Anda di halaman 1dari 4

TINGKAH LAKU KANAK-KANAK AUTISME

Tingkah laku kanak-kanak autisme boleh dikenal pasti seawal usia 2 tahun
dimana terdapat perubahan-perubahan terhadap sikap dan tingkah laku mereka.
Perubahan tingkah laku kanak-kanak ini dapat dilihat apabila mempunyai
simptom-simptom umum seperti mempunyai masalah dalam berkomunikasi,
ketika berinteraksi, perubahan terhadap sikap dan pengurusan diri dan juga
emosi.

Antara ciri-ciri kanak-kanak autisme adalah mereka mengalami masalah


pertuturan (speech delay). Pada awal usia mereka masih boleh bertutur seperti
kanak-kanak biasa, tetapi setelah mereka berusia 2 tahun mereka akan
mengalami masalah untuk bertutur.

Kanak-kanak autisme tidak akan membuat sebarang komunikasi mata


terhadap orang disekelilingnya dan tidak suka pada pelukan. Bagi mereka
membuat perhubungan mata adalah sebagai petanda amaran dan hukuman bagi
mereka.

Selain itu, mereka akan berkelakuan aneh. Hal ini kerana mereka lebih
suka dan tertarik kepada benda-benda yang berpusing seperti kipas dan roda
kereta mainan. Mereka akan bermain kereta dengan cara yang bertentangan
dengan kanak-kanak biasa, dimana mereka akan menterbalikkan kereta mainan
tersebut dan bermain dengan memutarkan roda kereta mainan tersebut.

Emosi kanak-kanak autisme ini juga sukar diramal kerana mereka suka
mengamuk, suka mencakar dan mencederakan diri sendiri dan amat sensitif
terhadap bunyi bising. Mereka akan mengamuk dan mencederakan diri sendiri
sekiranya ada benda yang mereka inginkan tidak dikecapi dan ketika mereka
berasa terkongkong dan tidak selesa. Selain itu, bunyi yang bising akan
menyebabkan mereka terganggu.

Seterusnya, kanak-kanak autisme amat sukar untuk mengurus diri sendiri.


Kanak-kanak autisme memerlukan bantuan ibubapa ataupun penjaga untuk
menguruskan diri mereka terutama dalam aspek pengurusan diri seperti mandi,
menggosok gigi, makan, minum dan memakai pakaian.

Makanan kanak-kanak autisme jugak sama setiap masa. Mereka sangat


memilih dalam aspek pemilihan makanan. Mereka akan makan makanan yang
sama setiap kali hendak makan dan tidak akan memakan selain daripada
makanan tersebut. Makanan kanak-kanak autisme selalunya adalah epal hijau
dan biskut yang digelar biskut mayat.

Obses pada benda-benda yang dia sukai juga merupakan salah satu
tingkah laku kanak-kanak autisme. Sekiranya mereka terlihat suatu benda yang
mereka sukai mereka akan memintanya menggunakan tangan orang dewasa
dan sekiranya tidak diberikan kepada mereka apa yang mereka inginkan mereka
akan mula mengamuk. Benda yang selalu mereka sukai daripada orang dewasa
adalah gadget.
Kanak-kanak autisme tidak mempunyai had sempadan. Mereka akan
melakukan sesuatu yang mereka sukai dimana sahaja tanpa sebarang had
tempat dan masa. Sebagai contoh, sekiranya ibubapa atau penjaga membawa
kanak-kanak autisme ini ke rumah orang lain seperti menghadiri majlis kenduri,
kanak-kanak ini akan membuat rumah orang lain itu seperti rumahnya sendiri.
Selain itu juga, ketika orang lain sedang makan, kanak-kanak ini akan melakukan
perkara lain seperti bermain dan kemudian akan mengajak orang agak selesa
dengan dia untuk bermain meskipun orang itu sedang makan.

Kanak-kanak ini juga suka bermain secara sendiri dan akan menjauh
sekiranya di ajak untuk bermain. Mereka suka untuk menyendiri di dunia mereka
sendiri. Mereka selalu bermain dengan cara menyusun objek-objekdengan cara
memanjang. Kanak-kanak ini juga tidak pandai bermain secara pura-pura seperti
kanak-kanak biasa.

Kanak-kanak autisme ini juga mudah trauma. Suatu perlakuan yang selalu
mereka lakukan tetapi perlakuan tersebut menyebabkan ketidakselesaan, maka
mereka tidak akan melakukannya lagi.

Selain itu, mereka akan menggunakan bahasa yang tidak difahami dan
akan mengulang-ulang atau mengajuk perkataan orang lain. Kanak-kanak ini
bersifat hypoactive iaitu bahasa yang mereka gunakan tidak difahami oleh
orang lain. Mereka juga cenderung bersifat ekolalia iaitu bertutur secara
berulang-ulang.

Akhir sekali, kanak-kanak autisme mudah menghidapi sawan. Mereka akan


menghidapi penyakit sawan ini setelah akil baligh. Penyakit sawan ini sangat
bahaya bagi kanak-kanak autisme kerana mereka akan kehilangan apa yang
mereka telah pelajari.
CARA MENANGANI KANAK-KANAK AUTISME CARA ISLAM

Di dalam surah al-Israa ayat 82*, Allah SWT berfirman Dan Kami
turunkan dengan beransur-ansur dari ayat Al-quran ayat-ayat suci yang menjadi
uba penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepadaNya dan dalam Surah
Al-Fussilat ayat 44*, Allah SWT berfirman Katakanlah, Al-Quran itu adalah
petunjukdan penawar bagi orang yang beriman. Kedua ayat ini jelas
menunjukkan bahawa semua penyakit itu datangnya daripada Allah dan
penawarnya ada di dalam Al-Quran. Al-Quran adalah sebaik-baik ubat penawar
kepada setiap penyakit. Tiap- tiap surah dan ayat yang terkandung di dalam Al-
Quran adalah penawar kepada sesuatu penyakit samada dari segi spiritual
mahupun fizikal dengan syarat seseorang itu beriman dan yakin kepadaNya.

Salah satu cara untuk menangani kanak-kanak autism melalui perawatan


cara islam adalah dengan menggunakan bacaan ayat-ayat al-quran sebagai
terapi bunyi menggunakan bacaan Al-Quran kepada kanak-kanak autisme.
Terdapat kajian yang menunjukkan apabila seseorang itu diperdengarkan ayat-
ayat suci Al-Quran, maka ia telah mengurangkan tahap tekanan perasaan
seseorang itu sekaligus meningkatkan tahap ketenangan. Hal ini berlaku kerana
berlaku peningkatan gelombang alpha EEG dalam tubuh seseorang yang
menyebabkan keseimbangan tekanan dalam tubuh. Cara ini amat sesuai
digunakan dikalangan kanak-kanak autisme kerana ia dapat membantu
menstabilkan masalah emosi kanak-kanak autisme yang mempunyai masalah
gangguan emosi yang tidakstabil. Menggunakan ayat suci Al-Quran sebagai
terapi bunyi adalah lebih baik berbanding menggunakan muzik klasik kerana
kesannya sangat ketara ketika diperdengarkan bacaan al-quran.

Anda mungkin juga menyukai