Anda di halaman 1dari 6

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2013

PENGGUNAAN KAEDAH ALPHABET N DALAM MEMBANTU


MURID TAHUN 5 DALAM PENGIRAAN PENOLAKAN PECAHAN
ANTARA NOMBOR BULAT DENGAN NOMBOR BERCAMPUR
Oleh:
Hafiq Haziq Bin Hamzah & Nik Mohamad Bin Nik Jusoh
Jabatan Matematik, IPG Kampus Dato Razali Ismail
tenggiling.besi26@gmail.com & nik@ipgmkdri.edu.my

ABSTRAK
Penolakan pecahan merupakan salah satu konsep yang tidak asing lagi dalam
topik pecahan. Ramai diantara murid yang mampu membuat penolakan
pecahan dengan mudah melibatkan penolakan antara nombor bercampur
dengan nombor bulat. Namun berbeza pula apabila melibatkan penolakan
pecahan antara nombor bulat dengan nombor bercampur. Kajian ini
menfokuskan kepada membantu murid membuat penolakan pecahan antara
nombor bulat dengan nombor bercampur. Seramai 4 orang murid yang terdiri
dari seorang murid lelaki dan tiga orang murid perempuan dari kelas 5 Maliki
Sekolah Kebangsaan Tok Jiring telah dipilih untuk dijadikan sebagai sampel
kajian berdasarkan dari tinjauan awal yang telah pengkaji buat. Instrumen
yang digunakan adalah pemerhatian, temu bual dan ujian pra serta ujian pasca.
Dapatan kajian mendapati pencapaian peserta kajian menunjukkan
peningkatan di mana seorang peserta menunjukkan peningkatan sebanyak
60%, dua lagi 80% dan seorang lagi sebanyak 100%. Kesimpulannya,
penggunaan kaedah Alphabet N dapat membantu murid dalam penolakan
pecahan antara nombor bulat dengan nombor bercampur.
Kata Kunci: penolakan, pecahan, nombor bulat, nombor bercampur.

PENDAHULUAN
Pendidikan merupakan salah satu bidang yang penting dalam sebuah kerajaan. Melalui
pendidikan kerajaan dapat membentuk kemahiran, ilmu pengetahuan serta sahsiah bakal-
bakal pemimpin negara. Bila kita bercakap mengenai pendidikan, mata pelajaran Matematik
merupakan salah satu mata pelajaran teras yang penting dalam bidang pendidikan tidak kira
sama ada di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah mahupun di peringkat institiusi
pengajian tinggi. Kementerian Pendidikan Malaysia berpusatkan kepada Pusat
Perkembangan Kurikulum telah merangka dan merancang isi-isi kandungan huraian sukatan
pelajaran atau dokumen standard kurikulum yang terkini selari dengan kehendak,
perkembangan dan pembangunan negara.
Pada peringkat sekolah rendah, pengajaran dan pembelajaran topik pecahan dalam mata
pelajaran Matematik adalah satu topik yang wajib dipelajari. Pecahan merupakan topik yang

250
SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2013

penting kerana topik ini adalah asas bagi mempelajari topik-topik yang lebih mendalam lagi
diperingkat sekolah menengah dan pusat pengajian tinggi. Selain itu, topik pecahan juga ada
perkaitannya dengan topik-topik Matematik yang lain seperti topik ukuran, topik wang dan
sebagainya. Dalam topik pecahan turut melibatkan operasi-operasi asas seperti tambah, tolak,
darab dan bahagi.
Murid-murid perlu membuat perkaitan antara operasi-operasi asas yang mereka telah pelajari
dengan nombor-nombor pecahan. Justeru itu, kajian ini adalah untuk membantu dan
meningkatkan lagi pemahaman konsep murid-murid sekolah rendah tahun 5 dalam operasi
penolakan pecahan. Dengan kajian ini diharapkan dapat membantu warga pendidik dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah terutama bagi subjek Matematik.

