Anda di halaman 1dari 1

Terima kasih saudara / saudari pengerusi majlis. Yang berusaha Encik Mohd. Nahar Bin Mohd.

Wazir, Ketua
Unit Kokurikulum IPG Kampus Tun Hussein Onn, Yang dihormati pensyarah-pensyarah penasihat setiap
sukan dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian.
Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Syukur kerana dapat bersama di Majlis Perasmian Penutupan Mini Games Anjuran Pelajar PISMP Ambilan
Januari 2013 yang julung kalinya diadakan ini.Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih para
pensyarah dan rakan-rakan sekalian kerana sanggup meluangkan masa anda untuk melibatkan diri dan
menyertai aktiviti Mini Games ini.

Saya amat berbesar hati dan merasa gembira kerana pada akhirnya kita dapat menganjurkan satu acara
sukan mini yang sama-sama disertai oleh pelajar dari batch PISMP ambilan Januari 2013 untuk pertama
kalinya ini. Saya juga berasa bangga kerana telah dilantik sebagai Pengerusi bagi aktiviti Mini Games 2013 ini.

Para hadirin sekalian,


Untuk makluman anda, pelaksanaan Mini Games 2013 ini adalah untuk memberi pendekatan kepada para
guru pelatih terhadap pengetahuan dan pengalaman dalam proses menganjurkan sebuah karnival sukan dan
permainan. Aktiviti ini turut dapat mempamerkan kebolehan pelbagai yang dimiliki oleh para guru pelatih dan
meningkatkan mutu sukan IPG kami di samping mengeratkan hubungan silaturahim sesama guru
pelatih.Untuk menjayakan sebuah aktiviti sukan seperti ini atau yang aktiviti yang lebih besar lagi, kata susah
tak susah, tapi kata senang pun tak senang juga. Asalkan anda sanggup melihat penganjuran aktiviti ini
sebagai suatu peluang untuk belajar dan menimba pengalaman, asalkan anda sanggup mengorbankan sedikit
masa dan tenaga untuk membuat persediaan, apa-apa karnival, kejohanan ataupun temasya sukan boleh
dijayakan. Jadi, kerjasama dan usaha yang telah dicurahkan oleh para pensyarah yang terlibat dan juga
semua ahli jawatankuasa Mini Games ini membawa erti yang amat besar sehingga berjayanya Mini Games ini
dijalankan.

Di samping itu, sukan adalah merupakan satu landasan untuk menyumbang kepada pemupukan nilai murni
yang positif seperti semangat pertandingan yang sihat, muhibah, sikap tolak ansur/toleransi, kesefahaman
serta pembinaan moral dan fizikal yang lebih berkualiti. Tegasnya, sukan mampu memberi manfaat yang amat
besar terhadap individu dan organisasi. Semua nilai-nilai ini amat amat berguna dan memang boleh
diaplikasikan apabila kami semua keluar mengajar di sekolah pada masa depan. Oleh itu, tidak dapat
dinafikan bahawa pengelolaan aktiviti Mini Games kali ini adalah suatu haluan ilmu yang baik terhadap kami.
Saya berharap rakan-rakan sekalian akan dapat menimba banyak ilmu pengetahuan dan paling pentingnya
pengalaman yang berguna daripada pelaksanaan Mini Games 2013 ini.

Akhir kata, sekali lagi saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para pensyarah atas
bimbingan dan kehadiran anda pada hari ini. Satya turut ingin mengucapkan terima kasih dan syabas kepada
ahli-ahli jawatankuasa Mini Games ini kerana tanpa komitmen dan kerjasama anda semua, Mini Games ini
tidak akan berjalan dengan begitu lancar. Dengan kata-kata itu, saya akan mengundurkan diri dengan
serangkap pantun.

Pohon berangan tempat bertemu,


Girangnya rasa si anak dara;
Baliklah tuan membawa ilmu,
Binalah bangsa bangunkan negara.

Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah


Wassalamualaikum Warahmatuulahi Wabaraktuh.