Anda di halaman 1dari 20

TUGASAN 1 PENULISAN LAPORAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

(PBS)

LAPORAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SK RANGGU, TAWAU

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan salah satu komponen daripada


Amalan Profesional yang harus dilaksanakan oleh pelajar IPG agar pelajar mendapat
pendedahan awal tentang alam persekolahan daripada perspektif seorang guru.
Oleh itu, saya telah menjalani PBS selama seminggu iaitu bermula daripada 13 Mac
2017 sehingga 17 Mac 2017 bertempat di Sekolah Kebangsaan Ranggu, Tawau. SK
Ranggu Tawau merupakan sebuah sekolah yang terletak di kawasan luar bandar
iaitu di Kg Ranggu, Tawau. Reka bentuk bangunan sekolah ini boleh dikatakan unik
kerana struktur dan bahan binaan bangunannya adalah diperbuat daripada kayu.
Sekolah ini juga menempatkan murid seramai 473 orang dan guru seramai 33 orang
sahaja. Dari segi infrastruktur dan kemudahan prasarana, sekolah ini mempunyai
kelengkapan yang cukup tetapi tidak digunakan sepenuhnya secara efektif.

Sepanjang menjalani PBS ini, saya telah memperoleh pengalaman yang


sangat bermakna. Antaranya ialah saya berpeluang untuk memasuki kelas
prasekolah dan juga kelas perdana iaitu Tahun 6 yang mana saya dapat melihat
sendiri perbezaan interaksi yang berlaku dalam bilik darjah antara guru dan murid
semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Malah, saya juga diberi peluang
untuk berinteraksi dengan murid-murid melalui sesi perkenalan diri yang dilakukan
oleh mentor bimbingan. Selain itu, saya juga dapat memperoleh pengetahuan
tentang pengurusan sekolah, mendapat pendedahan awal tentang pembelajaran
murid serta dapat membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan
kakitangan sekolah. Di samping saya membina pengalaman tersebut, saya juga
dapat memerhati dan mengenal pasti aspek perbezaan individu dalam kalangan
murid prasekolah dan juga murid Tahun 6 di SK Ranggu.

Berdasarkan pemerhatian saya sepanjang menjalani PBS ini, saya telah


mendapati bahawa terdapat pelbagai aspek perbezaan individu dalam kalangan
murid yang dapat dikenal pasti. Menurut Choong (2012), perbezaan individu

1
membawa maksud ketidaksamaan dari aspek perkembangan fizikal, mental, sosial,
emosi dan tingkah laku. Manakala, Suppiah Nachiappan (2014) pula menyatakan
bahawa faktor yang membawa kepada kepelbagaian individu adalah dari aspek
baka dan persekitaran. Dari aspek fizikal, perbezaan individu dapat dilihat dari segi
jantina, rupa dan saiz badan. Dari aspek kognitif pula, perbezaan individu murid
adalah dari keupayaan mereka berfikir, belajar, mengingat, menaakul dan
menganalisis. Bukan itu sahaja, aspek emosi yang ditunjukkan, pergaulan, interaksi
dan aktiviti sosial juga merupakan sebahagian daripada aspek perbezaan individu.
Faktor persekitaran seperti keluarga, rakan sebaya, sosioekonomi, pemakanan dan
lain-lain juga turut mempengaruhi perbezaan individu.

Bukan itu sahaja, kepelbagaian individu ini juga boleh dilihat dari aspek
kecerdasan dan juga gaya pembelajaran seseorang individu berdasarkan teori-teori
yang telah dikemukan oleh beberapa orang pakar. Antaranya teori-teori yang telah
telah dikemukakan ialah Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner. Teori
kecerdasan Pelbagai ini telah diutarakan oleh Gardner dalam bukunya yang
bertajuk Frames of Mind: The Theory of Multiple Intelligences. Menurut Gardner
(1983) dalam Mok Soon Sang (2011), manusia mempunyai lapan kecerdasan dalam
diri iaitu kecerdasan linguistik, logikal-matematik, ruang, muzik, kinestatik,
interpersonal, intrapersonal dan naturalis.

