Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL BENTONG

28700 BENTONG,

PAHANG DARUL MAKMUR.

KERTAS KERJA

PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM

TAHUN 2017

DISEDIAKAN OLEH,

PUAN T. VIMALA

SETIAUSAHA

PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM

SJK(T) BENTONG.

1.0 PENDAHULUAN
Perkhemahan unit beruniform adalah salah satu daripada aktiviti pendidikan
luar yang kali dianjurkan oleh pihak sekolah dalam usaha menangani segala bentuk
masalah sosial yang semakin menjadi di negara kita dewasa ini. Dengan adanya,
aktiviti sebegini dapatlah kita mendidik murid-murid kita supaya menjadi insan yang
mempunyai keyakinan diri dalam setiap perkara.
Pada tahun ini, pihak Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Bentong telah
merangka sebuah kertas kerja bagi melaksanakan Aktiviti Perkhemahan Bersepadu
unit berunifrm tahun 2017. Dengan adanya kerjasama dari setiap unit beruniform di
sekolah ini, diharapkan program ini dapat dijayakan dengan cemerlang dan tercapai
objektifnya.

2.0 RASIONAL

Perkhemahan adalah di antara aktiviti-aktiviti utama kegiatan kokurikulum di


sekolah. Melalui aktiviti ini unsur-unsur asas pembangunan kemanusiaan dipupuk
secara hands on dengan para peserta mengalami sendiri situasi-situasi yang
membuktikan pentingnya sifat-sifat mulia seperti bertolak ansur, bertoleransi, tolong-
menolong, berdisiplin dan lebih mengutamakan kepentingan bersama daripada
kepentingan diri sendiri. Aktiviti perkhemahan juga mendedahkan para peserta
kepada cabaran-cabaran fizikal dan mental yang secara langsung akan
memantapkan semangat juang dan keyakinan diri masing-masing, di samping
memberi kesempatan kepada para peserta itu mengembleng daya inovasi dan
kreativiti mereka dalam menyelesaikan masalah.

Seterusnya perkhemahan yang dilaksanakan secara sistematik dan


bersepadu, secara langsung atau tidak, mewujudkan peluang kepada para peserta
mengembangkan kemahiran kognitif, afektif, dan psikomotor masing-masing.
Demikian jugalah aktiviti-aktiviti perkhemahan yang berteraskan unsur-unsur
patriotisme akan turut menyumbangkan kepada pengukuhan perasaan cintakan
bangsa dan negara.

3.0 MATLAMAT

Sesuai dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan Falsafah


Pendidikan Kebangsaan, maka program ini dirancang sebagai sebahagian daripada
usaha berterusan untuk melahirkan generasi pelajar yang seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek serta berpotensi untuk memberi sumbangan
kepada kesejahteraan dan kemajuan diri sendiri, masyarakat, bangsa, agama dan
negara.

Dalam konteks perkhemahan ini, aktiviti-aktiviti yang dirancang akan memberi


peluang kepada para peserta memperkembangkan potensi diri masing-masing
khususnya dari segi kepimpinan dan kreativiti disamping memperkukuhkan disiplin
kendiri, semangat kejasama dan kesediaan berdikari serta bertanggungjawab. Untuk
membantu merealisasikan matlamat utama di atas, maka pelaksanaan perkhemahan
ini adalah juga bertujuan untuk melahirkan generasi pelajar yang berwawasan,
mempunyai imej kendiri positif, berakhlak mulia serta berfikiran matang sehingga
mampu menangani masalah dan pancaroba hidup seterusnya.

Melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan adalah dihasratkan agar para


peserta memupuk kesedaran dan kefahaman perlunya mengamalkan prinsip-prinsip
berorganisasi kearah mencapai matlamat diri dan organisasi, mencintai keindahan
dan keceriaan alam sekitar, membina sahsiah yang berdya saing, berdaya tahan dan
berdaya juang yang tinggi.

4.0 OBJEKTIF

Dengan adanya perkhemahan bersepadu ini ianya dapat :

1. Mendedahkan para peserta kepada aspek-aspek asas perkhemahan.

2. Melatih para peserta berkomunikasi antara satu sama lain.

3. Melatih para peserta melaksanakan aktiviti-aktiviti kehidupan seharian secara


teratur dan berdisiplin.

