Anda di halaman 1dari 45

Di ruangan ini, akan dicatatkan serba sedikit riwayat hidup al-Habib Umar bin

Abdul Rahman al-Attas, seorang ulama dan wali besar di negeri Hadhramaut,
yang merupakan pengasas ratib al-Attas.

NASAB AL-HABIB UMAR BIN ABDUL RAHMAN AL-ATTAS

Nama beliau adalah Umar bin Abdurrahman bin Agil bin Salim bin Ubaidullah bin
Abdurrahman bin Abdullah bin Syeikh al Ghauts Abdurrahman as-Seggaf bin
Muhammad Maulah Dawilah bin Ali bin Alawi al Ghoyur bin Sayyidina al Faqih al
Muqaddam Muhammad bin Ali binl Imam Muhammad Shahib Mirbath bin Ali bin
Alwi bin Muhammad bin Alwi bin Ubaidullah bin Imam al Muhajir Ahmad bin Isa
bin Muhammad an Naqib binl Imam Ali al Uraidhi bin Jaafar as Shadiq binl Imam
Muhammad al Baqir binl Imam Ali Zainal Abidin binl Imam Hussein as Sibith binl
Imam Ali bin Abi Thalib dan binl Batul Fatimah az-Zahra binti Rasullullah S.A.W.

ASAL DINAMAKAN AL ATTAS

Kata al-Faqih Abdullah bin Umar Baubad:

Beliau dinamakan al-Attas yang bermaksud bersin, kerana beliau pernah bersin
ketika masih berada di dalam perut ibunya. Kata al- Habib Ali bin Hassan al-
Attas: Sebenarnya apa yang diucapkan oleh Syeikh al-Faqih Abdullah bin Umar
Baubad adalah benar, hanya saja menurut khabar yang paling benar dikatakan
bahawa pertama kali bersin ketika masih berada di perut ibunya adalah Habib
Aqil yang terkenal hanya Habib Umar bin Abdurrahman al-Attas, sehingga berita
itu hanya dikenal pada diri beliau dan anak beliau dan anak cucu Aqil dan
Abdullah, saudara beliau. Sedangkan anak cucu Sayyidina Aqil bin Salim yang
lain dikenal dengan nama keluarga Aqil bin Salim.

Berkata al-Habib Ali bin Hassan: Tidak henti-hentinya didengar dari mereka
suara bersin di perut-perut sebahagian ibu waktu demi waktu, sebagaimana
yang diberitahukan oleh isteriku, seorang wanita solehah. Syeikha binti Sahal bin
Abi Bakar bin Syaiban bin Ahmad bin Ishaq, katanya: Pada suatu hari sewaktu
aku duduk bersama Sharifah Fatimah bin Habib Muhammad Basurah Baalawi,
waktu itu aku sedang mengandung puteramu yang bernama al Hasan yang
pertama, aku terdengar ia bersin ketika ia masih di dalam perutku, aku dan
Sharifah Fatimah mendengar suara bersin itu dengan jelas, dan ia dilahirkan
pada waktu 1147 H, tetapi ia wafat waktu masih kecil.

Al Habib Ali bin Hussain al-Attas menyebutkan di dalam kitabnya Tajul Araas juz
pertama halaman 40. bahawa di Mekah pernah didengar suara bersin ddari anak
yang masih di dalam perut ibunya, tentunya kejadian itu termasuk kejadian
karamah yang diakui oleh kalangan Ahlu Sunnah, sebagaimana yang disebutkan
di dalam kitab-kitab Tauhid dan Aqoid mereka beserta dalil-dalilnya yang terkenal
yang bersumber dari al-Quran dan as-Sunnah.

Imam Nawawi pernah menyebutkan di dalam kitabnya Riyaadhus Shalihin di


dalam bab al-Karamat. Disebutkan dalam kitab itu sebuah hadith yang
memberitakan kisah seorang rahib yaang bernama Juraij, yang kerananya Allah
menakdirkan seorang bayi bercakap-cakap untuk memberikan kesaksian tentang
diri Juraij, tentunya bersin ketika seorang bayi masih di dalam kandungan ibunya
tidak berbeza jauh dengan seorang bayi yang bisa bercakap-cakap setelah ia
lahir, kejadian-kejadian semacam ini tidak sulit bagi Allah sebab Allah Maha
Kuasa untuk mentakdirkan apa saja yang Dia kehendaki.

KELAHIRAN DAN TEMPAT DIASUHNYA AL-HABIB UMAR BIN ABDUL


RAHMAN AL-ATTAS

Beliau dilahirkan di desa Lisk dekat dengan desa Ainat, di bahagian bawah
negeri Hadhramaut, di akhir abad ke-10, tepatnya pada tahun 229H. Sejak
kecilnya beliau diasuh dan dididik oleh ayah beliau sendiri, al-Habib Abdul
Rahman bin Aqil. Meskipun mata beliau buta sejak kecil, tetapi Allah memberinya
kecerdasan otak dan pandangan hati ( Bashirah ), sehingga beliau mudah
menghafal apa saja yang pernah didengarnya.

Ayah beliau, al-Habib Abdul Rahman bin Aqil pernah berkata pada Syeikh
Abdurrahman bin Aqil al-Junied Bawazir yang dikenal dengan panggilan al-
Muallim: Hendaknya anda lebih banyak memberikan perhatian kepada Umar,
kerana kedua matanya tidak dapat melihat. Jawab Syeikh Abdurrahman:
Meskipun kedua mata Umar tidak dapat melihat, tetapi pandangan Bashirahnya
dapat melihat, disebabkan hatinya bersinar.

Sejak kecil beliau anak yang tekun beribadah, hidup zuhud berpaling dari dunia
dan sejak kecil sudah terlihat tanda-tanda kebesaran pada diri beliau. Sejak kecil,
beliau sering ke kota Tarim dari dusunnya Lisk dan melakukan sholat dua rakaat
di setiap masjid yang ada di kota Tarim, bahkan kadang menimba air dari sumur
untuk mengisi kolam-kolam masjid.

Di masa kecilnya, beliau senantiasa dibimbing oleh ayah beliau dan guru-guru
beliau, misalnya al-Habib Hussien, al-Habib Hamid, al-Habib Muhdhor, putra-
putra Saiyidina Syeikh Abu Bakar bin Salim yang sering dikunjungi oleh ayah
beliau, iaitu al-Habib Abdul Rahman bin Aqil.

AYAHANDA AL-HABIB UMAR BIN ABDUL RAHMAN AL-ATTAS

Al-Habib Abdul Rahman bin Aqil adalah seorang Arif Billah, seorang ulama yang
taat menjalani hukum-hukum Allah, beliau tokoh para wali terkemuka, beliau
pernah menerima ilmu dan wilayah dari pamannya, iaitu Syeikh abu Bakar bin
Salim, pamannya yang satu ini amat cinta kepada Sayyid Abdul Rahman dan
kepada ayah beliau iaitu al-Habib Aqil. Al-Habib Aqil adalah saudara sekandung
dengan Syeikh abu Bakar bin Salim, yang mana Syeikh Abu Bakar bin Salim ada
menyebut tentang saudaranya yang satu ini:

Apa yang ada di Wali Masyhur ( iaitu dirinya ), tidak lain hanyalah berkat Wali
Mastur ( iaitu saudaranyaa yang bernama Aqil )

Al-Habib Abdul Rahman bin Aqil adalah seorang yang mulia, suci dan hati yang
bersih, beliau sering mengunjungi Wadi Amed dan Wadi Kaser, penduduk
kawasan-kawasan itu senantiasa menghormatinya, mengagungkannya dan
memohon barakah beliau. Beliau mempunyai pelbagai karomah, di antaranya
adalah pada suatu hari beliau berkunjung di suatu desa yang ada di Wadi Amed.
Ketika itu hujan turun lebat sehingga beliau berkata kepada untanya: Pergilah
engkau dan carilah sebuah tempat berteduh dan akupun akan berbuat yang
sama dan besok kita bertemu di desa Qaran bin Adwan. Keesokan harinya
ketika beliau tiba di desa Qaran, maka beliiau tidak mendapati untanya,
sehingga beliau bertanya kepada pembantunya: Ke manakah perginya unta?
Tetapi sang pembantu tidak dapat menemukannya. Pada keesokan paginya, unta
itu datang lengkap dengan barang-barangnya.

Ketika al-Habib Abdul Rahman wafat di kota Huraidhah, maka al-habib Umar
menyuruh pembantunya untuk membantu pencari tanah yang cocok untuk
dijadikan sebagai kuburan ayahnya, akhirnya sang pembantu mendapatkan
sebidang tanah yang ditandai dengan sebuah tiang dari cahaya, akhirnya al-
Habib Abdul Rahman dimakamkan di temppat tersebut. Biasanya jika al-Habib
Umar berziaraah ke makam ayahnya, maka beliau bercakap-cakap dengan ayah
beliau dari balik kubur.

Al-Habib Abdul Rahman bin Aqil bernikah dengan dua orang wanita, iaitu
Syarifah Muznah binti Muhammad bin Ahmad bin Alawi al-Jufri. Syarifah ini
adalah bondaa bagi al-Habib Umar dan saudara-saudara sekandungnya, iaitu al-
Habib Abdullah dan al-Hababah Alawiyah. Selanjutnya beliau bernikah dengan
seorang wanita ddarri Yemen dari keluarga al-Bathouq salah satu dari kabilah
Bani Ahmad iaitu Arobiyah binti Yamani Bathouq. Isteri beliau yang kedua ini
melahirkan beberapa orang anak di antaranya Aqil, Sholeh, Musyayakh dan
Maryam.

Pada umumnya beliau berdomisili di Lisk, tetapi beliau sering berkunjung ke


Ainat, Tarim, Wadi Amed, al-Qaser dan Doan. Akhirnya beliau ditakdirkan
ppindah di Huraidzah beberapa saat sebelum beliau wafat iaitu bertepatan
ketika al-Habib Umar telah mendapat petunjuk dari kedua guru beliau iaitu al-
Habib Hussein adn al-Habib Hamid putra Syeikh Abu Bakar bin Salim untuk
pindah ke Huraidzah. Di desa Huraidzah inilah beliau wafat.

BONDA AL-HABIB UMAR BIN ABDUL RAHMAN AL-ATTAS

Bonda beliau berrnama Syarifah Muznah binti Muhammad bin Alawi al-Jufri.
Bonda beliau termasuk seorang yang shalih. Dikisahkan bahawa putra Syarifah
Muznah meninggal dunia dalam usia kecil, ia bernama Ahmad. Setelah beberapa
hari dari saat kematiannya, maka ada seekor burung kecil berwarna hijau yang
sering datang mengunjungi Syarifah Muznah ini, sampai beliau berkata. Jika
engkau adalah ruh putraku yang telah wafat, amak ddatanglah ke tanganku.
Setelah Syarifah Muznah menghulurkan tangannya, maka burung kecil itu
hinggap ke tangannya dan menciumnya, kemudian beliau melepaskannya
kembali, sehingga burung itu terbang dari tangan beliau.

SAUDARA AL-HABIB UMAR BIN ABDUL RAHMAN AL-ATTAS


Beliau mempunyai empat orang saudara lelaki dan dua perempuan. Adapun
yang sekandung dengan beliau adalah Abdullah dan Alawiyah, sedangkan
Sholeh, Aqil, Musyayakh dan Maryam saudara dari ayah, ibu mereka seorang
wanita Yemen dari keluarga Bathouq dari kabilah Bani Ahmad.

Adapun saudaara beliau iaitu al-Habib Abdullah bin Abdul Rahman termasuk
seorang tokoh wali yang terkenal, ia pernah melakukan pelbagai latihan riadah
dan mujahadah. Dan pergi berdakwah ke gunung Al Yafi tempat Bani Yafi,
setelah mendapat izin dari gurunya yang bernama al-Habib Hussein bin Abu
Bakar bin Salim dengan disertai oleh pembantunya yang bernama Ali bin Ahmad
Harharah Al Yafii.

Beliau menetap di desa Mazubah, sempat menikah di desa itu dan mempunyai
anak cucu. Makam beliau dan anak-anaknya di desa itu banyak diziarahi orang
dari berbagai tempat yaang jauh. Mereka diberi berbagai karomah yang tidak
sedikit jumlahnya, menurut al-Habib Ali bin Hassan al-Attas, anak cucu beliau,
ada seratus orang lebih yang sempat dihitung di waktu Habib Ali masih hidup.

Saudara Habib Umar yang bernama al-Habib Aqil dikenal sebagai seorang ulama
yang selalu mengamalkan ilmunya. Al-Habib Aqil ini pernah berguru dari Syeikh
Muhammad biin Umar al-Afif di desa al-Hajrain, hingga banyak orang yang
menimba ilmu dari beliau setelah beliau kembali ke Huraidzah. Setiap harinya al-
Habib Umar menyempatkan diri untuk menghadiri Majlis Talim al-Habib Aqil
setiap kali setelah beliau kembali dari makam ayahnya.

Al-Habib Aqil wafat di kala Habib Umar masih hidup. Beliau meninggalkan
beberapa putra dan putri. Setelah ayahnya wafat, maka Habib Umar mengasuh
mereka dengan sebaik-baik asuhan. Setelah putra-putra Habib Aqil dewasa,
maka al-Habib Umar mengawinkan dengan putri-putri beliau.

