Anda di halaman 1dari 11

1.

0 PENGENALAN
Falsafah mempunyai pelbagai takrifan yang berbeza-beza yang dinyatakan oleh
ahli-ahli falsafah. Secara amnya, falsafah dikatakan sebagai pemikiran atau
pandangan yang benar, rasional dan bernas yang dihasilkan daripada kajian-kajian
ahli falsafah melalui cara yang saintifik, sistematik dan logikal. Menurut Noriati, Lee,
Zulkufli dan Zakiah (2015), falsafah bertujuan untuk mencari dan membuktikan
kebenaran dan memberikan arah tujuan atau pedoman untuk perkara-perkara yang
penting dalam kehidupan.

Berdasarkan asas falsafah tersebut, maka para pendidik telah mereka


Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang merupakan asas kepada sistem
pendidikan di negara Malaysia. Jika melihat semula kepada sejarah pembentukan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, idea untuk menggubal FPK ini tercetus apabila
Laporan Kabinet yang mengkaji pelaksanaan dasar pelajaran telah diterbitkan pada
tahun 1979. Kesinambungan daripada itu, FPK ini juga telah digubal melalui usaha
berfikir yang rasional dan kritis yang berlandaskan dokumen dasar dan ideologi
negara. Dokumen dasar tersebut merangkumi Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar
Ekonomi Negara dan Dasar Ekonomi Baru, termasuklah ideologi negara iaitu Rukun
Negara. Tambahan pula, FPK ini lahir daripada satu proses pembangunan bangsa
dan negara yang agak panjang serta berkait rapat dengan pembangunan negara
Malaysia dan perkembangan dunia Islam. Malah, FPK ini juga menjelaskan tujuan
dan matlamat pendidikan iaitu untuk membangunkan semua aspek dalam diri
manusia secara seimbang dan menyeluruh serta merangkumi semua pengetahuan
untuk kemenjadian manusia (Syed Ismail & Ahmad Subki Miskon, 2014).

Oleh itu, hasrat yang terdapat dalam FPK dapat dilihat menerusi penyataan yang
dinyatakan seperti berikut:

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan


potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk
melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri

1
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2001)

Berdasarkan penyataan dalam FPK tersebut, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)


telah menetapkan matlamat dan misi pendidikan negara dalam FPK sebagai panduan kepada
pendidik agar mereka bergerak seiring untuk mencapai hasrat yang dinyatakan dalam FPK.
Usaha ini memerlukan guru sebagai pendidik untuk memainkan peranan penting dalam
melahirkan murid yang seimbang serta boleh menyumbang kepada masyarakat secara positif
dan konstruktif. Justeru, satu Falsafah Pendidikan Guru (FPG) telah digubal agar dapat
menjadikan panduan bagi merealisasikan matlamat dalam FPK (Noriati, Lee, Zulkufli, & Zakiah,
2014). Dengan adanya FPG ini, maka warga pendidik yang berkualiti juga turut dapat
dihasilkan.

Berikut merupakan matlamat yang terkandung dalam FPG:

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung
aspirasi negara serta menyanjung warisan budaya negara, menjamin perkembangan
individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif
dan berdisiplin.

Menurut Mok Soon Sang (2009), matlamat FPG ini adalah bertujuan untuk menghasilkan guru
yang berkualiti dari segi peribadi, profesional, sosial dan amalan tingkah laku. Seterusnya, FPG
ini juga berhasrat untuk menghasilkan guru yang menguasai ilmu, kemahiran dan amalan nilai-
nilai profesionalisme keguruan serta berupaya untuk mencapai kecemerlangan pendidikan
untuk pengisian tuntutan Wawasan Pendidikan dalam abad ke-21.

Melalui matlamat yang terkandung dalam FPG, dapat disimpulkan bahawa FPG ini akan
memberikan implikasi kepada guru iaitu guru dapat melengkapkan diri dengan pelbagai
pengetahuan yang berkaitan dengan perkembangan dan kepentingan pendidikan dalam
kehidupan. Selain itu, guru juga menggunakan kemahiran ikhtisas agar dapat meningkatkan
kualiti pengajaran dan pembelajaran selaras dengan hasrat FPG. Tambahan pula, guru dapat
menyemai dan memupuk amalan nilai-nilai murni dan etika profesion keguruan kepada murid
sesuai dengan tuntutan keperluan pendidikan dan masa hadapan.

