Anda di halaman 1dari 11

Amali 3

Topik

Keapungan dan Prinsip Archimedes

Tujuan

Untuk menentukan daya tujah menggunakan Prinsip Archimedes

Teori

Prinsip Archimedes menyatakan bahawa objek yang direndam dalam bendalir akan mengalami
satu pengurang berat yang sama berat dengan berat bendalir yang disesarkan. Pengurangan
berat diakibatkan oleh daya tujah ke atas yang wujud di dalam bendalir. Daya tujah ke atas
merupakan daya tolakan ke atas objek yang direndam dalam bendalir.

Daya
tujah

Air tersesar
Daya Tujah = Berat air yang tersesar
Hipothesis

Semakin bertambah ketumpatan objek, semakin bertambah berat air yang tersesar.

Daya tujah ke atas (daya keapungan) adalah sama dengan berat air yang disesarkan.

Pembolehubah

i. Dimanipulasi : Ketumpatan objek


ii. Dimalarkan : Ketumpatan air
iii. Bergerak balas : Berat air yang disesarkan

Radas

(i) Kaki retort


(ii) Pemegang retot
(iii) Neraca spring
(iv) Bikar 250 cm3
(v) Bikar 1000 cm3
(vi) Benang
(vii) Tin eureka
(viii) Blok kayu
(ix) Pemberat
(x) Plastisin
(xi) Neraca tuas

Bikar
kuprum Tin eureka
Bikar
1000cm3
Pemberat

Kaki retort

Bikar Benang
250cm3
Pemegang Blok kayu
retort

Neraca Tuas

Neraca
spring

Gambar 2 & 3: Radas yang digunakan.

Prosedur
1. Satu pemberat diikatkan dengan benang dan pemberat itu digantungkan pada neraca spring.
Berat pemberat dicatatkan di udara sebagai W1.
2. Sebuah bikar kosong ditimbangkan dengan sebuah neraca tuas dan beratnya dicatatkan
sebagai B1.
3. Sebuah tin eureka diisikan dengan air sehingga air berlebihan mengalir keluar dari
muncungnya. Apabila air tidak mengalir dari muncungnya lagi, sebuah bikar kosong
diletakkan di bawah muncung itu.

Neraca spring

Benang
Pemberat

Tin eureka

Bikar Blok kayu

Gambar 4: Pemberat sedang diturunkan perlahan-lahan ke dalam tin eureka.

4. Pemberat yang tergantung pada neraca spring diturunkan dengan perlahan-lahan ke dalam tin
eureka sehingga pemberat itu terendam sepenuhnya di dalam air seperti Gambar 4.
5. Bacaan pada neraca spring dicatatkan sebagai berat pemberat dalam air, W2.
6. Apabila tiada lagi air mengalir dari muncung tin eureka, berat bikar yang berisi air tersesar itu
ditimbangkan. Berat bikar berisi air tersesar dicatatkan sebagai B2.
7. Eksperimen diulangi dengan plastisin.

Penjadualan data
Berat (N)
Jisim (g) Jisim (kg)
[Jisim(kg) X 10ms-2]
Jenis Pemberat 500.0 0.5000 5.000
Plastisin 110.0 0.1100 1.100
Objek Bikar 200cm3 kosong 100.8 0.1008 1.008
Jadual 1.

Berat pemberat, WPB = (0.5kg X 10ms-2) = 5N

Berat plastisin, WP = (0.1kg X 10ms-2) = 1.1N

Berat bikar kosong, B1 = (0.1008kg X 10ms-2) = 1.008N

Jisim objek semasa direndamkan ke


Jenis Jisim bikar + air tersesar (g)
dalam tin eureka (g)
Objek
1 2 3 Purata 1 2 3 Purata
Pembera
430 430 430 430 171.35 172.25 173.69 172.43
t

Plastisin 50 50 50 50 164.82 165.07 164.79 164.89

Jadual 2.

