Anda di halaman 1dari 2

Kata Adjektif

Kata adjektif, juga dikenali sebagai kata sifat, ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif
seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi.

Ciri-ciri kata Adjektif

i) Kata adjektif boleh disertai oleh kata penguat.


Contoh : Budak itu amat cerdik(kata penguat hadapan)
Abangnya kacak sekali (Kata penguat belakang)

ii) Kata adjektif boleh mengalami perbandingan.


Contoh: Wajah Anis secantik kakaknya
Pengantin itu sama padan

iii) Kata Adjektif boleh disertai oleh kata penegas.


Contoh: Adiknya cerdik juga
Kek itu juga sedap

iv) Kata Adjektif boleh menerima bentuk senya.


Contoh: Berikan jawapan selengkapnya
Itulah cara yang sebenarnya

v) Kata Adjektif boleh didahului oleh kata makin atau


semakin.
Contoh: Budak itu makin pandai
Pokok itu semakin tinggi

vi) Kata Adjektif boleh diletakkan selepas kata nama.


Contoh: Murid cerdas
Lelaki gagah

Jenis jenis kata adjektif


Kata adjektif terbahagi kepada 9 subgolongan:

Sifat
menerangkan sifat atau keadaan sesuatu atau seseorang

contoh: baru, baik, cerdik, berani, lemah, kukuh, kemas, cantik, kuat,

warna
contoh: merah, jingga, ungu, putih, hitam, kuning langsat, oren

ukuran
contoh: pendek, panjang, tebal, nipis, dalam, besar, kecil, lebar, ramai

bentuk
contoh: bujur, lurus, lonjong, petak, segitiga, segiempat, bengkok

waktu
contoh: lama, lambat, lewat, segera, suntuk, lampau, lalu, silam, awal, akhir

jarak
contoh: dekat, hampir, jauh, nyaris

cara
contoh: selalu, jarang, kadang-kadang, kerap, lambat, deras, laju, jelas, muram, lincah

pancaindera
contoh:

rasa: sedap, lazat, manis, pahit, lemak, pedas, payau, masam, masin

pandang: buruk, hodoh, jelita, cantik, tampan, kacak

dengar: bising, sunyi, senyap

bau: busuk, wangi, hangit, hapak, hamis, hanyir

sentuh: kesat, kasar, lembap, halus, licin


perasaan
contoh: takut, seram, benci, rindu, marah, senang, sayang, gembira, geram, sedih