Anda di halaman 1dari 19

SKEMA

TRIAL
KELANTAN
JAWAPAN SET 1
1.a) Apakah yang dimaksudkan dengan imbangan bahangan? [3]

( Jumlah bahang matahari yang masuk ke permukaan bumi )adalah ( sama ) dengan ( jumlah
bahangan yang dibebaskan oleh permukaan bumi ke atmosfera ).

b)Jelaskan dua cara bumi membebaskan bahangan ke atmosfera. [4]

b1 Bahang bumi dibebaskan melalui proses sejatan air - air yang menyerap bahang matahari
menjadi panas. Molekul air menjadi ringan dan bergetar seterusnya terbebas ke atmosfera sebagai
wap. Wap air yang naik membawa haba yang terdapat dalam air ke atmosfera yang dikenali sebagai
haba pendam.

b2 Pembebasan bahang bumi melalui proses bahangan - Semua benda yang menyerap bahangan
matahari di permukaan bumi akan mengeluarkan semula/membahang semula haba yang diserap ke
ruang atomsfera bumi. Contoh permukaan bumi yang membahang atau membebaskan semula haba
yang diterimanya seperti permukaan batuan, jalan raya, bangunan dan sebagainya.

b3 Pembebasan bahang bumi melalui proses perolakan - Dalam proses perolakan udara yang
panas di permukaan bumi menjadi ringan dan naik ke atmosfera secara perolakan. Udara sejuk yang
lebih tumpat akan menggantikan tempat udara panas. Proses perolakan udara memindahkan haba
bumi ke ruang atmosfera.

B4. Pembebasan haba bumi melalui proses pengaliran - Molekul udara yang panas di permukaan
bumi menyebabkan molekul udara yang berhampiran/di atasnya dengannya menjadi aktif dan panas.

2 x 2 = 4 markah

c) Huraikan dua faktor yang mempengaruhi ketidakseimbangan bahangan. [4]

c1 Penipisan lapisan ozon. Penipisan lapisan ozon menyebabkan lebih banyak bahangan matahari
masuk ke permukaan bumi. Lapisan ozon berperanan menapis dan menyerap sinar ultra unggu
matahari.

c2 Litupan awan. Litupan awan yang tebal menyebabkan sedikit sedikit bahangan matahari yang
masuk disebabkan proses pantulan yang dilakukan oleh awan.

c3 Albedo bumi. Permukaan bumi yang gelap menyerap lebih banyak bahang matahari. Permukaan
bumi yang cerah akan memantulkan banyak bahangan matahari. Contohnya permukaan salji
menyebabkan bahang yang diterima adalah rendah.

c4 Jerebu. Kejadian jerebu tebal mengurangkan kemasukan bahangan ke permukaan bumi.

c5 Aktiviti pengangkutan

c6 Pembalakan

c7 Perindustrian

c8 Pertanian

2 x 2 = 4 markah
d. Jelaskan dua kesan peningkatan bahangan terhadap alam sekitar fizikal . [4]

d1 Sistem geomorfologi. Peningkatan proses luluhawa , Pencairan ais / peningkatan aras laut dan
hakisan pantai dan hakisan angin.

d2 Sistem atmosfera. Kelembapan udara rendah, tekanan udara rendah, kekerapan kejadian ribut
taufan dan litupan awan yang sedikit.

d3 Sistem hidrologi. Kadar sejatan meningkat, Proses perpeluhan meningkat dan Kekurangan hujan
dan pengurangan simpanan air tanih.

d4 Sistem ekologi. Kemusnahan habitat, Kepupusan spesis, gangguan terhadap rantaian dan siratan
makanan.

2 x 2 = 4 markah

2 (a) Jelaskan proses pembentukan angin monsun timur laut [ 10 ]

a1 Berlaku di antara bulan November hinggan Mac.

a2 Bahagian tengan benua Asia seperti China dan Monggolia mengalami musim sejuk pada bulan
November hingga Mac menyebabkan udaranya bertekanan tinggi.

a3 Pada masa yang sama benua Australia mengalami musim panas menyebabkan udaranya
bertekanaan rendah.

a4 Udara dari bahagian tengah benua Asia akan bergerak ke pusat tekanan rendah di benua Australia
dalam arah barat laut.

a5 Angin yang bertiup dari arah barat laut dipesongkan oleh daya korialis menjadi monson timur laut.
Angin monson timur laut membawa lembapan yang tinggi dan menghasilkan hujan lebat di Asia
Tenggara seperti Pantai Timur Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, Vietnam, Filipina, Brunei dan
Indonisia.