Berdasarkan aspek perbezaan individu yang telah dikenal pasti, saya dapat
memerhati kepelbagaian individu dalam kalangan murid khususnya dalam kalangan
murid Tahun 6 Iltizam. Salah satu kepelbagaian individu yang dapat dilihat adalah
dari aspek kecerdasan pelbagai murid. Contoh yang paling jelas dilihat adalah
terdapat pada seorang murid Tahun 6 Iltizam. Murid tersebut lebih cenderung
kepada kecerdasan kinestatik. Hal ini kerana murid tersebut sangat aktif dalam
bidang sukan di sekolahnya. Menurut guru kelasnya, murid tersebut telah mewakili
sekolahnya sehingga peringkat daerah dalam sukan olahraga, bola sepak dan sepak
takraw. Murid ini juga mempunyai personaliti ekstrovert, suka memberikan
pendapat dan tidak tahan duduk pada satu tempat dalam jangka masa yang lama.
Ini membuktikan bahawa murid ini sangat aktif dan mempunyai kecerdasan tubuh
kinestatik dan kemahiran interpersonal yang tinggi.

2
Walau bagaimanapun, kecerdasan pelbagai yang terdapat dalam diri murid
ini sedikit sebanyak telah memberikan implikasi terhadap pengajaran dan
pembelajaran murid dalam bilik darjah. Antara implikasi yang dapat dilihat adalah
murid tersebut tidak dapat menumpukan perhatian di dalam kelas kerana sifatnya
yang mudah bosan dan suka beralih tempat duduk. Bukan itu sahaja, murid ini juga
sering lambat masuk kelas kerana mempunyai komitmen lain di luar kelas seperti
latihan sukan pada awal pagi dan juga waktu rehat. Hal ini akan menyebabkan
murid itu ketinggalan pelajaran serta menjejaskan pengajaran guru untuk mencapai
objektif pembelajaran. Malah,sikapnya yang ekstrovert, suka bercakap, gemar
membuat bising di dalam kelas juga telah menyebabkan pembelajaran murid-murid
lain juga turut terganggu.

Oleh itu, sebagai seorang guru, kita perlu memainkan peranan penting dalam
memastikan kecerdasan pelbagai yang terdapat dalam diri murid mendatangkan
kesan yang positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Contohnya, guru perlu mempelbagaikan strategi pengajaran yang berpusatkan
murid untuk melibatkan murid secara aktif dalam proses P&P. Selain itu,
pendekatan pengajaran yang digunakan mestilah menarik agar murid tidak mudah
berasa bosan sepanjang pembelajaran mereka dalam bilik darjah. Guru juga perlu
berusaha untuk menyeimbangkan pencapaian murid dalam bidang akademik dan
juga kokurikulum.

Seterusnya, perbezaan individu dalam kalangan murid SK Ranggu ini juga


dapat dilihat dari aspek sosioekonomi murid. Sebahagian murid SK Ranggu ini
mempunyai latar belakang yang memiliki status sosioekonomi yang rendah. Oleh
itu, jurang pencapaian akademik dalam kalangan murid dapat dilihat dengan jelas
perbezaannya. Sebagai contoh, murid yang mempunyai status sosioekonomi yang
rendah mempunyai pencapaian akademik yang rendah berbanding dengan murid
yang mempunyai status sosioekonomi yang tinggi. Contoh ini dapat dilihat dengan
jelas pada murid-murid di Tahun 6 Iltizam. Melalui pemerhatian dan temubual
dengan murid dan guru kelas mereka, saya dapati bahawa terdapat murid yang
mempunyai pencapaian cemerlang dalam akademik adalah berasal daripada
keluarga yang mempunyai status sosioekonomi yang tinggi. Contoh ini dapat dilihat
pada seorang murid yang bernama Alif (bukan nama sebenar). Manakala, murid

3
yang mempunyai status sosioekonomi yang rendah lazimnya hanya mencapai
prestasi akademik yang sederhana sahaja.

