Anda di halaman 1dari 16

Bahagian A

Jawab semua soalan.

1. Rajah 1 menunjukkan organ perkumuhan bagi manusia.

Rajah 1

Apakah bahan kumuh yang disingkirkan oleh organ X?

A peluh
B wap air
C air kencing
D karbon dioksida

2. Rajah 2 menunjukkan laluan udara semasa proses menarik nafas.

hidung X peparu

Rajah 2

1
Apakah organ yang boleh mewakili X?

A usus
B kulit
C trakea
D ginjal

3. Antara yang berikut, yang manakah diperlukan semasa proses pernafasan manusia?

A karbon dioksida
B wap air
C oksigen
D air

4. Apakah yang berlaku semasa menghembus nafas?

I Dada naik dan mengembang


II Dada turun dan mengempis
III Udara masuk ke peparu
IV Udara keluar dari peparu

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

2
5. Antara yang berikut, yang manakah kepentingan perkumuhan dan penyahtinjaan kepada
manusia?

A Membantu manusia mengekalkan bentuk badan yang ramping


B Membantu manusia mengeluarkan bahan buangan dari badan
C Membantu manusia melicinkan pengeluaran bahan buangan
D Membantu manusia membentuk tempat penyimpanan makanan

6. Rajah 3 menunjukkan simbol tentang tabiat buruk yang perlu dielakkan.

Rajah 3

Antara yang berikut, yang manakah merupakan kesan jika manusia gagal menghindarinya?

I Halusinasi
II Penglihatan rabun
III Sukar berjalan dengan betul
IV Mencemarkan udara di sekeliling

A I dan III
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

3
7. Rajah 4 menunjukkan satu pergerakan seorang budak.

Rajah 4

Apakah yang ditunjukkan oleh tindakan budak seperti dalam Rajah 4?

A Manusia boleh bernafas


B Manusia boleh bergerak
C Manusia boleh membesar
D Manusia bergerak balas terhadap rangsangan

8. Antara yang berikut, yang manakah betul tentang manusia bertindak balas terhadap
rangsangan?

I Azlin menangis apabila gagal di dalam peperiksaan


II Nora menghabiskan empat gelas air kerana terlalu dahaga
III Yusri terkejut apabila kawannya membunyikan hon kereta dengan kuat
IV Zaki menutup hidungnya apabila melalui longgokan sampah yang busuk

A I dan II
B II dan III
C II dan IV
D III dan IV
4
9. Rajah 5 menunjukkan empat jenis haiwan, P, Q, R dan S.

Rajah 5

Antara yang berikut, yang manakah menggunakan peparu sebagai organ pernafasan?

A P dan Q
B R dan S
C P dan R
D Q dan S

10. Rajah 6 menunjukkan sejenis serangga.

Rajah 6
Apakah organ pernafasan serangga itu?

A kulit lembap
B spirakel
C peparu
D insang
5
11. Rajah 7 menunjukkan sejenis haiwan.

Rajah 7

Antara yang berikut, yang manakah bukan ciri-ciri haiwan tersebut?

A Mempunyai insang
B Bernafas dengan paru-paru
C Bernafas melalui kulit lembap
D Dapat hidup dalam air dan darat

12. Helman telah menutup sejenis tumbuhan dengan plastik hitam. Dia membuat pemerhatian
selama 3 hari. Apakah yang ingin dibuktikan oleh Helman daripada penyiasatan itu?

A Tumbuhan memerlukan air untuk terus hidup.


B Tumbuhan memerlukan udara untuk terus hidup.
C Tumbuhan memerlukan makanan untuk terus hidup.
D Tumbuhan memerlukan cahaya Matahari untuk terus hidup.

6
13. Rajah 8 menunjukkan keadaan biji benih dalam sebuah bekas.

Rajah 8

Mengapakah akar pokok tumbuh seperti itu?

A Akar bergerak balas terhadap cahaya Matahari


B Akar bergerak balas terhadap sentuhan
C Akar bergerak balas terhadap baja
D Akar bergerak balas terhadap air

14. Rajah 9 menunjukkan satu situasi.

Rajah 9

7
Mengapakah tumbuhan penting untuk hidupan lain?

I Membekalkan gas karbon dioksida untuk pernafasan


II Menghasilkan gas beracun yang merbahaya
III Membekalkan gas oksigen untuk pernafasan
IV Sumber makanan dan tempat berehat

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

15. Rajah 10 menunjukkan suatu tumbuhan.

Rajah 10

8
Bahagian yang manakah membantu supaya pokok tidak layu?

A P
B Q
C R
D S

16. Antara yang berikut, yang manakah digunakan oleh tumbuhan hijau untuk membuat
makanan?

I tanah
II air
III oksigen
IV cahaya Matahari

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

17. Antara hidupan berikut, yang manakah tidak membuat makanannya sendiri?

A cendawan
B pokok kelapa
C pokok angsana
D pokok bunga raya

9
18. Rajah 11 menunjukkan sejenis tumbuhan.