5 x 2 = 10 markah
(b) Bincangkan kesan tiupan angin monsun timur laut terhadap aktiviti manusia. [ 15 ]

b1 Kegiatan pertanian

b2 Kegiatan pelancongan

b3 Kegiatan perikanan

b4 Kegiatan pembalakan

b5 Kegiatan industri kecil dan sederhana ( IKS

b6 Kegiatan pengangkutan

b7 Penternakan

b8 Pembinaan

b9 Aktiviti harian

5 x 3 = 15 markah ( Fakta = 1m, Proses = 1m , Kesan = 1m )

3(a) Sejauhmanakah faktor fizikal menyebabkan berlakunya masalah kekurangan bekalan


air.
[ 13 ]
Faktor fizikal

a1 Fenomena el nino / perubahan pola tiupan angin. Fenomena el nino melemah dan menghentikan
angin timuran yang membawa hujan ke Asia Tenggara. Kesannya menyebabkan keadaan di Asia
Tenggara menjadi panas dan kering dalam tempoh beberapa bulan.

a 2 Perubahan iklim. Perubahan iklim seperti peningkatan suhu dunia menyebabkan kelembapan
bandingan udara menjadi rendah. Kelembapan udara yang rendah melambatkan ketepuan udara.
Hujan berkurangan.

a 3 Sumber air permukaan di daratan. Kekurangan sungai dan tasik yang besar menyeukarkan
eksploitasi sumber air/ Isipadu berkurangan

Faktor kemanusiaan

a4 Pertambahan penduduk yang pesat meningkatkan permintaan terhadap air, terutamanya di bandar-
bandar besar.

a5 Pembangunan ekonomi yang pesat meningkatkan permintaan terhadap air. Contohnya sektor
perindustrian. Pelancongan taman tema dan perhotelan penggunaan air yang tinggi.

a6 Pembalakan memusnahkan kawasan tadahan air dan menguraangkan simpanan air bawah tanah.

a7 Masalah pengurusan bekalan air tidak cekap / kebocoran/ paip lama

ax Penegasan
6 x 2 = 12 markah + Penegasan 1 markah = 13 markah
(b) Bincangkan langkah penyesuaian bagi mengurangkan impak masalah kurangan bekalan
air. [ 12 ]

b1 Mengeksploitasi sumber air bawah tanah. Air bawah tanah diperolehi melalui pembinaan telaga
dan kaedah pam menggunakan enjin.

b2 Pembenihan awan. Menyembur larutan garam iodid ke dalam udara untuk memerangkap wap air
dan mempercepatkan kejadian hujan.

b3 Kitar semula air. Memproses air yang telah digunakan

b4 Catuan air. Membekalkan air kepada penduduk pada masa puncak sahaja disebabkan sumber air
yang terhad semasa kemarau.

b5 Pemindahan air. Memindahkan air dari negeri yang banyak air ke negeri yang mengalami masalah
kekurangan air.

b6 Kempen penjimatan air

6 x 2 = 12 markah

BAHAGIAN B: ALAM SEKITAR MANUSIA


[40 markah]

Jawab semua soalan.

Soalan 4:

a) Apakah yang dimaksudkan dengan bioteknologi pertanian? [3]

Skema pemarkahan

Bioteknologi pertanian bermaksud [teknik atau proses saintifik] dalam pertanian yang
menggunakan [genetik/DNA benda hidup] seperti mikro organisma, haiwan, atau tumbuhan untuk
menyelesaikan masalah atau [menghasilkan produk pertanian baru] yang bermanfaat kepada
manusia.

b) Jelaskan tiga kepentingan bioteknologi pertanian dalam meningkatkan kemajuan sektor pertanian
di Malaysia?
[6]

Skema pemarkahan

b1 Meningkatkan kuantiti/produktiviti/hasil produk pertanian dalam jangka masa yang singkat


hasil kacukan dan klon benih yang bermutu.

b2 Meningkatkan kualiti menghasilkan produk pertanian tahan penyakit dan serangga


perosak.

b3 Menghasilkan kepelbagaian jenis produk pertanian yang dapat memenuhi citarasa pengguna

b4 Membantu memajukan sektor hiliran seperti industri biodisel dari minyak kelapa sawit,
perubatan/farmasi dari tanaman herba

b5 Menghasilkan produk pertanian yang bersih dan mesra alam seperti tanaman hidroponik dan
agrobio yang tidak memerlukan tanah.

b6 Produk yang berdaya tahan penyakit penghasilan benih bermutu tinggi dan tahan penyakit
seperti benih padi golden rice.