FOKUS KAJIAN
Pengkaji telah dapat mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh empat orang murid
tahun 5 Maliki, Sekolah Kebangsaan Tok Jiring. Mereka mempunyai masalah dalam topik
pecahan. Sub-topik yang mereka hadapi masalah tersebut ialah penolakan pecahan antara
nombor bulat dengan nombor bercampur. Pengkaji telah mengambil keputusan untuk
memfokuskan pada masalah yang telah dinyatakan di atas. Operasi yang pengkaji akan
fokuskan ialah operasi tolak namun begitu pengkaji juga turut memberikan pemberatan
kepada operasi yang lain sebagai contoh operasi tambah dan operasi darab. Ini kerana dalam
kaedah yang pengkaji cipta iaitu kaedah Alphabet N terdapat penggunaan operasi tambah dan
operasi darab selain daripada operasi tolak.
Ramai murid yang keliru apabila melibatkan masalah pecahan. Pengkaji mendapati
ada segelintir murid yang mengaplikasikan konsep yang sama dalam menambah atau
menolak nombor bulat dalam pecahan. Konsep ini sememangnya salah kerana dalam
pengiraan pecahan istilah pengangka dan penyebut amat penting dan kedua-dua istilah
ini mempengaruhi pengiraan sesebuah masalah pecahan tersebut. Kedua-dua istilah ini perlu
murid faham dengan teliti agar konsep asas pecahan dapat dikuasai dengan baik.
Penggunaan nombor bercampur dalam penambahan dan penolakan pecahan semakin
meluas apabila murid meningkat ke tahun 5. Penolakan antara nombor bercampur dengan
nombor bulat melibatkan satu konsep yang berlainan. Akan tetapi pengkaji mendapati ada
segelintir murid yang menggunakan konsep yang salah apabila membuat penolakan antara
nombor bulat dengan nombor bercampur. Dengan ini, pengkaji akan memfokuskan kajian
pada masalah penolakan pecahan antara nombor bulat dengan nombor bercampur ini.

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Umum.
Meningkatkan pemahaman murid tahun 5 Maliki, Sekolah Kebangsaan Tok Jiring dalam
topik pecahan.

Objektif Khusus.
i. Membantu murid yang terpilih dalam kelas 5 Maliki memahami konsep penolakan
pecahan antara nombor bulat dengan nombor bercampur.

251
SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2013

ii. Membantu murid yang terpilih dalam kelas 5 Maliki mengatasi masalah berkaitan
penolakan pecahan antara nombor bulat dengan nombor bercampur dengan kaedah
Alphabet N.

KUMPULAN SASARAN
Kajian tindakan ini akan mensasarkan 4 orang responden daripada 35 orang murid kelas 5
Maliki, Sekolah Kebangsaan Tok Jiring bagi tahun 2013. Dalam kelas 5 Maliki terdapat 12
orang murid lelaki dan 23 orang murid perempuan. Mereka datang dari pelbagai latar
belakang sebagai contoh ada ibu bapa murid yang bekerja sebagai peguam, doktor,
pensyarah, guru dan ada juga yang bekerja sebagai peniaga dan ada juga sebagai buruh. Bagi
kajian ini,1 daripada 4 orang responden adalah murid lelaki manakala selebihnya pula
merupakan responden murid perempuan. Bagi jawatan peringkat sekolah pula, responden-
responden ini terdiri daripada pengawas pusat sumber sekolah, Sekolah Kebangsaan Tok
Jiring dan ahli kelab pembimbing rakan sebaya, Sekolah Kebangsaan Tok Jiring.
Berdasarkan prestasi akademik mereka pula, mereka dikalangan murid yang pada tahap
sederhana ke lemah yang memerlukan bimbingan kerana rakan-rakan sekelas mereka berada
pada tahap tinggi. Keputusan peperiksaan mereka juga tidak memberangsangkan jika hendak
dibandingkan dengan rakan-rakan sekelas mereka yang lain.

TINDAKAN
Pengkaji telah memilih untuk menggunakan model Stephen Kemmis dan McTaggart (1988).
Terdapat empat langkah dalam model Stephen Kemmis dan McTaggart ini iaitu mereflek,
merancang, bertindak dan akhir sekali memerhati. Pengkaji telah membuat refleksi sesi
pengajaran dan pembelajaran semasa praktikum 3 yang lepas dan pengkaji mendapati
masalah penolakan pecahan antara nombor bulat dengan nombor bercampur merupakan
masalah yang kerap dialami oleh murid-murid tahun 5.
Kemudian pengkaji telah memilih peserta kajian berdasarkan dari tinjauan awal masalah dan
insrtumen yang pengkaji gunakan untuk tinjauan awal masalah ini ialah analisis dokumen
dan pemerhatian. Setelah analisis tinjauan awal masalah dibuat, pengkaji dapati terdapat 4
orang murid yang bermasalah dalam penolakan pecahan antara nombor bulat dengan nombor
bercampur. Secara tidak langsung 4 orang murid ini telah pengkaji jadikan sebagai peserta
kajian.
Ujian pra telah dijalankan ke atas kesemua peserta kajian untuk menentukan sama ada
terdapat peningkatan atau tidak kepada setiap peserta kajian dalam mengatasi masalah
diakhir kajian ini. Pengkaji telah menggunakan 3 instrumen berbeza bagi mendapatkan data
untuk setiap peserta kajian. 3 instrumen tersebut ialah ujian pra & ujian pasca, temubual dan
pemerhatian. Setelah selesai menjalankan ujian pra, pengkaji membuat semakan terhadap
ujian pra tersebut. Sesi intervensi sebanyak 3 kali telah dijalankan bagi membantu peserta
kajian menyelesaikan masalah penolakan pecahan antara nombor bulat dengan nombor
bercampur.
Semasa sesi intervensi sedang berjalan, pengkaji telah menjalankan dua kali sesi temubual
dengan peserta-peserta kajian. Sesi temubual ini berlangsung selepas ujian pra dijalankan dan
selepas ujian pasca dijalankan. Selain itu, pengkaji juga telah menjalankan dua kali sesi

