Anda di halaman 1dari 1

Kerja Berpasukan di Sekolah

Pada amnya, kerja berpasukan merujuk kepada pekerja yang bekerja dalam satu
kumpulan yang sering bekerjasama dan menjalankan tugas secara berganding bahu
bagi mencapai matlamat pasukan. Sebuah pasukan terdiri daripada gabungan
sebilangan individu yang mempunyai kompetensi yang saling bergantung iaitu dari segi
keupayaan, kepakaran, kemahiran dan pengatahuan serta mempunyai akauntabiliti dan
komitmen terhadap prestasi pasukan serta bersedia melaksanakan tugasan secara
bersama.

Kerja sepasukan dapat meningkatkan kecemerlangan bidang pengurusan dan


kepimpinan di sekolah saya. Ini adalah kerana pasukan kerja yang berkesan akan
menambahbaikan lagi pengurusan yang berkesan, dinamik serta dapat beri kepuasan
dan motivasi kepada guru.

Dengan kefahaman dan kesedaran yang tinggi ini akan menghasilkan suasana budaya
kerja cemerlang. Ia juga akan berjaya mencapai objektif, visi, misi sekolah dan
membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia.

Kerja sepasukan mampu meningkatkan tahap pengetahuan, kemahiran dan keupayaan


guru-guru yang melakukan kerja secara kolaboratif. Ia mampu juga meningkatkan
produktiviti mereka. Kerjasama antara para pendidik dan pihak pengurusan sekolah akan
merealisasikan pencapaian matlamat sekolah, seterusnya Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

Guru Besar selaku peneraju utama dalam kepimpinan peringkat sekolah perlu
melakukan satu anjakan paradigma kerana perubahan dalam organisasi itu sangat
penting dilaksanakan. Tanpa perubahan, organisasi itu tidak akan mencapai matlamat
dan kecemerlangan. Namun, bagi melaksanakan perubahan bukan sesuatu perkara
yang boleh diambil mudah. Ia memerlukan pertimbangan dan penglibatan semua pihak
supaya perubahan itu dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Jadi, kerjasama secara berpasukan di kalangan pihak pengurusan dan guru serta
seluruh organisasi sekolah bukanlah mudah untuk dicapai. Oleh itu, kerja berpasukan
dalam organisasi sekolah dan keberkesanan pengaplikasian kerja berpasukan perlu ada
oleh pihak yang terlibat terutamanya di sekolah.

Anda mungkin juga menyukai