Analisis data

Objek Jisim objek semasa Berat objek semasa Jisim bikar + Berat bikar +
direndamkan ke direndamkan ke air tersesar air tersesar,
dalam tin eureka (g) dalam tin eureka, W2 (g) B2 (N)
(N)
Pembera
430 4.3 172.43 1.7243
t
Plastisin 50 0.5 164.89 1.6489
Jadual 3.

Pemberat
Berat air tersesar = B2 B1

= 1.7243N 1.008N

= 0.7163N

Pengurangan berat pemberat = WPB W2

= 5N 4.3N

= 0.7N

Plastisin

Berat air tersesar = B2 B1

= 1.6489N 1.008N

= 0.6409N

Pengurangan berat plastisin = WP W2

= 1.1N 0.5N

= 0.6N

Perbincangan
Dalam eksperimen ini, saya ingin menentukan daya tujah menggunakan Prinsip
Archimedes. Prinsip Archimedes menyatakan bahawa daya tujah ke atas (daya keapungan)
adalah sama dengan berat air yang tersesar. Pemberat dan plastisin telah saya pilih kerana
ketumpatan mereka. Kedua-dua objek yang dipilih mempunyai ketumpatan yang lebih tinggi
berbanding ketumpatan air. Oleh itu, kedua-dua objek dapat direndamkan ke dalam air dengan
mudah tanpa menambah daya ke atas objek tersebut.

Daya tujah pemberat = Berat air tersesar apabila pemberat dimasukkan ke dalam tin eureka

= 0.7163N

Ini bermakna, untuk menyeimbangkan daya yang dikenakan oleh pemberat terhadap air, daya
tujah yang perlukan adalah sebanyak 0.7163N.

Daya tujah plastisin = Berat air tersesar apabila plastisin dimasukkan ke dalam tin eureka

= 0.6409N

Ini bermakna, untuk menyeimbangkan daya yang dikenakan oleh plastisin terhadap air, daya
tujah yang perlukan adalah sebanyak 0.6409N.

Daya tujah yang diperlukan untuk menyeimbangkan berat pemberat lebih besar berbanding
plastisin. Ini kerana pemberat mempunyai ketumpatan yang lebih besar berbanding plastisin.

Terdapat sedikit perbezaan diantara pengurangan berat objek dan berat sesaran air kerana
berlaku ralat semasa menjalankan eksperimen ini. Antaranya ialah;

1. Alat penimbang yang berbeza digunakan untuk menimbang WPB, WP, W2, B1, dan B2. Dua
penimbang yang berbeza digunakan iaitu neraca tuas dan neraca spring.
2. Kedudukan paras mata tidak serenjang dengan skala bacaan pada neraca spring semasa
membuat bacaan.

Ralat yang berlaku boleh diatasi dengan cara berikut:


1. Tetapkan penimbang yang sama agar keputusan yang didapat tepat. Kesensitifan
penimbang yang tinggi akan menjadikan keputusan eksperimen menjadi lebih tepat.
2. Pastikan kedudukan paras mata adalah berserenjang dengan skala bacaan pada neraca
spring semasa membuat bacaan.

Kesimpulan

Hipothesis diterima. Daya tujah ke atas (daya keapungan) adalah sama dengan berat air yang
disesarkan. Daya tujah bagi pemberat ialah 0.7163N manakala daya tujah bagi plastisin ialah
0.6408N. Ini kerana semakin bertambah ketumpatan objek, semakin bertambah berat air yang
tersesar.

Refleksi

Syukur kepada Tuhan kerana dengan izin dan rahmat-Nya dapatlah saya sempurnakan
amali fizik 2 ini. Sebelum melangkah ke intipati refleksi seterusnya, terlebih dahulu saya ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing amali fizik 3, Pn. Low Kee
Sun kerana telah banyak menyumbangkan jasa dalam memberikan tunjuk ajar sepanjang amali
ini dijalankan. Komitmen beliau yang tinggi dalam memastikan setiap dari kami dapat mengikuti
interaksi dengan berkesan telah mendorong saya dan rakan-rakan untuk turut memberikan
kerjasama yang maksimum. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan sekelas yang sudi berkongsi
dan bertukar-tukar maklumat sepanjang proses menyiapkan amali fizik 3 ini.

