Anda di halaman 1dari 11

KURSUS DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN

UNIT KLINIK KESIHATAN HILIRAN

KUALA TERENGGANU

SERANGAN ASTHMA

MOHD AZIZI BIN YAHYA

BPP 2014-4518

TAHUN3 SEMESTER2

KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU SULTAN AZLAN SHAH


Pengenalan

Terdapat 10 definisi asma yang berubah dari 1959 sehinggalah 1995. Definisi asma
yang pertama dihasilkan di Simposium Ciba pada tahun 1958, iaitu keadaan pesakit yang
mengalami penyempitan saluran pernafasan yang berubah keparahannya secara spontan atau
setelah diberi rawatan pada sela masa yang singkat dan ia bukanlah disebabkan oleh penyakit
kardiovaskular (Woolcook 1997). Definisi yang sentiasa berubah ini menggambarkan
kesukaran yang dihadapi oleh pakar respiratori di dalam mencari difinisi asma yang
sebenarnya universal. Ini disebabkan oleh pemahaman yang cetek berkenaan penyebab,
sejarah semulajadi dan patogenesis penyakit asma (Kelly et al. 1996, Woolcook 1997).

Definisi asma terkini yang diterima pakai umum dihasilkan pada tahun 1995. Ia
menyatakan bahawa asma merupakan penyakit inflamasi kronik saluran udara di mana sel
mast, eosinofil dan sel T memainkan peranan yang penting. Pada individu yang rentan,
inflamasi tersebut menyebabkan episod bunyi bernafas seperti gesekan biola (wheezing).
Simptom ini biasanya dikaitkan dengan perubahan kadar pengaliran udara melalui salur
pernafasan yang berbalik secara spontan atau setelah diberi rawatan. Inflamasi tersebut
juga mengakibatkan salur pernafasan lebih reaktif terhadap pelbagai jenis rangsangan (Global
Iniative for Asthma,1995).
PERNYATAAN MASALAH

1. Mengetahui definisi asma

2. Mengenal pasti manifestasi klinikal yang dialami oleh pesakit

3. Mengetahui rawatan yang diperlukan

PENCARIAN LITERATURE

DEFINISI

Penyakit Asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan


kesukaran bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma
pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit.
Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar
untuk bersenam.Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan.

PENGKELASAN ASMA BERDASAR SIMPTOM

Salah satu pengkelasan yang lazim digunakan membahagikan asma kepada dua jenis, iaitu
asma ekstrinsik dan asma intrinsik

Asma ekstrinsik juga dikenali

- asma alergi, atopi atau imunologi. Pesakit mendapat asma di zaman kanak-kanak
atau zaman remaja dan didapati keluarga mereka turut mempunyai latar belakang
atopi. Asma jenis ini dikaitkan dengan akibat pemekaan (sensitization) lapisan
mukosa bronkus oleh antibodi tisu spesifik, iaitu daripada jenis IgE. Pendedahan
kepada bahan alergik melalui pernafasan akan menyebabkan mediatur kimia yang
bersifat vasoaktif (melebarkan pembuluh darah melalui keradangan) dan
bronkokonstritif (kekejangan otot-otot polos bronkus). Pesakit memberikan reaksi
positif apabila menjalani ujian kutit.

Asma intrinsik
- asma non alergik atau idiopatik. Ia juga dikenali sebagai asma cetusan dewasa
kerana biasanya muncul selepas infeksi respiratori semasa dewasa. Asma jenis ini
bukan disebabkan oleh kepekaan sistem kekebalan tubuh, tetapi berpunca dari
rangsangan lansung akibat infeksi. Terdapat juga sesetengah individu yang telah
pun mempunyai reaksi alergik terhadap sesuatu antigen semasa kecil tetapi hanya
mempamerkan simptom asma setelah dewasa. Serangan asma tidak berkait
langsung dengan musim debunga dan seringkali ujian kulit bagi alergin atopi
adalah negatif.

Salah satu daripada pengkelasan yang dicadangkan oleh Woolcook pada tahun 1997
berdasarkan simptom yang dialami, penggunaan bronkhodilator, fungsi paru paru asas dan
hiperreaktif saluran udara (airway hyperresponsiveness) atau pengukuran kadar aliran
ekspiratori puncak (PEFR) selepas bangun daripada tidur selama seminggu.