Adapun Musyayakh termasuk seorang yang sholeh, beliau wafat di masa hidup
al-Habib Umar, beliau meninggalkan seorang putri. Adapun Sholeh, ia
mempunyai seorang putra bernama Hussein. Adapun saudaranya iaitu Maryam,
telah menikah dengan Habib Syeikh bin Abdillah al-Musawa, dan mempunyai
beberapa oraang putra.

PINDAHNYA AL-HABIB UMAR KE KOTA HURAIDHAH

Al-Habib Hussein bin Abu Bakar bin Salim sering berkata: Wahai keluarga
Baalwi Huraidzah? Maka dikatakan kepada beliau bahawa tidak seorang pun
dari keluarga Baalwi yang ada di desa itu, maka ia berkata: Kelak di desa itu
akan didatangi keluarga Baalwi, wajah-wajah mereka bagaikan bulan, dan akan
memberikan manfaat kepada orang banyak.

Ketika al-Habib Umar mencapai usia akil baligh, maka guru beliau yang bernama
al-Habib Hussein bin Syeikh Abu Bakar bin Salim menyuruh beliau untuk
berdakwah ke desa al-Huraidzah. Demikian pula guru beliau yang bernama al-
Habib Hamid bin Syeikh Abu Bakar juga menyuruh beliau untuk segera
berdakwah di desa al-Huraidzah. Maka dengan bekal perintah dari kedua guru
beliau, al-Habib Umar segera berdakwah ke Huraidzah.
Al-Habib Ali bin Hussain al-Attas menyebut di dalam kitab Taajul Araas juz 2
halaman 111 bahawa pada mulanya al-Habib Umar sering pulang pergi ke
Huraidzah. Akhirnya beliau menetap di sana pada tahun 1040 H.

Ketika al-Habib Umar tiba di Huraidzah untuk pertama kalinya, beliau diminta
oleh Syeikh Najjaad Adz Dzibyani untuk menetap di rumahnya, dia sangat
menghormati beliau dan mengatakan: Ini rumah-rumahmu Sehingga Syeikh
Najjaad mendapat barakah yang luar biasa dari beliau.

Di desa itu ada seorang wanita yang bernama Sholahah, ia bernazar untuk
memberikan hartanya dan bagian dari rumahnya kepada Habib Umar, kemudian
al-Habib Umar meminangnya sebagai imbalan atas kebajikannya itu.

Selanjutnya, sebelum al-Habib Umar menetap di desa al-Huraidzah, maka beliau


kembali ke desa Lisk lebih dahulu untuk mengajak ayahnya ddan saudara-
saudaranya untuk pindah ke Huraidzah. Pada mulanya ajakan al-Habib Umar
untuk pindah ke desa Huraidzah ditolak ayah beliau, tetapi setelah keduanya
minta pendapat dari al-Habib Hamid dan al-Habib Hussein, maka kedua guru
beliau menyuruh al-Habib Abdul Rahman untuk mengikuti minat al-Habib Umar.
Keduanya mengatakan: Wahai Abdul Rahman, pergilah bersama Umar, dan ikuti
serta pegangi pendapatnya, sekalipun kau adalah ayahnya dan diia anakmu.
Sehingga al-Habib Abdul Rahman berkata kepada putranya: Wahai Umar, kalau
sekarang kami mau mengikuti pendapatmu , maka lakukanlah apa saja yang
terbaik bagi kami. Selanjutnya seluruh keluarga al-Habib Umar segera
meninggalkan Lisk menuju ke desa al-Huraidzah. Ketika rombongan itu tiba di
desa Manwab, maka al-Habib Umarr berkata: Hendaknya kalian melanjutkan
perjalanan sampai ke Huraidzah, sebbab aku hendak singgah dulu di tempat
isteriku yang ada di desa ini. Maka rombongan itu meneruskan perjalanannya
ke desa al-Huraidzah, sedangakan al-Habib Umar singgah dan menetap di desa
Manwab selama satu minggu.

Al-Habib Abdul Rahman, ayah al-Habib Umar mulai merasa sakit setibanya beliau
di desa Huraidzah, dan kerana sakit setibanya beliau, maka beliau takut kalau
ajalnya tiba, sedangkan Habib Umar tidak ada di sisi beliau, kerana itu ketika al-
Habib Umar tiba, maka beliau menegur al-Habib Umar, tetapi al-Habib Umar
mengajukan alasannya dan mohon maaf sebesar-besarnya atas
keterlambatannya itu, sehingga ayahnya mau memaafkannya.

Dan sakitnya yang menyebabkan ajalnya tiba itu, al-Habib Abdul Rahman
merasa takut kalau al-Habib Umar tidak memperhatikan saudara-saudaranya
yang masih kecil dari ibu lain, sebab beliau tahu ibu tirinya al-Habib Umar tidak
sayang padanya sebagaimana umumnya kaum wanita. Di saat ayahnya risaukan
hal itu, maka al-Habib Umar yang mengetahuinya secara Khasaf, maka beliau
mendekati ayahnya dan beliau berkata: Wahai ayahku, tenanglah jangan
engkau fikirkan tentang keluargamu, aku Insya-Allah akan menyayangi saudara-
saudaraku lebih dari menyayangi diriku sendiri. Maka hati al-Habib Abdul
Rahman menjadi gembira dan beliau mendoakan kebajikan baggi Habib Umar,
apalagi di saat itu, beliau sedang menyaksikan alam akhirat, tentu doa seorang
ayah yang sholeh bagi anaknya yang sholeh pula, akan sama dengan doa
seorang Nabi buat umatnya, apalagi al-Habib Abdul Rahman waktu itu sedang
sakit, Rasulullah pernah bersabda: Jika kalian mengunjungi orang yang sedang
sakit, maka mintalah doa bagi kalian. Al-Habib Umar memenuhi janjinya kepada
ayahnya dan beliau sangat memperhatikan kebutuhan saudara-saudaranya,
terutama dari segi pendidikan dan pemeliharaannya.

WAFATNYA AYAHANDA AL-HABIB UMAR

Beliau wafat setelah delapan hari tiba di desa al-Huraidzah. Al-Habib Umar sibuk
mempersiapkan perawatan jenazah ayah beliau, kemudian beliau menyuruh
pembantunya Mahmud an-Najar untuk memilih kubur bagi ayahnya. Ketika
Mahmud masuk di perkuburan al-Huraidzah, maka ia dapatkan ada sebuah tanah
yang disinari seberkas cahaya langit, maka di tempat itulah al-Habib Abdul
Rahman dikuburkan.

Al-Habib Umar rajin berziarah ke makam ayahnya, bahkan tidak seharipun beliau
pernah melupakannya. Pada suatu hari al-Habib Umar berkata: Ketika aku tidak
berziarah ke makam ayahku selama beberapa hari, maka aku lihat ayahku dalam
mimpiku amat murka kepadaku kerana aku tidak menziarahi beliau selama
beberapa hari, aku lihat jasad beliau menjadi besar, sehingga aku sulit untuk
berjabat tangan dengan beliau dikeranakan tingginya jasad beliau.

HUBUNGAN ERAT ANTARA AL-HABIB UMAR DENGAN SYEIKH ABDULLAH


BIN AHMAD AL-AFIF

Dulu sebelum al-Habib Umar tiba di desa al-Huraidzah, maka penduduknya


sangat berkeyakinan kepada kewalian para sesepuh al-Masyaikh dari keluarga al-
Afif. Pada suatu hari, penduduknya minta kepada Syeikh Abdullah bin Ahmad al-
Afif, seorang wali dan sholeh yang terkemuka, untuk memohonkan air hujan bagi
penduduk desa Huraidzah. Kemudian mereka keluar menuju ke suatu kubur wali,
kebetulan pada saat itu al-Habib Umar masih baru di desa itu dan masih belum
dikenal orang, sehingga penduduknya tidak memberitahu kepada beliau untuk
berdoa bersama dengan mereka dan merekapun tidak memberitahu kepada
Syeikh Abdullah al-Afif tersebut tentang keberadaan al-Habib Umar, sampai
setelah mereka melakukan doa bersama untuk memohon air hujan, lalu terdapat
pembicaraan sekitar keberadaan al-Habib Umar, maka Syeikh Abdullah berkata
kepada mereka: Mengapa kalian tidak memberitahukan aku tentang
keberadaan al-Habib Umar, mungkin doa kalian tidak akan diterima dan air hujan
tidak akan turun. Kemudian Syeikh Abdullah segera meninggalkan tempat itu,
kemudian mendatangi Habib Umar untuk mohon maaf. Kata al-Habib Umar:
Wahai Syeikh Abdullah, desa ini adalah desa kalian dan aku di desa ini hanya
orang asing yang baru datang. Kata Syeikh Abdullah: Bukan demikian wahai
tuanku, bahkan desa ini adalah milikmu dan aku tidak mempunyai hak apapun
setelah tuan ada di sini.

Al-Habib Isa bin Muhammad al-Habsyi berkata: Memang, al-Habib Umar


mempunyai hubungan yang erat dengan Syeikh Abdullah bin Ahmad al-Afif. Dan
Syeikh Abdullah pernah berkata kepada beliau: Memang, Huraidzah adalah
desa kami, akan tetapi kami serahkan kepada kamu. Disebutkan bahawa Syeikh
Abdullah pernah minta pakaian (Libas) dari al-Habib Umar, maka kata beliau:
Besarnya rasa cintamu, hal itu sudah cukup.

Dalam juz kedua di dalam buku Taajul Araas disebutkan, bahwa al-Habib Ahmad
binl Hassan al-Attas pernah menyebutkan tentang kisah Syeikh Abdullah bin
Ahmad al-Afif: Di desa Huraidzah, Syeikh Abdullah al-Afif mempunyai sebuah
kebun kurma, ketika al-Habib Umar tiba di desa itu, maka Syeikh Abdullah
bernazar untuk memberikan kebun kurma itu kepada al-Habib Umar. Ketika hal
itu diutarakan kepada al-Habib Umar, maka beliau berkata kepada penduduk
Huraidzah: Wahai penduduk, bagaimanakah pendapat kalian tentang nazar
Syeikh Abdullah? Jawab penduduk Huraidzah: Menurut kami, nazar Syeikh
Abdullah adalah benar. Jawab Habib Umar: Kalau begitu, tanah ini aku terima
tetapi aku hadiahkan kembali bagi kalian semua sebagai nazar dari aku, maka
terimalah tanah itu dari aku. Ada seorang di antara mereka yang berkata
kepada beliau: Mengapakah engkau tidak memberikannya kepada
keluargamu? Kata al-Habib Umar: Kelak anak cucuku akan memiliki desa ini
semuanya.

GURU-GURU AL-HABIB UMAR AL-ATTAS

Beliau berguru dari orang-orang yang pernah berguru dari Sayyidina Syeikh Abu
Bakar bin Salim, terutama dari putra-putranya, iaitu al-Habib Muhdhor bin Syeikh
Abu Bakar, al-Habib Hussein bin Syeikh Abu Bakar dan al-Habib Hamid bin Syeikh
Abu Bakar.

Al-Habib Umar juga pernah berguru dari Habib Muhammad bin Abdurrahman al-
Hadi, dari Sayyid Umar bin Isa Barakwah as-Samarkandi al-Maghribi yang
dimakamkan di desa al-Ghurfah. Demikian pula al-Habib Umar sering
mengunjungi Syeikh al-Kabir Ahmad bin Shahal bin Ishaq al-Hainani. Selain itu,
beliau sangat erat hubungannya dan selalu mengunjungi Habib Abu Bakar bin
Abdurrahman bin Syihab dan Syeikh Abdullah bin Ahmad al-Afif dan Syeikh
Ahmad bin Abdul Kadir Basyin, Shahib Rubath. Beliau pun sering mengunjungi
Habib Abu Bakar bin Muhammad Balfaqih, Shahib Qaidun. Selain itu, beliau
gemar mengunjungi orang-orang soleh dari Ahlul Bait maupun dari keluarga al-
Masyaikh dan orang-orang yang soleh.

Al-Habib Umar sangat mengagungkan dan menghormati guru beliau yang


bernama al-Habib Hussein bin Syeikh Abu Bakar bin Salim. sampaipun, bila al-
Habib Umar mendengar nama gurunya yang satu ini disebut orang, maka wajah
beliau berubah kerana mengagungkan gurunya yang satu ini, bahkan
adakalanya al-Habib Umar bercakap-cakap dengan al-Habib Hussein bin Syeikh
Abu Bakar di tengah satu majlis, sedangkan ucapan keduanya tidak dapat
dimengertikan orang lain. Syeikh Ali bin Abdillah Baraas berkata: Al-Habib Umar
berkata, pada suatu hari aku mendatangi al-Habib Hussein bin Syeikh Abu Bakar
bin Salim dengan maksud untuk mudzakarah tentang tariqah Tasawwuf,
kebetulan ketika itu al-Habib Hussein sedang berada di tengah anggota majlis
taalimnya. Kemudian beliau berkata: Wahai Umar, seseorang yang tidak
mengerti suati isyarat, maka ia tidak akan dapat mengambil manfaat dari ibarat
yang terang dan siapa yang menjelaskan kata-kata yang sudah jelas dengan
kata-kata yang lebih jelas, ada kalanya dapat menambah pendengarannya
makin bertambah bingung. Selanjutnya al-Habib Umar berkata: Timbul rasa
takut di hatiku bahwa tutur kata guruku setela kata-kata itu sengaja ditujukan
bagiku.