( 3isi x 2 markah = 6 markah )

c) Huraikan tiga aktiviti pertanian yang menyebabkan pencemaran alam sekitar fizikal. [6]
Skema pemarkahan

c1. Pembukaan kawasan ladang penyahhutanan - pembakaran terbuka menyebabkan


pencemaran udara

c2. Penggunaan baja kimia hujan larian air permukaan - menyebabkan pencemaran air.

c3. Penggunaan racun serangga penyemburan - menyebabkan pencemaran udara.

c4. Penggunaan plastik di tapak semaian menyebabkan pencemaran sampah sarap.

c5. Penternakan ayam / itik / kambing najis haiwan menyebabkan pencemaran bau / air.

( 3 isi x 2 markah = 6 markah )

Jawab sama ada soalan 5 atau soalan 6.

5(a) Jadual di bawah menunjukkan bilangan kemasukan pelancong domestik mengikut negeri pada
tahun 2011.

(i) Berdasarkan jadual diatas, lukis sebuah graf bar bagi menunjukkan bilangan kemasukan
pelancong domestik mengikut negeri pada tahun 2011. [9]

ai1 Tajuk 1m

ai2 skala 1m

ai3 Petunjuk 1m

ai4 Plotan 6m
11 16 bar betul 6m
6 10 bar betul 4m
1 5 bar betul 2m

(ii) Huraikan kepentingan sektor pelancongan kepada pembangunan ekonomi Malaysia. [8]
Skema pemarkahan

aii1 Mewujudkan peluang pekerjaan - Memajukan kawasan eko pelancongan.


Bekerja sebagai pemandu pelancong, pengemas bilik, tukang masak dll -
pendapatan perkapita penduduk bertambah dan pengganguran
dikurangkan.

aii2 Pendapatan Negara. Pelancong asing ke Malaysia seperti Jepun, China,


Eropah dll - perbelanjaan untuk penginapan, pengangkutan, makanan,
cenderamata dll - menambahkan pendapatan negara melalui tukaran
matawang asing.

aii3 Memajukan ekonomi berkaitan memajukan industri pengangkutan,


makanan, kraftangan perkembangan industri lain selari dengan
perkembangan sektor pelancongan.

aii4 Menambah pelaburan pelaburan dalam dan luar negara pembinaan


kawasan pelancongan baru dan hotel atau resort. Contoh hotel
antarabangsa seperti Swiss Hotel, Residence Hotel dll

aii5 Menggalakkan pembangunan infrastruktur kawasan memajukan


kawasan luar bandar berpotensi dimajukan dengan infrastruktur, resort
menambah pendapatan penduduk luar bandar.

( 4 isi x 2 markah = 8 markah )

(iii) Jelaskan pengaruh alam sekitar fizikal terhadap kedatangan pelancong ke Malaysia. [8]

Skema pemarkahan

aiii1 Tarikan Pulau dan Taman Laut - pulau-pulau yang cantik dan taman-taman maritim -
Keindahan persekitaran fizikal pulau seperti laut yang cetek dan jernih, dikelilingi oleh
terumbu karang serta hidupan laut menarik kedatangan pelancong.

aiii2 Pantai yang menarik pantai yang bersih dan indah terdapat teluk dan tanjung menarik
kedatangan pelancong.

aiii3 Tanah tinggi kawasan tanah tinggi yang cantih dan suhu yang sejuk sesuai untuk tanaman
hawa sederhana Tanah Tinggi Cameron Highland, Tanah Tinggi Kundasang menarik
kedatangan pelancong.

aiii4 Hutan Semulajadi / Hutan Lipur tarikan kepelbagaian spesis flora dan fauna bunga
reflesia udara yang nyaman Taman Negara Pahang, Hutan Simpan Belum, Tanah Tinggi
Kundasang menarik kedatangan pelancong.

aiii5 Iklim suhu panas sepanjang tahun sesuai untuk aktiviti berjemur menarik kedatangan
pelancong Eropah, AS dan lain-lain.

