Anda di halaman 1dari 13

1.

0 PENGENALAN
Kurikulum mempunyai pelbagai definisi yang berbeza-beza. Menurut Hashimah
Hashim dan Yahya Che Lah (2003), kurikulum merupakan rancangan pengajaran
dan pembelajaran yang disusun bagi mencapai sesuatu matlamat pendidikan.
Manakala, Catron dan Allen (2003) menganggap bahawa kurikulum ini merupakan
satu set aktiviti yang memenuhi matlamat dan objektif yang dirancang, rangka
kerja untuk pemilihan aktiviti dan bahan, atau pendekatan komprehensif untuk
memupuk perkembangan menyeluruh kanak-kanak. Rebecca dan Moncrieff (2007)
pula menyatakan bahawa kurikulum merangkumi apa yang kanak-kanak perlu tahu
dan bagaimana mereka perlu diajar. Secara umumnya, kurikulum ini mengandungi
pernyataan falsafah, matlamat, objektif, kandungan, aktiviti pembelajaran dan
penilaian yang dapat meningkatkan lagi keberkesanan pelaksanaan kurikulum.

Justeru, guru memainkan peranan penting sebagai ejen pelaksana kurikulum


pendidikan yang bertanggungjawab dalam memastikan matlamat kurikulum
pendidikan dapat direalisasikan. Oleh itu, guru perlu memahami kurikulum, bijak
memilih pendekatan dalam strategi pengajaran, berkemahiran dalam merancang
aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta cekap dalam merancang kaedah dan
teknik pengajaran bagi menghasilkan strategi pengajaran yang efektif. Menurut
Putri Zabariah, Bustam Kamri, dan Raja Hamizah (2008) pula, aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang disampaikan kepada kanak-kanak haruslah berkesan,
bermakna dan menggembirakan bagi memastikan matlamat kurikulum dapat
dicapai melalui strategi pengajaran yang efektif. Hal ini bertujuan untuk
menyiapkan kanak-kanak agar mereka bersedia untuk terus bersama dalam sesi
pengajaran serta dapat menggalakkan perkembangan mereka dengan baik.

Oleh hal yang demikian, satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah
dirancang berdasarkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang
mana kurikulum ini menyediakan peluang kepada kanak-kanak yang berumur 4
hingga 6 tahun untuk mengembangkan potensi mereka dari aspek jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial. Berdasarkan aktiviti yang telah dirancang, strategi
pengajaran yang sesuai telah dipilih bagi mencapai objektif yang telah disasarkan
dalam aktiviti tersebut. Seterusnya, pelaksanaan strategi pengajaran yang
digunakan akan dilihat keberkesanannya terhadap pembelajaran dan

1
perkembangan kanak-kanak. Keberkesanan strategi pengajaran dalam
melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran amat dititikberatkan bagi
memastikan aktiviti P&P yang dilaksanakan lebih bermakna serta menarik minat
murid untuk terlibat dalam aktiviti P&P.

2.0 STRATEGI PENGAJARAN


Sebelum melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran, guru haruslah
mempunyai kemahiran dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang bersesuaian dengan umur, perkembangan diri, potensi, bakat serta minat
murid mengikut pendekatan Amalan yang Bersesuaian dengan Perkembangan
Murid (ABP). Aktiviti pembelajaran juga haruslah memberi penekanan kepada apa
yang harus diperoleh dan dicapai oleh murid agar objektif pembelajaran yang
disasarkan dapat dicapai. Selain daripada itu, pembelajaran haruslah berpusatkan
murid dengan menggunakan pendekatan yang sesuai seperti pendekatan belajar
melalui bermain, pendekatan bersepadu, pendekatan bertema dan sebagainya
(Rohani Abdullah, Nani Menon, & Mohd Sharani Ahmad, 2003). Manakala, pemilihan
sumber hendaklah berasaskan tema, persekitaran, minat dan pengetahuan sedia
ada murid bagi memastikan murid sentiasa bersedia dan berminat untuk belajar
(Saayah Abu, 2007).