Al-Habib Hussein bin Syeikh Abu Bakar bin Salim sangat menghormati al-Habib
Umar, bahkan beliau lebih mengunggulkan al-Habib Umar dari saudara-
saudaranya dan kawan-kawannya. Al-Habib Hussein tidak pernah berdiri untuk
menghormati orang, seperti halnya untuk al-Habib Umar, hal itu tidak lain
dikarenakan tingginya kedudukan Habib Umar.

Pada suatu hari al-Habib Umar bersama sekelompok para tokoh Alawiyin datang
ke tempat al-Habib Hussein bin Syeikh Abu Bakar bin Salim, pada waktu itu al-
Habib Umar merupakan satu-satunya orang yang paling merendahkan diri dan
memakai pakaian ang paling sederhana, ditambah lagi kedua matanya tidak
dapat melihat. Ketika al-Habib Hussein melihat al-Habib Umar berada di paling
belakang rombongan itu, maka al-Habib Hussein berubah wajahnya, kemudian
beliau berkata kepada orang-orang yang terkemuka dari rombongan itu:
Sesungguhnya kalian hanya lebih mengutamakan penampilan lahiriah, dan
kalian tidak mau memuliakan orang yang paling mulia menurut kedudukan yang
sepantasnya, andakata kalian tahu kemuliaan lelaki ini, iaitu al-Habib Umar, pasti
kedudukan kalian tidak ada artinya, leher-leher kalian akan menunuduk dan ruh
serta jasad kalian akan rindu kepadanya. Kemudian beliau menyebutkan
keutamaan-keutamaan al-Habib Umar yang menyebabkan mereka berasa betapa
kecilnya dirinya masing-masing.

SILSILAH ISNAD AL-HABIB UMAR DALAM MENERIMA HIRQAH

Al-Habib Umar menerima selendang hirqah dari al-Habib Hussein bin Syeikh Abu
Bakar bin Salim, sedangkan beliau menerimanya dari saudaranya iaitu Syeikh
Umar al-Muhdhor, beliau menerimana dari ayah beliau, iaitu Syeikh Abu Bakar
bin Salim, Shahib Ainat, beliau menerimanya dari Syeikh Syihabudin Ahmad bin
Abdurrahman, beliau menerimanya dari ayah beliau, Syeikh Abdurrahman bin
Ali, beliau menerimanya dari ayahnya, Syeikh Ali bin Abu Bakar, beliau
menerimanya dari ayahnya, Syeikh Abu Bakar Sakran, beliau menerimanya dari
ayahnya, Syeikh al-Kabir Abdurrahman as-Seggaf, beliau menerimanya dari
ayahnya, iaitu Syeikh Muhammad Mauladawilah, beliau menerimanya dai
ayahnya, Syeikh Ali bin Alawi, beliau menerimanya dari ayahnya, Syeikh Alwi bin
Faqih al-Muqaddam, beliau menerimanya dari ayahnya, al-Ustadzul Adzam al-
Faqih al-Muqaddam Sayyidina Muhammad bin Ali Baalawi.

Adapun sumber penisbatan al-Hirqah dan silsilah isnad bagi Syeikh al-Faqih al-
Muqaddam berasal dua jalur, salah satu dari jalur ayah-ayah beliau iaitu beliau
dididik dan menerimanya dari ayah beliau, Ali bin Muhammad dan dari paman
beliau, Alawi bin Muhammad, keduanya menerima dari ayahnya Muahmmad
Syahib Mirbath, beliau menerimanya dari ayahnya, Ali Khali Qasam, beliau
menerimanya dari ayahnya, Alawi Shahib Samal, beliau menerimanya dari
ayahnya, Ubaidillah, beliau menerimanya dari ayahnya, al-Imam Muhajir Ahmad
bin Isa, beliau menerimanya dari ayahnya, Isa an-Naqib, beliau menerimanya
dari ayahnya, Muhammad, beliau menerimanya dari ayahnya, Ali al-Uraidhi,
beliau menerimanya dari ayahnya, al-Imam Jafar as-Shoddiq, beliau
menerimanya dari ayahnya, al-Imam Muhammad al-Baqir, beliau menerimanya
dari ayahnya, Ali Zainal Abidin, beliau menerimanya dari ayahnya, al-Imam al-
Hussein dan dari pamannya al-Imam al-Hassan, keduanya menerima dari
kakeknya Nabi Muhammad SAW, juga dari ayahnya al-Imam Ali bin Abi Thalib
sedangkan Nabi SAW menerimanya dari Allah seperti yang beliau katakan:

Aku dididik oleh Tuhanku dan ia mendidikku dengan sebaik-baik didikan.

Adapun jalur kedua yang diterima oleh Sayyidina al-Faqih al-Muqaddam Thoriqoh
Syuaibiyah iaitu lewat Syeikh Syuaib Abu Madyan al-Maghribi dengan
perantaraan Abdurrahman al-Muqad dan Abdullah as-Shaleh. Sedangkan Syeikh
Syuaib Abu Madyan menerimanya dari Syeikh Abu Yaizza al-Maghrabi, beliau
menerimanya dari Syeikh Abul Hasan bin Herzihim atau yang dikenal dengan
nama Abu Harazim, beliau menerimanya dari Syeikh Abu Bakar bin Muhammad
bin Abdillah binl Arabi dan al-Ghadi al-Mughafiri. Sedangkan binl al-Arabi
menerimanya dari Syeikh Imam Hujjatul Islam al-Ghozali, beliau menerimanya
dari gurunya, iaitu Imam al-Haramain Abdul Malik bin Syeikh Abu Muhammad al-
Juaini, beliau menerimanya dari ayahnya, Abu Muhammad bin Abdullah bin
Yusuf, beliau menerimanya dari Syeikh Abu Thalib al-Makki, beliau menerimanya
dari Syeikh Syibli, beliau menerimanya dari Syeikh al-Junaid, beliau
menerimanya dari pamannya, iaitu as-Sirri as-Siqthi, beliau menerimanya dari
Syeikh Maruf al-Karkhi, beliau menerimanya dari gurunya, Syeikh Daud at-Thoi,
beliau menerimanya dari Syeikh Habib al-Ajmi, beliau menerimanya dari Imam
Hasan al-Basri, beliau menerimanya dai Imam Ali bin Abi Thalib, beliau
menerimanya dari Rasulullah SAW, beliau menerimanya dari malaikat Jibril, dan
beliau menerimanya dari Allah Taala.

SANAD PENERIMAAN KALIMAT TALQIN BAGI AL-HABIB UMAR

Al-Habib Umar menerimanya talqin kalimat Laa Ilaaha Illallah Muhammadar


Rasulullah SAW dari Syeikh al-Arif Billah Assyarif Umar bin Isa Barakwah as-
Samarqandi al-Maghrabi.

Syeikh Ahmad bin Abdul Qadir Basyin Shahib Rubath berkata: Syeikh Umar
Barakwah menuturkan kepada kita bahawa talqin dzikirnya cabangnya sampai
kepada Syeikh Abdul Qadir al-Jailani, sedangkan Syeikh al-Qadir al-Jailani
menerima talqin dzikir dari empat ratus orang guru dan guru-guru beliau
sanadnya bersambung sampai dengan Sayyidina Hussein bin Ali bin Abi Thalib,
semua ahli talqin dzikir bersambung dengan Rasulullah SAW. Keadaannya sama
dengan mata rantai yang terjalin erat antara yang satu dengan yang lainnya,
sehingga jika mata rantai yang ada paling bawah digerakkan, maka mata rantai
yang ada di paling ataspun akan bergerak, demikian pula sebaliknya. Hal itu
adalah disebabkan eratnya keterkaitan antara yang satu dengan yang lainnya,
sama halnya dengan keterkaitan nasab Ahlul Bait, satu sama lainnya saling
terkait erat. Segala puji bagi Allah yang menjadikan mereka suri tauladan yang
baik bagi kami dan keterkaitan kamipun dengan mereka masih erat.
Al-Hakim meriwayatkan dari Saddad bin Aus, ia berkata: Ketika kami berada di
sisi Nabi SAW, maka beliau bersabda:

Angkatlah tangan-tangan kalian dan ucapkanlah Lailaha Illallaah. Setelah kami


melakukannya, maka Rasulullah SAW bersabda: Ya Allah, sesungguhnya Engkau
mengutus aku untuk menyampaikan dan mengikrarkan kalimat Tauhid ini dan
Engkau akan memberi Syurga kepada seorang yang mengucapkannya dan
Engkau tidak akan memungkiri janji. Selanjutnya beliau bersabda:
Bergembiralah kalian sebab Allah telah memberi ampun kepada kalian.

BUDI PEKERTI AL-HABIB UMAR AL-ATTAS

Al-Habib Umar al-Attas dikenal sebagai seorang Alim, Amil, Quthub, Ghauts,
seorang tokoh sufi, suci, suka memenuhi janji, Murabbi, Rabbani, Dai, suka
mengajak orang ke jalan Allah dengan pandangan yang bersih dan budi pekerti
yang luhur, beliau himpun ilmu lahir dan batin. Beliau dikenal sebagai pelindung
kaum fakir dan kaum janda serta anak-anak yatim. Beliau senantiasa
menyambut dan menggembirakan orang-orang fakir, mereka dimuliakan dan
didudukkan pada tempat yang mulia, sehingga mereka sangat mencintai beliau.
Beliau dikenal baik oleh kalangan luas banyak sekali beristiqad dengan beliau,
dan mempunyai kedudukan yang sangat tinggi, beliau amat tawadhu dan
merendahkan dirinya kerana merasa diawasi oleh Allah. Beliau selalu menyuruh
orang untuk bersabar, khususnya jika cobaan dan bencana sedang menimpa.
Beliau sangat bersabar untuk menjalankan aktiviti ibadat.

Beliau al-Habib Umar tidak pernah tidur pada bagian separuh terakhir di malam
hari, beliau pernah menghabiskan waktu malamnya untuk mengulang-ulang
bacaan doa Qunut.

Beliau suka menyantuni orang-orang fakir dan para wanita yang tidak mampu.
Beliau amat sabar dalam menghadapi pelbagai krisis, beliau tidak pernah
menyombongkan diri kepada seorangpun, beliau mau duduk di tempat mana
saja tanpa membezakan tempat yang baik atau jelek dan beliau tidak pernah
menempatkan dirinya di tempat yang lebih tinggi atau tempat yang menonjol,
kalau beliau meninggalkan majlisnya kerana ada hajat, maka ketika beliau
kembali ke tempat duduknya dan beliau mendapati tempat duduknya telah
diduduki orang lain, maka beliau akan mencari tempat duduk lain. Beliau tidak
pernah mendekati kaum penguasa.

Beliau senantiasa mengikut jejak perjalanan para sesepuh beliau yang terdahulu,
para tokoh Baalwi seperti perjalanan yang ditempuh oleh Sayidina al-Faqih al-
Muqaddam Muhammad ibnu Ali Baalwi, Syeikh as-Seggaf, Alaidrus, Syeikh Abu
Bakar ibnu Salim dan tokoh-tokoh lainnya. Thoriqah mereka lebih mengutamakan
menutup diri, tawadhu, tidak menuruti hawa nafsu, lemah lembut, tidak ingin
dikenal apalagi menonjol diri, kerana mereka merasa bahawa diri mereka tidak
akan menjadi orang baik kecuali hanya dengan anugerah dan kemurahan Allah.
Sifat ini tetap diikuti oleh anak cucu mereka, khususnya para wali yang
mempunyai kedudukan, ilmu dan gemar beramal kebajikan dan beribadah.
Pokoknya al-Habib Umar senantiasa mengikuti jejak para sesepuhnya yang
sholeh, beliau selalu mengikuti budi pekerti yang mulia seperti budi pekerti Nabi
yang pernah disebutkan Allah dalam satu firmannya:

Dan sesungguhnya engkau di atas budi pekerti yang agung.

Jika beliau meningkatkan frekuensi ibadahnya yang wajib dan sunnah, maka
beliau mengikuti apa yang disebutkan oleh Imam Ghazali di dalam Rubul Ibadat
di dalam kitab Ihya. Demikian pula, jika beliau ingin mengikuti sunnah-sunnah
dan memperbaiki niat dan motivasi, maka beliau mengikuti apa yang
diterangkan oleh Imam Ghazali di dalam Rubul Adat di dalam kitab Ihya.
Adapun jika beliau ingin menjauhi budi pekerti dan tindak tanduk yang tidak
baik, maka beliau mengikuti apa yang diiterangkan oleh Imam Ghazali di dalam
Rubul Muhlikat di dalam kitabnya Ihya. Adapun jika beliau ingin mengikuti
akhlak yang diredhai oleh Allah, maka beliau akan mengikuti apa yang
diterangkan oleh Imam Ghazali di dalam Rubul Munjiyat di dalam kitab Ihya dan
mencari tambahan keterangan lain dari buku-buku lain.

Beliau senantiasa bergembira dan tersenyum kepada semua kalangan, baik


terhadap anak-anak kecil mahupun orang dewasa, sampai setiap orang merasa
bahwa dirinya sebagai kaum kerabat beliau. Beliau senantiasa menyambut
dengan baik semua orang menurut kebutuhannya masing-masing dan beliau
bersabar meskipun menghadapi banyak persoalan dari mereka, semua orang
disayangi dan disantuni oleh beliau, beliau suka berwasiat untuk menyenangkan
anak-anak kecil, kata beliau: Kalau engkau tidak dapat menyenangkan anak
kecil dengan memberi sesuatu, maka berikan kepada mereka meskipun sebuah
batu kerikil berwarna merah, agar mereka bergembira..

