Anda di halaman 1dari 1

LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGUAN

MINGGU KE : 2
TARIKH : 09 JANUARI 2017 HINGGA 13 JANUARI 2017
GURU BERTUGAS :- 1. EN MOHD IRFAN B KHALIL
2. PN. MARIAH BT ABD RAHMAN
1. DISIPLIN MURID
o Keseluruhannya sederhana dan masih perlu diperbaiki
o Murid-murid patuh menggunakan pas kebenaran keluar yang telah diberi. Tahniah
diucapkan.
2. LAPORAN GURU
2.1 WAKTU PAGI
o Murid-murid perlu berkumpul di tapak perhimpunan dengan segera untuk
menghadiri program bijak masa.
o Ada sebilangan murid yang masih berada di dalam kelas semasa program bijak
masa dijalankan.
2.2 WAKTU REHAT
o Masih ada lagi murid yang tidak menjaga kebersihan semasa makan di kantin dan
persekitaran sekolah.
o Namun setelah diberi teguran , murid telah menunjukkan perkembangan yang
positif.
o Tahniah di ucapkan. Semoga dapat diteruskan .
o Murid-murid bising sewaktu berjalan balik ke kelas selepas rehat. Perlu pengawasan
yang ketat daripada pengawas
2.3 WAKTU BALIK / PETANG
o Murid-murid balik bergerak dari kelas masing-masing. Tahun 1 dan 2 telah
diberi teguran kerana tidak mengikut laluan yang ditetapkan. .
3. HAL-HAL LAIN
o Ucapan terima kasih kepada semua pengawas yang telah membantu
mengawasi murid-murid disepanjang kami bertugas.

Anda mungkin juga menyukai