinafikan lagi bahawa ibu bapa,
pihak sekolah, rakan sebaya dan media massasaling berperanan dalam mengatasi
masalah jenayah yang wujud di kalangan remaja. Teori ini mengkaji fungsi
perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan-kegiatan yangmenyumbang kepada
penerusan masyarakat. Masyarakat sebagai tubuh badan manusia yangmempunyai
bahagian dan fungsinya yang tersendiri. Ianya boleh dihuraikan sebagai suatu
organisasi sosial dan bagaimana organisasi itu dikekalkan.Kajian dilakukan
untuk meninjau sejauh mana struktur masyarakat berfungsi. Struktur social akan
menentukan kelancaran perjalanan atau keharmonian masyarakat. Brinkerhoff dan
White (1989:9) merumuskan tiga andaian utama ahli-ahli fungsionalisme iaitu
stabiliti, harmoni danevolusi. Stabiliti menentukan setakat mana sesuatu
masyarakat itu dapat dipertahankan. Harmoni pula merujuk kepada semangat
kerjasama dalam masyarakat untuk mencapai sesuatu matlamat.Evolusi pula
digambarkan bagaimana perubahan berlaku terhadap masyarakat akibat
dari pembaharuan. Sebagai rumusannya, teori ini menekankan kepentingan
persefahaman anggota masyarakat demi keharmonian dan kestabilan masyarakat

32
Sosiologi Pendidikan Dalam PTV
Disiplin Pelajar Daripada Perspektif Teori Structural-Fungsional

berkenaan. Merton (1957) telah membezakan antara apa yang dikenali sebagai fungsi
ketara dan fungsi tersembunyi. Fungsi ketara adalah sesuatu yang diketahui dan
dikehendaki dalam aktivitisosial tertentu . Fungsi tersembunyi pula merupakan
sesuatu yang tidak disedari atau tidak dijangkakan. Sekiranya sesuatu hasil struktur
adalah merupakan apa yang dikehendaki dan diiktiraf dalam sistem, ia telah
menjalankan fungsi ketara. Sebaliknya sekiranya hasilan adalah sesuatu yang tidak
dikehendaki dan tidak diiktiraf maka ia dikenali sebagai fungsi tersembunyi.Merton
juga membuat perbezaan antara fungsi dan disfungsi. Fungsi bermaksud struktur
social sesuatu masyarakat telah mengalami kesan positif hasil daripada kefungsian
sistem. Disfungsi pula bermakna kesan negatif yang dialami oleh masyarakat akibat
daripada sistem yang tidak berfungsi. Struktur yang dianggap berfungsi adalah yang
mengekalkan apa yang sedia ada dan diharapkan dalam masyarakat manakala yang
tidak mengikut kehendak masyarakat dianggap tidak berfungsi. Teori fungsionalisme
menyatakan bahawa masyarakat, pihak sekolah dan media massa.
Teori ini mengkaji fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan-
kegiatan yang menyumbang kepada penerusan masyarakat. Ahli-ahli fungsionalisme
sering mengatakan bahawa setiap bahagian masyarakat mempunyai tujuan-tujuan
dan keperluan-keperluan tersendiri.
Teori ini juga menekankan kepentingan persefahaman anggota-anggota
masyarakat untuk mencapai keharmonian dan kestabilan masyarakat. Menurut teori
fungsionalisme, ibu bapa, pihak sekolah, rakan sebaya dan media massa saling
berperanan dalam mengatasi masalah disiplin.