Beliau suka mengabulkan segala permintaan orang dan suka menanggung


kesulitan orang dengan harapan agar dapat menyenangkan keluarga orang yang
ditolongnya itu. Adakalanya beliau memaksa diri untuk mendatangi rumah-
rumah mereka, sehingga ada dari murid beliau yang mengatakan kepada beliau,
bahawa beliau sudah udzur, karena sudah lanjut usia dan hal itu cukup
memberatkan tetapi beliau menjawabnya: Sesungguhnya kami mendatangi
rumah-rumah mereka, untuk manfaat dan maslakhat mereka dan kami berharap
dari Allah, agar setiap rumah yang kami masuki Allah akan memberi ampun
kepada penghuni rumah tersebut.

Jika ada dua orang datang ke majlis al-Habib Umar, maka beliau menanya
kepada keduanya, siapa di antaranya yang lebih tua, setelah diberitahukan
kepada beliau, maka beliau mempersilakan yang lebih tua duduk di sebelah
kanan beliau sedang yang lebih muda dipersilakan duduk di sebelah kiri beliau
agar beliau dapat menghormati munurut usianya masing-masing, selanjutnya
keduanya disenangkan dan digembirakan dengan kegembiraan yang luar biasa,
kemudian beliau berbicara dengan keduanya menurut kemampuan berfikir
mereka masing-masing. Akhlak beliau yang seperti itu menyebabkan semua
orang terpesona kepada beliau dan budi pekerti beliau sering disebut orang.
Al-Habib Umar sering mengunjungi Wadi Amed dan al-Qasar untuk mengajak
penduduknya ke jalan Allah dan untuk mempersatukan orang-orang yang
bersengketa di antara mereka. Untuk kepentingan yang satu ini, beliau banyak
mengorbankan hartanya dan tenaganya. Dan sangat bersabar kepada mereka
yang berwatak keras, beliau hampir saja tidak pernah marah, kecuali larangan
Allah diremehkan oleh seseorang, jika hal itu terjadi, maka beliau amat marah,
sampai dapat dilihat dari wajah beliau.

Al-Habib Umar senantiasa menganjurkan manusia untuk rajin mengerjakan amal-


amal ibadah dan menghadiri solat Jumat dan Jamaah, beliau selalu
menganjurkan perbuatan baik dan melarang perbuatan mungkar. Beliau tidak
mau masuk ke dalam rumah yang pemiliknya suka berbuat kemungkaran dan
tidak mau menghadiri undangan mereka, samapi mereka mau berubah
kebiasaan mereka.

Al-Habib Umar sering mengunjungi Wadi Douan, kebiasaan itu beliau lakukan
sejak awal dan beliau tidak pernah meninggalkan kebiasaan itu kecuali di akhir
hayatnya. Beliau pernah mengunjungi Wadi Douan berangkat dari al-Lisk
dengan mengenderai unta dan dengan disertai al-Faqih Ahmad ibnu Muhammad
Bajamal al-Asbuhi. Dalam satu kunjungannya ke Wadi Douan beliau pernah
mengunjungi Syeikh Ahmad ibnu Ali ibnu Numan al-Hajrain di desa Hajrain,
maka Syeikh Ahmad ikut bersama beliau menuju Qaidun untuk berziarah ke
makam Syeikh Said ibnu Isa Alamudi.

Dikarenakan banyaknya berpergian dan perjalanan yang ditempuh oleh al-Habib


Umar al-Attas untuk berdakwah dan untuk mendamaikan orang, maka beliau
berkata: Sesungguhnya aku di dunia adalah seorang yang asing, maka tidak
diwajibkan atasku melakukan solat Jumat di suatu desa pun. Beliau lebih suka
mengenderai keledai di sebagian besar waktunya dan di dalam perjalanannya di
tengah hari yang amat panas. Di setiap perjalanannya, beliau selalu membawa
kitab ar-Risalah karya Imam al-Qusyairi di satu tangan, sedang di tangan yang
lain memegang kitab Al awarifu Al Maarif maupun kitab-kitab yang semacamnya
merupakan benteng bagi para tokoh Sufi.

Al-Habib Umar selalu menghabiskan waktunya untuk muzakarah segala cabang


ilmu pengetahuan, untuk keperluan yang satu ini, beliau suka menghabiskan
waktu satu malam penuh. Adakalanya tiba waktu fajar, sedangkan beliau masih
menerangkan berbagai macam hakikat ketuhanan (Hakaik) kepada murid-murid
beliau. Pokoknya tidak satu waktupun beliau lewatkan, kecuali beliau lewatkan
dengan ibadah dan menimba ilmu atau mendengar suatu bacaan. Biasanya jika
ada sekelompok orang duduk di malam hari bersama beliau, maka beliau
melayani mereka, sampai ketika mereka bubar, maka beliau berkata kepada
Syeikh Ali Baras: Wahai Ali, apakah masih ada orang lain selain kita?. Jika
dijawab tidak, maka beliau berkata: Ambilkan kitab itu, untuk kita baca
bersama.

Al-Habib Umar tidak pernah mengkhususkan membaca atau mengajar suatu


kitab tertentu. Al-Habib Hussein bin Umar al-Attas berkata: Pada suatu hari, aku
pergi bersama ayahku, tanganku yang satu memegang tali kendali kenderaan
beliau, sedangkan tanganku yang satu memegang sebuah kitab, sedangkan
beliau menyampaikan kepada kita berbagai cabang ilmu lewat lisan beliau, hal
itu bagaikan sebuah air yang mengalir dengan derasnya. Ketika kami katakan
kepada beliau: Mengapa engkau tidak izinkan kami membaca atau belajar
sebuah kitab kepadamu? Maka beliau berkata: Terimalah sesukamu ilmu yang
sedang mengalir dari satu wadah, meskipun tanpa sebuah kitab. Beliau berkata
kepada seorang guru: Ajarkan anak-anakku untuk membaca kitab karya tulis
Syeikh Abu Amru.

Al-Habib Umar sangat peduli untuk mengajari saudara-saudaranya yang masih


kecil yang ditinggal wafat oleh ayahnya. Di muka telah kami terangkan bahawa
al-Habib Umar sangat peduli untuk mengajar dan mendidik saudara-saudaranya
yang masih kecil, terutama untuk memahami al-Quran. Beliau menganjurkan
mereka untuk gemar mencari ilmu dan menyuruh guru saudara-saudaranya
untuk memukul mereka, jika mereka tidak memperhatikan pelajarannya. Bahkan
beliau sendiri pernah memukul saudaranya dengan tangannya sendiri, sampai ia
berhasil membaca al-Quran dengan baik. Beliau pernah mengirim saudara beliau
al-Habib Aqil ke Hajrain untuk belajar dari Syeikh Muhammad ibnu Umar al-Afif,
sampai akhirnya al-Habib Aqil mampu mengajar setelah beliau kembali ke desa
Huraidzah. Setiap hari al-Habib Umar menghadiri majlis talim al-Habib Aqil
sekembalinya dari menziarahi kubur ayahnya.

Ketika al-Faqih Syeikh Abdul Kabir ibnu Abdul Kabir Baqais mengunjungi beliau
yang ketika itu beliau masih dalam usia belajar, maka beliau berkata: Hai, Abdul
Kabir nama telah dihidupi, maka hidupkanlah ilmu. Ucapan beliau menyuruh
Abdul Kabir untuk rajin menuntut ilmu. Dengan anjuran beliau, maka Abdul Kabir
berhasil menimba ilmu sebanyak-banyaknya sampai beliau disebut al-Faqih. Al-
Habib Umar pernah memberitahukan akan lahirnya Syeikh Abdul Kabir yang
ketika itu masih di dalam kandungan ibunya, sedang ayahnya meninggal dunia.
Ketika keluarganya akan membagi harta waris ayahnya, di saat itu al-Habib
Umar berkata: Sesungguhnya janin yang ada di dalam kandungan ibunya ini
adalah anak laki-laki, maka simpanlah bagiannya dari harta warisannya.
Ternyata apa yang dikatakan oleh al-Habib Umar adalah benar.

Al-Habib Umar telah memberi isyarat kepada salah seorang pengikutnya,


Muhammad ibnu Hishn al-Huraidzi untuk belajar membaca al-Quran meskipun
usianya telah lanjut, dikarenakan telah mendapat barakah dari Habib Umar,
maka ia diberi kemudahan oleh Allah. Ada seseorang jika menghadiri majlis
talimnya al-Habib Umar al-Attas, maka ia banyak berbicara, sehingga majlis
beliau terganggu, anehnya jika diadakan pembacaan suatu kitab, maka orang itu
mengantuk sampai tidur. Karena itu, jika orang itu hadir, maka al-Habib Umar
berkata kepada kawan-kawannya: Ambilkan kitab dan mari kita membaca kitab
itu, agar orang itu diam karena mengantuk.

Al-Habib Umar pernah menyuruh untuk mengeluarkan zakat kurma (Rutob)


sebelum kurma itu menjadi kering. Ketika dikatakan bahawa sebagian ulama
mengatakan bahawa tidak sah mengeluarkan zakatnya kurma sebelum kurma itu
menjadi kering, maka al-Habib Umar berkata: Mereka itu ulama dan kami pun
ulama, tanyakanlah kepada orang-orang miskin, kurma yang masih basah
ataukah kurma yang sudah kering yang mereka sukai. Setelah dijawab, bahwa
yang mereka sukaiadalah kurma yang masih basah, maka pendapat al-Habib
Umar diterima oleh mereka dan dilaksanakan oleh seluruh penduduk desa itu.

Al-Habib Ali ibnu Hussein al-Attas menyebutkan dalam kitabnya Taajul Araas juz
1 hal 708, bahawa al-Habib Umar ibnu Abdurrahman al-Attas telah berbeda
pendapat dengan ahli Fiqih dalam tiga masalah. Pertama al-Habib Umar
berpendapat untuk menaruh jenazah di ujung kepala liang lahad dan jika jenazah
sedang diturunkan ke liang lahad hendaknya kedua kakinya diturunkan lebih
dahulu. Kedua, al-Habib Umar berpendapat bahawa seseorang tidak harus
berniat ketika ia menjadikan tangannya sebagai wadah untuk mengambil air
hendak berwudhu (niat Ightiraf) meskipun menurut pendapat ahli Fiqih, orang itu
diharuskan berniat kalau tidak maka airnya menjadi mustamal. Adapun yang
dipakai alasan oleh al-Habib Umar, seorang yang mengambil air ketika hendak
berwudhu, maka ia tidak mencuci tangannya ke dalam tempat air, kerana itu
tidak perlu berniat. Ketiga, al-Habib Umar berpendapat bahawa seseorang
dibolehkan mengeluarkan zakatnya kurma ketika buah kurma itu masih basah
(rutob), meskipun para ulama tidak membolehkan cara yang demikian itu,
alasannya Habib Umar adalah buah kurma yang masih basah lebih disenangi
orang-orang miskin, daripada buah kurma yang sudah kering.

Disebutkan juga al-Habib Umar menganjurkan orang melakukan solat Ghaib


setelah selesai mengerjakan solat Jumat. Adapun waktunya adalah setelah
imam menutup solatnya dengan salam dan setelah berzikir, maka diumumkan
untuk melakukan solat Ghaib bagi mereka yang telah meninggal dari segenap
umat Islam. Tradisi macam ini tetap dilakukan penduduk desa Huraidzah dan
desa-desa lainnya yang pernah mendengar fatwa al-Habib Umar.

Al-Habib Umar suka mendengar qasidahnya al-Habib Abdullah ibnu Alwi al-
Haddad, yang awal mula baitnya adalah:

Jika qasidah ini dikumandangkan oleh seseorang di depan Habib Umar, maka
beliau suka menyuruh orang itu untuk mengulanginya, sebab beliau sangat
menyayangi dan merasa kagum qasidah itu. Setelah al-Habib Umar wafat, maka
al-Habib Abdullah ibnu Alwi al-Haddad menyuruh seseorang untuk berziarah ke
makam al-Habib Umar dan menyuruhnya untuk membacakan qasidah yang
disebutkan di atas tadi di sisi kubur al-Habib Umar. Ketika orang itu
melaksanakan apa yang diperintahkan oleh al-Habib Abdullah ibnu Alwi al-
Haddad, maka ia tertidur sejenak, maka tahu-tahu terdapat sepotong roti yang
masih hangat di pangkuannya. Ketka ia terbangun ia terkejut dengan adanya
dua potong roti dihadapnya, setelah diperiksa di sekelilingnya, ternyata tidak
ada seorangpun yang ada didekatnya, sehingga ia yakin bahawa dua potong roti
itu adalah karomah dari al-Habib Umar sebagai petanda bahawa qasidah yang
dibacanya telah didengar oleh al-Habib Umar dan ziarahnya terkabul. Maka yang
sepotong dimakan sedangkan yang sepotong lagi dibagikan kepada anak-
anaknya.
AL-HABIB UMAR DAN GURU BELIAU, AL-HABIB HUSSEIN IBNU SYEIKH
ABU BAKAR IBNU SALIM MELARANG ORANG UNTUK MENGHISAP ROKOK
DAN MENGHARAMKANNYA.

Al-Habib Umar suka menyuruh orang untuk memperbaiki cara pengairan sawah
ladang. Beliau amat senang dengan orang-orang yang suka mengairi sawah
ladangnya dan beliau selalu mendoakan kebajikan bagi mereka, tetapi beliau
tidak senang terhadap orang-orang yang malas mengakhiri sawah ladangnya.

