Anda di halaman 1dari 6

SKRIP PENGACARA

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN


PERKHEMAHAN DAN UNIT BERUNIFORM SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT JANA 2017

BIL CATATAN

1. Protokol majlis Yang berusaha, Pn Roslini bt Razali Pengetua SMK Bukit Jana

Yang Berusaha En AB Rahman B Ibrahim Pen Kanan Pentadbiran

Yang berusaha Pn Latifah Bt Ahmad Pen Kanan Hal Ehwal Murid

Yang Berusaha Pn Wan Norazlina Bt Wan Ab Aziz Pen Kanan Kokurikulum

Yang Berusaha Pn Zaiton Binti Abdullah PK Petang

Yang Berusaha Pn Nor Mala Bt Abdul Pk Pend Khas

Yang Berusaha Cik Badariah Binti Abi Mansor Kem Komandan


Perkhemahan Unit Beruniform SMK Bukit Jana 2017

Jurulatih-jurulatih, guru-guru pengiring dan para peserta yang dihormati


sekalian.
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, salam sejahtera dan salam
Satu Malaysia.

Bagi memulakan majlis pada hari ini, semua hadirin diminta berdiri bagi
menyanyikan lagu Negaraku, dan lagu Negeri Perak

Hadirin dan hadirat dipohon berdiri.

2. Menyatakan kesyukuran
Pohon Meranti tiga sebatang
Ditebang orang tiga pemuka
Tuan dinanti sudahlah datang
Apa perkara nan kita buka.

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat illahi kerana dengan


limpah dan kurnianya dapat kita bersama-sama dalam majlis Penutup
Perkhemahan perdana SMK Bukit Jana kali ke 2017

Pihak majlis mengalu-alukan kehadiran Puan pengetua, guru-guru dan


semua peserta perkhemahan ke majlis perasmian pada petang ini.
3. Bacaan doa Para hadirin yang mulia,

Menadah tangan tanda kerendahan,


Lafaz Bismillah memperkukuh tautan,
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar Majlis mendapat keberkatan

Untuk memberkati majlis pada petang ini, dengan sukacitanya dijemput


Ustaz Mohamad Zulkifli bin Mohd Salleh untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.

Setelah selesai bacaan doa...........

Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Perkemahan Badan Beruniform ini bermatlamat untuk memupuk semangat


dan menggilap potensi diri para pelajar. Kem sebegini juga dapat
meningkatkan kekuatan dari segi fizikal dan mental pelajar untuk
mengharungi pelbagai cabaran yang akan datang.
4. Ucapan Sebagai pembuka persada ucapan, majlis dengan
Alu-aluan kem komandan
hormatnya mempersilakan Encik Aizuandy Bin Shamsuddin selaku kem
komandan Perkhemahan Badan Beruniform SMK Bukit Jana 2017 untuk
memberi ucapan.
Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

(pause)

Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan itu tadi.

5. Ucapan Perasmian oleh Kini tibalah waktu yang dinantikan iaitu ucapan Perasmian Penutupan
Pengetua
Perkhemahan Badan Beruniform SMK Bukit Jana 2017

Sehubungan dengan itu majlis mempersilakan Pn Roslini bt Razali Pengetua


SMK Bukit Jana untuk memberi ucapan seterusnya menyempurnakan
penutupan rasmi Perkhemahan perdana SMK Bukit Jana 2017

Dengan penuh takzimnya dipersilakan.


Setelah selesai ucapan .....

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Puan Pengetua atas ucapan
dan kesudian beliau menutup rasmi perkhemahan perdana SMK Bukit Jana
2017 itu tadi.

Majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang.


Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Pn Wan Norazlina untuk
menjemput dan mengiringi Pn. Hjh Roslini binti Razali bagi menyampaikan
hadiah kepada semua pemenang.

Penyampaian hadiah dimulakan dengan


Rujuk lampiran
6. Penutup Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Terima kasih diucapkan kepada
Pn. Hjh Roslini Bt Razali yang sudi menyempurnakan upacara penyampaian
hadiah sebentar tadi.
Tuan puteri pergi ke Rasah
Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi
Merdu bertingkah alunan suara,
Kadang tak sedar tersilap kata,
Andai terlanjur patah bicara,
Serendah hati kemaafan dipinta.

Majlis pada petang ini telah sampai ke penghujungnya.


Tahniah diucapkan sekali lagi kepada semua para pemenang. Sekalung
penghargaan tahniah juga kepada penganjur perkhemahan dan Terima kasih
juga diucapkan kepada semua guru guru,staff dan pelajar yang terlibat dalam
menjayakan Perkhemahan perdana 2017.

Dari Rokan ke Inderagiri


Membawa tinta ke Kuala Linggi
Pulanglah tuan rehatkan diri
Lain kali bersua lagi.

-Sekian, saya akhiri majlis dengan lafaz suci wabilahi............

Anda mungkin juga menyukai

  • Dokumentasi Ladap 1
    Dokumentasi Ladap 1
    Dokumen1 halaman
    Dokumentasi Ladap 1
    INTAN HAZLINA BT SHAMSUL BADRI
    Belum ada peringkat
  • RPH 2
    RPH 2
    Dokumen2 halaman
    RPH 2
    INTAN HAZLINA BT SHAMSUL BADRI
    Belum ada peringkat
  • Majlis Penutp
    Majlis Penutp
    Dokumen6 halaman
    Majlis Penutp
    INTAN HAZLINA BT SHAMSUL BADRI
    Belum ada peringkat
  • Majlis Penutp
    Majlis Penutp
    Dokumen6 halaman
    Majlis Penutp
    INTAN HAZLINA BT SHAMSUL BADRI
    Belum ada peringkat
  • Friends Till Jannah
    Friends Till Jannah
    Dokumen1 halaman
    Friends Till Jannah
    INTAN HAZLINA BT SHAMSUL BADRI
    Belum ada peringkat
  • Friends Till Jannah
    Friends Till Jannah
    Dokumen1 halaman
    Friends Till Jannah
    INTAN HAZLINA BT SHAMSUL BADRI
    Belum ada peringkat