Anda di halaman 1dari 3

SEORANG yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20

tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut sunnah Rasullullah saw, maka
tidurnya akan jadi ibadah. Allah swt hanya akan menerima ibadah yang
dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak
perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur.. Ganjaran Allah swt untuk orang yang
mengamalkan sunnah sangat besar. Satu sunnah yang diamalkan berterusan
akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid
sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.

Di dalam tidur sendiri ada banyak sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara
selain dari cara Nabi saw, dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik,
selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan
menakung 20 liter atau lebih air liur basi.

Antara sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.


1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa
Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah
syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang
yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia
akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X,
Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.

4. Baca 4 Qul (An-Nas, Al-Falaq, Al-Ikhlas, Al-Kafiruun) tiup ke tapak tangan dan
sapu ke seluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.
Kemudian baca bismillahirrahmanirrahim 21 kali. Barangsiapa membaca
bismillahirrahmanirrahim sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya
terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin,
daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira
seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik
pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.


7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang
piutang sebelum tidur. Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak
tangan di bawah pipi.

Banyak lagi sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk
dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.
Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.

Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki. Sekiranya tidur dengan
kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.

Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap, dibawahnya
Syaitan/ Jin Betina. Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan
Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa
membaca doa, Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita.
Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan/
Jin. Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai bapa-bapa angkat mereka
ketika kita bersetubuh dulu.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Aisyah bahawa Nabi telah
bersabda : Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah
kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk. Jika seseorang bersembahyang
ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan
sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri.

Islam mementingkan tidur dan rehat agar ibadat dan aktiviti seharian dapat
dilakukan dengan baik dan seimbang . Malah tidur dapat menentukan kesihatan
dan menghasilkan kecergasan dalam diri seseorang . Bukan itu sahaja , tidur
bagi seorang muslim juga dikira sebagai satu ibadat sekiranya ia memenuhi
adab2 dalam Islam antaranya : -

1. Berwuduk Sebaik-baik gosok gigi anda sebelum masuk tidur . Malah biasakan
diri untuk mengambil wuduk sebelum tidur kerana menjadi amalan yang sangat
dirahmati . InsyaAllah tidur anda akan sentiasa dilindungi daripada gangguan
syaitan dan iblis.
2. Perut Tidak Terlalu Kenyang Pastikan perut anda tidak terlalu kenyang ketika
mengambil makan malam. Bukan sahaja tidak elok untuk kesihatan malah boleh
menyebabkan perut anda cepat rasa sebu . Perut yang kenyang juga boleh
menyebabkan anda cepat berasa mengantuk mahupun menghadapi masalah
sukar untuk bangun .

3. Mengingati Kesilapan Sebaik sahaja anda meletakkan kepala ke bantal , cuba


anda ingat semula perkara yang telah anda lakukan sepanjang harian .
Sekiranya anda melakukan perkara-perkara yang baik , tingkatkan keazaman
untuk terus mengekalkan perbuatan yang baik . Tetapi sekiranya anda banyak
melakukan kesilapan dan perbuatan mungkar, berazamlah untuk berubah dan
beristighfar memohon keampunan daripada Allah S.W.T.

4. Membaca Doa dan Surah Tertentu Ketika ingin melelapkan mata , amalkan
membaca doa atau surah-surah tertentu terlebih dahulu . Pastikan kedudukan
tidur anda mengiring ke kanan dan seeloknya menghadap ke kiblat . Rasulullah
S.A.W sering mengamal membaca surah Al Ikhlas , Al Falaq dan Al-Nas dan
kemudiannya dihembuskan bacaan itu di kedua-dua belah tangannya lalu
digosok ke seluruh badannya di mana tangannya dapat sampai. Bacaan dan
perbuatan baginda ini diulang sebanyak tiga kali berturut-turut .

5. Berazam Untuk Bangun Awal Anda juga digalakkan untuk membaca surah Al-
Kausar sebanyak tiga kali sambil berniat di dalam hati mahu bangun awal .
Berazam untuk bangun awal bagi membersihkan diri dan menunaikan solat
subuh..

6. Bangun Pagi Setelah terjaga dari tidur pada waktu paginya , ucapkanlah rasa
syukur kepada Allah kerana telah memanjangkan usia lalu berdoa : Segala puji
bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami . KepadaNya
kami akan dibangkitkan. Kemudian lakukan sedikit regangan untuk
melonggarkan otot-otot badan.