Al-Habib Umar selalu menganjurkan orang untuk rajin menanam pohon kurma.
Di desa Andal dan al-Qasar banyak menghasilkan buah kurma. dikarenakan
seringnya al-Habib Umar menganjurkan orang untuk menanamnya. Biasanya
beliau berpesan untuk memberi jarak sepuluh langkah atau lima belas langkah
antara satu pohon kurma dengan lainnya.

Banyak hadiah-hadiah yang mengalir kepada al-Habib Umar, tetapi beliau tidak
mahu menerimanya, kecuali hanya sebagian kecil daripadanya. Bahkan jika ada
seseorang yang nadzar memberi pohon kurma kepada beliau, maka beliau ada
kalanya menolaknya. Beliau tidak mahu menerima pemberian seorang
penguasapun, kalau ada seorang penguasa memberi hadiah atau bingkisan
kepada beliau atau yang ada hubungannya denga penguasa, maka beliau selalu
menolaknya dengan cara yang manis dan halus.

Al-Habib Umar selalu pasrah dan redho terhadap apa saja yang dikehendaki oleh
Allah. Al-Habib Umar selalu sederhana dalam cara berpakaiannya, makan
minumnya dan tempat tinggalnya. Beliau suka memakai pakaian yang kasar
berwarna putih, hasil tenunan dalam negeri, bukan buatan dari India. Beliau
tidak pernah memakai pakaian yang berwarna hitam, selain ketika putera beliau
wafat, tetapi beliau mengenakan juga pakaian putih dan berwarna merah untuk
menampakkan beliau tidak susah atas kematian putranya. Ketika ditanyakan,
mengapa beliau berpakaian demikian, maka beliau berkata: Sesungguhnya
syaitan menyuruh kami untuk menampakkan rasa susah, tetapi kami
menolaknya agar ia menjadi kecewa.

Biasanya jika al-Habib Umar diberi hadiah sehelai kain halus berwarna putih,
maka beliau memakainya sebagai alas duduk di atas kenderaannya sampai kain
itu tampak rosak. Biasanya jika beliau diberi hadiah sehelai baju terlalu panjang
bagian tangannya, maka beliau memotongnya sampai sebatas telapak tangan.
Hal itu adalah dikarenakan beliau meniru jejak hidup Imam Ali ibnu Abi Thalib
yang selalu memotong bagian tangannya sampai batas telapak tangan.

Jika al-Habib Umar hendak membangun rumah, maka beliau menyuruh


arkiteknya untuk membangunkan kamar mandi di bagian depan rumahnya agar
orang-orang yang melihatnya akan mengerti, betapa hinanya kehidupan dunia
yang selalu mereka rebutkan itu. ketika arkiteknya telah selesai membangun
tembok rumah beliau, maka beliau dipersilakan masuk ke dalam bangunan itu.
Setelah beliau mengukur tinggi bangunannya dirasa telah cukup, maka beliau
menyuruhnya untuk membangun atapnya. Letak rumah beliau di bagian atas
desa. Ketika penduduk desa Huraidzah minta pertimbangan beliau, di manakah
rumah beliau harus dibangun, maka beliau menyuruh mereka untuk membangun
rumahnya di bagian atas desa itu di dekat rumah Syeikh Salamah ibnu Ali
Basahil. Sebab beliau amat erat hubungannya dengan Syeikh Salamah yang
dikenal sebagai wali yang wara, ahli ibadah dan amat dekat hubungannya
dengan al-Habib Umar, sehingga al-Habib Umar sering mengunjunginya. Kata al-
Habib Umar: Andaikata aku tidak takut kebakaran, pasti aku lebih senang di
sebuah gubug.

Beliau tidak terlalu memperhatikan masalah makanannya, beliau mau makan


apa saja yang didapatnya dengan mudah, tidak jarang beliau menahan lapar jika
tidak ada rezeki yang dimakannya. Disebutkan bahawa pada suatu malam isteri
Hussein menantu beliau tidak menyediakan makan malam bagi al-Habib Umar,
sebab ia mengira bahawa al-Habib Umar sudah makan malam di rumah Salim,
puteranya. Demikian juga isteri Salim tidak menyiapkan makan malam bagi al-
Habib Umar, sebab ia mengira bahawa al-Habib Umar telah makan di rumah
Hussein. Kebetulan malam itu pembantunya keluar dengan membawa sepotong
roti untuk makan sapinya, maka beliau mengambil sebagian seraya berkata: Ini
adalah makan malamku. Al-Habib Umar hanya berkata: Kurma dan mentimun
yang halal lebih baik dari bubur kambing (harisah) yang subhat.

Pada suatu hari ketika beliau berkunjung ke Wadi Amed, maka beliau singgah di
rumah salah seorang pengikutnya yang ada di desa itu. Penduduk desa itu
senang menerima kehadiran al-Habib Umar, sehingga mereka membikin bubur
asidah bagi beliau. Ketika penduduk desa itu masih sibuk membuat bubur
asidah, salah seorang puteri dari mereka datang dengan membawa sepiring
makanan bagi beliau, beliau hanya menyuapnya sedikit. Tidak lama setelah
bubur asidah yang dipersiapkan penduduk desa itu telah selesai, maka mereka
menghidangkannya ke hadapan al-Habib Umar, tetapi beliau tidak menyuapkan
sedikitpun dari bubur asidah itu, sehingga mereka minta beliau untuk
mencicipinya, tetapi beliau menolaknya dengan halus, seraya berkata: Ada
seorang puteri telah membawakan makanan buah bidara cina bagiku, aku telah
memakannya sedikit dan hal itu aku telah rasa cukup. Kisah ini merupakan
salah satu bukti dari kesederhanaan al-Habib Umar dalam hal makanan.

SIFAT POSTUR TUBUH AL-HABIB UMAR AL-ATTAS

Al-Habib Ali ibnu Hassan al-Attas pernah menyebutkan dari al-Habib Abu Bakar
ibnu Muhammad Bafaqih, Shahib Qoidun, tentang sifat diri al-Habib Umar
sebagai berikut: Tubuh al-Habib Umar berperawakan sedang, wajahnya tampan,
janggutnya lebar, jika seorang melihat beliau, maka akan melihat kewibawaan
beliau dan tercium bau harum dari beliau.

Al-Habib Umar gemar memakai parfum. Kata beliau: Dari besarnya


kesukaannya kepada parfum, maka aku ingin dihadirkan sebuah bejana yang
berisi parfum, kemudian aku akan memakainya semua. Dikarenakan besarnya
kegemaran beliau mamakai parfum, maka keringat beliau tercium bau harum.
Pada lambung kiri al-Habib Umar ada warna hitam sebentuk cincin.

AL-HABIB UMAR SEBAGAI SEORANG SYEIKH DAN MURABBI

Al-Habib Umar adalah seorang Syeikh, seorang murabbi dan seorang dai kepada
Allah di dalam tindak-tanduknya dan tutur katanya. Al-Habib Umar pernah
berkata: Ketika aku ditawari menjadi seorang dai, maka aku menolaknya
dengan berbagai alasan. Kemudian dikatakan kepadaku: Kami akan
menjadikan bagimu seorang pendamping dan membantu yang akan
mendampingimu untuk menunaikan tugasmu, seraya menunjuk kepada Syeikh
Ali Baras. Maka aku menerima tugas itu dan Syeikh Ali Baras akan membantuku
dan mendukungku.

Al-Habib Umar berkata: Sesungguhnya sumber-sumber untuk mendapatkan


cahaya Allah tidak berkurang sedikitpun bagi generasi yang ada di akhir masa,
akan tetapi mereka datang membawa bejana-bejana yang berlubang.

Pada awal mulanya, Syeikh Ali Baras sibuk membantu al-Habib Umar dalam
menyampaikan dakwahnya. Pada suatu hari ketika Syeikh Ali Baras duduk di sisi
al-Habib Umar, maka beliau bertanya kepadanya: Buku apa yang ada padamu?
kata Syeikh Ali Baras: Buku yang ada di tanganku adalah Bidayatul Hidayah.
Kata al-Habib Umar: Bacalah buku itu. Maka Syeikh Ali Baras membaca dengan
khutbahnya. Selanjutnya, al-Habib Umar berkata kepada Syeikh Ali Baras:
Berhentilah sampai di situ, aku telah memberimu ijazahdi bidang Syariat,
Tareqat dan Hakekat, ini adalah ijazah yang diberikan bertepatan pada saat
terkabulnya semua doa.

Habib Isa ibnu Muhammad al-Habsyi berkata: Biasanya jika ada seorang datang
dengan niat yang baik kepada al-Habib Umar, maka beliau akan menerima
segala pengaduannya serta menghormatnya dengan menampakkan
keramatnya, sifat-sifat mulia seperti ini iaitu niat yang baik dan keyakinan yang
kuat jarang dimiliki oleh tamu-tamu yang lain dan kekeramatan beliau jarang
dilihat orang kecuali seorang yang benar-benar taat, bagus niatnya dan kuat
aqidahnya.

Syeikh Ali Baras pernah berkata kepada al-Habib Umar: Meskipun engkau sering
mengunjungi Wadi Amed dan desa-desa lainnya, tetapi anehnya tidak banyak
yang mendapat petunjuk dengan sebenarnya dari engkau, padahal aku yakin
bahawa jika seorang fakir bertemu dengan engkau pasti ia akan menjadi
muslim. Jawab al-Habib Umar: Andaikata aku bertemu dengan seorang yang
hatinya seperti engkau, tentunya aku dapat menyampaikan ia kepada Allah di
dalam waktu yang paling singkat, akan tetapi aku mendapati orang-orang yang
hanya membicarakan: Habib akan pergi, habib akan datang. Dengan kata lain
tidak mempunyai persiapan dan keyakinan kepada beliau.

Disebutkan bahawa pada suatu hari ada seorang murid datang kepada beliau
dengan niat untuk memohon keputusan dari beliau. Sebelum murid itu
menyampaikan kepada beliau apa yang yang ada di hatinya, maka dengan cara
kasyaf beliau menjawab apa yang akan ditanyakan oleh murid tersebut: Wahai
orang yang kebanyakan manusia meninggalkan apa yang semestinya harus ia
lakukan, tidak seorangpun yang datang kepadaku kecuali ingin menanyakan
tentang masalah-masalah duniawi seperti meminta hujan, menginginkan anak
atau meminta pendapat, padahal setiap murid yang datang kepadaku dengan
niat yang baik untuk mendapatkan masalah-masalah yang mulia, pasti ia akan
mendapatkan kebajikan yang ia inginkan.

Ada seorang sholeh dari penduduk sebuah desa Hadzyah yang bernama Ahmad
ibnu Abdillah Bajusair, ia seorang guru ngaji bagi anak-anak kecil. Biasanya jika
penduduk desa Syibam berziarah ke tempat al-Habib Umar al-Attas, maka
mereka singgah di desa Hadzyah dan akan melewati rumah guru ngaji ini,
demikian pula jika mereka pulang dari tempat beliau. Pada suatu kali, guru itu
berkata kepada salah seorang yang didekatnya: Aku lihat penduduk Syibam
yang pergi ke tempat al-Habib Umar dalam keadaan wajah tertentu, dan mereka
pulang dengan wajah yang berlainan dari wajah yang sebelumnya. Mengapa
demikian? Ketika ucapan guru ngaji itu disampaikan kepada al-Habib Umar,
maka beliau berkata: Katakanlah kepadanya, adakalanya manusia tugasnya
sebagai guru ngaji seperti kamu, adakalanya seorang pendidik, apakah dia tidak
mengerti bahawa saya seperti buaya, telurnya di darat dan ia tetap berada di
laut dan memelihara telurnya cukup dengan pandangan.

Al-Habib Ahmad ibnu Hasyim al-Habsyi berkata: Dulunya aku dan as-Sayid
Abdullah al-Haddad sering berkunjung kepada al-Habib Umar al-Attas, tidak
lama, maka al-Habib Abdullah mendapat pancaran Ilahi (Futuh) sebelum aku
mendapatkannya, sehingga minatku kepada beliau berkurang. Ketika aku adukan
keadaanku kepada Habib Umar, maka beliau menghadap kepadaku dan
mendoakanku untuk mendapatkan seperti yang didapati al-Habib Abdullah al-
Haddad. Maka sejak saat itu akupun mendapat pancaran Ilahi.

Al-Habib Abdurrahman ibnu al-Habib Umar al-Attas berkata: Ketika aku keluar
dari desa Ahrum, maka aku bertemu dengan seorang Darwisy yang sedang
mengembara. Waktu itu ia hendak menyeberang jalan. Ketika aku memberi
salam kepadanya, maka ia berkata, selamat datang wahai fulan. Ia menyebut
namaku dan ia menunjukkan kegembiraannya bersamaku meskipun aku belum
pernah bertemu dengannya pada waktu sebelumnya. Aku bertanya kepadanya,
bagaimana engkau tahu namaku, padahal engkau belum pernah berkenalan
denganku? Jawab orang itu: Bagaimana aku tidak mengenalmu, pada hal
engkau adalah putera guru kami, al-Habib Umar bin Abdurrahman al-Attas.
Sesungguhnya ayahmu sering datang ke negeri kami secara ghaib dan nama
beliau lebih dikenal di tempat kami daripada di tempat kamu.

Habib Ahmad ibnu Hussein ibnu Umar berkata: Aku pernah diberitahu oleh
seorang yang aku tidak ragu akan kejujurannya bahwa ia pernah bertemu
dengan seorang Darwisy dari negeri Sind di Afrika yang berkata: Sesungguhnya
al-Habib Umar bin Abdurrahman al-Attas sering berkunjung ke negeri kami di
Sind untuk mengajari kami Tasawwuf dan ilmu Tareqat dan beliau banyak dikenal
di negeri kami.

