Anda di halaman 1dari 4

AMALAN KEPROFESIONAL DALAM PEMBINAAN

Wan Nur Izzatul Nasuha binti Wan Ruzaidi, Nor Halimah binti Saion,
Nor Farhana binti Mohamad Zuki

Puan Sharifah Meryam binti Shareh Musa

Jabatan Pengurusan Pembinaan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

izznasuha@gmail.com , norhalimah1994@gmail.com , farhanaiz936@gmail.com

Abstract

Amalan-amalan keprofesionalan dalam pembinaan adalah bertujuan untuk menjaga hak-


hak yang diperlukan oleh setiap warga kerja dalam pembinaan. Ia juga dapat memberi
kebaikan pada diri sendiri, masyarakat, kemahiran, dan organisasi. Jenis-jenis amalan
keprofesionalan dalam pembinaan ialah kepercayaan, pemikiran kritikal, memeriksa
perbuatan atau perlakuan pekerja, kebenaran dan keadilan serta obligasi-obligasi etika.
Beberapa langkah juga diambil bagi menerapkan etika keprofesionalan dalam setiap
warga kerja dan kemahiran mereka melalui program-program yang dilaksanakan.
Sehubungan dengan itu, teras etika kerja profesional merupakan perkara utama yang
harus dimiliki supaya dapat mengelakkan amalan yang bertentangan dengan amalan
keprofesionalan dalam pembinaan.93 Dalam kajian ini melibatkan kaedah pengumpulan
data sekunder. Di mana pada peringkat awal kajian, kaedah data sekunder telah
digunakan melalui kajian literatur iaitu dengan mengumpulkan data melalui pembacaan
seperti pembacaan buku, jurnal dan artikel serta pencarian maklumat tesis melalui
internet yang berkaitan dengan kajian.

Kata kunci: Amalan, Keprofesionalan, Pembinaan

1.0 Pengenalan

Profesional adalah sebutan kepada orang yang menyandang suatu jabatan atau
pekerjaan yang dilakukan dengan keahlian atau keterampilan yang tinggi. Hal ini
juga pengaruh terhadap penampilan atau pencapaian seseorang dalam

1
memenuhi kehendak hidup manusia ialah berdasarkan ketinggian moral dari
pelakunya. Jurutera, arkitek, pengurus projek dan kontraktor mempunyai hak
untuk menyuarakan pendapat.

Dalam pembinaan, dua unsur utama yang penting meningkatkan


produktiviti dan pulangan projek ialah sistem pengurusan dan sumber. Namun
difikirkan dua unsur tersebut masih memerlukan unsur tambahan bagi menjamin
matlamat yang optimum. Unsur tersebut ialah amalan keprofesionalan.
Umumnya etika profesional merujuk kepada satu set peraturan yang bercirikan
profesional dan dipersetujui bersama oleh setiap ahli yang terlibat.

2.0 Kajian Literatur

Amalan-amalan keprofesionalan dalam pembinaan ialah satu usaha


bersistematik untuk membina suatu yang rasional secara menyeluruh bagi
setiap kegiatan atau aktiviti individu. Pada amnya, kebanyakan organisasi
pembinaan mewujudkan kod etika dalam kalangan profesional untuk diamalkan
oleh setiap pekerja. Ahli profesional atau pekerja perlu tahu perbezaan amalan-
amalan yang perlu dilakukan dan juga amalan-amalan yang patut dielakkan
dalam industri pembinaan.

Sifat-sifat keprofesionalan dalam pembinaan hendaklah diterapkan dalam


diri warga kerja kerana ia turut meberi kebaikan kepada diri sendiri, masyarakat,
kemahiran malah organisasi tersebut. Kod etika profesional seperti inspirasi dan
panduan, pencagahan dan disiplin, memelihara maruah profesion, memelihara
keharmonian dan sokongan salah satu 'alat kawalan' sosial yang digunakan
sebagai salah satu panduan dalam mendisiplinkan diri ke arah yang lebih
beretika. Begitu juga dengan program yang dilaksanakan dalam kod etika
profesional.

Etika kerja profesional juga mempunyai terasnya sendiri. Antaranya ialah


cemerlang, sikap inisiatif, niat, bertanggungjawab terhadap masyarakat, amanah
dalam kerja, komited dalam kerjaya, akhlak, jujur, dan integriti. Oleh itu, dengan
mempunyai teras etika kerja profesional dapatlah perkara-perkara yang
bertentangan dengan amalan keprofesionalan dalam pembinaan dapat
dielakkan. Kejadian seperti pemaju menggunakan lukisan arkitek untuk

2
menyiapkan projek dengan pihak lain, konsultan dan kontraktor berbincang
mengenai maklumat klien, pembuangan sisa binaan secara haram dan banyak
lagi perkara seperti ini yang dapat dicegah sebelum menjadi lebih teruk dengan
adanya teras etika keprofesionalan dalam pembinaan.

Sebagai kesimpulannya, amalan-amalan keprofesionalan dalam kalangan


golongan profesional ini bukanlah bertujuan untuk mengajar mereka mengenai
buruk baik atau betul salah dalam sesuatu perkara yang terjadi di dalam rutin
profesion mereka. Hal ini kerana setiap nilai-nilai dalam pemikiran dan teori etika
tersebut memang telah ada di dalam jiwa masing-masing semenjak mula
pembelajaran mereka iaitu sebelum menjadi seorang yang profesional.
Penghayatan dan pemahaman seseorang profesional itu mengenai pemikiran
dan cara mereka mengaplikasikan teori etika tersebut adalah penting untuk
menggalakkan golongan ini terus melakukan kebaikan dan menegakkan
kebenaran demi kepentingan semua.

3.0 Metodologi

Metodologi kajian ini adalah melibatkan kaedah pengumpulan data


sekunder di mana pada peringkat awal kajian, kaedah data sekunder digunkan
melalui kajian literatur iaitu dengan melaksanakan kaedah-kaedah yang bersifat
teorikal yang memerlukan banyak pembacaan daripada sumber ilmiah seperti
jurnal, buku, artikel dan tesis kajan lepas yang berkaitan dengan topik kajian.

Rujukan

DiMauro, L. Grant, T. (2006). Ethics : Opposing Viewpoints. Thomson Gale.

Ruggiero, V. R. (2001). Thinking Critically About Ethical Issues. Edisi Kelima.

http:// www.nuritaputranti.wordpress.com/2008/05/08 /pengertian-profesi-


profesional.html

http://diplomastudentinmt.blogspot.my/2013/04/etika-professional-pemikiran-
dan-teori.html

3
Skitmore, C. V.C.M (2003). "Professional ethics in the construction industry",
Engineering, Construction and Architectural Management, Vol. 10 Iss 2 pp. 117
127