2
2.0 ISU-ISU DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Dalam falsafah pendidikan yang terdapat di Malaysia iaitu Falsafah Pendidikan


kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG), terdapat beberapa isu yang
dapat dikenal pasti dengan menganalisis kandungan yang terdapat dalam kedua-
dua falsafah tersebut. Berikut merupakan isu-isu yang akan dikupas sama ada
hasrat yang dinyatakan dalam FPK berkesan atau tidak :

2.1 ISU SISTEM BERORIENTASIKAN PEPERIKSAAN


Isu pendidikan berorientasikan sistem peperiksaan kini sering menjadi isu hangat
yang sering dibincangkan dalam kalangan masyarakat. Peperiksaan atau
pentaksiran dapat ditakrifkan sebagai satu kaedah untuk mengukur keupayaan dan
kemampuan seseorang terhadap sesuatu yang dipelajari atau kemahiran yang
diikuti. Manakala, Kubiszyn dan Borich (1996) pula mendefinisikan pentaksiran sebagai suatu
proses pengumpulan data-data pembelajaran pelajar untuk tujuan mengenal pasti masalah
pembelajaran pelajar serta digunakan untuk membuat keputusan mengenai pelajar. Secara
amnya, peperiksaan ini mengukur sejauh mana objektif kurikulum yang dibina dapat dicapai
keberkesanannya.

Dalam sistem pendidikan di Malaysia, peperiksaan merupakan antara kaedah


pentaksiran yang digunakan sebagai kayu ukur untuk mengukur prestasi
pencapaian individu di akhir proses pengajaran dan pembelajaran (Fara Dhila,
2012). Walau bagaimanapun, prestasi pencapaian individu tersebut hanya dapat
dinilai dan diukur melalui pencapaian mereka dalam peperiksaan, bukan dinilai dan
diukur melalui perkembangan emosi, jasmani, rohani dan sosial murid. Hal ini jelas
bercanggah dengan hasrat yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
iaitu pendidikan bertujuan untuk memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Oleh itu, sistem pendidikan
berorientasikan peperiksaan ini tidak seharusnya digunakan sebagai kaedah

3
pentaksiran sehingga boleh mengabaikan aspek perkembangan murid yang lain.
Hal ini akan menyebabkan potensi individu untuk berkembang secara holistik tidak
akan tercapai.

Tambahan pula, perkembangan potensi individu dari segi JERIS tidak dapat
dicapai sepenuhnya kerana sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan ini telah
menyebabkan penekanan terhadap ilmu, sahsiah dan penerapan nilai serta aspek
perkembangan yang lain sudah menjadi kurang untuk dititikberatkan kepada
pelajar. Kini, seolah-olah matlamat utama sistem tersebut lebih mengutamakan
pelajar untuk lulus peperiksaan dan mendapat keputusan yang cemerlang. Malah,
menurut Shahril Marzuki dan Habib Mat Som (2001), program-program yang
dilaksanakan oleh KPM adalah lebih menjurus kepada melahirkan pelajar yang
cemerlang dalam peperiksaan, bukannya cemerlang secara menyeluruh. Hal ini
bukan sahaja menyebabkan tekanan kepada guru untuk melaksanakannya, tetapi ia
juga turut menjadi bebanan kepada pelajar kerana mereka perlu berlumba-lumba
untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dan mendapatkan bilangan A yang
banyak.