252
SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2013

pemerhatian semasa sesi intervensi berlangsung. Dapatan dari sesi temubual dan sesi
pemerhatian ini dianalisis oleh pengkaji dan dapatan kajian penting bagi menentukan
kejayaan kajian tindakan ini.
Akhir sekali, pengkaji menjalankan ujian pasca ke atas semua peserta kajian tindakan ini.
Markah ujian pasca dianalisis bersama dengan ujian pra bagi mewakili dapatan kajian
kuantitatif kajian tindakan ini.

ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA


Membantu murid yang terpilih dalam kelas 5 Maliki memahami konsep penolakan
pecahan antara nombor bulat dengan nombor bercampur.

Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca (%)

100
90
80
70
60
Ujian Pra
50
Ujian Pasca
40
30
20
10
0
Afiq (PK01) Siti (PK02) Farah (PK03) Nisa (PK04)

Rajah 1.
Berdasarkan Rajah 1 di atas, dapat ditafsirkan bahawa tiada seorang peserta kajian yang
berjaya mendapat markah untuk ujian pra. Setelah tiga sesi intervensi dijalankan ke atas tiap-
tiap peserta kajian, didapati terdapat peningkatan dari segi markah ujian pasca untuk setiap
peserta kajian. Peserta kajian pertama Afiq (PK01) mendapat markah 60% semasa ujian
pasca manakala Farah (PK03) dan Nisa (PK04) masing-masing mendapat 80% markah
semasa ujian pasca. hanya seorang sahaja peserta kajian yang mendapat markah penuh 100%
semasa ujian pasca iaitu Siti (PK02). Berdasarkan dari markah ujian pasca yang diterima,
dapat dinyatakan dengan jelas peningkatan markah setiap peserta kajian dengan jelas. Afiq
(PK01) menunjukkan peningkatan markah sebanyak 60%, Farah (PK02) dan Nisa (PK03)
masing-masing menunjukkan peningkatan markah sebanyak 80% dan akhir sekali Siti
(PK02) menunjukkan peningkatan markah penuh iaitu sebanyak 100%.

253
SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2013

Ujian Pra Ujian Pasca Perubahan


Min (%) 0% 80% 80%
Sisihan Piawai 0 1.414 1.414
Jadual 1.
Berdasarkan dari Jadual 1, dapat dilihat bahawa pengkaji telah mengira skor min dan skor
sisihan piawai bagi kedua-dua ujian pra dan ujian pasca. Dapat dilihat bahawa min skor
untuk ujian pra adalah 0% dan skor sisihan piawai adalah 0. Ini adalah kerana setiap peserta
kajian mendapat markah 0% dalam ujian pra. Berbeza pula skor min untuk ujian pasca iaitu
80% dan skor sisihan piawai untuk ujian pasca ialah 1.414. Ini menunjukkan peningkatan
yang positif untuk setiap peserta kajian.
Membantu murid yang terpilih dalam kelas 5 Maliki mengatasi masalah berkaitan
penolakan pecahan antara nombor bulat dengan nombor bercampur dengan kaedah
Alphabet N.
Untuk objektif kajian yang kedua ini pula, pengkaji telah menggunakan instrumen temubual
dan instrumen pemerhatian. Data yang didapati untuk kedua-dua instrument ini akan
dianalisis oleh pengkaji untuk objektif kajian yang kedua ini. Sesi temubual telah dijalankan
sebanyak dua kali oleh pengkaji iaitu bermula dengan sebelum ujian pra dijalankan dan
selepas ujian pasca dijalankan. Pengkaji juga menjalankan pemerhatian semasa sesi
intervensi dijalankan ke atas peserta kajian.