33
Sosiologi Pendidikan Dalam PTV
Disiplin Pelajar Daripada Perspektif Teori Structural-Fungsional

2.4.2. Konsep sosiologi:

2.4.2.1. Pendidikan dan Modenisasi:

Antara faktor penting yang menyumbang kepada masalah disiplin adalah


disebabkan proses modenisasi iaitu masyarakat telah mengalami perubahan-
perubahan yang tidak disertakan dengan perubahan dalam sistem persekolahan.
Salah satu alasan utama yang menjurus kepada masalah jenayah di kalangan remaja
adalah disebabkan oleh proses modenisasi. Dalam dunia yang serba moden ini,
masyarakat yang inginkan kemewahan menjadi semakin individualistik dan
materialistik. Masyarakat moden tidak lagi menerima suratan takdir. Mereka
mempercayai bahawa usaha mereka boleh membawa kebaikan. Jika dibanding
dengan masyarakat tradisional, masyarakat industri moden mempunyai cita-cita
tinggi. Mereka mahukan prestij, gaji tinggi dan barang-barang materialistik.
Masyarakat moden tidak lagi menganggap saudara-mara mereka, jiran atau orang
sekampung sebagai kelompok rujukan. Mereka mempunyai hubungan yang luas
diluar batasan sosial dan fizikal. Terdapat beberapa adat resam tradisional yang
sudah tidak diamalkan lagi dalam masyarakat moden. Masyarakat moden lebih
senang menerima pembaharuan dan memandang kepada masa depan. Keadaan ini
telah menyebabkan remaja kini terbiar dan tidak mendapat perhatian daripada ibu
bapa yang sibuk dengan kerja masing-masing. Dengan ini, remaja akan membantah
dengan cara tersendiri untuk mendapatkan perhatian. Ini akan menjadi satu
penggalak kepada masalah jenayah. Terdapat perubahan dalam nilai dalam norma-
norma dalam kehidupan kita disebabkan oleh proses-proses modenisasi,
perbandaran dan birokrasi. Taraf pendidikan ibubapa juga telah meningkat.
Kebanyakan ibu bapa keluar bekerja sama ada sebagai pekerja profesional,
sokongan atau buruh biasa. Keluarga yang kedua ibubapa mereka keluar bekerja
mempunyai kurang waktu untuk keluarga seperti laporan Harian Metro pada 30
November 1998 , melaporkan bahawa menurut Datuk Paduka Zaleha Ismail, kanak-

34
Sosiologi Pendidikan Dalam PTV
Disiplin Pelajar Daripada Perspektif Teori Structural-Fungsional

kanak dari keluarga nuklear kurang berkesempatan berinteraksi dengan keluarga


menyebabkan gejala sosial mudah mempengaruhi mereka. Sekali lagi, Harian Metro
bertarikh 1 Februari 1999 melaporkan Zaleha Ismail berkata bahawa gejala sosial
yang semakin menular berpunca dari keruntuhan institusi keluarga dan kurangnya
kasih-sayang dari keluarga.
Remaja yang terbiar dan ketandusan kasih sayang akan mencari rakan
sebaya untuk memenuhi kekurangan ini. Mereka berkumpul dan mencari hiburan di
pusat-pusat membeli belah, pusat hiburan dan paling malang apabila mereka
membentuk kumpulan untuk melakukan jenayah. Infrastruktur, perkhidmatan awam
dan sistem komunikasi yang berkesan dan maju telah disalahgunakan oleh remaja
kita.

2.4.2.2. Pendidikan dan Reproduksi Kelas sosial:

Terdapat banyak kajian tentang hubungan di antara latar belakang keluarga yang
tidak stabil dengan kerosakan akhlak di kalangan anak-anak muda. Pelajar-pelajar
yang datang dari keluarga bermasalah dengan taraf sosio ekonomi yang rendah
adalah antara faktor utama pelajar terjebak dalam kancah masalah disiplinatau lebih
teruk lagi iaitu jenayah. Di rumah, kekeluargaan dan penerimaan (acceptance) tidak
wujud bagi sebilangan pelajar. Selain itu, bilangan ibu bapa dan penjaga yang
bekerja di luar rumah, semakin meningkat menyebabkan pelajar berasa terbiar dan
tidak mendapat perhatian yang sewajarnya. Dapatan yang dinyatakan ini bertepatan
dengan hujah-hujah dan dapatan kajian Athur & Ericson (1992); Kosterman (1996);
yang jelas menunjukkan faktor keluarga merupakan alasan utama menyebabkan
masalah disiplin. Keadaan ini akan menjadi semakin teruk jika masalah ini tidak
ditangani.
Seperti yang disebutkan oleh Datuk Paduka Zaleha Ismail " kurangnya
masa berinteraksi " dan " kurangnya kasih sayang ". Ataupun apa-apa

35
Sosiologi Pendidikan Dalam PTV
Disiplin Pelajar Daripada Perspektif Teori Structural-Fungsional

kekurangan lain yang seumpama dengannya. Pope, C.E. dalam artikelnya yang
bertajuk "The Family, Delinquency and Crime" menyebut, " perceraian, keluarga
induk, cara mendisiplin yang tidak sesuai, kurang pengawasan, kurangnya ikatan
positif dengan ibubapa, saiz keluarga yang besar dan seumpamanya telah
dikenalpasti berpotensi untuk mempunyai perkaitan dengan tingkahlaku yang tidak
sesuai."
Terdapat banyak kajian tentang hubungan antara latar belakang keluarga
yang tidak stabil dengan kerosakan akhlak di kalangan kanak-kanak sekolah dan
remaja. Pelajar yang datang dari keluarga bermasalah dengan taraf ekonomi yang
rendah antara faktor utama pelajar terjebak dalam masalah disiplin. Untuk
mengatasi masalah kewangan yang kian meruncing , bilangan ibu bapa yang keluar
bekerja meningkat yang mana faktor ini telah menyumbang kepada kurangnya masa
untuk beriteraksi dan kurangnya perhatian dan kasih sayang kepada anak-anak.