Kini, terdapat isu yang timbul yang mengatakan bahawa sekolah di lihat
sebagai satu institusi yang hanya berperanan dalam menyediakan murid untuk
menghadapi peperiksaan semata-mata. Hal ini dianggap sedemikian kerana proses
pembelajaran murid sepanjang tahun hanya bertujuan untuk menghabiskan
sukatan pelajaran dalam masa yang singkat sebelum membuat persediaan untuk
menempuh peperiksaan. Hal ini menyebabkan penglibatan murid dalam aktiviti
kokurikulum sangat kurang kerana pembelajaran mereka hanya berfokuskan kepada
persediaan untuk menghadapi peperiksaan dan pengisian masa lapang mereka pula
diisi dengan aktiviti kelas tambahan. Walhal, penglibatan murid dalam aktiviti
kokurikulum amat digalakkan kerana ianya boleh membantu dalam meningkat
aspek perkembangan fizikal, sosial dan emosi murid. Oleh hal yang demikian,
peluang murid untuk meningkatkan potensi diri mereka sangat tipis kerana mereka
hanya menumpukan ke arah meningkatkan pencapaian akademik dengan
cemerlang sahaja.

Sebelum ini, Mantan Menteri Pelajaran Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin
pernah mencadangkan bahawa pemansuhan peperiksaan UPSR dan PMR akan

4
dilaksanakan kerana sistem pendidikan negara terlalu berorientasikan peperiksaan
sehingga menyebabkan matlamat pendidikan negara dan hasrat FPK tidak dapat
dicapai dan jauh tersasar. Beliau juga mengatakan bahawa matlamat sekolah untuk
menuntut ilmu, kreatif dan meningkatkan potensi secara holistik tidak akan dicapai
sepenuhnya sekiranya sistem pendidikan negara terlalu menjurus ke arah
peperiksaan. Oleh itu, kerajaan perlu mengambil inisiatif dengan cara mengubah
dasar pendidikan ke arah yang lebih sistematik dan mengambil kira semua aspek
bagi memastikan hasrat FPK untuk melahirkan individu yang seimbang dan
harmonis dari segi JERIS dapat dicapai kelak.

2.2 ISU PROFESION DAN PROFESIONALISME


Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2015), profesion bermaksud pekerjaan
terutamanya yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan khas. Manakala,
konsep profesionalisme pula merupakan satu pekerjaan yang khusus dan dijalankan
oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang bermutu, jujur,
berdedikasi, berakauntabiliti dan bermoral tinggi serta mematuhi kod etika yang
ditentukan oleh organisasinya (Mok Soon Sang, 2003). Oleh itu, kedua-dua
perkataan ini membawa maksud seseorang pekerja yang mendapat latihan khusus
dan melaksanakan pekerjaannya mengikut kod etika profesion yang diceburinya.
Dalam konteks keguruan, profesion sebagai seorang guru sangat istimewa kerana
guru bukan sahaja bertindak sebagai penyampai ilmu, malah turut berperanan
sebagai ejen perubahan kepada masyarakat.

Menurut Syed Ismail dan Ahmad Subki Miskon (2013), profesion perguruan
merupakan profesion yang tidak ditelan zaman dan kini kehebatannya tidak dapat
dipersoalkan lagi. Imej perkembangan profesionalisme pendidikan guru semakin
mendapat perhatian seluruh masyarakat kerana pendidikan telah mewajibkan guru
pelatih menjalani pelbagai kemahiran baharu sesuai dengan arus globalisasi.
Namun sejak kebelakangan ini, profesion keguruan telah dipenuhi dengan pelbagai
cabaran. Terdapat isu-isu yang timbul yang berkaitan dengan profesionalisme
keguruan seperti amalan profesionalisme guru. Menurut Maszuria A. Ghani, Mohd
Zain Kosnon, Marina Abdul Majid dan Wan Noor Siah (2015), profesionalisme guru
ini merujuk kepada keupayaan guru untuk menjalankan tugasnya sebagai pendidik

5
dan pengajar yang meliputi kemahiran merancang, melakukan dan melaksanakan
penilaian pembelajaran. Oleh itu, guru perlu cekap dalam mengendalikan sesuatu
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas dengan menggunakan kaedah
dan teknik pengajaran, pendekatan pengajaran serta pengawalan kelas dengan
baik.