Syeikh Abdullah ibnu Abdurrahman Baubad menuturkan bahawa ketika ia


bersama Syeikh Ali Baras dan tiga belas orang sahabatnya datang ke tempat al-
Habib Umar, maka yang pertama aku lihat adalah sinar wajah beliau yang amat
cemerlang, sehingga aku tidak ingat lagi akan kehadiranku, sebab aku lihat diri
beliau bagaikan mutiara yang berwarna putih cemerlang, dan wajah beliau
memancarkan sinar yang terang, maka timbul keinginanku untuk tidak akan
berpisah dari beliau sepanjang hidupku. Kami sempat menetap di tempat beliau
selama beberapa hari. Ketika beliau memberi izin kami untuk pulang ke desa
kami, maka beliau berkata kepadaku: Wahai puteraku, tempat dan sumber mata
air serta perjalanan hanya ada satu macam, barang siapa yang ingin
memisahkan antara aku dari Syeikh Ali Baras, maka ia tidak akan mendapat
untung.

Al-Habib Abdullah ibnu Alwi al-Haddad berkata: Ketika aku mengunjungi al-
Habib Umar al-Attas, maka aku lihat pada diri beliau, adanya sifat-sifat yang
terdapat pada para sesepuh beliau hingga pada diri Nabi SAW.

Habib Isa ibnu Muhammad al-Habsyi dan para arif billah lainnya, banyak
menuturkan bahawa keadaan peribadi al-Habib Umar al-Attas dan tindak
lanjutnya jauh berbeda dengan para tokoh wali lainnya. Meskipun keadaan dan
kedudukan beliau sangat tinggi, namun beliau lebih senang untuk rendah diri,
lemah lembut, ramah tamah kepada semua orang dan akhlak yang sangat tinggi
di mana sangat sedikit sekali orang berakhlak seperti beliau.

Ketika menyebutkan sifat al-Habib Umar, Habib Ahmad ibnu Zein al-Habsyi
berkata: Banyak orang dari kawan-kawan beliau yang menerima kebajikan dari
al-Habib Umar, banyak orang yang menjadi murid beliau dan banyak pula yang
menerima talkin dzikir dan menerima khirqoh dari beliau.

KITAB-KITAB YANG DIPESANKAN OLEH HABIB UMAR AL-ATTAS UNTUK


DIPELAJARI

+ Az Zubad karya tulis Syeikh Ibnu Ruslan. Habib Umar selalu menyuruh anak-
anak kita untuk menghafal nadzom kitab Zubad.

+ Bidaayatul Hidaayah karya tulis Imam Ghozali. Syeikh Ali Baras pernah
membaca mukadimah kitab Bidaayatul Hidaayah di hadapan Habib Umar,
kemudian beliau memberi ijazah bagi Syeikh Ali Baras sehingga Allah membuka
cabang-cabang marifat baginya.

+ Al Minhaaj karya tulis Imam Nawawi. Syeikh Abdullah ibnu Umar Baubaid
berkata: Ketika aku berkunjung ke tempat Habib Umar, beliau berkata
kepadaku: Aku pernah membaca kitab al-Irsyad, karya tulis Syeikh Ismail al-
Muqri. Maka beliau berkata kepada Syeikh Ali Baras: Wahai Ali, bacakan
kepadanya kitab al-Minhaaj, karya tulis Imam Nawawi dan bacakan juga kitab itu
kepada kawan-kawanmu, kerana kitab tersebut membawa berkat dan memberi
futuh, Insya-Allah, sebab penyusunnya seorang Wali Qutub dan ia berdoa bagi
setiap pembacanya, semoga diberi barakah.

+ Ar Risalah karya tulis Imam Qusyairi dan Awarifu al-Maarif karya tulis Imam al-
Saharwurdi. Al-Habib Umar al-Attas selalu membaca kedua kitab itu ke mana
saja beliau pergi. Kata beliau: Ar Risalah dan al-Awarif dan kitab-kitab sepertinya
sangat pentinguntuk dibaca, sebab keduanya termasuk pemasok santapan
rohani bagi paraahli Tasawwuf

KEWARAKAN AL-HABIB UMAR AL-ATTAS

Beliau dikenal sangat wara. Beliau tak mau pernah menerimapemberian apapun
dari kaum penguasa, tidak pernah mau diajak makan minum, sampaipun
sekedar minum kopi bersama kaum penguasa, bahkan beliau menolak arang
bakar yang datangnya dari kaum penguasa. Kisah penolakkannya terhadap
pemberian Sultan Badar ibnu Abdillah al-Katsiri ketika datang mengunjungi
beliau, kelak akan saya sebutkan dalam fasal tersendiri.

Beliau tidak mau makan dari pemberian orang-orang yang berbisnes dengan
cara riba.

Pada suatu kunjungan beliau di Wadi Amed, maka beliau dipersilakan singgah di
rumah seorang dari keluarga Basulaib, sedangkan mereka tidak mau
memberikan bagian waris bagi anak-anak perempuan, maka belai menolak
untuk singgah dan beliau berkata: Bagaimana aku akan singgah di rumah
seorang yang tidak mau memberikan waris bagi anak-anak perempuannya?
Padahal Allah menyuruh memberikannya dalam al-Quran, Allah berfirman:

Allah mensyariatkan bagimu tentang pembagian waris untuk anak-anakmu,


iaitu bagian seorang anak lelaki sama dengan bagian dua anak perempuan.

Kata lelaki itu: Mulai dari saat ini, aku akan memberikan waris bagi anak-anak
perempuanku.

Maka Habib Umar mau singgah di rumah orang itu dan beliau berdoa bagi
keluarga orang itu, sehingga mereka diberi barokah dan kebahagiaan hidup.

Pada suatu kali ketika beliau berkunjung ke rumah seorang dari keluarga
Basuwaid yang ada di desa Anaq. Maka beliau disambut dengan sambutan yang
luar biasa, dan beliau diberi labu. Beliau bertanya: Dari mana engkau peroleh
buah labu ini? Jawab orang itu: Aku memetiknya dari sebuah kebun milik
wakaf. Katanya beliau: Kalau begitu, kita tidak diperbolehkan makan dari
kebun yang telah diwakafkan, sebab kebun yang telah diwakafkan itu adalah
milik semua orang Islam. Kata orang itu: Mulai sekarang aku tak mau lagi
makan dari hasil kebun yang telah diwakafkan, lalu bagaimana hasil-hasilnya
yang telah aku makan di masa-masa sebelumnya? Kata Habib Umar: Untuk
menebus dosanya yang lalu, maka rawatlah kebun itu, kemudian bagikan
hasilnya bagi kaum muslimin. Maka sejak saat itu, kebun yang telah diwakafkan
itu mulai sebaik mungkin.
Habib Umar tidak mau menerima harta wasiat dari seorang kecuali bila beliau
telah memperjelaskan benar-benar tentang redhanya ahli warisnya. Pada suatu
kali ada seorang wanita yang mewasiatkan sebagian dari perhiasannya senilai
tiga Uqiyah. Ketika wanita pemilik harta itu wafat, maka harta yang diwasiatkan
itu diberikan kepada beliau, tetapi beliau tidak mau menerimanya sampai
setelah memperjelas redha ahli warisnya tentang harta wasiat itu.

Disebutkan oleh Syeikh Ali ibnu Salim al-Junaid, bahwa ayahnya yang bernama
Salim pernah meminjam seekor keldai buat kenderaan bagi perjalanan habib
Umar yang akan pergi ke desa Lahrum. Anehnya, sesampai di tengah perjalanan,
keldai itu berhenti dan duduk di padang pasir, padahal waktu itu udaranya amat
panas. Kata Syeikh Salim: Hampir aku pukul keldai ini, tetapi beliau melarangku
seraya berkata bahwa pemilik keldai ini tidak mau keldainya dipukul. Kemudian
beliau berkata: Peganglah kepalanya dan aku akan membantumu, agar ia
berjalan. Demikian pula ketika keldai itu mogok kembali, maka Salim hendak
memukulnya, tetapi beliau menolaknya, dan beliau membantunya agar ia mau
berjalan.

Dan jika telah masuk waktu solat berjamaah, sedangkan imam masjid ada
didekat beliau, maka beliau mengusirnya seraya berkata: Pergilah engkau untuk
menjadi imam, tidak dihalalkan anda duduk di sini, bila waktu tugas anda
sebagai imam telah tiba.

RASA TAWADHU AL-HABIB UMAR AL-ATTAS

Al-Habib Abdullah ibnu Alawi al-Haddad berkata: Itu orang (al-Habib Umar) yang
pepohonnya ditanam atas dasar tawadhu dan lemah lembut, sehingga tangkai-
tangkainya seperti itu juga. Hal itu menunjukkan kedua sifat budi pekerti beliau.

Al-Habib Abdullah ibnu Alawi al-Haddad berkata: Ketika kami berkunjung ke


desa Huraidzah ke tempat Habib Umar, kami melihat Habib Umar bersikap amat
tawadhu, tidak seorangpun dari orang-orang besar yang dapat mengikuti
perangai beliau seperti itu. Begitu tawadhunya perangai beliau, meskipun
tingginya kedudukan beliau, samapi beliau tidak dapat dibezakan dengan kawan-
kawan duduknya yang lain. Di tengah majlisnya, beliau tidak duduk di tempat
yang khusus, tidak pakai pakaian khusus, sehingga beliau tidak berbeza dengan
kawan-kawan duduk yang lain. Bila bangun kerana ada hajat dan tempat
duduknya ditempati orang lain, belaiu tidak marah dan tidak menyuruh orang itu
untuk pindah, bahkan beliau duduk di tempat lain, sampai aku pernah berkata:
Alangkah tidak sopannya kalian terhadap Imam ini.

Pada suatu kali, penduduk Syibam berebutan untuk berjabat tangan dengan
beliau, ada seorang yang ketika itu melihat kesederhanaan pakaian Habib Umar
dan ketawadhuannya, maka ia berkata: Seorang yang seperti ini, kami di Tarim
tidak mengajak berjabat tangan dengannya. Ketika ucapan itu didengar oleh
Habib Umar, maka beliau berkata: Memang pantas ucapannya itu, sebab yang
ada di Tarim hanyalah orang-orang yang wajah-wajahnya bagaikan bulan. Beliau
mengulang-ulang berkali-kali.

Pada suatu hari ketika orang-orang datang ke tempat Habib Umar untuk
mengucapkan selamat atas lahirnya seorang anak beliau, sedangkan dari
penduduk kota itu tidak ada yang datang, mereka adalah orang-orang yang
berwatak keras dan meninggalkan solat berjamaah dan Jumat, maka ada
seorang dari penduduk desa itu yang mendengar bahawa Habib Umar
mempunyai anak, lalu dia mengatakan keldaiku mempunyai anak, suatu ucapan
yang mengejek dan sangat tidak pantas. Mendengar ejekan orang itu, Habib
Umar tidak marah, bahkan Habib Umar mendatangi rumah orang itu dengan
tujuh kawan beliau. Kedatangan beliau menjadikan orang itu amat bergembira,
sehingga ia menjadi amat kagum terhadap lemah lembut budi pekerti beliau.
Kunjungan Habib Umar itu di pagi hari Jumat. Ketika Habib Umar hendak keluar,
maka beliau bertanya kepada orang itu dan kawan-kawannya yang tidak mau
menghadiri solat Jumat: Mengapa kalian tidak menghadiri solat Jumat, padahal
mempunyai pakaian-pakaian yang bagus dan harum baunya? Jawab mereka:
Apakah kami boleh menghadiri solat Jumat dengan memakai pakaian-pakaian
yang bagus dan harum? Jawab Habib Umar: Boleh. Maka mereka keluar
bersama-sama untuk menghadiri solat Jumat dengan perasaan gembira dan
puas karena akhlak dan perilaku Habib Umar.

KEDERMAMAWAN AL-HABIB UMAR AL-ATTAS

Habib Umar al-Attas dikenal sebagai seorang yang amat murah tangan, sehingga
rumahnya selalu dibanjiri segala lapisan masyarakat yang membutuhkan
bantuan beliau. Kedermawan Habib Umar tidak pernah membezakan orang,
semua orang disamakan pelayanannya, baik dia orang yang fakir atau pejabat
tinggi. Habib Umar sangat peduli untuk memberi makan orang-orang, sehingga
menyuruh pembantu-pembantunya untuk menyimpan sebagian hasil panen buat
nanti bila datang musim paceklik. Sehingga kalau ada orang-orang yang
membutuhkan pertolongan, pasti kebutuhan mereka dapat terpenuhi. Meskipun
besarnya kedermawan Habib Umar, tetapi beliau tidak pernah menyombongkan
diri di depan orang-orang lemah. eliau senantiasa memberi pelayanan kepada
orang-orang lemah dengan penuh kasih sayang, sehingga mereka tidak pernah
rasa malu dengan beliau. Demikian pula, Habib Umar tidak pernah memaksa diri
dalam menjamu tamu-tamunya, adkalanya tamunya orang miskin, beliau
hidangkan daging bila beliau memilikinya. Adakalanya tamunya penguasa, beliau
hidangkan seadanya, bahkan beliau lebih mengutamakan kaum lemah dari kaum
penguasa. Hal itu terlihat pada perlakuan beliau terhadap Sultan Badar ibnu
Muhammad al-Katsiri. Yang demikian itu sengaja beliau lakukan agar tidak terasa
di hati Sultan bahwa beliau butuh bantuan dari Sultan atau ingin mendekatkan
diri kepadanya.