Walau bagaimanapun, saya dapat perhatikan bahawa Alif yang mempunyai


pencapaian yang cemerlang dalam akademik tidak menunjukkan pergaulan sosial
yang baik dalam bilik darjah. Alif lebih suka bersendirian dalam melakukan kerja. Ini
menunjukkan bahawa Alif mempunyai personaliti yang introvert dan cenderung
kepada kecerdasan intrapersonal. Hal ini demikian kerana Alif dikatakan jarang
diberikan peluang untuk bermain di luar rumah dan bergaul dengan rakan
sebayanya. Dia lebih kerap duduk di rumah dan mengulangkaji pelajaran. Hal ini
sangat berbeza dengan murid yang mempunyai pencapaian akademik yang rendah
tetapi mempunyai pergaulan yang positif dalam bilik darjah. Murid-murid ini lebih
gemar belajar secara berkumpulan disamping dapat bertukar-tukar idea dan
pandangan. Oleh itu, jelaslah bahawa faktor sosioekonomi dapat mempengaruhi
perbezaan individu dari pelbagai aspek seperti tahap kognitif dan kecerdasan
pelbagai dalam diri seseorang individu.

Berdasarkan perbezaan individu yang diperhatikan antara murid yang


cemerlang dan sederhana, saya juga dapat lihat bahawa murid yang mempunyai
prestasi sederhana lebih bersifat ekstrovert dan mempunyai pergaulan sosial yang
baik dengan rakan sebaya berbanding murid yang mempunyai status sosioekonomi
yang tinggi tetapi bersifat introvert dan kurang berinteraksi dan bergaul dalam bilik
darjah. Oleh itu, perbezaan individu ini nyata akan memberikan implikasi terhadap
pengajaran dan pembelajaran. Misalnya, murid yang introvert akan kurang untuk
melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Hal
ini akan menyebabkan murid tersebut kurang untuk memberikan pendapat dan
pandangan terhadap tajuk yang dipelajari. Bagi murid yang ekstrovert pula, mereka
akan mengganggu konsentrasi murid yang introvert dalam pembelajaran kerana
murid jenis ini gemar untuk membuat bising dalam kelas dan suka mengganggu
murid-murid yang lain.

Justeru, guru perlu memainkan peranan penting dengan melibatkan murid


dalam pembelajaran sesuai dengan pembelajaran abad ke 21 (Faridah Nazir, Faiziah
Shamsudin, & Amran Bakar, 2016). Guru boleh memastikan penglibatan semua
murid dalam bilik darjah dengan meletakkan murid yang lemah dengan murid yang

4
pandai agar murid yang pandai dapat membantu murid yang lemah dalam
pembelajaran. Perkara ini telah dilaksanakan oleh guru kelas 6 Iltizam bagi
menerapkan pembelajaran secara kooperatif dalam kalangan murid sesuai dengan
pembelajaran abad ke 21. Guru juga perlu mengambil kira emosi dan personaliti
murid-murid agar mereka selesa berada dalam persekitaran bilik darjah. Hal ini
disokong oleh Haliza Hamzah dan Samuel (2014) yang menyatakan bahawa guru
juga harus peka dengan emosi dan personaliti murid serta bijak mengawal emosi
diri dan mengenali emosi murid agar murid dapat menyesuaikan diri dengan baik
dalam persekitaran bilik darjah.

Kesimpulannya, setiap individu mempunyai perbezaan dari aspek fizikal,


kognitif, emosi, sosial, dan tingkah laku. Setiap aspek perbezaan individu ini
dipengaruhi oleh faktor baka dan persekitaran. Selain itu, perbezaan individu juga
dapat dilihat dari segi kecerdasan dan gaya pembelajarannya. Umum mengetahui
bahawa setiap individu mempunyai pelbagai kecerdasan yang dimanifestasikan
pada tahap yang berbeza-beza. Oleh itu, setiap individu mempunyai tahap kognitif
yang berlainan (Choong, 2012). Aspek kepelbagaian individu ini dapat dilihat pada
setiap murid di sekolah yang mana setiap perbezaan dalam diri individu ini akan
mendatangkan pelbagai implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam
sesebuah bilik darjah. Justeru, guru harus mempelbagaikan kaedah pengajaran
dengan mengambil kira aspek kepelbagaian murid agar proses pengajaran dan
pembelajaran murid dapat dijalankan secara berkesan dan bermakna.