( 4 isi x 2 markah = 8 markah )


ATAU

(b) (i) Bincangkan potensi pembangunan sumber alam yang boleh dimajukan secara bersama di
kawasan Segitiga Pertumbuhan ASEAN. [9]

Skema pemarkahan

bi1. Sumber tanah/tanah yang subur dan luas berpotensi untuk pertanian perladangan kelapa
sawit dan getah dan industri berasaskan hasil pertanian (agro based industry).

bi2. Keindahan sumber alam (kepulauan dan pantai) berpotensi untuk eko pelancongan.

bi3. Sumber galian (petroleum dan gas asli) berpotensi untuk perlombongan dan perindustrian
berasaskan tenaga.

bi4. Sumber hutan berpotensi untuk industri pembalakan dan industri berasaskan kayu.

bi5. Sumber air berpotensi untuk industri pengangkutan, tenaga, pelancongan dll.

bx. Kesimpulan - 1 markah

( 4 isi x 2 markah + 1 markah kesimpulan = 9 markah)

(ii) Huraikan kelebihan yang dimiliki oleh pakatan Segitiga IMT-GT berbanding dengan pakatan
Segitiga Pertumbuhan ASEAN yang lain. [8]

Skema pemarkahan

bii1. Kelebihan sumber alam tanih yang subur, mineral, keindahan semulajadi (pantai dan pulau)
dsb.

bii2. Kelebihan pasaran - jumlah penduduk yang ramai - kuasa beli penduduk / pendapatan
perkapita penduduk.

bii3. Kelebihan teknologi yang dimiliki perkongsian teknologi, R&D dan inovasi.

bii4. Kelebihan modal yang dimiliki keupayaan modal swasta dan kesediaannya untuk melabur.

bii5. Kelebihan tenaga buruh dan kepakaran yang ada Kuantiti dan kualiti buruh. Tenaga manusia
yang ada berpendidikan, mudah dilatih dsb.

bii6. Kelebihan kemudahan asas - prasarana yang sedia ada seperti rangkaian pengangkutan dan
perhubungan, bekalan air, elektrik dll.

( 4 isi x 2 markah = 8 Markah)


(iii)Cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mempercepatkan pembangunan
ekonomi di kawasan segitiga IMT-GT. [8]

Skema pemarkahan

biii1. Menjaga/mengawal keselamatan bersama khususnya di sempadan - Mewujudkan kestabilan


wilayah/rantau dalam jangkamasa panjang sebagai tarikan untuk melabur.

biii2. Menggalakkan pelaburan - lebih banyak penglibatan pihak swasta dengan tawaran pakej yang
lebih menarik untuk menanam modal di kawasan terbabit.

biii3. Menyediakan kemudahan asas yang cukup - pihak kerajaan mestilah menyediakan
kemudahan asas terlebih dahulu seperti bekalan air dan tenaga, rangkaian pengangkutan dan
perhubungan dll.

biii4. Pengurusan yang cekap - mengurangkan karenah birokrasi, halangan perundangan dan
tatacara/prosedur antara negara yang boleh menjejaskan kecekapan seperti prosedur
imegresen - untuk memudahkan mobiliti buruh, barangan dan perkhidmatan.

biii5. Tenaga buruh mahir - menyediakan sumber tenaga manusia yang terlatih dengan cukup bagi
menggerakkan kegiatan ekonomi yang telah dan sedang dilaksanakan.

biii6. Kemudahan pinjaman - menyediakan dana yang cukup bantuan kerajaan kepada sektor
swasta yang terlibat.

