Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

PASUKAN BOLA SEPAK

BAWAH 12 TAHUN

MSSD SEMPORNA

DISEDIAKAN OLEH

MUHAMMAD ALIFF BIN ABDUL RAHMAN

PENGURUS PASUKAN

BOLA SEPAK BAWAH 12 TAHUN SEMPORNA


1.0 PENDAHULUAN

Pasukan Bola Sepak Bawah 12 Tahun Semporna merupakan pasukan yang telah dipilih
melalui proses saringan semasa Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah Daerah Semporna
(MSSDS) 2017. Pasukan Bola Sepak Bawah 12 Tahun Semporna telah melakar kejuaraan di
Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun Tenggara (MSST) selama empat tahun berturut-turut
(2013 sehingga 2016). Pasukan ini terdiri daripada anak tempatan Semporna juga telah berjaya
mengukir kejayaan di peringkat Kebangsaan dengan mewakili Pasukan Bola Sepak Negeri
Sabah pada tahun 2016. Selain itu, pasukan ini juga pernah melahirkan Pemain Kebangsaan
mewakili Malaysia ke Kejohanan Bola Sepak Bawah Umur 12 tahun di Saitama, Jepun selama
dua tahun berturut-turut.

Ke arah menjadikan sebuah pasukan yang mantap dan melahirkan pemain yang berwibawa
pengurusan pasukan telah merangka beberapa perancangan strategik bagi mengekalkan
kejuaraan Bola Sepak daerah Semporna. Oleh yang demikian, Pasukan Bola Sepak bawah 12
Tahun Semporna ingin mengadakan persediaan yang mantap bagi menghadapi saingan yang
lebih sengit pada tahun 2017.

2.0 TUJUAN KERTAS KERJA


2.1 Memohon peruntukan kewangan
2.2 Mencari penaja untuk pasukan

3.0 OBJEKTIF
3.1 Memberi suntikan moral kepada pemain agar dapat bermain dengan penuh
keyakinan.
3.2 Menjadi Juara Bertahan buat kali ke lima berturut-turut
3.3 Melahirkan lebih ramai pemain yang dapat mewakili Negeri Sabah ke peringkat
Kebangsaan.
3.4 Mewujudkan pengurusan yang lebih professional setaraf dengan pasukan professional
lain.

4.0 FAEDAH KEPADA PENAJA


4.1 Logo syarikat akan dipamerkan di jersi pemain, baju laihan, baju pegawai dan banner.
4.2 Majlis penyerahan tajaan akan disempurnakan oleh wakil syarikat kepada Pengurus
Pasukan.
4.3 Lain-lain faedah (tertakluk kepada perbincangan)

5.0 JAWATAN KUASA PENGURUSAN

PENAUNG PASUKAN
ENCIK DZULKIFLI BIN HJ. ALI BASHA
(PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH SEMPORNA)

PENASIHAT PASUKAN
ENCIK JEFFEREN BIN PALUDDIN
(PENYELIA SUKAN PPD SEMPORNA)

PENGERUSI TEKNIK BOLA SEPAK DAERAH SEMPORNA


ENCIK RASMEE BIN RAJANEH

PENGURUS PASUKAN
ENCIK MUHAMMAD ALIFF BIN ABDUL RAHMAN
KETUA JURULATIH
ENCIK MOKHTAR BIN MAKLING
PENOLONG KETUA JURULATIH
ENCIK MOHD JAID BIN BURIN
JURULATIH PENJAGA GOL
ENCIK FARIZUL AKMAL BIN MUSTAZAR
FISIOTERAPI
ENCIK JUMAIN BIN SAIDI

