Anda di halaman 1dari 2

1.

Agihan tugasan pemimpin sekolah mengikut kuadran

SEGERA TIDAK SEGERA

Menyelesaikan isu keracunan Menyemak buku rekod


makanan di kantin sekolah pengajaran dan
Menyelesaikan masalah pembelajaran guru
PENTING kekurangan guru mengikut Menyemak buku latihan
opsyen murid
Mengadakan temujanji Menandatangani cek
dengan ibubapa yang ingin
menyaman sekolah

TIDAK
PENTING Menyediakan laporan kes Memantau kerja pengawal
salah laku staf kepada keselamatan sekolah
PPD/JPN/KPM Mengalu-alukan kehadiran
Menghadiri mesyuarat PIBG murid di pintu pagar
sekolah

RAJAH : MATRIKS PENGURUSAN MASA

2. Justifikasi tugasan mengikut kuadran:

SEGERA/PENTING
Menyelesaikan isu keracunan makanan di kantin sekolah

Murid adalah pelanggan yang harus diberi keutamaan sesuai dengan piagam
pelanggan berkhidmatan yang berteraskan kepada murid. Disamping itu, kebajikan
murid haruslah dipelihara dan dijaga sesuai dengan visi dan misi bagi melahirkan
insan yang terdidik dan sejahtera. Selain itu, antara tujuan utama perkara ini harus
diselesaikan dengan kadar segera ialah supaya murid boleh belajar dengan aman dan
tanpa gangguan.
TIDAK SEGERA/PENTING

Menyemak buku rekod pengajaran dan pembelajaran guru

Menyiap dan melaksanakan buku rekod pengajaran dan pembelajaran adalah wajib
bagi setiap guru. Pelaksanaan buku rekod adalah mandat yang tidak boleh diingkari
dan jika berbuat demikian boleh dedenda. Sebagai seorang pemimpin, kemahiran
mengagihkan tugas juga perlu ada. Penyemakan buku rekod pengajaran dan
pembelajaran ini boleh diagihkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran dan boleh
disemak sekali seminggu mengikut waktu yang ditetapkan.

SEGERA/TIDAK PENTING

Menyediakan laporan kes salah laku staf kepada PPD/JPN/KPM

Kes-kes yang berkaitan dengan staf boleh diurus dan diselesaikan diperingkat sekolah
dengan budi bicara pemimpin melainkan kes-kes yang amat berat. Kes salah laku
boleh diselesaikan dengan adanya khidmat nasihat dan kaunseling dari pemimpin.
Penyelesaian kes ini adalah segera tetapi masih boleh dipertimbangkan. Pemimpin
boleh memberi amaran lisan dan surat amaran untuk mengatasi masalah ini.

TIDAK SEGERA/TIDAK PENTING

Memantau kerja pengawal keselamatan sekolah

Pengawal keselamatan adalah sebahagian daripada komuniti sekolah dan berperanan


sebagai pembantu mengawal keadaan sekolah. Tugasan ini berada pada kuadran tidak
segera dan tidak penting kerana pemantauan boleh dilakukan oleh Penolong Kanan
dan guru-guru bila-bila masa mengikut keperluan. Selain itu, pemantauan pengawal
keselamatan sekolah dilakukan oleh kontraktor yang bertanggungjawab.