4. Memberi peluang kepada para peserta berseronok dan berekreasi dalam


suasana semula jadi yang kondusif.

5. Memberi peluang kepada para peserta mengembangkan kreativiti masing-


masing dalam bidang kesenian dan kebudayaan.

6. Membimbing para peserta menghayati dan mengamalkan rukun-rukun


beragama dan kehidupun bermoral.
5.0 KUMPULAN SASAR

Semua pelajar tahap 2 iaitu semua ahli Pengakap, Tunas Kadet Remaja Sekolah
(TKRS), dan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) dan semua guru pemimpin
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Bentong.

6.0 JANGKA MASA PERKHEMAHAN

Perkhemahan ini akan diadakan pada:

Tarikh : 31 Mac 2017 1 April 2017

Hari : Jumaat hingga Sabtu

Tempat : SJK (T) Bentong

7.0 JAWATANKUASA PERKHEMAHAN

PENASIHAT : En. Radzakrishnan (Guru Besar)

PENGERUSI : Pn. Bakis Bibi Indra bt Abdullah (GPK Kokurikulum)

N. PENGERUSI 1 : Pn. Vasenta (GPK Pentadbiran)

N. PENGERUSI 2 : Pn. Kanakam (GPK HEM)

SETIAUSAHA : Pn. T. Vimala

BENDAHARI : Pn. T. Yogesvari

AJK:

Pendaftaran & Agihan Kumpulan Peralatan/ Tapak Perkhemahan/ Penginapan

Pn. Bakis Bibi Pn. P. Thangamalar

Cik Sateswary Pn. K. Saraswathy

Cik Nanthini Pn. Neermala

Program/ Sijil Keselamatan/ Rawatan

Pn. B. Visalakshi Pn. G. Thevagi

Pn. Siti Jerina

Makanan & Minuman Hadiah


Pn. Norli Mardiah Pn. Solaiammal

Pn. Kanakam Pn. Norriah

Pn. Vasenta Cik Thulasi

Guru Yang Bermalam Dokumentasi/ Rakaman

Pn. T. Vimala Pn. T. Vimala

Pn. T. Yogesvari Pn. T. Yogesvari

Cik Sateswary

Cik Nanthini

8.0 TENTATIF PROGRAM


LAMPIRAN 1

9.0 ALATAN PERKHEMAHAN


LAMPIRAN 2

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL. PERKARA KOS JUMLAH


1. Hadiah RM 3.00 X 65 RM 195.00

2. Makanan RM 15.00 x 65 RM 975.00

3. Bahan-bahan lain RM 150.00 RM 150.00


JUMLAH RM 1320.00

11.0 PENUTUP

Segala perancangan dan aktiviti yang akan dijalankan adalah bagi


menerapkan dan melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai jati diri yang mantap
dan disiplin yang kuat. Program ini juga berperanan untuk memupuk semangat setia
kawan dan saling tolong-menolong dan bantu-membantu serta mengekalkan
hubungan silaturrahim antara pelajar-pelajar supaya ia disemai dan dipupuk sejak
mereka kecil dan menjadi sebati bila mereka meningkat remaja dan dewasa kelak.

Kejayaan perkhemahan ini amat bergantung kepada kerjasama semua pihak.


Demikian juga sokongan dan bantuan ehsan dari semua pihak akan secara langsung
turut menyumbang kepada kejayaan itu. Sokongan dan bantuan dari semua pihak
yang terbabit secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini
adalah diucapkan berbanyak-banyak terima kasih.

DISEDIAKAN OLEH,

..

(PUAN T. VIMALA)

SETIAUSAHA,

PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM,

SJK (T) BENTONG,

28700 BENTONG, PAHANG.

DISOKONG OLEH,

..

(PUAN BAKIS BIBI INDRA BT ABDULLAH)

GPK KOKURIKULUM,

SJK (T) BENTONG,

28700 BENTONG, PAHANG.

DILULUSKAN OLEH:

..
(ENCIK RADZAKRISHNAN)
GURU BESAR
SJK (T) BENTONG
28700 BENTONG, PAHANG.

Anda mungkin juga menyukai