SENARAI PEMAIN

PENCAPAIAN
NAMA PEMAIN SEKOLAH TAHUN
TERTINGGI
1 MOHAMMAD IHSAM BIN NOR
SK TAMPI-TAMPI 6 DAERAH
HIDDIN
2 MUHAMMAD AIMAN IZUDDIN
SK TAMPI-TAMPI 6 DAERAH
BIN MOKHTAR
3 SK BERPUSAT BUM-
AZROY BIN JENUL 5 DAERAH
BUM
4 SK BERPUSAT BUM-
ROSLIN BIN ABDUL AZIZ 6 DAERAH
BUM
5 SABRI BIN HAMID SK BANGAU-BANGAU 5 DAERAH
6 MOHAMMAD IMRAN BIN SK BUBUL 6 DAERAH
OMONG
7 MUHAMMAD NUR AZLI BIN
SK TANJUNG KAPOR 6 DAERAH
AZALAN
8 ROSMAN BIN HUSSIEN SK TANJUNG KAPOR 5 DAERAH
9 AKMAL AFIFI BIN MOHAMMAD SK KAMPUNG
6 NEGERI
ALI SIMUNUL
10 BASSIRIL BIN TAKBIRUL SK SUNGAI TUHOK 6 DAERAH
11 MUHAMMAD HAZFAR IZRE BIN
SK TERUSAN TENGAH 6 DAERAH
MOHD YASSIN
12 MOHAMMAD MHORSI BIN
SK PEGAGAU 5 DAERAH
SUDIN
13 MUHAMMAD FITRI BIN A ACO SK PEGAGAU 6 KEBANGSAAN
14 MOHAMMAD AZLAN SYAH BIN
SK KALUMPANG 6 KEBANGSAAN
SAGAR
15 MOHAMMAD SABRIE MOHD SK PEKAN SEMPORNA
6 KEBANGSAAN
JAHIL 2
16 MOHD HAFIZAN BIN SAIFUDDIN SK HAMPALAN 6 DAERAH
17 MOHAMMAD FAZRIN AZRI BIN
SK BANGAU-BANGAU 5 DAERAH
ABDUL SYAMRI

6.0 PERANCANGAN PASUKAN

6.1 LATIHAN PASUKAN SABTU DAN AHAD


Tarikh : 18, 19, 25, dan 26 Mac 2017
Venue : Padang SK Pekan Semporna II
Masa : Sesi 1 7.30 pagi 10.00 pagi
Sesi 2 3.30 petang 5.30 petang

6.2 LATIHAN PUSAT PASUKAN


Tarikh : 3 6 April 2017
Venue : Padang SK Pekan Semporna II
Masa : Sesi 1 7.30 pagi 10.00 pagi
Sesi 2 3.30 petang 5.30 petang

6.3 KEJOHANAN BOLA SEPAK MAJLIS SUKAN SEKOLAH BAHAGIAN


TENGGARA 2017
Tarikh : 11-14 April 2017
Venue : Lahad Datu, Sabah
7.0 PERUNTUKAN YANG DIPERLUKAN

BIL ITEM KUANTITI JUMLAH (RM)


1 Penginapan Pasukan 1 unit 600.00
(4 hari 3 malam) (Homestay)
2 Jersi (Baju+Seluar+Stokin) 2 set 2040.00
2 x 17 x RM 60.00
3 Jersi Latihan (Baju + Seluar) 2 set 1802.00
2 x 17 x RM 53.00
4 Pakaian Pegawai 2 set 1120.00
2 x 7 x RM 80
5 Bola saiz 4 10 biji 700.00
10 x RM 70.00
6 Bip 2 set 300.00
2 x RM 150.00
7 Air Minuman (Latihan Pusat) 10 kotak 100.00
10 x RM 10.00
8 Makan dan Minum (Semasa 23 orang 1840.00
Kejohanan)
23 x 4 hari x RM 20.00
9 Peti Pertolongan Cemas 1 set 150.00
Jumlah Keseluruhan 8652.00

8.0 PENUTUP
Diharapkan dengan persediaan yang rapi ini dapat membantu Pasukan Bola Sepak Bawah 12
Tahun Semporna mengekalkan kejuaraan buat kali ke lima berturut-turut pada tahun ini.
Semoga Pasukan Bola Sepak Bawah 12 tahun Semporna mendapat manfaat bersama
daripada penggabungan ini. Segala bentuk sumbangan amatlah kami harapkan. Untuk
sebarang pertanyaan pihak tuan boleh terus menghubungi:

PENGURUS PASUKAN BAWAH 12 TAHUN SEMPORNA


MUHAMMAD ALIFF BIN ABDUL RAHMAN
NO TEL : 0145229479

Akhir kata, semoga usaha ini mendapat kerjasama yang baik daripada semua pihak.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

(MUHAMMAD ALIFF BIN ABDUL RAHMAN)


Pengurus Pasukan Bawah 12 Tahun
Majlis Sukan Sekolah Semporna, Sabah.

Anda mungkin juga menyukai