2.1 PENDEKATAN PENGAJARAN


Dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P), saya telah
memilih pendekatan bertema dan pendekatan belajar melalui bermain
sebagai pendekatan pembelajaran yang saya akan gunakan dalam
merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Tema yang saya pilih untuk
dilaksanakan dalam aktiviti P&P adalah tema Diri Saya yang memfokuskan
kepada sub tema yang lebih kecil yang bertajuk Anggota Badan Saya.
Umum mengetahui bahawa kanak-kanak prasekolah berada dalam peringkat
perkembangan praoperasi. Dalam tahap perkembangan ini, kanak-kanak
mudah menerima sesuatu pembelajaran dengan aktif dan memerlukan
penglibatan secara langsung bagi membantu proses perkembangan kognitif,
bahasa, fizikal dan sosial mereka. Oleh hal yang demikian, pendekatan
bertema dan pendekatan belajar melalui bermain ini digunakan bagi
membantu proses pembelajaran lebih optimum, berkesan dan bermakna.

2
2.2 PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN AKTIVITI
Berdasarkan sub tema yang dipilih yang bertajuk Anggota Badan Saya,
beberapa jenis aktiviti telah dirancang untuk dilaksanakan dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran selama 30 minit. Guru telah merancang
aktiviti-aktiviti tersebut mengikut masa yang telah disesuaikan di dalam slot
pengajaran. Dalam aktiviti tayangan slaid, guru akan memaparkan gambar-
gambar anggota badan sebagai set induksi dan murid akan menyebut
bahagian-bahagian anggota badan yang dipaparkan dengan bimbingan guru.
Seterusnya, guru akan bersama-sama murid untuk menyanyikan lagu yang
bertajuk Kenali Badan Kita yang mana lirik lagu ini mempunyai nama-nama
anggota badan yang mudah untuk dieja seperti dagu, dahi, gigi, muka, mata,
pipi, kuku, dan kaki. Perkataan-perkataan ini hanya mempunyai dua suku
kata terbuka yang mana ia akan memudahkan murid untuk menyanyikannya
sebagai pengenalan kepada tajuk anggota badan.

Berikut merupakan lirik lagu Kenali Badan Kita:

Ayuh kawan-kawan, mari semua,


Kita berdendang,
Mari mengenal badan kita,
Apakah namanya (2x)
Dagu, dahi, gigi, muka,
Mata, pipi, kuku, kaki.

Seterusnya, bagi aktiviti P&P di Langkah 1, guru merancang untuk


melakukan aktiviti yang memerlukan murid untuk membuat pemerhatian
terhadap buah oren dengan menggunakan lima organ deria iaitu mata,
hidung, lidah, tangan dan telinga. Sebelum murid membuat pemerhatian,
guru menerangkan terlebih dahulu fungsi organ-organ deria kepada murid.

3
Misalnya, mata digunakan sebagai deria penglihatan, hidung digunakan
untuk menghidu, lidah pula digunakan sebagai deria rasa, kulit berfungsi
untuk menyentuh, manakala, telinga pula digunakan sebagai deria
pendengaran. Setelah guru memberi penerangan, murid diarahkan untuk
memerhati buah oren dengan cara melihat ciri-ciri fizikal buah oren seperti
warna, saiz dan bentuk, menghidu, menyentuh permukaan kulit, lalu merasa
buah oren yang sudah dipotong. Selepas itu, murid akan mendengar bunyi
yang terhasil semasa buah oren tersebut dikisar menggunakan pengisar.
Selepas murid membuat pemerhatian, mereka akan menyatakan hasil
pemerhatian mereka kepada guru lalu menyatakan semula sekurang-
kurangnya tiga fungsi-fungsi organ deria dengan betul.