STATUS ASMATIK

Status asmatik ialah suatu keadaan serangan asma berat yang berterusan serta melampaui
masa 24 jam setelah diberi rawatan asma yang standard dan mencukupi serta berterusan. Ini
merupakan perubahan metabolik gas-gas darah sehingga mengakibatkan kegagalan sistem
pernafasan pusat yang membawa kepada koma. Perlu dijelaskan juga, serangan asma berat
secara tiba- tiba tanpa memperoleh rawatan segera juga dapat berakhir dengan kematian.
Ventilator atau respirator bantuan digunakan sekiranya terjadi kegagalan fungsi pernafasan
apabila pernafasan spontan dan teratur tidak dapat dilakukan oleh pesakit.
SERANGAN ASMA

Ada tiga perkara penting yang terjadi semasa serangan asma iaitu keradangan, penimbunan
lendir berkahak dan kekejangan otot-otot bronkus. Kemerahan terjadi di lapisan dalam
saluran pernafasan pada peringkat bronkus. Warna merah itu disebabkan pembuluh-pembuluh
darah melebar dan membawa lebih banyak darah ke kawasan yang diserang. Tindakan
defensif ini adalah daripada sel-sel darah putih terutama daripada jenis eosinofil. Ini
merupakan ciri khas keradangan jenis alergi. Pada amnya, pengeluaran lendir-lendir dalam
keadaan normal membantu proses fisiologi pernafasan. Namun pada masa serangan asma,
timbunan kahak yang banyak ditambah dengan hasil sisa kematian sel putih menyebabkan
lubang saluran menjadi bertambah sempit. Timbunan kahak yang berkumpul ini,
kemudiannya membentuk plug mukosal. Plug mukosal bersama kekejangan otot polos
bronkus bertindak sebagai injap palsu (pseudovalve). Ini mengakibatkan semasa hembusan
udara keluar, ekspirasi menjadi sukar dan mengeluarkan bunyi bernada tinggi.
ETIOLOGI

1. Faktor keturunan.

Pada asma ekstrinsik, faktor keturunan adalah cukup ketara. Biasanya salah seorang ataupun,
kedua-dua ibubapa mempunyai penyakit seperti ekzema, asma dan resdung.

2. Bahan alahan.

Bahan-bahan alahan di dalam rumah, bahan makanan atau di tempat kerja, memainkan
peranan utama dalam pencetus asma. Sumber bahan alahan adalah seperti kain bulu, serat
kapas, permaidani, makanan laut, kekacang, debu, kutu hama, debunga, bulu haiwan dan
lain-lain lagi.

3. Serangga rumah.

Serangga rumah yang sering dikaitkan dengan alahan asma ialah lipas. Lipas yang mati
menjadi kering dan kemudian hancur menjadi serbuk yang tersangat ringan untuk diapungkan
oleh udara yang bergerak.

4. Pencemaran udara.

Pencemaran udara daripada asap rokok, asap kenderaan dan asap kilang juga menjadi faktor
penyakit asma

5. Senaman.

Senaman yang bertenaga dan terlalu aktif seperti lumba lari, bola sepak dan seumpama
dengannya merupakan pencetus penyakit asma.

6. Cuaca.

Udara sejuk dari kawasan pergunungan dan pendingin udara juga merupakan perangsang
pada sesetengah pesakit.
SIMPTOM

1. Ketat dada ( perasaan seolah-olah paru-paru ditekan sesuatu ).

2. Sesak nafas ( pernafasan cetek serta sukar untuk bernafas).

3. Batuk berpanjangan di malam hari atau cuaca sejuk.

4. Pernafasan berbunyi apabila menghembus nafas (wheezing).

Serangan asma yang dialami tidak semestinya sama bagi setiap individu. Ada yang hanya
mengalami salah satu daripada gejala tersebut di atas. Manakala ada yang mengadu
kesemuanya. Biasanya gejala-gejala asma menjadi lebih teruk pada waktu malam. Serangan
asma yang teruk boleh menimbulkan keadaan kecemasan dan mengganggu aktiviti harian.