( 4 isi x 2 markah = 8 Markah)

6 (a) Namakan tiga kerjasama ekonomi serantau yang dianggotai oleh Malaysia. [3]

Skema pemarkahan

a1 Pakatan segitiga pertumbuhan (IMT-GT, IMS-GT dan EAGA BIMP)

a2 Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)

a3 Kawasan Perdagangan Bebas Asean (AFTA)

a4 Kerjasama Ekonomi Asia Timur (EAEC)

( 3 x 1m = 3m )
(b) Jelaskan kepentingan penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) [ 10 ]

Skema pemarkahan

b1 Meningkat aliran perdagangan antara ASEAN penghapusan sekatan perdagangan, cukai


yang lebih rendah - kerjasama antara negara dan karenah birokrasi dalam perdagangan boleh
diminimakan

b2 Memperbaiki defisit imbangan perdagangan antara negara ASEAN imbangan import dan
eksport antara negara perdagangan secara adil.

b3 Perluasan pasaran bersama - AFTA memiliki saiz pasaran melebihi 530 juta - Pasaran dalam
negara ASEAN boleh ditembusi apabila sekatan perdagangan dimansuhkan.

b4 Mengurangkan tekanan globalisasi ekonomi - mengurangkan monopoli terutama dari negara-


negara maju - Kebergantungan kepada produk dari negara maju sahaja dapat dikurangkan.

b5 Mengelakkan persaingan barangan yang sama kerjasama dalam pengeluaran perkongsian


teknologi dan kepakaran pengkhususan pengeluaran.

b6 Penjimatan kos penjimatan kos buruh, bahan mentah dan teknologi harga barangan lebih
rendah.

b7 Bekalan berterusan barangan keperluan seperti makanan, pakaian, elekktrik dan elektronik
memenuhi citarasa pengguna.

( 5 x 2m = 10m )

(c) Huraikan kepentingan Malaysia menyertai AFTA. [ 12 ]

Skema pemarkahan

c1 Meningkatkan aliran perdagangan Malaysia dengan negara ASEAN - penghapusan sekatan


perdagangan, dasar perlindungan dan cukai yang lebih rendah - menjimatkan kos
pengeluaran.

c2 Perluasan pasaran - Saiz pasaran akan bertambah luas jika berada dalam sesuatu pakatan
seperti AFTA kerana jumlah penduduk bertambah. Contohnya AFTA memiliki saiz pasaran
melebihi 530 juta. Pasaran dalam negara ASEAN boleh ditembusi apabila sekatan
perdagangan dimansuhkan.

c3 Meningkatkan kualiti produk meningkatkan daya saing antara pengeluar peningkatan


R&D menghasilkan produk berkualiti.

c4 Mengurangkan ancaman globalisasi - mengurangkan monopoli terutama dari negara-negara


maju seperti USA, Eropah dan Jepun dalam pasaran negara. Pengguna boleh memilih produk
dari negara serantau atau Malaysia yang murah dan berkualiti.

c5 Keperluan guna tenaga buruh - Keperluan buruh dalam negara boleh dipenuhi melalui
kemasukan buruh import. Contohnya Malaysia dapat bekalan tenaga buruh dari Indonesia,
Filipina, Vietnam untuk bekerja dalam sektor pembinaan, perkilangan dan perladangan.
c6 Harga barangan lebih rendah pasaran bebas AFTA - penghapusan cukai mengurangkan
kos pengeluaran

c7 Menggalakkan pelaburan/modal - meningkatkan keupayaan modal dalam negara melalui


konsep pelaburan silang dan pelaburan bersama syarikat swasta.

( 6 x 2m = 12m )
JAWAPAN SET 2
BAHAGIAN A: ALAM SEKITAR FIZIKAL
[40 markah]

Jawab semua soalan.

1.a) Jelaskan maksud perubahan iklim? [3m]

Berlaku peningkatan @ penurunan @ perubahan unsur cuaca @pola iklim dunia, seperti suhu,
hujan, tiupan angin, tekanan dan kelembapan udara.

b)Jelaskan dua faktor semulajadi berlakunya peningkatan suhu [4m]

b1. Letusan gunung berapi, bebas debu habuk asap (pantul bahangan bumi), karbon dioksida
(telus bahangan suria, menyerap bahangan bumi)
b2. Kebakaran hutan semulajadi / kemarau- bebas debu habuk asap (pantul bahangan bumi),
karbon dioksida ( telus bahangan suria, menyerap bahangan bumi)
b3. El Nino- bahangan suria tinggi

mana-mana 2x 2m = 4m

c) Huraikan dua kesan peningkatan suhu kepada proses geomorfologi [4m]

c1. Peningkatan proses luluhawa- suhu tinggi, batu mengembang, percepat luluhawa kimia
c2. Peningkatan proses hakisan- air cair, isipadu laut meningkat, hakisan pantai meningkat
hakisan angin- suhu tinggi, tekanan udara rendah, luruan masuk angin kencang- hakisan angin
tinggi
c3. Peningkatan proses pengangkutan, glasier cair, hakisan glasir tinggi, banyak bahan hakisan
diangkut.
c4. Peningkatan proses pemendapan, salji cair- hakisan glasier- banyak muatan glasier-
pemendapan tinggi.