Bagi aktiviti P&P di Langkah 2 pula, aktiviti ini dilakukan secara


berkumpulan yang mana murid akan dibahagikan kepada 4 kumpulan yang
terdiri daripada 5 orang murid untuk melakukan aktiviti mencantum puzzle
bergambar anggota badan. Puzzle ini diperbuat daripada polisterin dan
bersaiz A4 sahaja. Ini akan memudahkan murid untuk mencantum puzzle
tersebut kerana ia dicerakinkan kepada 6 cebisan puzzle. Sebelum
melakukan aktiviti ini, murid diingatkan untuk mengambil bahagian dan
bekerjasama dalam mencantum cebisan puzzle sehingga ia menghasilkan
sebuah gambar bahagian anggota badan seperti mulut, tangan, kaki dan
mata. Hal ini bertujuan untuk menerapkan nilai kerjasama dan toleransi
dalam melakukan aktiviti berkumpulan. Guru pula berperanan untuk
menyelaras, memerhati, memberi galakan dan membantu kanak-kanak
apabila diperlukan. Seterusnya, murid-murid akan menyatakan fungsi
anggota badan yang mereka berjaya hasilkan lalu mempamerkan hasil
puzzle tersebut di hadapan kelas.

Beralih pula kepada aktiviti P&P di Langkah 3, aktiviti ini menekankan


kepada aktiviti hands-on yang mana murid dikehendaki untuk menghasilkan
satu lakaran anggota badan yang besar. Aktiviti ini dilakukan secara
berpasangan dengan cara murid menekap bentuk badan rakannya yang
berbaring di atas kertas mahjong menggunakan marker pen. Setelah murid
selesai menekap bentuk tubuh badan rakannya, mereka dikehendaki pula
untuk menggunting lakaran tersebut mengikut garisan dengan bantuan guru.

4
Setelah murid selesai menggunting, hasil lakaran mereka akan ditampal di
atas kadbod lalu mereka akan melabelkan bahagian-bahagian anggota badan
tersebut secara bergilir-gilir.

Sebagai aktiviti penutup, guru merumuskan apa yang telah dipelajari


sepanjang aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Guru
merumuskan semula nama-nama anggota badan, fungsi organ deria dan
menjelaskan tentang kepentingan menjaga kesihatan tubuh badan kepada
murid. Selepas itu, guru bersama-sama murid menyanyikan lagu Deria
sebagai penutup. Berikut merupakan lirik lagu Deria :

Dua mata saya suka lihat buku,


Dua telinga saya dengar cakap cikgu,
Satu hidung saya suka hidu bau,
Satu mulut saya suka baca buku,
Sepuluh jari saya bilang satu-satu.

3.0 JUSTIFIKASI PEMILIHAN DAN KEBERKESANAN STRATEGI PENGAJARAN


Dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran kepada murid prasekolah,
guru telah memilih pendekatan bertema dan pendekatan pembelajaran melalui
bermain sebagai strategi pengajaran. Melalui pendekatan yang telah digunakan,
guru dapat mengenal pasti kesan pendekatan pembelajaran ini kepada
pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak di dalam kelas.

3.1 PENDEKATAN BERTEMA


Menurut Eliason dan Jenkins (2003), pendekatan bertema ini melibatkan pelbagai
aktiviti pembelajaran yang dirancang berdasarkan satu idea utama. Aktiviti-aktiviti
ini disepadukan dalam semua aspek kurikulum dan mengambil jangka masa yang
agak lama untuk disepadukan. Integrasi yang wujud ini akan memudahkan kanak-
kanak untuk memperoleh pengetahuan dan kemahiran melalui pengalaman
sebenar.

Berdasarkan tema yang dipilih iaitu Diri Saya, guru telah memfokuskan tema
tersebut kepada tajuk yang lebih spesifik lagi iaitu Anggota Badan Saya bagi
memastikan aktiviti P&P ini dapat dijalankan dengan sistematik dan tersusun. Hal
ini disokong oleh Brewer (2001) bahawa pembelajaran bertema membantu guru

5
menyusun pemikiran, memilih perbendaharaan kata dan merancang aktiviti yang
relevan untuk dilaksanakan. Pendekatan bertema ini dipilih kerana ia berkaitan
dengan kehidupan dan persekitaran murid dan bersesuaian dengan pengalaman
sedia ada serta murid akan memperoleh pengalaman baharu secara sistematik dan
berterusan. Misalnya, murid sudah mempunyai pengetahuan sedia ada tentang
bahagian-bahagian anggota badan mereka kerana ia berkaitan dengan kehidupan
seharian mereka.