Adakalanya kalau ada orang-orang terpandang mengunjungi beliau, sedangkan


beliau tidak mempunyai hidangan yang pantas buat dihidangkan kepada
mereka. Tetapi beliau tidak segan mohon bantuan atau pinjaman untuk
menyembelih seekor kambing bagi tamu-tamunya yang terpandang itu, agar
mereka tidak kecewa bila penghormatannya atau hidangannya dirasa kurang
cukup.

Al-Habib Umar sebagaimana yang diceritakan oleh putranya iaitu al-Habib


Abdullah selalu menyisakan atau menyimpan sebagian hasil panen tahunan
untuk musim paceklik, meskipun kebanyakan orang tidak memperhatikan hal ini.
Karena itu bila banyak orang-orang yang mohon bantuan bahan makanan di
rumah beliau jika musim paceklik tiba, maka hal itu tidak mengherankan sebab
beliau telah lama bersiap-siap menghadapi krisis pangan seperti itu. Di saat
krisis pangan sedang melanda kaumnya, maka beliau menolong orang-orang
yang membutuhkan bahan makanan. Di antara mereka, ada yang setiap saatnya
diberi makan langsung di rumah beliau, tetapi ada pula yang dikirim bahan
pangan ke rumah-rumah mereka, terutama bagi keluarga-keluarga yang tidak
bisa mohon bantuan orang, tetapi masa paceklik yang memaksa mereka untuk
cari bantuan dan juga untuk mempererat tali silaturahim.

Adakalanya, ada sejumlah tamu yang datang ke rumah beliau di akhir malam,
dan beliau menyambut mereka dengan ramah-tamah. Biasanya bila ada tamu di
akhir malam hari, beliau membangunkan isterinya untuk menyiapkan makan
malam buat tamu-tamu yang datang di akhir malam, adakalanya beliau
menyimpan sebagian makan malamnya, persiapan barangkali ada tamu yang
datang. Biasanya jika bahan makanan pokok menipis, maka beliau dan
keluarganya tidak mau makan bahan pokok. Beliau dan keluarganya memilih
bahan pangan pengganti, sedang bahan pangan yang pokok diberikan bagi
orang lain yang membutuhkannya, terutama bagi para tamu yang datang ke
rumah beliau. Kalau bahan pangan pokok benar-benar habis, maka beliau
berikan bahan pangan berupa apa saja tanpa malu.

HABIB UMAR TIDAK SENANG MENONJOLKAN DIRI

Habib Umar dikenal sebagai seorang yang selalu merahsiakan keistimewaan-


keistimewaannya dan ketekunan beribadahnya. Demikian pula, Habib Umar
selalu mewasiatkan hal itu bagi murid-muridnya.

Habib Umar suka mengasingkan diri dari masyarakatnya. Kata beliau:

Menonjolkan diri merupakan penyakit yang tidak ada ubatnya.

Seorang murid beliau pernah melihat Habib Umar duduk di tempat solatnya
secara tersendiri. Ketika beliau ditanya: Mengapa beliau mengasingkan diri?
Kata beliau: Aku mengasingkan diri sebab orang-orang itu selalu mendekati
aku.

Habib Ali bin Hasan al-Attas meriwayatkan bahawa Thabarani menyebutkan


bahawa Anas r.a berkata: Aku datang ke tempat Rasulullah SAW dan aku
dapatkan beliau mendorongkan sesuatu dengan kedua tangannya. Aku berkata:
Wahai Rasulullah, kiranya apa yang tadi engkau dorongkan dengan kedua
tangannya ini? Sabda beliau: Tadi aku didatangi dunia maka aku mengusirnya
dariku.

Salah satu dari tanda ketidaksenangan Habib Umar untuk menampilkan diri dan
tanda lemah lembutnya adalah jika beliau mengunjungi suatu desa dan beliau
tinggal di desa itu selama tiga hari atau lebih atau kurang dari jumlah itu, tetapi
kedatngan beliau itu hampir tidak diketahui oleh penduduk desa yang beliau
kunjungi, kecuali hanya si pemilik rumah yang beliau singgahi dan tetangga-
tetangga dekatnya. Pada umumnya beliau suka berjalan di saat panas matahari
atau di waktu tengahari yang sangat panas, dan beliau tidak senang ditemani
orang lain, kecuali pembantunya. Jika beliau tiba di suatu desa, maka beliau
sengaja memilih singgah di suatu rumah yang tidak akan dikenal orang banyak.

Gerakan dakwah al-Habib Umar al-Attas

Habib Umar pernah berkata:Ketika aku diminta untuk bergerak di bidang


dawah, maka aku mengajukan berbagai alasan untuk menerangkan
ketidakmampuan melakukannya. Maka diberitahukan kepadaku: Kami akan
mendukungmu dalam melaksanakan tugas dawah ini dengan seorang yang
amat mampu untuk melaksanakan tugas ini. Kemudian Syeikh Ali Baras
diperbantukan kepadaku.

Dikarenakan seringnya perjalanan yang beliau lakukan untuk berdawah dan


mendamaikan orang, sampai beliau mengatakan: Dikarenakan banyaknya
perjalanan yang aku lakukan untuk berdawah, sampai aku menjadi orang
pendatang (asing) sampai kewajipan solat Jumat tidak diwajibkan bagiku.
Karena beliau selalu dalam keadaan musafir.

Al-Habib Abdullah al-Haddad berkata: Sebenarnya kami ingin mengunjungi


makam-makam dan negeri-negeri, akan tetapi kami terhalangi oleh kecintaan
dan ketergantungan manusia kepada kami. Kami ingin sekali seperti Habib Umar
ibnu Abdurrahman al-Attas, karena beliau banyak berkunjung ke berbagai
tempat, untuk berdawah dengan tidak ditemani orang lain.

Al-Habib Abdullah al-Haddad berkata juga: Pada tahun 1071 H, tepatnya hari
Isnin tanggal 21 Jamadil Akhir, ketika kami berkunjung ke tempat al-Habib Umar
al-Attas, maka kami meminta untuk berdua dengan beliau tanpa diikuti orang
lain. Ketika permintaanku itu dikabulkan oleh Habib Umar dan beliau merestui
dengan segala yang aku lakukan, beliau menganjurkan aku untuk berdakwah
secara khusus atau umum tanpa peduli ucapan orang banyak.

Habib Umar selalu giat berdawah, menyuruh yang baik dan melarang yang
mungkar dengan cara yang lemah lembut, dan bersifat mengayomi orang,
sehingga banyak orang yang suka dan cinta dengan beliau. Tidak sedikit orang-
orang yang membangkang dan berbuat dosa terpengaruh oleh lemah lembutnya
dawah beliau, sehingga mereka bertaubat dan menjadi orang-orang yang taat
kepada Allah. Beliau menggalakkan menghadiri solat berjamaah dan solat
Jumat. Selain itu, berbagai cabang-cabang amal-amal soleh pun digalakkan di
tengah masyarakatnya. Pada waktu beliau sampai di desa Huraidzah untuk
pertama kalinya, beliau dapati masyarakatnya banyak yang bodoh,
membangkang, kasar, tidak suka tolong-menolong dan tidak mau berjamaah dan
berjumatan. Dengan tekun Habib Umar mengajak mereka ke jalan Allah. Habib
Umar tidak pernah memaksa orang untuk berbuat baik, tetapi merayu mereka
dengan cara-cara yang menarik, sehingga akhirnya penduduk desa Huraidzah
menjadi manusia-manusia yang berbudi pekerti halus dan ramah-tamah.

Salah satu dari cara-cara menarik yang dipakai Habib Umar dalam menarik hati
masyarakatnya adalah sering mengunjungi rumah-rumah mereka dan
bercengkramah di rumah-rumah mereka, sampai mereka cinta dengan cara yang
dipakai leh beliau. Meskipun demikian, beliau tidak segan menasihati mereka
bila ada perbuatan-perbuatan terlarang yang dilakukan oleh mereka, misalnya
cerita yang tertera di atas akan nasihat yang beliau berikan kepada seorang
Basuid yang menyuguhkan buah labu yang timbul di kebun milik wakaf.
Termasuk juga lemah lembut beliau terhadap orang yang mengatakan keldaiku
juga mempunyai anak, sewaktu orang-orang mengucapkan selamat atas
lahirnya anak beliau, yang mana mereka tidak mau melakukan solat Jumat.
Sampai mereka mau menghadiri solat Jumat dan mereka tertarik dengan cara-
cara yang menarik dari Habib Umar.

Terhadap orang-orang yang terang-terangan menentang hukum Allah, maka


beliau bersifat kasar terhadap mereka. Di antaranya adalah beliau tidak mau
singgah ke rumah seorang dari keluarga Bashalib yang tidak mau memberikan
waris bagi putri-putri mereka: Ketika mereka bertanya, maka beliau berkata:
Bagaimana aku mau akan berkunjung ke rumah seorang yang tidak mau
memberi hak waris bagi putri-putrinya? Maka dengan ketegasan Habib Umar
itu, mereka menyatakan taubatnya, dan akhirnya beliau mau mengunjungi
rumah mereka.

Sedangkan terhadap orang-orang yang tidak ada gunanya dengan cara-cara


yang lemah lembut, maa beliau bersifat kasar dan marah yang sangat marah.
Hal itu dinampakkannya seperti tidak mau memasuki rumah mereka, tidak mau
menghadiri undangan mereka, sehingga banyak yang bertaubat di tangan
beliau.

Disebutkan juga bahwa Habib Umar pernah menola makan hidangan yang
dihidangkan di rumah seorang yang tidak memisahkan antara harta dari hasil
yang halal maupun yang haram, khususnya dari harta hasil riba. Disebutkan
bahwa pada suatu hari, Habib Umar diundang makan di suatu rumah yang
pemiliknya sedikit banyak suka makan harta hasil riba. Ketika hidangan
makanan telah disuguhkan dan para tamu termasuk Habib Umar dan Syeikh Ali
Baras dipersilakan makan. Ketika itu Habib Umar merasa bahawa hidangan itu
ada undur haramnya. Maka beliau memberitahukan kepada Syeikh Ali Baras
tentang hal itu. Kemudian keduanya meninggalkan jamuan makan tanpa
menyantap sesuap pun dari makanan yang dihidangkan itu sehingga pemilik
rumah bertanya-tanya tentang sebabnya. Kata Habib Umar: Dalam hidanganmu
ada harta yang tidak halal. Maka si pemilik rumah menangis dan berkata:
Kalau orang-orang yang baik tidak mau makan makananku, maka aku adalah
orang yang paling jelek. Lalu menyatakan taubatnya di hadapan Habib Umar
dan ia berjanji tidak akan memungut harta dari hasil riba lagi.

Disebutkan bahawa pada suatu hari Habib Umar menghadiri majlis talim Habib
Aqil, saudara beliau, sepulangnya dari ziarah ayahnya. Ketika itu ada seorang
yang kaya yang suka menerima harta riba memberi suguhan kopi susu kepada
para jamaah. Ketika Habib Umar merasa bahawa dalam kopi yang disuguhkan itu
ada unsur haramnya maka beliau berkata: Angkatlah kopimu, kami tidak dapat
meminumnya sebab engkau suka menerima harta riba. Habib Umar sangat
marah terhadap orang itu maka lelaki itu berdiri sambil marah dan nenentang
Habib Umar sehingga Habib Umar berdoa bagi orang itu. Denga izin Allah, lelaki
itu sakit dan mati tidak lama setelah itu. Kata Habib Ali bin Hasan al-Attas:
Karena lelaki itu menampakkan diri menentang Allah dari dua sisi, yang satu
dengan harta riba yang ia makan. Allah berfirman:

Maka ketahuilah Allah dan Rasulnya akan memerangimu

Dan karena ia menentang wali Allah, seperti yang disebutkan dalam hadis Qudsi:

Seorang yang menentang wali-Ku maka Aku akan memeranginya

Di akhir usianya ketika Habib Umar solat Jumat di desa Nafhun, beliau duduk di
pintu masjid. Maka beliau memberikan mauidhoh hasanah dan memperingatkan
hadirin dari seksa Allah karena itu mereka diminta meningkatkan frekuensi
ibadah mereka dan ketaqwaan mereka dan melarang dari apa yang
menyebabkan kemurkaan Allah. Setelah itu beliau berkata: Apakah aku telah
menyampaikan pesan-pesan Allah ini? Jawab para hadirin: Ya. Maka beliau
berkata: Ya Allah, saksikanlah kesaksian mereka.

Di saat itu ada seorang murid beliau yang bernama Syeikh Abdul Kabir Baqais
yang berkata: Seolah-olah Habib Umar memberikan nasihat yang terakhir.