mana-mana 2x 2m = 4m

d) Jelaskan dua langkah perundangan bagi mengurangkan kesan peningkatan suhu keatas alam
sekitar manusia [4m]

d1. Akta Kualiti Alam Sekitar 1974,premis yang pembuangan sisa toksid dan asap boleh
didakwa
d2. Kuatkuasa undang-undang, denda, kompaun, penjara, sita premis, tarik, beku lesen.Cth,
pelepasan asap kilang berlebihan
d3. Rondaan dan pemantauan pihak berwajib. Cth: Jabatan Alam Sekitar pantau pembuangan
sisa pepejal dan toksid kilang

mana-mana 2x 2m = 4m
Jawab sama ada soalan 2 atau soalan 3

2 (a) Sejauhmanakah faktor aktiviti manusia menyebabkan berlakunya banjir lumpur

[13m]
a1. Pembalakan, kawasan tadahan musnah, air larian permukaan laju, hakisan tinggi, bawa lumpur
a2.Pertanian, penebangan huran, peneresan bukit, struktur tanah longgar, mudah dihakis
a3.Pelancongan, pembinaan jalan dan hotel, tebang hutan, teres bukit, air larian laju, hakisan, bahan
mendap tinggi
a4.Pembinaan jalan, lebuh raya-, teres bukit, air larian laju, hakisan, bahan mendap tinggi
a5. Angin monsun timur laut, kuat, banyak wap air
a7. Intensiti hujan lebat, musim tengkujuh, khas nya turun di kawasan pendalaman
a8.Fenomena air pasang- isipadu air banjir daripada hulu tersekat di muara/ kuala sungai.

mana-mana 6 x 2m + 1m = 13m

*pendahuluan dan kesimpulan/penegasan + 1m.

(b) Jelaskan langkah pengurusan untuk mengurangkan kesan kejadian banjir lumpur
[12m]
b1. Memelihara dan memulihara kawasan tadahan hujan,tanam semula hutan
b2. Mendalam dan meluruskan sungai-aliran sungai lancar ke muara sungai
b3. Menyelenggara sistem saliran, perparitan, mendalam, membersih daripada sampah sarap
b4. Membina empangan, lebihan hujan dapat ditakung empangan
b5.Meneres, menanam tanaman tutup bumi, konkrit dan simen cerus teres, longkang dan saluran air
keluar cerun.
b6. Membina benteng tembatan banjir-mengelak limpahan tebing , isipadu sungai musim tengkujuh
mana-mana 6 x 2m = 12m

3(a) Sejauhmanakah faktor semulajadi menyebabkan berlakunya hujan asid


[12m]

a1. Letusan gunung berapi, bebas, sulfur , klorin, nitrogen, btindakbalas dengan air hujan.
a2.Kebakaran hutan semulajadi, kemarau - karbon dioksida, nitrogen oksida, sulfur - air hujan
a3. Semburan laut, lautan-klorida + sulfat- fitoplankton-bebas sulfur mudah meruap-DMS- sulfur
oksida- sulfat - hujan asid
a4. Penguraian bahan organik, bakteria-nitrat-nitrik-gas nirogen-hujan + kilat.
a5. Peleburan bijih timah -kuprum, bebas sulfur dioksida + hujan
a6. Pembakaran bahan api fosil industri / kenderaan bermotor- bebas karbon monoksida, sulfur
dioksida, nitrogen + hujan
a7. Pembakaran bahan api fosil penjanaan kuasa elektrik - bebas karbon monoksida, sulfur
dioksida, nitrogen + hujan
mana-mana 6 x 2m = 12m

(b) Bincangkan kesan kejadian hujan asid terhadap alam sekitar fizikal.
[13m]
b1. Tanah berasid,pH meningkat,kurang subur
b2. Proses hakisan meningkat dan melarutkan batu kapur
b3. Proses luluhawa kimia meningkat , kawasan batu kapur
b4. Hidrosfera- badan air berasid / meningkat tahap keasidan, nilai pH
b5. Sel tumbuhan rosak, mati,kepupusan hutan, pengeluaran dan pembesaran bunga dan buah
b6. Hidupan akuatik mati, terjejas,pH air meningkat, berasid, ekosistem dan habitat akuatik terjejas

mana-mana 6x2m + 1m
*pendahuluan dan kesimpulan/penegasan + 1m.
BAHAGIAN B: ALAM SEKITAR MANUSIA

[40 markah]

Jawab semua soalan.