2.4.2.3 Pendidikan dan Kawalan Sosial

Peranan sekolah sebagai agen perubahan sosial samada secara formal ataupun
informal sangat nyata. Kurikulum sekolah Malaysia yang disesuaikan dengan
masyarakat makro telah mengambil kira peranan sekolah sebagai agen kawalan
sosial. Para pelajar telah didedahkan dengan perlakuan-perlakuan patut dan tidak
patut melalui penerapan nilai-nilai murni dalam setiap mata pelajaran.
Selain itu para pelajar secara mikronya tertakluk kepada peraturan-peraturan
atau disiplin yang telah ditentukan oleh pihak sekolah. Guru-guru akan memastikan
pelajar-pelajarnya mematuhi peraturan. Pujian akan diberikan kepada yang
mematuhi peraturan dan sebaliknya, teguran dan hukuman seperti di rotan,
digantung atau dibuang sekolah akan diberikan kepada pelajar-pelajar yang
melanggar peraturan.

36
Sosiologi Pendidikan Dalam PTV
Disiplin Pelajar Daripada Perspektif Teori Structural-Fungsional

Tidak semua pelajar dapat menerima hukuman secara positif, sebaliknya


mencetuskan konflik yang kompleks dalam jiwa mereka. Justeru itu pihak sekolah
khasnya guru-guru perlu lebig perihatin terhadap golongan pelajar seperti ini.
Keintiman guru dengan pelajar dan kesediaan guru mendengar masalah pelajar
sedikit sebanyak dapat membendung masalah disiplin dan salah laku dikalangan
pelajar sekolah. Jika pihak sekolah kurang peka terhadap ini semua berlakulah
pelbagai masalah sosial termasuk berani membunuh.

2.4.2.3. Tokoh Teori Fungsional

Herbet Spencer dan Emile Durkheim merupakan tokoh yang mempunyai persamaan
dari segi pengaruh dan teoritikal tetapi mempunyai penerangan dan analisis yang
berbeza.Pengaruh yang sama boleh dilihat melalui inspirasi daripada Comte
berkenaan organisme yang menghubungkan hidupan dan organ biologi manusia
kepada manusia sebagai fungsi yang tidak boleh dipisahkan, kehidupan yang abadi.
Keduanya mempunyai pengaruh daripada Comte sebagai memanjangkan analisis
mereka mengenai fakta sosial hari ini.
Herbert hidup selepas Comte iaitu 1820-1903. Manakala Durkheim pula pada
abad yang sama iaitu 1858-1917 berpengaruh terhadap analisis Comte dan ahli Sains
yang lain seperti Darwin sangat kuat. Kekuatan tersebut dilihat sebagai satu
kesimpulan kepada aliran pemikiran yang diwarisi oleh kedua-dua tokoh tersebut
tetapi Herbert Spencer adalah pioneer kepada teori evolusi yang dipengaruhi oleh
Darwin.
Kehidupan adalah umpama satu organisasi yang biasanya menjadi satu
empirik dan menarik untuk dikaji, yang mengatur dan menjadikan dunia sebagai satu
lakonan untuk manusia mestilah suatu yang telah lama menjadi aturannya. Semua
manusia tidak boleh tidak mempedulikan apa yang dimaksudkan dengan kuasa
supernatural atau metafizikal proses di dalam akal fikiran.Walaupun kedua tokoh