Selain itu, pendekatan bertema ini digunakan kerana sumber dan bahan yang
akan digunakan dalam proses P&P mudah diperolehi. Misalnya, bahan untuk aktiviti
pemerhatian menggunakan deria, aktiviti mencantum puzzle serta aktiviti
menekap bentuk tubuh badan telah menggunakan bahan yang mudah diperolehi
dan konkrit seperti buah oren, puzzle yang diperbuat daripada polisterina terpakai,
serta kertas mahjong untuk membuat lakaran tubuh badan. Bahan dan peralatan
yang digunakan amat penting dalam proses P&P kerana ianya akan mempengaruhi
keberkesanan strategi pengajaran guru. Bahan dan aktiviti yang tersusun dan
keselamatan penggunaan bahan dan peralatan perlu dititikberatkan dalam proses
P&P bagi memastikan keberkesanan strategi pengajaran guru.

Kesimpulannya, pendekatan bertema ini berkesan untuk digunapakai dalam


strategi pengajaran di dalam kelas bagi mencapai objektif pembelajaran yang
disasarkan.

3.2 PENDEKATAN BELAJAR MELALUI BERMAIN


Menurut Imran Ariff Ariffin, Faizul Ab Kadir , Khadijah Ibrahim, Rizawati Abd Halim, &
Wan Zurianti (2010), pendekatan belajar melalui bermain adalah salah satu teknik
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan serta mendatangkan keseronokan dan
kepuasan kepada kanak-kanak dalam proses pembelajaran. Aktiviti bermain juga
dapat membantu kanak-kanak untuk meningkatkan aspek perkembangan fizikal,
sosioemosi, kognitif, bahasa, serta potensi kanak-kanak ke tahap yang
memberangsangkan. Oleh hal yang demikian, guru telah menggunakan pendekatan
ini dalam merancang dan melaksanakan aktiviti P&P kepada kanak-kanak
prasekolah.

Pendekatan belajar melalui bermain akan memberikan pengalaman secara


tidak langsung kepada kanak-kanak melalui aktiviti penerokaan, penemuan dan

6
sebagainya dengan menggunakan organ deria mereka. Buktinya, pengalaman
sebenar akan diperolehi oleh murid melalui aktiviti P&P yang dilaksanakan dalam
langkah 1 iaitu murid membuat pemerhatian terhadap buah oren dengan
menggunakan kelima-lima deria mereka. Guru juga menyediakan bahan konkrit,
benar dan bermakna dalam melaksanakan aktiviti ini iaitu buah oren. Menerusi
aktiviti ini, proses penerimaan sensori atau deria seperti penglihatan,
pendengaran, sentuhan, bau dan rasa akan terangsang dan memberikan
pengalaman pembelajaran secara tidak langsung. Montessori juga menyokong
bahawa kanak-kanak mendapat pengalaman dan latihan melalui penggunaan deria
dengan cekap (Berk, 2009). Justeru, keberkesanan pendekatan pengajaran ini dapat
dilihat apabila kanak-kanak sudah boleh menyatakan hasil pemerhatian mereka
melalui penggunaan deria dan dapat menyebut fungsi organ-organ deria dengan
betul pada akhir pembelajaran.

Seterusnya, pendekatan belajar melalui bermain ini juga digunakan dalam


aktiviti bermain puzzle dan aktiviti menekap bentuk tubuh badan yang
dilaksanakan dalam langkah 2 dan 3 pada slot pengajaran. Dalam aktiviti bermain
puzzle, murid bukan sahaja dapat mengenal bahagian dan fungsi anggota badan,
malah mereka juga dapat menambah perbendaharaan kata dalam kehidupan
seharian mereka Malah, murid dapat menggunakan koordinasi mata dan tangan
serta kemahiran motor halus ketika memasang puzzle sekaligus akan membantu
meningkatkan perkembangan fizikal mereka. Tambahan pula, aktiviti ini dapat
memupuk nilai kerjasama dan toleransi dalam ahli kumpulan. Hal ini secara tidak
langsung dapat meningkatkan perkembangan sosial dan kognitif kanak-kanak
kerana mereka belajar sesuatu perkera melalui interaksi dengan persekitaran. Teori
Perkembangan Kognitif Vygotsky juga menyokong bahawa kanak-kanak membina
pengetahuan dan memperkembangkan kemahiran kognitif melalui interaksi sosial
(Berk, 2009).