TUGASAN 2 PENULISAN AKADEMIK

1.0 PENGENALAN
Kurikulum mempunyai pelbagai definisi yang berbeza-beza. Menurut Hashimah
Hashim dan Yahya Che Lah (2003), kurikulum merupakan rancangan pengajaran
dan pembelajaran yang disusun bagi mencapai sesuatu matlamat pendidikan.
Manakala, Catron dan Allen (2003) menganggap bahawa kurikulum ini merupakan
satu set aktiviti yang memenuhi matlamat dan objektif yang dirancang, rangka
kerja untuk pemilihan aktiviti dan bahan, atau pendekatan komprehensif untuk
memupuk perkembangan menyeluruh kanak-kanak. Rebecca dan Moncrieff (2007)
pula menyatakan bahawa kurikulum merangkumi apa yang kanak-kanak perlu tahu

5
dan bagaimana mereka perlu diajar. Secara umumnya, kurikulum ini mengandungi
pernyataan falsafah, matlamat, objektif, kandungan, aktiviti pembelajaran dan
penilaian yang dapat meningkatkan lagi keberkesanan pelaksanaan kurikulum.

Justeru, guru memainkan peranan penting sebagai ejen pelaksana kurikulum


pendidikan yang bertanggungjawab dalam memastikan matlamat kurikulum
pendidikan dapat direalisasikan. Oleh itu, guru perlu memahami kurikulum, bijak
memilih pendekatan dalam strategi pengajaran, berkemahiran dalam merancang
aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta cekap dalam merancang kaedah dan
teknik pengajaran bagi menghasilkan strategi pengajaran yang efektif. Menurut
Putri Zabariah, Bustam Kamri, dan Raja Hamizah (2008) pula, aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang disampaikan kepada kanak-kanak haruslah berkesan,
bermakna dan menggembirakan bagi memastikan matlamat kurikulum dapat
dicapai melalui strategi pengajaran yang efektif. Hal ini bertujuan untuk
menyiapkan kanak-kanak agar mereka bersedia untuk terus bersama dalam sesi
pengajaran serta dapat menggalakkan perkembangan mereka dengan baik.

Oleh hal yang demikian, satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah
dirancang berdasarkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang
mana kurikulum ini menyediakan peluang kepada kanak-kanak yang berumur 4
hingga 6 tahun untuk mengembangkan potensi mereka dari aspek jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial. Berdasarkan aktiviti yang telah dirancang, strategi
pengajaran yang sesuai telah dipilih bagi mencapai objektif yang telah disasarkan
dalam aktiviti tersebut. Seterusnya, pelaksanaan strategi pengajaran yang
digunakan akan dilihat keberkesanannya terhadap pembelajaran dan
perkembangan kanak-kanak. Keberkesanan strategi pengajaran dalam
melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran amat dititikberatkan bagi
memastikan aktiviti P&P yang dilaksanakan lebih bermakna serta menarik minat
murid untuk terlibat dalam aktiviti P&P.

2.0 JUSTIFIKASI PEMILIHAN DAN KEBERKESANAN STRATEGI PENGAJARAN


Umum mengetahui bahawa kanak-kanak prasekolah berada dalam peringkat
perkembangan praoperasi. Dalam tahap perkembangan ini, kanak-kanak mudah
menerima sesuatu pembelajaran dengan aktif dan memerlukan penglibatan secara
langsung bagi membantu proses perkembangan kognitif, bahasa, fizikal dan sosial

6
mereka (Lew, Norliza, & Norulazilah, 2015). Oleh hal yang demikian, terdapat
pelbagai pendekatan pengajaran yang ditekankan bagi membantu proses
pembelajaran lebih optimum, berkesan dan bermakna. Melalui pendekatan yang
telah digunakan ini, maka guru dapat mengenal pasti kesan pendekatan
pembelajaran ini kepada pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak di dalam
kelas.

Dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P), strategi


pengajaran yang digunakan adalah strategi pengajaran berpusatkan murid dan
bahan. Ini bertujuan untuk menggalakkan penglibatan murid secara aktif dalam
pembelajaran yang mana murid diberi peluang untuk bebas memilih bahan dan
aktiviti. Bahan yang digunakan sebagai bahan bantu mengajar juga adalah
berasaskan bahan maujud. Hal ini kerana kanak-kanak pada peringkat praoperasi
masih bergantung kepada bahan konkrit untuk memahami dunia persekitarannya.
Manakala, pendekatan yang saya pilih dalam merancang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran ialah pendekatan bertema dan pendekatan belajar melalui bermain.