37
Sosiologi Pendidikan Dalam PTV
Disiplin Pelajar Daripada Perspektif Teori Structural-Fungsional

tidak membincangkannya melalui perspektif agama terutama Durkheim yang


mengelak daripada membincangkan fungsional dalam The Devison of Labour
dengan agama kerana beliau beranggapan bahawa "jika kita mengaplikasikannya
mungkin terdapat beberapa akibat pada masa hadapan yang akan berlaku".
Sehubungan dengan itu, Spencer hanya melihat fungsi masyarakat melalui
kedinamikannya yang mana beliau berhujah masyarakat yang kompleks akan
bertambah kompleks dan berbeza dari fungsinya kerana keperluan yang terbina
dalam struktur masyarakat. Beliau menggariskan empat kelas keperluan yang boleh
diwakili oleh tiga label iaitu keperluan kepada operasi yang bermaksud keperluan
untuk pengeluaran dan pengeluaran semula, keperluan kepada undang-undang untuk
mengawal populasi menggunakan kuasa dan symbol dan keperluan kepada
pengagihan atau perpindahan masyarakat,maklumat dan sumber masyarakat.
Kesemua keperluan terbabit adalah sebagai keperluan kepada masyarakat
yang semakin berkembang untuk mencapai masyarakat yang kompleks seperti hari
ini. Analisis Herbert ini adalah berdasarkan kepada masalah yang organik yang
berada di dalam tubuh badan manusia itu sendiri. Herbert mangatakan"organ
manusia dan organ haiwan mempunyai penyusunan dalaman yang agak sama.
Berbeza daripada satu sama lain sebagai sistem penghadaman daripada makhluk
hidup lakukan dalam kehidupan seharian yang mempunyai beberapa cara yang
umum. Setiap alat penghadaman mempunyai tugas tertentu untuk melengkapkkan
anggotanya nutrient di dalam badan manusia atau haiwan, mereka akan melakukan
kesemua keperluan seperti di atas sebagai menunjukkan kefungsiannya di antara satu
sama lain".
Sementara itu,analisis Durkheim mengenai teori fungsional tertumpu
kepada 4 andaian asas yang dikemukan di dalam hasil kerjanya iaitu "The Division
Of Labour" iaitu masyarakat mestilah digambarkan dalam keadaannya sendiri iaitu
boleh dibezakan dan tidak boleh dikurangkan bahagiannya terhadap apa yang
diaturkan, Durkheim pula melihat setiap sistem mesti dipenuhi dari segi fungsi
asasnya, keperluan secara keseluruhan, kekerapan penggunaan fahaman "keperluan

38
Sosiologi Pendidikan Dalam PTV
Disiplin Pelajar Daripada Perspektif Teori Structural-Fungsional

fungsi" adalah disokong oleh konsepsi Durkheim terhadap sistem sosial sebagai
"normal" dan "phatologikal" dan apabila kita menggambarkan sistem sebagai normal
dan patologikal - berfungsi- implikasi tambahan adalah sistem tersebut mempunyai
persamaan yang mana fungsi yang normal berlaku.
Durkheim cuba memisahkan faktor teologi sebagai salah satu daripada
fenomena fungsional masyarakat tetapi beliau memberi satu alasan yang berkaitan
perkara tersebut yang mana menurutnya "kita mesti melihat fakta sosial secara
berasingan sebab yang efisyen untuk menghasilkannya dan fungsinya dipenuhi".
Walaupun analisis beliau sebagaimana begitu, tetapi analisisnya mengenai fungsional
lebih bersifat sistematik dan lebih maju berbanding analisis Spencer dan Comte di
mana beliau telah membincangkan secara panjang lebar mengenai perbezaan
sebab(pertambahan populasi dan kepadatan moral) dan fungsi( integrasi di antara
masyarakat).
Secara kesimpulannya, analisis kedua-dua tpkph tersebut bukanlah suatu
perkara yang mudah untuk diungkapkan dengan perkataan yang mudah dan lebih
tepat lagi bahasa yang tepat dan padat mengikut konteks teoritikal dan analisis
mereka tetapi apa yang saya faham mengenai keduanya adalah analisis yang bersifat
induktif yang mengambil fakta umum untuk kesimpulan yang khusus terhadap
fenomena sosial. Namun pada pandangan saya teori fungsional memberi sumbangan
kepada kita sebagai manusia mempunyai fungsi tertentu untuk dipenuhi secara
sosialnya atau secara rohaninya,fungsi yang tidak dilihat oleh mata kasar hubungan
dengan Allah walaupun Durkheim melihatnya sebagai keadaan yang kritikal jika
dilihat dari segi agama, tetapi bagi umat Islam khususnya ianya adalah fungsi yang
tidak boleh dipisahkan oleh diri mereka kerana Islam sebagai cara hidup mereka
walau apa cara sekalipun. Akhirnya analisis Spencer dan Durkheim adalah satu
sumbangan yang menarik dalam teori fungsional untuk dibincangkan dan sebagai
asas kepada kemunculan teori fungsional yang lebih kompleks.