Manakala, bagi aktiviti menekap bentuk tubuh badan pula, guru menyediakan
bahan konkrit seperti kertas mahjong, gunting, dan marker pen untuk menghasilkan
satu gambar rajah anggota badan yang besar. Aktiviti ini juga menggalakkan
komunikasi dalam kalangan kanak-kanak dalam kumpulan serta merangsang
kreativiti dan imaginasi kanak-kanak. Contohnya, murid dapat menghasilkan satu
gambar anggota badan manusia yang besar dengan cara menekap bentuk badan

7
rakannya yang berbaring di atas kertas mahjong. Seterusnya, mereka akan
menggunting, menampal lukisan serta melabel sekurang-kurangnya empat
bahagian anggota badan dengan betul. Hal ini bertujuan untuk mencapai objektif
yang telah disasarkan semasa akhir pembelajaran. Semasa melakukan aktiviti ini,
murid dapat meningkatkan kemahiran motor halus mereka melalui aktiviti melukis
dan menggunting lukisan mengikut garisan. Nilai ketekunan dan berhati-hati
semasa melakukan aktiviti juga dapat dilihat dalam proses P&P ini.

Kesimpulannya, keberkesanan pendekatan belajar melalui bermain ini dapat


dilihat apabila murid dapat mengukuhkan kemahiran dan konsep pembelajaran
daripada umum kepada spesifik dan konkrit ke abstrak. Seterusnya, murid juga
dapat meningkatkan perkembangan fizikal seperti kemahiran motor halus dan
koordinasi mata dan tangan disamping mengukuhkan perkembangan yang lain
seperti perkembangan kognitif, bahasa, sosial dan emosi. Melalui aktiviti-aktiviti ini
juga, penerapan nilai-nilai murni dapat diterapkan dalam diri kanak-kanak serta
melibatkan mereka dalam aktiviti penerokaan dan penyelesaian masalah.

4.0 REFLEKSI
Melalui aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan dalam pengajaran dan
pembelajaran, terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan yang dapat dikenal pasti
semasa melaksanakan strategi pengajaran dalam aktiviti P&P. Antara kekuatan dan
kelemahan tersebut adalah seperti berikut:

4.1 KEKUATAN
Semasa melaksanakan aktiviti P&P ini, antara kekuatan yang diperoleh ialah
guru dapat menarik minat dan perhatian murid semasa melaksanakan aktiviti
set induksi iaitu tayangan slaid bergambar dan aktiviti menyanyi. Hal ini
kerana guru memulakan pengajaran dengan menayangkan slaid bergambar
yang menarik perhatian murid-murid untuk mempelajari tajuk tersebut. Slaid
bergambar yang ditayangkan adalah berwarna-warni dan menggunakan
animasi kartun sebagai model anggota tubuh badan manusia. Dalam
melaksanakan aktiviti ini, kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK) telah diaplikasikan iaitu slaid bergambar tersebut dibentangkan dalam

8
aplikasi Prezi. Hal ini akan menarik lagi minat murid-murid untuk
menumpukan perhatian terhadap apa yang akan ditayangkan

Seterusnya, kekuatan yang diperoleh adalah penggunaan benda


maujud dapat menggalakkan kanak-kanak belajar melalui pengalaman yang
sebenar. Oleh itu, bahan yang mudah diperoleh, selamat dan berkesan telah
digunakan sebagai bahan bantu mengajar. Ini telah menjadikan aktiviti P&P
lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan kepada kanak-kanak. Aktiviti
seperti menghasilkan lukisan bentuk badan menggunakan tubuh badan
murid juga telah menjadikan aktiviti ini menarik untuk dilaksanakan. Aktiviti
ini juga telah menggalakkan penglibatan aktif murid untuk turut serta dalam
menghasilkan kreativiti mereka di hadapan kelas. Ini akan membuatkan
murid berasa dihargai dan mereka mempunyai keyakinan untuk
menghasilkan sesuatu yang baharu kelak.