Rajah 11
Mengapakah pokok periuk kera tertutup?

A Gerak balas terhadap air


B Gerak balas terhadap graviti
C Gerak balas terhadap sentuhan
D Gerak balas terhadap cahaya matahari

19. Antara yang berikut, yang manakah merupakan hasil daripada proses fotosintesis?

I Bunga
II Kanji
III Air
IV Gas oksigen

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

10
20. Rajah 12 menunjukkan suatu eksperimen.

Rajah 12

Rangsangan yang manakah menyebabkan pucuk dan akar anak benih itu bergerakbalas?

Pucuk Akar
A sentuhan cahaya matahari
B cahaya matahari air dan sentuhan
C cahaya matahari air dan graviti
D air graviti dan sentuhan

11
Bahagian B

1. Hakimi telah menjalankan satu penyiasatan, laporan penyiasatan adalah


seperti dalam Jadual 1.

Kaedah 1. Dua anak pokok keembung diletakkan di dalam dua buah pasu berlabel X dan Y yang
berisi tanah gembur. Pasu-pasu tersebut diletakkan di dua tempat yang berbeza.
Kuantiti air yang sama telah digunakan untuk menyiram anak-anak pokok tersebut
setiap hari.
2. Selepas dua minggu, keadaan anak pokok keembung diperiksa dan pemerhatian
dicatat seperti berikut:

Pemerhatian:
Pasu Keadaan anak pokok keembung selepas 2 minggu
X Kekuningan
Y Subur
Jadual 1

a) Apakah pemerhatian yang dapat dibuat dalam penyiasatan ini?



b) Mengapakah Pokok keembung di dalam pasu X menjadi kekuningan selepas 2 minggu?



c) Cadangkan satu langkah untuk menjadikan pokok keembung di dalam pasu X lebih
subur.


12
2. Rajah 1 menunjukkan satu penyiasatan. Dua ekor belalang yang sama saiz direndamkan
ke dalam dua bekas berisi air seperti yang ditunjukkan.

Rajah 1

a) Bandingkan keadaan kedua-dua belalang di hujung penyiasatan.



b) Berikan sebab untuk jawapan kamu di 2 (a).



c) Nyatakan satu haiwan yang lain yang mempunyai struktur pernafasan seperti belalang.

d) Nyatakan satu haiwan yang boleh hidup dalam air sepanjang masa.

e) Apakah kesimpulan penyiasatan ini?



13
3. Rajah 2 menunjukkan suatu penyiasatan yang dijalankan oleh sekumpulan murid tentang
gerak balas anak benih terhadap air.

Rajah 2

a) Apakah pemerhatian yang dapat dibuat dalam penyiasatan ini?



b) Berikan sebab untuk jawapan kamu di 3(a).



c) Nyatakan rangsangan lain yang menyebabkan tumbuhan bergerak balas?



d) Ramalkan keadaan pokok jika tidak mendapat air yang secukupnya.



14
4. Rajah 3 menunjukkan organ pernafasan manusia.

Rajah 3
Jadual 2 menunjukkan bilangan kematian akibat kanser peparu di sebuah negara.
Tahun Bilangan kematian akibat kanser peparu
2004 1758
2006 2464
2008 3446
2010 4838
Jadual 2

a) Mengapakah bilangan kematian akibat kanser peparu meningkat setiap tahun?



b) Apakah hubungan di antara tahun dengan bilangan kematian akibat kanser peparu?

c) Pada pendapat kamu, bagaimanakah kematian akibat kanser peparu dikurangkan


menjelang tahun 2016?

15
5. Rajah 4 menunjukkan tiga jenis aktiviti yang dilakukan oleh seorang murid bagi
mengetahui kadar pernafasan dalam masa satu minit.

Rajah 4

Jadual 3 menunjukkan keputusan yang dicatat.


Jenis aktiviti P Q R
Bilangan pergerakan dada dalam masa seminit 20 32 45
Jadual 3

a) Apakah tujuan penyiasatan ini?



b) Nyatakan satu hubungan di antara tahap keaktifan dengan bilangan pergerakan dada
dalam penyiasatan ini.

c) Namakan setiap aktiviti berdasarkan bilangan pergerakan dada dalam masa seminit:
i. P: ..
ii. Q: .....
iii. R: .

16