39
Sosiologi Pendidikan Dalam PTV
Disiplin Pelajar Daripada Perspektif Teori Structural-Fungsional

2.5. Pendidikan mengikut Teori Fungsionalisme

Teori ini diasaskan oleh pandangan beberapa tokoh awal seperti Comte, Spencer, dan
Durkheim. Secara umumnya teori menganalis pendidikan dangan menghubungkan
sekolah dengan keperluan masyarakat. Bagi masyarakat yang berfungsi, mestilah ada
cara yang dapat memastikan semua cara dapat dipenuhi. Jadi pendidikan perlu
memainkan peranan yang penting. Fungsi sistem pendidikan adalah untuk merekrut
dan menempatkan manusia ke dalam masyarakat. Mengikut teori ini masyarakat
dilahirkan dengan kebolehan dan bakat yang berbeza antara satu sama lain.
Durkheim membuat perbandingan antara masyarakat dulu dan sekarang dengan
mengklasifikasikan masyarakat dahulu sebagai solidariti mekanikal dan masyarakat
moden sebagai solidariti organik. Beliau percaya bahawa institusi pendidikan adalah
langkah untuk mengenalkan dan menjaminkan hubungan sosial serta integriti.
Menurut teori ini lagi pendidikan adalah untuk kepentingan masyarakat
bukan untuk individu kerana masyarakat yang menentukan baik dan buruk sesuatu
perkara. Sehubungan dengan itu sukatan matapelajaran mestilah bersesuaian dan
sekolah juga mesti memberi gambaran awal tentang masyarakat yang bakal mereka
sertai nanti. Menurut Durkheim (1956), pendidikan merupakan penerapan pengaruh
generasi dewasa kepada mereka yang memasuki era baru dalam kehidupan sosial.
Mereka yang dididik adalah dikehendaki oleh generasi yang lebih awal. Pendidikan
melaksanakan peranan ini melalui proses sosialisasi secara teratur generasi muda.
Oleh itu secara khusus teori ini mengaggap fungsi pendidikan adalah untuk
mengekalkan masyarakat dengan menyediakan rangka normatif dan kognitif
masyarakat dalam individu. Setiap pelajar mempunyai peluang yang sama cuma
bergantung kepada usaha masing-masing kerana sistem pendidikan adalah untuk
semua. Mereka akan dinilai melalui ujian, peperiksaan dan pengredan bagi
membezakan tahap akademik masing-masing. Daripada penilaian ini akan membuka
peluang kepada yang Berjaya untuk melanjutkan pelajaran seterusnya dan
kemungkinan besar akan menjadi golongan professional serta berjaya dan begitulah

40
Sosiologi Pendidikan Dalam PTV
Disiplin Pelajar Daripada Perspektif Teori Structural-Fungsional

sebaliknya bagi yang gagal. Perbezaan status kekayaan(Berjaya) dan gagal ini dalam
masyarakat adalah juga dilihat sebagai ketidaksamaan kepintaran.
Kelemahan akademik dan prestasi pelajar bumi menjadi isu masyarakat yang
serius kerana setiap individu mempunyai fungsi yang dipersetujui untuk mencapai
matlamat yang sama. Di dalam hal ini, aktiviti yang dipersetujui masyarakat ialah
menjadikan individu berpendidikan supaya mesyarakat yang berpendidikan serta
mampu mengikuti perkembangan semasa dapat dicapai. Bila prestasi pelajar luar
bandar menurun, ia mencerminkan masyarakat luar bandar yang kurang prihatin
terhadap pendidikan. Faktor utama yang menjadi punca kepada kelemahan prestasi
pelajar ialah keadaan sosio-ekonomi keluarga yang merupakan sebahagian daripada
institusi masyarakat. Teori fungsional membincangkan variasi kelas sosial dalam
pendidikan menyebabkan perbezaan peluang hidup. Peluang pelajar kelas sosial
rendah mendapat prestasi yang tinggi adalah kurang andainya dibandingkan dengan
pelajar kelas atasan. Pelajar yang mempunyai latar belakang sosio-ekonomi yang
tidak menggalakkan, mempunyai banyak kekangan yang perlu diatasi untuk bersaing
dengan pelajar kelas atasan. Keadaan hidup yang serba kekurangan kerana wang
menjadi penghalang bagi mendapatkan makanan, tempat tinggal yang selesa dan
peralatan yang secukupnya memudarkan minat murid terhadap pendidikan yang agak
mencabar bagi tahap perkembangan mereka. Sosio-ekonomi rendah adalah
disebabkan oleh pendidikan yang rendah atau tiada pendidikan. Bila ibu bapa tiada
pelajaran, maka mereka juga tidak mengambil berat mengenai pencapaian anak-anak
mereka. Anak-anak juga tidak boleh mengharapkan pertolongan dari segi akademik
daripada ibu bapa mereka.
Pendekatan fungsionalis menekankan kepentingan pendidikan di sekolah dan
di rumah. Jika sekolah dipertanggungjawabkan sepenuhnya terhadap pendidikan
anak-anak adalah tidak wajar. Pengukuhan dan penekanan perlu disalurkan juga di
rumah. Malangnya , ibu bapa yang tidak berpendidikan tidak mampu membantu
anak-anak mereka yang akhirnya menjadikan prestasi pelajar bumiputera lemah pada
peringkat asas, menengah dan juga IPT. Para pelajar yang hidup dalam suasana