Soalan 4:

a) Nyatakan tiga aspek saling kebergantungan dalam globalisasi ekonomi. [3]

Skema Jawapan

a1. Pelaburan

a2. Teknologi

a3. Pengeluaran

a4. Pasaran

a5. Bekalan buruh

(mana-mana 3 isi x 1 markah = 3 markah)

b) Jelaskan tiga sebab perlunya kerjasama antara kawasan dalam globalisasi ekonomi. [6]

Skema Jawapan

b1. Perdagangan bebas terbuka / tanpa sekatan / tarif yang rendah / eksport dan inport mudah /
tanpa dasar perlindungan / dengan banyak negara.

b2. Perluasan pasaran meningkatkan pendapatan @ KDNK / kepelbagaian pilihan produk


berkualiti / murah.

b3. Pemindahan teknologi meningkatkan produktiviti / penjimatan kos latihan / pengeluaran


yang cekap.

b4. Aliran buruh mahir / separuh mahir / ramai / murah antara negara.

b5. Menggalakkan persaingan produk berkualiti / pengkhususan / harga.

b6. Peningkatan kualiti produk berdaya saing / produk yang kompetatif.

(mana-mana 3 isi x 2 markah = 6 markah)


c) Huraikan tiga kesan negatif globalisasi ekonomi terhadap sesebuah negara. [6]

Skema Jawapan

c1. Penguasaan ekonomi oleh syarikat MNC pemilikan syarikat dikuasai oleh orang asing /
modal asing dikuasai oleh syarikat besar @ antarabangsa / ekuiti modal asing tinggi.

c2. Ancaman kepada barangan, perkhidmatan, dan budaya tempatan persaingan / lambakan
produk dari luar negara.

c3. Ancaman kepada pengusaha kecil dan sederhana tempatan persaingan / masalah pasaran /
modal.

c4. Kesukaran untuk mengawal aliran modal asing perdagangan bebas / pengaliran keluar wang
/ ekonomi dimonopoli syarikat asing / modal asing melebihi modal tempatan.

c5. Penghakisan kedaulatan negara mempengaruhi dasar keputusan kerajaan.

c6. Aliran buruh persaingan dengan buruh tempatan / masalah sosial.

(mana-mana 3 isi x 2 markah = 6 markah)

Jawab sama ada soalan 5 atau soalan 6.

Soalan 5

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan ekopelancongan. [3]


Skema Jawapan

Ekopelancongan merupakan aktiviti pelancongan berasaskan sumber semula jadi seperti


pelancongan pantai, pulau, hutan lipur, tanah tinggi, air terjun atau jeram, tasik, sungai, gua
batu kapur, dan sebagainya.

(b) Huraikan kepentingan ekopelancongan kepada pembangunan sosioekonomi di Malaysia. [10]

Skema Jawapan

b1. Mewujudkan peluang pekerjaan seperti mengusahakan chalet dan homestay dan juga
bekerja sebagai pemandu pelancong - kesannya pendapatan perkapita penduduk bertambah
dan pengganguran berkurangan.

b2. Menyumbang kepada pendapatan negara melalui tukaran matawang asing apabila para
pelancong berbelanja samada untuk penginapan, pengangkutan, makanan, cenderamata dll.

b3. Memajukan industri hiliran / berkaitan perkembangan industri berasaskan kraftangan,


restoran, homestay, chalet, pengangkutan pelancongan dsb.

b4. Pembangunan kawasan / infrastruktur peningkatan kemudahan asas, pengangkutan dan


telekomunikasi.

b6. Pembangunan teknologi dan R & D penjagaan hutan, marin.