4.2 KEKURANGAN
Setiap kekuatan yang diperoleh, pasti terdapat kekurangannya. Terdapat
beberapa kekurangan yang telah dikenal pasti sepanjang melaksanakan
aktiviti P&P tersebut. Antara kekurangan tersebut ialah guru mengalami
kekangan masa ketika melaksanakan aktiviti yang dirancang dalam langkah
3 iaitu aktiviti menekap bentuk tubuh badan. Aktiviti ini telah
memperuntukkan masa selama 7 minit sahaja. Masalah kesuntukan masa
telah berlaku kerana aktiviti ini melibatkan proses yang lama ketika murid
hendak menekap bentuk tubuh badan manusia. Ini mungkin disebabkan oleh
faktor rakan yang tidak memberi kerjasama ketika pasangannya ingin
menekap bentuk tubuh badannya. Selain itu, proses menggunting lukisan
yang terhasil mengikut garisan juga telah mengambil masa yang lama untuk
disiapkan. Oleh itu, proses pengajaran juga turut terganggu kerana
kesuntukan masa dan terpaksa dipercepatkan. Ini menyebabkan murid tidak
akan berasa puas kerana terdapat beberapa kumpulan yang tidak sempat
untuk menggunting lukisan mereka dan tidak sempat ditampal diatas
kadbod untuk dipamerkan.

9
Bukan itu sahaja, aktiviti P&P yang dilaksanakan juga mempunyai
kekurangan dari segi bahan bantu mengajar. Misalnya, aktiviti bermain
puzzle telah menggunakan puzzle yang diperbuat daripada bahan yang
mudah patah iaitu polisterina. Masalah ini dapat dikenal pasti ketika aktiviti
bermain puzzle dilaksanakan dalam kumpulan. Murid-murid berasa teruja
untuk bermain sehingga mereka terlupa untuk berhati-hati dalam
mengendalikan cebisan puzzle tersebut dengan cermat. Akibatnya, terdapat
cebisan puzzle telah patah. Namun, perkara ini dapat diatasi oleh guru
dengan cara melekat semula puzzle yang patah tersebut menggunakan pita
pelekat. Oleh itu, penggunaan bahan yang mudah patah dan rosak ini perlu
dielakkan kerana sifat kanak-kanak yang mudah teruja dan lasak boleh
menyebabkan BBM yang digunakan akan mudah rosak.

4.2 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN


Berdasarkan kekurangan yang telah dikenal pasti, terdapat beberapa
cadangan penambahbaikan yang diketengahkan agar pelaksanaan strategi
pengajaran dapat ditambah baik pada masa akan datang. Antara cadangan
penambahbaikan yang boleh dilakukan ialah guru perlu menyesuaikan aktiviti
yang dirancang dengan masa yang diperuntukkan dalam slot pengajaran.
Aktiviti yang dirancang pula haruslah tidak membebankan murid untuk
menyiapkannya dengan segera. Malah, guru perlu bertindak untuk
membimbing serta mengembangkan cetusan idea dan pemikiran murid. Guru
perlu membantu murid untuk memulakan dan menamatkan sesuatu aktiviti.
Selain itu, guru juga boleh mengubah aktiviti dengan cara menyediakan
gambar anggota tubuh badan yang mana murid tidak perlu melakukan
aktiviti menekap. Mereka hanya dikehendaki untuk melabelkan bahagian-
bahagian anggota badan dengan betul sahaja bagi menyesuaikan
pelaksanaan aktiviti dengan peruntukan masa yang ditetapkan. Hal ini bagi
mengelakkan proses pengajaran tidak berhenti disitu sahaja setelah masa
tamat.