41
Sosiologi Pendidikan Dalam PTV
Disiplin Pelajar Daripada Perspektif Teori Structural-Fungsional

persekitaran yang tidak menggalakkan pendidikan, tidak mempunyai role model


yang boleh menjadi dorongan kepada mereka. Secara tidak langsung , motivasi
luaran yang kurang atau hampir tiada menenggelamkan motivasi intrinsik mereka.
Ini menyebabkan pelajar kurang berminat terhadap pendidikan.
Walaupun, istilah keluarga iaitu salah satu institusi yang diberi keutamaan
dalam teori fungsionalis gagal berfungsi, institusi pendidikan boleh mengambilalih
tanggungjawab tersebut untuk menjadikan masyarakat mempunyai kemahiran-
kemahiran asas. Kewujudan masyarakat bumiputera luar bandar yang mempunyai
prestasi yang tinggi merupakan tanggungjawab bersama institusi keluarga dan
institusi pendidikan. Institusi keluarga di masyarakat luar bandar tidak dapat
memainkan peranannya sepertimana institusi keluarga di dalam masyarakat bandar.
Oleh itu, institusi pendidikanlah harus memikul tanggungjawab dengan serius untuk
meningkatkan prestasi pelajar . Guru-guru di kawasan luar bandar perlu lebih
berdedikasi dalam mengajar pelajar-pelajar mereka. Latihan yang mencukupi dan
bahan mudah diperolehi perlu digunakan seperti yang dilakukan oleh guru-guru di
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang amat mengambilberat tentang prestasi
pelajarnya. Subbudaya belajar secara positif perlu sentiasa ditekankan terhadap
murid dan institusi keluarga serta masyarakat perlu memberi kerjasama supaya
subbudaya lain tidak mempengaruhi para pelajar ini. Subbudaya seperti ponteng,
malas, tidak memberi tumpuan dan tidak berminat terhadap pendidikan inilah yang
bersemadi dalam jiwa pelajar ini sehingga terbawa-bawa ke peringkat IPT.
Subbudaya sebegini menyebabkan pelajar bumiputera di IPT tidak dapat bersaing
dengan pelajar-pelajar lain. Oleh itu, langkah-langkah perlu juga diambil untuk
mengatasi masalah ini di peringkat IPT. Langkah utama yang sewajarnya diberi
tumpuan ialah penekanan pendidikan rendah yang kukuh.
Justeru itu, persefahaman dan kerjasama dari semua pihak diperlukan dalam
memainkan peranan masing-masing agar dapat mencapai matlamat tertentu seperti
yang diutarakan dalam teori fungsionalis. Mereka juga saling memerlukan antara
satu sama lain dan bukan hanya bergantung kepada satu pihak sahaja