Pendekatan Bertema
Menurut Eliason dan Jenkins (2003), pendekatan bertema ini melibatkan pelbagai
aktiviti pembelajaran yang dirancang berdasarkan satu idea utama. Aktiviti-aktiviti
ini disepadukan dalam semua aspek kurikulum dan mengambil jangka masa yang
agak lama untuk disepadukan. Integrasi yang wujud ini akan memudahkan kanak-
kanak untuk memperoleh pengetahuan dan kemahiran melalui pengalaman
sebenar.

Berdasarkan tema yang dipilih iaitu Diri Saya, guru telah memfokuskan tema
tersebut kepada tajuk yang lebih spesifik lagi iaitu Anggota Badan Saya bagi
memastikan aktiviti P&P ini dapat dijalankan dengan sistematik dan tersusun. Hal
ini disokong oleh Brewer (2001) bahawa pembelajaran bertema membantu guru
menyusun pemikiran, memilih perbendaharaan kata dan merancang aktiviti yang
relevan untuk dilaksanakan. Pendekatan bertema ini dipilih kerana ia berkaitan
dengan kehidupan dan persekitaran murid dan bersesuaian dengan pengalaman
sedia ada murid. Murid juga akan memperoleh pengalaman baharu secara
sistematik dan berterusan. Misalnya, murid sudah mempunyai pengetahuan sedia

7
ada tentang bahagian-bahagian anggota badan mereka kerana ia berkaitan dengan
kehidupan seharian mereka.

Selain itu, pendekatan bertema ini digunakan kerana sumber dan bahan yang
akan digunakan dalam proses P&P mudah diperolehi. Misalnya, bahan untuk aktiviti
pemerhatian menggunakan deria, aktiviti mencantum puzzle serta aktiviti
menekap bentuk tubuh badan telah menggunakan bahan yang mudah diperolehi
dan konkrit seperti buah oren, puzzle yang diperbuat daripada polisterina terpakai,
serta kertas mahjong untuk membuat lakaran tubuh badan. Bahan maujud sangat
penting kepada proses pembelajaran kanak-kanak sesuai dengan Teori Ibn Khaldun
yang menekankan penggunaan bahan maujud dalam proses P&P (Nani Menon &
Rohani Abdullah, 2003). Bahan dan peralatan yang digunakan amat penting dalam
proses P&P kerana ianya akan mempengaruhi keberkesanan strategi pengajaran
guru. Bahan dan aktiviti yang tersusun dan keselamatan penggunaan bahan dan
peralatan perlu dititikberatkan dalam proses P&P bagi memastikan keberkesanan
strategi pengajaran guru.

Kesimpulannya, pendekatan bertema ini berkesan untuk digunapakai sebagai


strategi pengajaran di dalam kelas bagi mencapai objektif pembelajaran yang
disasarkan.

Pendekatan Belajar Melalui Bermain


Menurut Imran Ariff Ariffin, Faizul Ab Kadir , Khadijah Ibrahim, Rizawati Abd Halim, &
Wan Zurianti (2010), pendekatan belajar melalui bermain adalah salah satu teknik
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan serta mendatangkan keseronokan dan
kepuasan kepada kanak-kanak dalam proses pembelajaran. Aktiviti bermain juga
dapat membantu kanak-kanak untuk meningkatkan aspek perkembangan fizikal,
sosioemosi, kognitif, bahasa, serta potensi kanak-kanak ke tahap yang
memberangsangkan. Oleh hal yang demikian, guru telah menggunakan pendekatan
ini dalam merancang dan melaksanakan aktiviti P&P kepada kanak-kanak
prasekolah.

Pendekatan belajar melalui bermain akan memberikan pengalaman secara


tidak langsung kepada kanak-kanak melalui aktiviti penerokaan, penemuan dan
sebagainya dengan menggunakan organ deria mereka. Buktinya, pengalaman
sebenar akan diperolehi oleh murid melalui aktiviti P&P yang dilaksanakan dalam

8
langkah 1 iaitu murid membuat pemerhatian terhadap buah oren dengan
menggunakan kelima-lima deria mereka. Guru juga menyediakan bahan konkrit,
benar dan bermakna dalam melaksanakan aktiviti ini iaitu buah oren. Menerusi
aktiviti ini, proses penerimaan sensori atau deria seperti penglihatan,
pendengaran, sentuhan, bau dan rasa akan terangsang dan memberikan
pengalaman pembelajaran secara tidak langsung. Montessori juga menyokong
bahawa kanak-kanak mendapat pengalaman dan latihan melalui penggunaan deria
dengan cekap (Berk, 2009). Justeru, keberkesanan pendekatan pengajaran ini dapat
dilihat apabila kanak-kanak sudah boleh menyatakan hasil pemerhatian mereka
melalui penggunaan deria dan dapat menyebut fungsi organ-organ deria dengan
betul pada akhir pembelajaran.