Walau bagaimanapun, isu berkaitan amalan profesionalisme guru ini telah


menjadi perkara yang serius untuk diperbincangkan dalam kalangan masyarakat.
Antara isu tersebut adalah seperti guru menunjukkan tingkah laku dan sahsiah yang
kurang baik kepada pelajar. Perkara ini secara tidak langsung akan mengundang
kepada masyarakat untuk mempertikaikan tentang profesionalisme keguruan
seorang guru. Misalnya, seorang guru bersikap tidak adil dan berat sebelah dalam
mendidik anak muridnya. Walhal, guru harus tahu bahawa dalam proses mendidik,
guru harus faham dengan konsep penerimaan tanpa syarat terhadap seseorang
individu kerana Saayah Abu (2007) mengatakan bahawa setiap individu mempunyai
perkembangan dan kelebihan yang berbeza-beza.

Tambahan pula, sikap guru yang sering masuk lewat ke kelas, merokok dan
membuang sampah merata-rata juga akan turut menjadi ikutan kepada anak murid
kerana murid telah menganggap guru sebagai role-model mereka dan seseorang
individu itu belajar melalui pemerhatian dan proses peniruan (Berk, 2009). Perkara
ini nyata bertentangan dengan FPG kerana perkara utama yang ditekankan dalam
FPG adalah bertujuan untuk melahirkan guru yang berpekerti mulia. Sekiranya guru
menunjukkan sahsiah dan tingkah laku yang negatif di hadapan pelajar, maka
profesionalisme keguruan akan terjejas. Oleh itu, seorang guru haruslah
menunjukkan tingkah laku yang baik seperti bersabar, menepati masa,
berketerampilan diri dan bijak menangani sesuatu masalah

Bukan itu sahaja, dalam dunia pendidikan ini juga kita sering mendengar
berita mengenai guru yang mendenda murid dengan keterlaluan sehingga
menyebabkan kecederaan akibat murid tersebut tidak menyiapkan kerja rumah,
tidak membawa buku latihan dan kesalahan kecil yang dilakukan oleh murid.
Walaupun guru mendenda murid tersebut bertujuan untuk memberi pengajaran,
namun perbuatan mendenda yang keterlaluan sehingga boleh menyebabkan
kecederaan merupakan satu perbuatan yang serius. Hal ini boleh mengundang

6
kemarahan ibu bapa sekaligus mencemarkan imej guru dan juga profesion
keguruannya. Oleh hal yang demikian, guru haruslah bertindak rasional sekiranya
hendak mendidik dengan tujuan untuk memberi pengajaran. Tindakan yang
mengikut emosi bukan sahaja mendatangkan keburukan kepada diri, malah kepada
negara kerana ia bercanggah dengan matlamat FPG untuk melahirkan guru yang
berpekerti mulia serta berdisiplin.

Kesinambungan daripada itu, guru yang profesional harus berupaya untuk


membuat keputusan dan menyelesaikan masalah serta berfikiran kritis dan kreatif
(Maszuria A. Ghani, Mohd Zain Kosnon, Marina Abdul Majid & Wan Noor Siah, 2015).
Akan tetapi, dalam konteks ini, terdapat guru yang mengalami kesukaran untuk
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam melaksanakan sesuatu
tindakan dan menilai semula hasil sesuatu perkara yang telah dijalankan (Syed
Ismail & Ahmad Subki Miskon, 2010). Misalnya, guru yang diberi tugas sebagai
pelaksana sesuatu program tidak dapat bertindak dengan proaktif kerana tidak
berkemahiran dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang
berlaku dalam sesuatu program yang telah dianjurkan. Hal ini telah menunjukkan
bahawa isu profesionalisme berkaitan profesionalisme keguruan telah menjadi
sesuatu yang hangat diperkatakan di sekolah khususnya kepada guru yang baharu.
Hal ini kerana mereka tidak mampu untuk mengurus, merancang, melaksana,
menilai dan sebagainya. Walhal, tugas seorang guru itu tidak akan lari daripada
aspek pengurusan dan pengendalian sesuatu majlis atau program (Anita E.
Woolfolk, 2012).. Oleh sebab itu, matlamat FPG untuk melahirkan guru yang
berpandangan progresif dan saintifik tidak akan tercapai sepenuhnya