42
Sosiologi Pendidikan Dalam PTV
Disiplin Pelajar Daripada Perspektif Teori Structural-Fungsional

3.0. Perbincangan

Masalah sosial telah lama menular di kawasan sekolah dan melanda kebanyakkan
pelajar sama ada disedari atau tidak. Kebanyakkan masalah yang melanda masa kini
adalah disebabkan oleh tekanan serta permasalahan yang wujud di sekeliling dengan
publisiti meluas di dalam media massa, masalah sosial di kalangan pelajar
sebenarnya sudah berada pada tahap yang mencemaskan. Terdapat pihak menunding
jari kepada para guru. Tidak adil menunding jari hanya hanya kepada guru sebagai
faktor utama merebaknya masalah ini di sekolah.Ini seandainya kita megambil kira
masa murid bersama guru hanya kira-kira enam jam sehari. Masa selebihnya
termasuk hari Sabtu, Ahad dan cuti umum, anak-anak tersebut adalah di bawah
tanggungjawab ibu bapa penjaga. Ibu bapa sebenarnya mempunyai tanggungjawab
yang lebih besar terhadap anak-anak. Mereka perlu mengambil berat dan
memerhatikan setiap pergerakkan anak-anak di luar waktu sekolah. Ibu bapa tidak
boleh lepas tangan dan membiarkan anak-anak untuk melakukan apa saja tanpa
kawalan. Malangnya ramai ibu bapa sekarang terlalu sibuk dengan tugas dan
kegiatan harian, menyebabkan masa untuk bersama anak terhad. Atas alasan perlu
bekerja lebih untuk mendapat banyak wang, ibu bapa telah meletakkan
tanggungjawab mendidik anak-anak kepada guru.
Bak kata pepatah mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Maka,
adalah wajar bagi masyarakat dan pihak berkuasa untuk mencari punca bagi masalah
jenayah ini. Sebagai penjaga kepada anak-anak, ibu bapa perlu lebih peka dan
sentiasa mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh anaknya. Masyarakat
pula patut mengambil langkah untuk mengubah budaya yang menganggap seks
sebagai suatu topik larangan. Ibu bapa patut bersikap terbuka dan membincangkan
isu ini dengan anak-anak mereka. Mata pelajaran seks juga perlu dimasukkan dalam
sistem pendidikan kita dan guru perlu diajar bagaimana untuk mengajar tajuk ini

43
Sosiologi Pendidikan Dalam PTV
Disiplin Pelajar Daripada Perspektif Teori Structural-Fungsional

daripada membiarkan mereka mengajar tanpa latihan sebenar. Akhir sekali, marilah
kita dengan penuh sedar dan keinsafan bergabung fikiran, tenaga, kepakaran dan
pengalaman, bertindak mencari jalan penyelesaian walaupun usaha yang
dilaksanakan nanti belum pasti dapat menghapuskan permasalahan ini tetapi
sekurang-kurangnya kita berusaha untuk membendung daripada terus merebak
memusnahkan anak bangsa, rakyat dan negara yang tercinta.
Pihak kerajaan perlu menggubal undang-undang yang dapat menghukum ibu
bapa yang cuai mendidik anak-anak. Jika guru yang tidak bertanggungjawab boleh
dihukum mengikut peraturan yang sedia ada.Tetapi apa pula tindakan terhadap ibu
bapa yang cuai, lepas tangan dan tidak bertanggungjawab sehingga anak-anak
mereka terlibat dalam kegiatan tidak sihat. Ibu bapa seperti inilah sebenarnya faktor
utama yang meningkatkan masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah. Kurikulum
Pendidikan perlu dikaji dan dikemaskini selalu megikut peredaran masa.Ini bagi
memastikan input yang diberi kepada pelajar bertepatan dengan hasrat masyarakat
dari segi agama, akhlak dan budaya negara yang positif.
Pihak kerajaan juga mempunyai peranan yang paling penting dalam hal ini.
Akta pencegahan jenayah dan Akta Juvana juga perlu dikaji dan diubahsuai selaras
dengan zaman globalisasi. Setiap pelajar tanpa mengira kaum dan kelas sosial perlu
didekati supaya mereka menghayati keunggulan disiplin. Keunggulannya dapat
diterapkan melaui kerjasama semua pihak sperti pentadbir sekolah, para guru, ibu
bapa dan sebagainya.Secara tidak langsung masalah disiplin yang semakin serius
dapat dikurangkan peratusannya. Sesungguhnya kuatkuasa disiplin adalah untuk
kebaikan semua pihak.
Secara keseluruhannya,secara sedar atau tidak, kebanyakan masalah yang
melanda pelajar pada masa kini adalah disebabkan konflik atau tekanan yang
wujud di dalam alam persekitaran . Proses modenisasi atau pembangunan yang
pesat telah mengubah cara hidup masyarakat kita khasnya golongan remaja. Begitu
juga dengan institusi kekeluargaan yang sudah tidak dianggap penting lagi justeru
meningkatnya kadar perceraian. Sebagai contoh, Berita Harian bertarikh 20 Oktober