Seterusnya, bahan bantu mengajar yang digunakan dalam aktiviti P&P


pula haruslah selamat, tahan lasak dan mudah dikendalikan. Contohnya, BBM

10
yang digunakan dalam aktiviti bermain puzzle haruslah diperbuat daripada
bahan yang tidak mudah patah dan rosak seperti kotak. Bahan seperti
polisterina ini sebenarnya boleh digunakan tetapi murid perlukan bimbingan
dan nasihat daripada guru sebelum memulakan aktiviti. Guru perlu
mengingatkan murid agar berhati-hati dan tidak berebut ketika memasang
puzzle tersebut. Hal ini bertujuan untuk menerapkan nilai toleransi dan
berhati-hati semasa melakukan aktiviti berkumpulan. Selain itu, guru
haruslah membuat lebihan BBM sebagai sampingan sebagai langkah awal
bagi memastikan perkara seperti kerosakan BBM dapat diatasi. Dengan
adanya lebihan BBM, maka pengajaran guru dapat dijalankan dengan lancar
dan proses pembelajaran murid juga dapat dilaksanakan dengan berkesan.

5.0 RUMUSAN
Sebagai rumusan, seorang pendidik awal kanak-kanak haruslah memahami
pembentukan sesebuah kurikulum. Sebagai pelaksana kurikulum, maka guru
berperanan dalam memastikan kehendak kandungan kurikulum dan kehendak
perkembangan kanak-kanak dapat dicapai. Guru hendaklah membantu kanak-kanak
dalam aspek perkembangan kognitif, bahasa, fizikal, dan sosioemosi mereka secara
holistik agar mereka dapat meningkatkan potensi mereka agar mereka terbentuk
menjadi insan yang bakal meneraju negara pada masa hadapan. Justeru, guru
memainkan peranan penting dalam merancang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran, bijak memilih pendekatan dalam strategi pengajaran, serta cekap
dalam merancang kaedah dan teknik pengajaran supaya bertepatan dengan
kehendak kurikulum, Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta matlamat negara.

11
6.0 RUJUKAN
Berk, L.E. (2009). Child development (8th ed). Pearson Education: Allyn & Bacon.

Brewer. J.A. (2001). Introduction to early childhood education: Preschool through


primary grades (4th ed.). Boston: Allyn & Bacon.

Catron, C.E., & Allen, J. (2003). Early childhood curriculum: A creative play model
(3rd ed). Upper Saddle River, NJ: Pearson.

Eliason, C., & Jenkins, L.T. (2003). A practical guide to early childhood curriculum (7th
ed.). Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall.

Hashimah Hashim & Yahya Che Lah. (2003). Panduan pendidikan prasekolah.
Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Imran Ariff Ariffin, Faizul Ab kadir, Khadijah Ibrahim, Rizawati Abd Halim, & Wan
Zurianti Wan Abdullah. (2010). Kajian-kajian lepas berkaitan pendidikan awal
kanak-kanak di peringkat tadika atau prasekolah. Dimuat turun pada 28
September 2016 dilaman web: https://www.academia.edu

12
Kostelnik, M.J., Soderman, A.K., & Whiren, A.P. (2004). Developmentally appropriate
curriculum: Best practices in early childhood education (3rd ed). New Jersey:
Pearson Education Inc.

Nani Menon & Rohani Abdullah. (2003). Panduan mengembangkan daya fikir kanak-
kanak prasekolah. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Putri Zabariah, Bustam Kamri, & Raja Hamizah. (2008). Tadika berkualiti. Kuala
Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Rebecca S.N., & Moncrieff Cochran. (Ed.). (2007). Early Childhood Education: An
International Encyclopedia, 1. (pp. 176). Westport: Praeger Publishers.

Rohani Abdullah, Nani Menon, & Mohd Sharani Ahmad. (2003). Panduan kurikulum
prasekolah. Pahang: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.

Saayah Abu. (2007). Menjadi guru tadika. Selangor : PTS Professional Publishing
Sdn. Bhd.

13