Temubual
Berdasarkan dari sesi temubual yang pertama, didapati bahawa peserta kajian menunjukkan
minat yang kurang terhadap mata pelajaran Matematik ini. Peserta-peserta kajian
menyatakan bahawa Matematik merupakan mata pelajaran yang susah untuk dipelajari.
Pengkaji mendapati bahawa peserta kajian kurang bersemangat apabila menjawab soalan
Matematik.
Setelah tiga sesi intervensi dijalankan dan kemudian sesi temubual dijalankan selepas ujian
pasca, peningkatan positif ditunjukkan oleh peserta kajian dan ini menunjukkan sesi
intervensi berjaya mengubah persepsi mereka tentang mata pelajaran Matematik.

Pemerhatian
Sesi pemerhatian dijalankan oleh pengkaji sepanjang tiga kali sesi intervensi berlangsung.
Berdasarkan dari pemerhatian yang dijalankan oleh pengkaji, peserta kajian memang tidak
faham akan konsep penolakan pecahan antara nombor bulat dengan nombor bercampur.
Sikap mereka yang malas serta kurang berminat dalam mata pelajaran Matematik juga dapat
pengkaji lihat.
Namun sedikit demi sedikit perubahan dapat pengkaji lihat semasa sesi intervensi dijalankan.
Peserta sudah mula gemar mata pelajaran Matematik dan peserta kajian suka akan kaedah
Alphabet N yang pengkaji cipta bagi menyelesaikan masalah antara nombor bulat dengan
nombor bercampur. Sikap postif yang ditunjukkan oleh peserta kajian menunjukkan sesi
intervensi berjaya membantu peserta kajian mengatasi masalah penolakan pecahan antara
nombor bulat dengan nombor bercampur yang mereka hadapi.

254
SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2013

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN DAPATAN


Membantu murid yang terpilih dalam kelas 5 Maliki memahami konsep penolakan
pecahan antara nombor bulat dengan nombor bercampur.
Hasil dapatan kajian ini membuktikan bahawa penggunaan kaedah Alphabet N dapat
membantu murid terpilih tahun 5 Maliki mengatasi masalah penolakan pecahan antara
nombor bulat dengan nombor bercampur. Peserta kajian mendapat markah 0% semasa ujian
pra dan markah tersebut meningkat naik dalam ujian pasca. Pengkaji dapati peserta kajian
menggunakan kaedah Alphabet N dengan betul semasa ujian pasca namun terdapat
beberapa kecuaian yang dibuat oleh peserta sebagai contoh kesilapan mendarab nombor dan
salah meletakkan bentuk.
Secara kesimpulannya, penggunaan kaedah Alphabet N ini dapat membantu murid tahun 5
dalam menyelesaikan masalah berkaitan penolakan pecahan antara nombor bulat dengan
nombor bercampur.
Membantu murid yang terpilih dalam kelas 5 Maliki mengatasi masalah berkaitan
penolakan pecahan antara nombor bulat dengan nombor bercampur dengan kaedah
Alphabet N.
Berdasarkan dari sesi temubual dan sesi pemerhatian yang dijalankan oleh pengkaji, dapatan
positif yang peserta kajian tunjukkan memberi satu petunjuk bahawa kajian tindakan ini
berjaya untuk mengangkat semangat peserta kajian untuk belajar mata pelajaran Matematik
dan ini juga menunjukkan bahawa mereka masih mempunyai minat dalam Matematik cume
mereka perlu dibimbing dan didorong untuk menaikkan semangat mereka.
Secara kesimpulannya, penggunaan kaedah Alphabet N ini dapat membantu murid tahun 5
dalam menyelesaikan masalah berkaitan penolakan pecahan antara nombor bulat dengan
nombor bercampur.

RUJUKAN
Chow Fook Meng PhD, Jaizah Mahamud. (2011). Kajian Tindakan: Konsep & Amalan
dalam Pengajaran. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Selangor. 72-75
Ting Len Siong PhD, Ahmad Sabry Othman PhD, Ting Hun Yong. (2013). Penyelidikan
Tindakan Dalam Pendidikan. Freemind Horizon Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. 66- 87
Petit, M.M., Laird, R.E., Marsden, E.L. (2010). A Focus on Fractions Bringing Research to
the Classroom. Routledge. New York. 145-160
Riedesel, C.A. (1990). Teaching Elementary School Mathematics Fifth Edition. Prentice-
Hall, Inc. Massachusetts. 232-233
Merttens, R. (1987). Teaching Primary Maths. Hodder & Stoughton Educational. London.
104-105
Anghler, J. (2000). Teaching Number Sense. Continuum. London. 115-116

255

Anda mungkin juga menyukai