44
Sosiologi Pendidikan Dalam PTV
Disiplin Pelajar Daripada Perspektif Teori Structural-Fungsional

1998 melaporkan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu mendapati


keruntuhan institusi keluarga adalah punca utama kepada peningkatan masalah moral
di kalangan remaja bawah umur di negeri tersebut. Rata-rata masyarakat kita mula
bersikap individualistic dan materialistik. Dalam agama pula, ibu bapa
bertanggungjawab untuk mendidik anak-anak untuk menjadi ahli masyarakat yang
berguna kepada keluarga, agama dan bangsa. Sama ada ibubapa itu senang atau
susah, sama ada keluarga itu ada ibu dan bapa atau hanya ada ibu atau bapa sahaja,
penjaga tidak terkecuali dari tugas ini. Cuma mungkin dalam keadaan kemiskinan
dan keluarga induk, masa untuk mendekati dan mendidik anak dengan nilai-nilai
yang murni dan mulia agak terbatas. Namun jika kajian menunjukkan mendidik
anak-anak dengan nilai-nilai mulia ini amat penting untuk menjauhkan anak dari
jenayah dan delikuensi, maka pastinya usaha untuk mencari masa dan mendidik
anak-anak dengan apa yang mereka perlu tahu, bukanlah sesuatu yang sia-sia. Setiap
ahli komuniti atau masyarakat mempunyai peranan masing-masing. Setiap individu
perlu melaksanakan peranan dan tanggungjawab masing-masing dengan sempurna
kerana setiap satu ada perkaitan. Kita perlulah merealisasikan konsep Masyarakat
Madani. Setiap pelajar perlu didekati supaya mereka rasa diterima oleh masyarakat
khasnya dalam institusi keluarga dan sekolah. Hubungan dan kerjasama erat perlu
ditingkatkan antara ibu bapa, pihak pentadbir, guru-guru, guru disiplin dan kaunselor
amat penting untuk membendung masalah jenayah di kalangan pelajar remaja kita.
Untuk mendidik dan membangunkan modal insan bukanlah suatu proses yang
mudah. Ia memerlukan jangka masa yang panjang, apatah lagi dalam keadaan remaja
masa kini yang dibelenggu dengan permasalahan sosial yang begitu ketara. Namun
harapan masih ada, asalkan semua pihak komited dengan komitmen kerajaan dalam
merealisasikan aspirasi dan wawasan negara.

45
Sosiologi Pendidikan Dalam PTV
Disiplin Pelajar Daripada Perspektif Teori Structural-Fungsional

4.0 Kesimpulan

Kurikulum sekolah di Malaysia adalah berlandaskan teori dan prinsip


fungsionalisme, iaitu melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlakmulia, bertanggungjawab dan berupaya dalam mencapai
kesejahteraan diri serta sanggup memberi sumbangan terhadap kemakmuran
masyarakat dan negara.

46
Sosiologi Pendidikan Dalam PTV
Disiplin Pelajar Daripada Perspektif Teori Structural-Fungsional

RUJUKAN

http://muhtarsuhaili.wordpress.com/2007/04/09/kertas_konsep_jawatankuasa_bertin
dak_task_force_pengurusan_kecemerlangan_miri/

http://mykaunselor.tripod.com/sosial.html

www.moe.gov.my

Ghafar, M.N.A. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Skudai, Johor Darul Tazim :


Universiti Teknologi Malaysia.

Madon, Z. & Ahmad, M. S. (2005). Panduan Mengurus Remaja Moden. PTS.


Bentong, Pahang : Professional Publishing Sdn. Bhd.

Yahaya, A. Hashim, S. Ramli,J, Boon, Y. & Hamdan, A. R. (2007). Menguasai


Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Publication Sdn. Bhd.

Hassan, A. (2001). Penteorian Sosial Dan Pendidikan. Tanjung Malim: Quantum


Books

Alex, I. (1982). Apa Itu Sosiologi?. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka

Yaakub, N. F. (1987). Pengantar Sosiologi. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti


Sdn. Bhd

Alsagoff, S. A. (1985). Sosiologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Heinemann.

Peh, T. C. (1979). Konsep Asas Sosiologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasan Dan
Pustaka.

47
Sosiologi Pendidikan Dalam PTV
Disiplin Pelajar Daripada Perspektif Teori Structural-Fungsional

48

Anda mungkin juga menyukai