Seterusnya, pendekatan belajar melalui bermain ini juga digunakan dalam


aktiviti bermain puzzle dan aktiviti menekap bentuk tubuh badan yang
dilaksanakan dalam langkah 2 dan 3 pada slot pengajaran. Dalam aktiviti bermain
puzzle, murid bukan sahaja dapat mengenal bahagian dan fungsi anggota badan,
malah mereka juga dapat menambah perbendaharaan kata dalam kehidupan
seharian mereka Malah, murid dapat menggunakan koordinasi mata dan tangan
serta kemahiran motor halus ketika memasang puzzle sekaligus akan membantu
meningkatkan perkembangan fizikal mereka. Tambahan pula, aktiviti ini dapat
memupuk nilai kerjasama dan toleransi dalam ahli kumpulan. Hal ini secara tidak
langsung dapat meningkatkan perkembangan sosial dan kognitif kanak-kanak
kerana mereka belajar sesuatu perkera melalui interaksi dengan persekitaran. Teori
Perkembangan Kognitif Vygotsky juga menyokong bahawa kanak-kanak membina
pengetahuan dan memperkembangkan kemahiran kognitif melalui interaksi sosial
(Berk, 2009).

Manakala, bagi aktiviti menekap bentuk tubuh badan pula, guru menyediakan
bahan konkrit seperti kertas mahjong, gunting, dan marker pen untuk menghasilkan
satu gambar rajah anggota badan yang besar. Aktiviti ini juga menggalakkan
komunikasi dalam kalangan kanak-kanak dalam kumpulan serta merangsang
kreativiti dan imaginasi kanak-kanak. Contohnya, murid dapat menghasilkan satu
gambar anggota badan manusia yang besar dengan cara menekap bentuk badan
rakannya yang berbaring di atas kertas mahjong. Seterusnya, mereka akan
menggunting, menampal lukisan serta melabel sekurang-kurangnya empat

9
bahagian anggota badan dengan betul. Hal ini bertujuan untuk mencapai objektif
yang telah disasarkan semasa akhir pembelajaran. Semasa melakukan aktiviti ini,
murid dapat meningkatkan kemahiran motor halus mereka melalui aktiviti melukis
dan menggunting lukisan mengikut garisan. Nilai ketekunan dan berhati-hati
semasa melakukan aktiviti juga dapat dilihat dalam proses P&P ini.

Kesimpulannya, keberkesanan pendekatan belajar melalui bermain ini dapat


dilihat apabila murid dapat mengukuhkan kemahiran dan konsep pembelajaran
daripada umum kepada spesifik dan konkrit ke abstrak. Seterusnya, murid juga
dapat meningkatkan perkembangan fizikal seperti kemahiran motor halus dan
koordinasi mata dan tangan disamping mengukuhkan perkembangan yang lain
seperti perkembangan kognitif, bahasa, sosial dan emosi. Melalui aktiviti-aktiviti ini
juga, penerapan nilai-nilai murni dapat diterapkan dalam diri kanak-kanak serta
melibatkan mereka dalam aktiviti penerokaan dan penyelesaian masalah.