(mana-mana 5 isi x 2 markah = 10 markah)


(c) Cadangkan langkah-langkah untuk memajukan ekopelancongan di Malaysia. [12]

Skema Jawapan

c1. Promosi - melalui media massa dan media cetak atau melalui slogan - misalnya tawaran pakej
pelancongan yang murah, menarik dan eksklusif di kawasan ekopelancongan seperti di
kawasan Taman Negara, pulau-pulau peranginan dll.

c2. Memajukan kemudahan pengangkutan - Pembinaan jalan raya, lebuh raya, jeti meningkatkan
ketersampaian ke destinasi ekopelancongan.

c3. Memajukan kemudahan asas pelancongan - infrastruktur pelancongan di kawasan eko


pelancongan seperti sistem telekomunikasi, bekalan air dan elektrik. di samping kemudahan
penginapan yang selesa resort, chalet dll.

c4. Memajukan kawasan berpotensi meneroka kawasan baru dan menyediakan kemudahan asas
yang baik.

c5. Peningkatan peranan kerajaan promosi berterusan di luar negara, penubuhan agensi
berkaitan pelancongan.

c6. Kerjasama dengan negara lain cth. kempen pelancongan antara negara ASEAN.

c7. Kempen mempelbagaikan produk pelancongan galakan kepada pengusaha pelancongan.

(mana-mana 6 isi x 2 markah = 12 markah)

6 (a) Nyatakan tiga aktiviti perikanan utama yang dijalankan di Malaysia. [3]

Skema Jawapan

a1. Perikanan laut dalam

a2. Perikanan pinggir pantai

a3. Perikanan akuakultur

(3 isi x 1 markah = 3 markah)


(b) Huraikan kepentingan akuakultur kepada pembangunann negara. [10]

Skema Jawapan

b1. Memberi peluang pekerjaan kepada penduduk meningkatkan taraf hidup dan mengurangkan
kadar pengangguran.

b2. Meningkatkan KDNK negara pengekspotan hasil akuakultur ke luar negara spt. udang
harimau dll.

b3. Sumber protein sumber protein tambahan kepada penduduk selain hasil laut.

b4. Kesan pengganda memberi kesan pengganda kepada sektor lain spt. IKS iaitu makanan
berasaskan ikan, udang, ketam dll. / akua-pelancongan.

b5. Meningkatkan kemudahan infrastruktur meningkatkan pembangunan infrastruktur spt.


elektrik, air, jalan raya dll.

b6. Pembangunan kawasan membangunkan kawasan tanah terbiar spt. bekas lombong, tasik,
tanah terbiar dll.

b7. Mengurangkan kebergantungan kepada sumber laut sahaja sumber perikanan laut semakin
berkurangan, pertambahan penduduk pesat, bekalan ikan tidak terganggu
mengikut musim.

b8. Memperkembangkan teknologi dan R&D - Teknologi pembiakbakaan dan pemakanan


ternakan

akuakultur berkembang pesat, Teknologi kawalan air dan rawatan air kolam,
teknologi pengawetan dan pembungkusan.

(mana-mana 5 isi x 2 markah = 10 markah)

(c) Jelaskan masalah yang dihadapi dalam memajukan aktiviti akuakultur di Malaysia. [12]

Skema Jawapan

c1. Masalah modal - kemiskinan / tiada tabungan, sukar mendapat pinjaman,


kekurangan bantuan.

c2. Masalah pencemaran masalah pencemaran air akibat sisa toksid merbahaya menyebabkan
ternakan mati terutama di sungai.

c3. Masalah kekurangan tempat masalah kawasan penternakan yang menghadapi persaingan
dengan sektor ekonomi lain - ketiadaan tempat yang sesuai paya, tasik, bekas
lombong.

c4. Masalah pasaran pasaran yang masih terhad, sama ada pasaran tempatan atau antarabangsa.

c5. Masalah kurang teknologi dan penyelidikan (R&D) teknologi akuakultur di Malaysia masih
lagi rendah.

c6. Masalah tenaga kerja dan kepakaran kekurangan pekerja yang berminat / kekuranga buruh
mahir, terpaksa mengimport buruh asing bagi akuakultur berskala besar.
c7. Masalah ancaman fizikal / bencana alam banjir, kemarau, angin kencang, ribut laut, pH air,
kemasinan air.

c8. Masalah penyakit / serangan perosak penyakit ikan, serangan virus, reput insang, rintik
putih, berkudis - memerang, burung hantu, burung bangau, biawak dll.

(mana-mana 6 isi x 2 markah = 12 markah)