Syed Ismail dan Ahmad Subki Miskon (2013) juga ada mengatakan bahawa
tanggungjawab mendidik anak bangsa bukan suatu tugas yang mudah. Sebagai
golongan pendidik, guru perlu memainkan peranan yang besar sebagai ejen
keberkesanan pendidikan bagi memenuhi matlamat yang terkandung dalam FPG
kerana guru juga bertanggungjawab dalam memastikan FPK dan FPG dapat dicapai
dengan jayanya. Oleh itu, guru perlu menguasai dan memahami sepenuhnya
konsep perguruan dan profesionalisme perguruan ini bagi memastikan
profesionalisme pendidikan guru berada pada landasan yang betul dan tidak
menimbulkan isu yang boleh menjadi parasit dalam bidang pendidikan.

7
3.0 PENUTUP
Sebagai rumusan, seiring dengan arus perkembangan globalisasi, tidak dinafikan
bahawa dunia pendidikan juga semakin berubah ke arah yang lebih canggih dengan
adanya perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Perubahan yang
berlaku dalam dunia pendidikan ini akan menjadikan cabaran yang dihadapi oleh
guru kian bertambah sama ada cabaran tersebut merangkumi cabaran terhadap
murid, rakan sejawat, ibu bapa ataupun masyarakat. Malah, seorang guru sangat
dituntut untuk menyiapkan diri ke arah profesionalisme guru yang berkualiti dari
segi profesionalisme, peribadi, sosial, ilmu, penerapan amalan nilai-nilai keguruan
dan kemahiran bagi mencapai Wawasan Pendidikan menjelang abad ke-21.

Oleh hal yang demikian, isu-isu yang berkaitan dengan falsafah pendidikan di
Malaysia dapat dikurangkan melalui peningkatan kualiti guru dalam bidang

8
pendidikan. Justeru, seorang pendidik sangat memainkan peranan penting dalam
memastikan hasrat yang terkandung dalam FPK untuk memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi melahirkan insan yang simbang
dan harmonis dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek mahupun sosial dapat
dicapai. Selain itu, guru yang mempunyai akhlak yang mulia, berfikiran kreatif dan
kritis , berkepimpinan, berpengetahuan, berkemahiran dan mengamalkan amalan
berpaksikan kepada ajaran agama dapat dihasilkan sekaligus mencapai matlamat
dalam FPG.

4.0 RUJUKAN

Anita E. Woolfolk. (2012). Psikologi pendidikan. Upper Saddle River, NJ: Allyn &
Bacon.

Berk, L.E. (2009). Child development (8th ed). Pearson Education: Allyn & Bacon.

9
Fara Dhila. (2012, June 10). Sistem pendidikan masih berorientasikan peperiksaan.
Di ambil pada 28 September 2016 dilaman web:
https://www.scribd.com/doc/110392746/SISTEM-PENDIDIKAN-MASIH-
BERORIENTASIKAN-PEPERIKSAAN

Kamus Dewan (4th ed.). (2015). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kubiszyn, T. & Borich, G. 1996. Educational Testing and Measurement Classroom Application
and Practice. Fifth Edition. New York: HarperCollin College Publishers.

Maszuria A. Ghani, Mohd Zain Kosnon, Marina Abdul Majid & Wan Noor Siah. (2015).
Falsafah dan pendidikan di Malaysia. Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. (2003). Ilmu pendidikan untuk KPLI: Profesionalisme keguruan.
Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. (2009). Falsafah dan pendidikan di Malaysia. Selangor: Penerbitan
Multimedia Sdn, Bhd.

Noriati A.Rashid, Lee Kok Cheong, Zulkufli Mahayuddin, & Zakiah Noordin. (2014).
Falsafah dan pendidikan di Malaysia (2nd ed.). Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Saayah Abu. (2007). Menjadi guru tadika. Selangor : PTS Professional Publishing
Sdn. Bhd.

Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon. (2010). Guru dan cabaran
semasa. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon. (2013). Asas kepimpinan dan
perkembangan profesional. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon. (2014). Pengantar pengajian
profesionalisme. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

10
11