3.0 SLOT PENGAJARAN

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

(SLOT PENGAJARAN)

Kelas: Prasekolah Cahaya Permata

Tarikh: 3/4/2017

Masa: 8.00 8.30 pagi

Bilangan pelajar: 25 orang

Tema/tajuk: Anggota Badan Saya

Tunjang Utama: Tunjang Sains dan Teknologi Sains Awal

Standard Kandungan: SA 3.2 Memperoleh pengetahuan asas tentang bahagian


badan dan deria manusia

Standard Pembelajaran: SA 3.2.3 Mengenal pasti dan menyatakan fungsi setiap


organ deria

Kesepaduan Tunjang: F.K 1.1.2 Menunjukkan koordinasi mata dan tangan dan
kemahiran motor melalui pelbagai aktiviti

10
Objektif: Pada akhir pelajaran murid dapat :

1. Menyatakan sekurang-kurangnya tiga fungsi organ deria dengan betul


2. Melabel sekurang-kurangnya lima bahagian anggota badan dengan betul

Pengetahuan Sedia Ada: Murid sudah mengenal bahagian anggota badan manusia

Kemahiran Berfikir (KB): menjana idea, menyelesaikan masalah, kemahiran TMK,


menghubungkait,mengenal pasti

Penerapan Nilai: kerjasama, keyakinan, ketekunan, berhati-hati

Bahan Bantu Mengajar (BBM): kertas mahjong, buah oren dan pengisar, lagu,
puzzle bergambar, video, slaid bergambar

Fokus MI: Kecerdasan linguistik, kecerdasan interpersonal, kecerdasan visual dan


ruang

Kosa Kata: deria penglihatan, deria rasa, deria hidu, deria sentuhan, deria
pendengaran

Langkah/Mas Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran Catatan


a dan Pembelajaran (BBM, Kesepaduan,
KB, Nilai, dll.)
Set Induksi Tayangan slaid Guru menayangkan BBM: Slaid bergambar,
bergambar slaid bergambar tentang lagu
0800 0805 Tajuk : Anggota Badan anggota tubuh badan
pagi Saya manusia
(5 minit) Kemahiran : Kemahiran
Murid menyatakan TMK, mendengar dan
bahagian tubuh badan bertutur
manusia berdasarkan
slaid yang ditayangkan
dengan bimbingan guru
Aktiviti Menyanyi Kesepaduan tunjang:
Tajuk lagu : Kenali Murid menyanyi lagu Tunjang Fizikal dan
Badan Kita Kenali Badan Kita : Estetika

11
Ayuh kawan-kawan,
mari semua Nilai : semangat
Kita berdendang,
Mari mengenal badan Fokus MI: kecerdasan
kita, interpersonal
Apakah namanya (2x)
Dagu, dahi, gigi, muka,
Mata, pipi, kuku, kaki.
Perkembanga Aktiviti Inilah
n P&P Deriaku Murid diarahkan untuk BBM: buah oren,
Langkah 1 Pemerhatian terhadap memerhati buah oren pengisar
buah oren dengan dengan cara :
0805 0810 menggunakan deria: melihat, Nilai: fokus
pagi (5 minit) Deria menghidu,
merasa,
penglihatan Kemahiran:
menyentuh
Deria hidu Penggunaan deria
Deria rasa permukaan buah
Deria sentuhan oren
Deria mendengar bunyi
pendengaran yang terhasil
semasa buah
oren dikisar
menggunakan Fokus MI: Kecerdasan
pengisar Linguistik

Murid diminta untuk


menyatakan hasil Kemahiran: mengenal
pemerhatian terhadap pasti, menghubungkait
buah oren tersebut
Apakah fungsi berdasarkan organ deria
deria? yang telah digunakan

Guru menerangkan
fungsi kelima-lima organ
deria manusia iaitu :

12
Mata melihat
Hidung
menghidu
Lidah merasa
Kulit menyentuh
Telinga
mendengar
Langkah 2 Aktiviti Puzzle BBM: Puzzle
Pembahagian Murid dibahagikan bergambar
0810 0818 kumpulan kepada 4 kumpulan.
pagi Nilai: Kerjasama,
(8 minit) Murid mencantumkan toleransi
Cantuman puzzle puzzle dengan betul
bergambar anggota sehingga menghasilkan Kesepaduan: Tunjang
badan sebuah gambar Fizikal Koordinasi
bahagian-bahagian mata dan tangan
anggota badan lalu
menyatakan fungsi Kemahiran: menyusun
anggota badan tersebut semula, menjana idea,
menyelesaikan
masalah
Langkah 3

0818 0828 Aktiviti Tekap dan Murid diminta untuk BBM: kertas mahjong,
pagi Label Badan Saya menekap bentuk badan marker pen, kadbod,
(10 minit) rakannya yang gunting
berbaring di atas kertas
mahjung menggunakan Kemahiran : Motor
marker pen dan halus
menggunting lakaran
mengikut garisan Nilai: ketekunan,
dengan bimbingan guru. berhati-hati

