Anda di halaman 1dari 1

Apa yang sukar?

Aku mengelek halaman-halaman The Chinese Mind, buku kompilasi


tulisan prosiding yang diedit Moore (1967), dan mengharunginya, barulah aku sedar betapa
selesanya aku dengan pemikiran Barat sekurangnya secara asasnya. Lalu, untuk aku
yang baru mahu mudik keluar ke sungai pemikiran orang Timur, membaca falsafah tradisi
China tidak mudah, sukar sekali. Dalam pengenalan sahaja, telah dinyatakan bahawa
penyataan, misalnya:
(1) kebenaran bukan yang diturunkan daripada Atas, tetapi diterokai dan ditunjukkan
melalui tindakan manusia lalu, melalui dokumen sejarahlah yang merekod
kebenaran itu (m/s 12).
(2) moral sangat penting dalam tradisi mereka lebih daripada persoalan benar dan
batil, dalam sejarah mereka, baik dan buruk itu yang lebih penting (m/s 14).

Bahkan, dalam pengenalan ini, Moore siap menuliskan 19 prinsip asas falsafah China yang
dihurai lebih lanjut dalam buku.

Anda mungkin juga menyukai