RAWATAN

Nebulizer:
- Pesakit diberi penebulan bagi mengurangkan dan memecahkan rembesan
mukosa untuk mendilat salur nafas seterusnya melegakan symptom-simptom
serangan Asma. Ubatan yang digunakan adalah Salbutamol, Atropine dan
Normal saline serta ratio antara ubat ini ialah 1:2:3..

Penggunaan Metred Dose Inhaler (MDI)

- Antara ubatan yang diberikan kepada pesakit asma selain penebulan adalah
penggunaan MDI Salbutamol dimana ia member kelegaan yang cepat dan
senang digunakan.
REHABILISASI

- Dapatkan rehat yang mencukupi bagi mempercepatkan tujuan penyembuhan.


- Elakkan tempat-tempat yang sesak serta berhabuk untuk mengelakkan
berlakunya infeksi sekunder.
- Pakai mask jika terpaksa berada dalam kawasan yang sesak dan berhabuk
supaya salur pernafasan tidak mengalami iritasi.
- Lakukan latihan pernafasan sendiri bagi memulihkan pernafasan serta
menggalakkan pengaliran oksigen ke seluruh badan.
- Makan makanan yang tinggi dengan vitamin C supaya dapat meningkatkan
imuniti badan.
- Membersihkan kawasan rumah daripada habuk untuk untuk mengelakkan
daripada berlakunya sesak nafas.
- Mengambil ubat mengikut dos dan masa yang ditetapkan oleh doktor.
- Elakkan pengambilan alkohol dan rokok untuk mengelakkan iritasi pada paru-
paru.
- Amalkan gaya hidup sihat dengan diet yang seimbang serta bersenam untuk
meningkatkan imuniti badan.

PROGNOSIS

a) Pada umumnya bila segera ditangani dengan ubat prognosis adalah baik.

b) Asma disebabkan faktor imunologi (faktor ekstrinsik) di usia kecial prognosisnya lebih
baik dari pada yang muncul apabila dewasa.

c) jumlah kematian meningkat bila tidak ada fasiliti kesihatan yang mencukupi.
RUMUSAN

Asma atau lelah ialah serangan sesak atau kesusahan bernafas berserta bunyi
termengah-mengah di dada. Ia juga menghasilkan bunyi seperti siulan kerana penyempitan
pada saluran cabang tenggorok di paru-paru Asma terjadi apabila otot pada saluran udara
yang menghubungkan hidung kepada paru-paru menjadi kejang. Ketika otot kejang, saluran
udara mengecil dan menghalang pernafasan.Keadaan menjadi teruk apabila pesakit
mempunyai kahak pekat yang menutup salur pernafasan menyebabkan udara susah keluar
masuk. Apabila ini terjadi, paru-paru akan kekurangan udara dan pesakit boleh pengsan serta
boleh menyebabkan kematian.

Antara tanda lain asma ialah sukar hendak bernafas, terbatuk-batuk dan pernafasan
menjadi pendek. Antara faktor yang boleh memburukkan asma ialah alahan kepada habuk
rumah, bulu binatang, makanan yang tertentu seperti kekacang, makanan laut dan sebagainya,
debunga rumput dan asap rokok. Terlalu banyak bersenam dan melakukan kerja-kerja juga
memungkinkan mendapat asma. Begitu juga jika sering mengalami tekanan perasaan dan
mendapat jangkitan pada paru-paru. Bagi mereka yang alah kepada ubat-ubatan seperti
aspirin dan penisilin, wajar berhati-hati kerana kemungkinan mendapat serangan asma jika
mengambil ubat berkenaan.
LAMPIRAN

Perbezaan antara bronkiol pesakit asma dengan bronkiol yang normal

Inflamasi pada bronkiol menyebabkan oksigen yang masuk ke dalam peparu tidak mencukupi
RUJUKAN

I. http://www.nhlbi.nih.gov/health/health-topics/topics/asthma/causes.html

II. http://en.wikipedia.org/wiki/Asthma

III. Huat Soo , Gong Lau , Hong Chew , Sarawak Handbook of Medical Emergencies
Second Edition , 2005 , Kuching.

IV. Longmore , Wilkinson , Turmezei , and Kay Cheung , Oxford Handbook of Clinical
Medicine , 2007 , New York