Murid menampal hasil Fokus MI: Kecerdasan


lakaran mereka di atas Visual-Ruang

13
kadbod lalu melabelkan
bahagian-bahagian
anggota badan tersebut
Penutup/Refle Rumusan Guru merumuskan apa BBM: Lagu
ksi yang dipelajari dan
menyanyikan lagu
0828 0830 Deria :
pagi Aktiviti Menyanyi Kemahiran :
(2 minit) Tajuk lagu : Deria Dua mata saya suka Mendengar dan
lihat buku, bertutur
Dua telinga saya dengar
cakap cikgu,
Satu hidung saya suka
hidu bau,
Satu mulut saya suka
baca buku,
Sepuluh jari saya bilang
satu-satu. (2x)

4.0 RUMUSAN
Sebagai rumusan, seorang pendidik awal kanak-kanak haruslah memahami
pembentukan sesebuah kurikulum. Sebagai pelaksana kurikulum, maka guru
berperanan dalam memastikan kehendak kandungan kurikulum dan kehendak
perkembangan kanak-kanak dapat dicapai. Guru hendaklah membantu kanak-kanak
dalam aspek perkembangan kognitif, bahasa, fizikal, dan sosioemosi mereka secara
holistik agar mereka dapat meningkatkan potensi mereka agar mereka terbentuk
menjadi insan yang bakal meneraju negara pada masa hadapan. Justeru, guru
memainkan peranan penting dalam merancang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran, bijak memilih pendekatan dalam strategi pengajaran, serta cekap
dalam merancang kaedah dan teknik pengajaran supaya bertepatan dengan
kehendak kurikulum, Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta matlamat negara.

14
TUGASAN 3: PEMBENTANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

15
16
17
18
5.0 RUJUKAN

Berk, L.E. (2009). Child development (8th ed). Pearson Education: Allyn & Bacon.
Brewer. J.A. (2001). Introduction to early childhood education: Preschool through
primary grades (4th ed.). Boston: Allyn & Bacon.
Catron, C.E., & Allen, J. (2003). Early childhood curriculum: A creative play model
(3rd ed). Upper Saddle River, NJ: Pearson.
Choong, L.K. (2012). Murid dan alam belajar (2nd ed). Selangor: Kumpulan Budiman
Sdn. Bhd.
Eliason, C., & Jenkins, L.T. (2003). A practical guide to early childhood curriculum (7th
ed.). Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall.
Faridah Nazir, Faiziah Shamsudin, & Amran Bakar. (2016). Pengajaran dan
pembelajaran abad 21. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.
Halizah Hamzah & Samuel, J.N. (2014). Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku.
Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

19
Hashimah Hashim & Yahya Che Lah. (2003). Panduan pendidikan prasekolah.
Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Imran Ariff Ariffin, Faizul Ab kadir, Khadijah Ibrahim, Rizawati Abd Halim, & Wan
Zurianti Wan Abdullah. (2010). Kajian-kajian lepas berkaitan pendidikan awal
kanak-kanak di peringkat tadika atau prasekolah. Dimuat turun pada 28
September 2016 dilaman web: https://www.academia.edu
Lew Moi Mooi, Norliza Jaafar, & Norulazilah Md Nordin. (2015). Perkembangan
kanak-kanak. Selangor: Pelangi Professional Publishing Sdn. Bhd.
Mok, S.S. (2013). Psikologi pendidikan. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Nani Menon & Rohani Abdullah. (2003). Panduan mengembangkan daya fikir kanak-
kanak prasekolah. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Putri Zabariah, Bustam Kamri, & Raja Hamizah. (2008). Tadika berkualiti. Kuala
Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Rebecca S.N., & Moncrieff Cochran. (Ed.). (2007). Early Childhood Education: An
International Encyclopedia, 1. (pp. 176). Westport: Praeger Publishers.
Suppiah Nachiappan. (2014). Panduan pendidikan awal kanak-kanak: Teori, model,
kaedah, dan aktiviti ke arah perkembangan kognisi. Perak: Universiti
Pendidikan Sultan Idris.

20

Anda mungkin juga menyukai