Amali fizik 3 merupakan satu amali yang mencabar. Semasa amali, kami dibahagikan
kepada tiga kumpulan. Ahli kumpulan saya terdiri daripada saya dan Erma. Setiap ahli dalam
kumpulan perlu bekerjasama untuk menyediakan radas. Dengan berbekalkan dua pasang
tangan sahaja, kami akhirnya berjaya menyediakan radas dan seterusnya menjalankan
eksperimen dengan jayanya. Disini saya dapat rasakan bahawa semangat berpasukan kami
sangat tinggi. Kami saling bertukar pendapat bagaimana melaksanakan amali ini. Kami saling
menghormati keputusan antara satu sama lain dan menerimanya dengan hati yang terbuka
senghinggalah mendapat kata putus yang dipersetujui bersama. Kami tidak menyisihkan
sesiapa dalam kumpulan kami. Boleh dikatakan bahawa semangat berpasukan dalam diri saya
dipupuk melalui amali ini.
Semasa menjalankan amali ini saya mendapati bahawa prinsip Archimedes merupakan
prinsip yang digunakan dalam mana-mana penimbang yang menggunakan air. Jisim air yang
disesarkan oleh objek, merupakan jisim bagi objek tersebut. Ianya sangat mudah dan seronok
dilakukan. Prinsip Archimedes juga boleh dilihat apabila kita menambah kiub ais ke dalam air
minum kita. Paras air akan meningkat, menandakan isipadu air meningkat. Peningkatan dalam
isipadu tersebut juga merupakan isipadu kiub ais tersebut.

Apabila berjaya menyiapkan amali fizik 3 ini, saya dapat simpulkan bahawa amali
merupakan satu amali yang mencabar dan menarik. Saya diajar bagaimana untuk
berkerjasama dalam pasukan dan juga mendapat ilmu pengetahuan tentang Prinsip
Archimedes. Antara kelemahan dan kekangan yang saya hadapi semasa menjalankan
eksperimen ini adalah yang pertama ialah masalah internet yang sangat lambat dan
melengahkan masa saya mencari maklumat tambahan semasa membuat laporan amali.
Seterusnya ialah saya kurang mahir dalam memilih maklumat yang releven maklumat di
internet. Justeru itu, saya berharap agar kesilapan dan kelemahan saya dalam menyiapkan
amali ini akan menjadi pengajaran dan iktibar kepada saya untuk memperbaiki diri pada masa
akan datang. Sekian terima kasih.

Rujukan
Jandiwah, A. (n.d.). Verification of Archimedes Principle. Diambil pada 6 April 2017 daripada
http://amrita.olabs.edu.in/?sub=1&brch=1&sim=72&cnt=1.

Jewett, J. W., & Serway, R. A. (2008). Physics for Scientists and Engineers (7th ed.):
Archimedes Principle. Belmont, CA, USA: Thomson Learning, Inc.

Joseph, C. (n.d.). Archimedes Principle. Diambil pada 5 April 2017 daripada


http://physics.weber.edu/carroll/archimedes/principle.htm.

Mujin, S. M. (2015). Application of Archimedes principle in daily life. Diambil pada 6 April 2017
daripada https://www.reference.com/science/example-application-archimedes-principle-
daily-life-26fd26280a055bbd#.

Walker, J. S. (2004). Physics (2nd ed.): Archimedes Principle. Upper Saddle River, New Jersey:
Pearson Educarion. Inc.
Gambar 5: Proses memasukkan objek (plastisin) ke dalam tin eureka.

Gambar 6: Menyediakan air dalam tin eureka.