HABIB UMAR GEMAR MENDAMAIKAN ORANG YANG BERSELISIH

Habib Umar al-Attas suka mendamaikan orang-orang yang sedang berselisih


demi untuk menjalankan ajaran Allah yang pernah disebutkan Allah dalam
firmannya:

Tiada kebaikan dalam sebagian besar bisik-bisik kalian kecuali seorang yang
menyuruh bersedekah dan menyuruh berbuat kebajikan atau mendamaikan di
antara manusia yang berselisih. Barang siapa yang mengerjakan hal itu karena
berharap redha Allah, maka akan kami berikan pahala yang besar

Disebutkan bahawa suatu hari beliau mendamaikan di anatara dua suku Kabilah
Arab yang sedang bersengketa. Maka masing-masing suku berkeras kepala,
sehingga beliau bertanya kepada mereka: Bagaimanakah pendapat kalian bila
seseorang di antara kalian berada di suatu lembah, bisakah ia menjadikan
lembah itu makmur atau bisakah ia menggali sumur seorang diri atau menolak
serangan musih seorang diri?
Jawab kedua suku itu: Tidak bisa. Jawab Habib Umar: Karena itu bersatulah
kalian semua agar dapat menyelesaikan segala persoalan secara bersama.
Berkat nasihat Habib Umar itu, maka mereka bersatu kembali dan saling
memaafkan.

Dikisahkan oleh Syeikh Muhammad Ibnu Abdil Kabir Baqais: Pada suatu kali
ketika Habib Umar menyeru perdamaian pada satu kabilah Arab dengan lemah-
lembut, maka mereka menolaknya dengan cara kasar sehingga beliau
melemparkan tasbihnya di antara mereka. Dengan kuasa Allah, tasbih itu
berubah seakan-akan menjadi ular besar yang merayap di antara mereka
sehingga mencari perlindungan di hadapan beliau. Maka mereka meminta maaf
dari Habib Umar dan menerima seruan perdamaian.

Disebutkan bahawa ada seorang yang berhutang dan si pemberi hutang


mengadukan masalah keduanya kepada Habib Umar. Akhirnya setelah keduanya
didamaikan oleh beliau, maka yang memberi hutang bersedia memaafkan
sebagian hutangnya asalkan yang berhutang mau melunasi sebagiannya.
Anehnya setelah keduanya keluar dari tempat Habib Umar, maka yang memberi
hutang mengingkari perjanjian tadi sehingga yang berhutang memberitahukan
Habib Umar. Maka Habib Umar marah pada si pemberi hutang seraya berkata:
Nanti engkau akan terkena penyakit dan akan terkena sengatan api sebanyak
bilangan wang yang engkau ingkari janji kemudian akan menjadikan engkau
mati. Nyatanya ucapan Habib Umar itu dikabulkan Allah, akhirnya si pemberi
hutang mati setelah ia menderita sakit beberapa waktu.

Disebutkan juga bahawa sebagian penduduk desa Huraidzah dipaksa


menyerahkan tanah perkebunannya kepada kaum penguasa. Maka penduduk
desa itu meminta bantuan dari Habib Umar untuk memaksa kaum penguasa itu
agar membatalkan tuntutan mereka kepada penduduk Huraidzah. Ketika para
penguasa mau menolak, maka Habib Umar mengancamnya akan mendoakan
bagi mereka, maka mereka terpaksa membatalkan tuntutan mereka.

Disebutkan ada dua bersaudara pemilik kebun dari keluarga Ghanim yang
berbuat zalim kepada tetangganya tentang pengairan bagi kebunnya. Ketika
kedua bersaudara itu dilaporkan kepada Habib Umar, maka keduanya dinasihati
agar memberikan hak tetangganya, tetapi keduanya menolak bahkan
menentang Habib Umar dengan penuh kurang ajar sehingga Habib Umar berkata
pada mereka: Kalian akan kami masukkan ke dalam lautan yang tiada bertepi.
Akibat ucapan Habib Umar itu, maka salah satu dari kedua bersaudara itu ada
yang berubah akalnya sehingga ia menyerang saudaranya, dan saudaranya ikut
tak sadar sehingga keduanya saling hunus senjata tajam, akhirnya keduanya
saling menikam hingga keduanya mati secara tidak terhormat.

HABIB UMAR SELALU BERFIKIRAN POSITIF

Dikenal oleh banyak orang bahawa Habib Umar selalu berfikiran positif dan
pendapatnya dapat dijadikan petunjuk yang baik. Beliau melihat dengan mata
hati. Karena itu banyak orang yang selalu mohon pendapat beliau. Bagi yang
mengikuti pendapat dan kebijaksanaan beliau, maka ia akan senang. Sebaliknya
bagi yang menyalahi pendapat beliau tidak sedikit yang menyesal dan rugi. Di
antara pendapat beliau yang memberi manfaat adalah pendapat yang beliau
berikan kepada Syeikh Muhammad ibnu Hussein al-Huraidhi untuk menghafal al-
Quran. Sedangkan ia telah lanjut usia lalu diterimanya maka ia diberi kemudahan
oleh Allah.

Di antara pula pendapat beliau bagi Syeikh Muhammad al-Amiri an-Nahdi untuk
menanam pohon kurma di salah satu tempat yang bernama Dhahirah, tetapi
pendapat Habib Umar itu dianggap lemah oleh sebagian orang. Untungnya
Syeikh Muhammad al-Amiri menjalankannya, sehingga ia berhasil mendapatkan
untung besar.

Disebutkan bahawa Syeikh Abdullah ibnu Said Bamika, pemilik masjid al-Aredh di
kota Syibam termasuk salah satu dari orang-orang saleh yang gemar beribadah
dan menjalin persahabatan yang erat dengan Habib Umar. Syeikh termasuk
orang yang kaya, tetapi pada suatu masa kejayaannya menurun sampai ia jadi
miskin. Ketika ia mengadukan kepada Habib Umar, maka beliau memberi
petunjuk untuk melakukan suatu amal kebajikan. Syeikh Abdullah mengerti
maksud petunjuk beliau itu, sehingga ia menggali sebuah sumur dan ia
membangun sebuah masjid di tempat itu. Setelah itu, ia melaporkan apa yang ia
lakukan kepada Habib Umar. Dengan restu Habib Umar, maka kekayaan Syeikh
Abdullah kembali seperti sediakala.

Ketika penduduk Syibam bertanya kepada Habib Abdullah al-Haddad, mana yang
bagus solat di masjid Abdullah Bamika ataukah di masjid milik orang lain, maka
Habib Abdullah al-Haddad menganjurkan orang untuk solat di masjid Abdullah
Bamika sebab masjid tersebut dibangun atas petunjuk seorang wali Allah, iaitu
Habib Umar al-Attas.

Disebutkan juga bahawa ketika sebagian dari penduduk dari suku Nahdi datang
kepada Habib Umar tentang lamanyamusim panas di desa mereka, sampai
kebun-kebun kurma mereka banyak yang kering. Habib Umar menganjurkan
mereka untuk menetap bersabar di desa mereka, mereka dilarang untuk pindah
ke tempat lain, semoga tidak lama Allah akan menurunkan hujan ke desa
mereka. Akhirnya dengan mengikuti petunjuk Habib Umar dengan tetap
bersabar, maka tidak lama kemudian Allah menurunkan air hujan bagi penduduk
desa itu, sehingga pengairan bagi kebun-kebun kurma mereka berjalan lancar
lagi seperti sediakala.

Disebutkan bahawa Syeikh Umar bin Ahmad al-Hilabi al-Juaydi selalu


berhubungan erat dan yakin sepenuhnya kepada Ahbib Umar, dan tidak pernah
menyalahi pendapat beliau. Karena itu Habib Umar memohon kebaikan kepada
Allah bagi Syeikh Umar al-Hilabi dan bagi anak cucunya. Pada suatu kali ketika
Syeikh Umar ini singgah di tempat Habib Umar, maka ia disambut oleh beliau.
Waktu itu baru menjelang musim panen. Ketika ia minta izin untuk meninggalkan
tempat Habib Umar, maka beliau berkata: Hai Umar, jika engkau sampai di
desamu, maka panenlah dan ambillah hasil pohon kurmamu.
Petunjuk Habib Umar itu dilaksanakan sebaik-baiknya oleh Syeikh Umar tanpa
ragu-ragu lagi karena kuatnya itikadnya terhadap Habib Umar, padahal bila
panen sekarang, maka hasilnya akan berkurang sampai penduduk desanya
menegur dengan keras, bahkan di antara mereka ada yang menganggap Syeikh
Umar sudah gila, untungnya ia tetap menghargai petunjuk Habib Umar.

Tidak lama kemudian ketika pasukan belalang menyerbu pohon-pohon kurma


penduduk desa itu, semua hasil yang akan dipanen oleh penduduk desa itu rosak
sehingga mereka menyesali nasib mereka karena tidak mendapat hasil panen
kurma pada musim panen itu, sedangkan Syeikh Umar telah memetik hasilnya
sebelum pasukan belalang menyerbu tanamannya. Maka mereka sadar akan
rahasia petunjuk Habib Umar dan faedah mengikuti pendapatnya.

Disebutkan bahawa putra Syeikh Abdullah bin Muhammad bin Ahmad bin Afif
sering ke desa Huraidzah untuk mengunjungi Habib Umar, karena ayah mereka
adalah kawan dekat Habib Umar.

Pada suatu kali, Syeikh Maruf, putra Syeikh Abdullah menginap di rumah Habib
Umar sebelum beberapa hari, ia tidak mau ke tempat lain kecuali jika sudah
mendapat izin dari Habib Umar.

Suatu hari ketika Syeikh Maruf minta izin akan pulang, maka Habib Umar tidak
mengizinkannya, setelah beberapa waktu ia minta pamit lagi, tetapi Habib Umar
menolaknya, tetapi ia minta secara berkali-kali agar ia diberi izin. Setelah ia agak
memaksa, maka Habib Umar berkata: Kami menahan anda untuk pulang agar
anda terhindar dari tuduhan pencuria yang akan terjadi dituduhkan penduduk
desamu kepada saudara-saudaramu dan keluargamu. Maka apa yang dikatakan
oleh Habib Umar itu memang terjadi, sehingga Syeikh Maruf terhindar dari
tuduhan pencurian. Tetapi tidak lamapun tuduhan pencurian itu ditarik oleh
penduduk desa Hajraian, karena pencuri yang sebenarnya dapat segera
ditangkap.

Pada suatu hari ketika beliau berkumpul dengan tokoh-tokoh masyarakat dari
kaumnya, maka beliau menasihati mereka untuk segera memperbaiki saluran-
saluran air yang dipergunakan untuk mengairi kebun kurma mereka. Nasihat
Habib Umar ini dilaksanakan oleh kaumnya meskipun bulan itu adalah bulan suci
Ramadhan. Kebetulan setelah mereka selesai mengerjakannya, mereka pulang,
maka tidak lama kemudian datang banjir, sehingga airnya melimpah ruah di
tempat-tempat penampungan air yang telah mereka perbaiki.

Disebutkan pula bahawa pada suatu hari musim panas dan di mana paceklik
yang luar biasa, tiba-tiba ada seorang lelaki yang sudah lanjut usia minta izin
untuk ke Yaman. Ia telah menyimpan bekal makanan di rumahnya, tidak seorang
pun yang tahu apa yang ia telah lakukan. Kata Habib Umar: Mengapa engkau
sore ini akan melakukan perjalanan ke tempat yang amat jauh dan
perjalanannya pun amat berbahaya, padahal engkau masih menyimpan
sejumlah bahan makanan di tempat yang amat rahasia sehingga tidak
seorangpun yang mengetahuinya selain Allah.
Setelah mendengar nasihat dan pertanyaan dari Habib Umar, maka orang tua itu
mengurungkan niatnya. Tidak lama dari kejadian itu, maka ia sakit dan wafat,
sehingga sejumlah bahan makanan yang ia sembunyikan itu jadi hidangan para
pelawat jenazah orang tua itu.

SIKAP HABIB UMAR TEHADAP KAUM PENGUASA

Habib Umar dikenal sebagai seorang yang tidak merasa takut terhadap kaum
penguasa. Beliau suka menasihati mereka meskipun nasihat beliau adakalanya
dirasakan pahit oleh kaum penguasa. Dan beliau selalu menolak pemberian
maupun hidangan mereka, sampaipun kayu bakar dari mereka beliau tidak mau
menggunakannya.

Pada suatu hari, ketika utusan Sultan Badar al-Katsiri memberitahu bahawa
Sultan Badar akan mengunjungi beliau di Huraidzah, maka beliau
memberitahukan bahawa beliau yang akan mendatangi Sultan di mana ia
berada, karena itu beliau minta akan Sultan tetap berada di mana ia sekarang
berada. Kemudian Habib Umar segera berangkat dan beliau menyuruh
pelayannya untuk membawa kopi, kayu bakar dan api, yang mana kopi itu untuk
beliau minum di tempat Sultan, sebab beliau tidak mau minum apapun dari milik
Sultan atau milik kaum penguasa.

Setelah beliau berhadapan dengan Sultan Badar, maka beliau memberinya


nasihat-nasihat yang berguna mengenai dunia dan akhiratnya. Pada saat itu,
Sultan Badar menyuruh pelayannya membuat kopi yang dicampur dengan madu
dan diminta untuk dihidangkan kepada Habib Umar dan rombongannya. Setelah
dimasak dalam waktu yang lama, maka Sultan menyuruh pembantunya untuk
segera menyuguhkannya ke hadapan Habib Umar. Ketika si pembantu melihat ke
dalam tempat air yang sedang dimasak, ia menjadi terkejut sebab di tempat air
itu, air dan madunya tidak ada sehingga ia segera melapor kepada Sultan Badar.
Laporan dari si pembantu itu menjadikan Sultan Badar menyadari bahawa Habib
Umar sangat tingi rasa waranya dan ia merasa bahawa air kopi itu habis
dikarenakan besarnya karomah beliau. Akhirnya Sultan Badar segera minta maaf
kepada Habib Umar. Kata Sultan Badar: Mengapa anda sampai kami ajak minum
secangkir kopi dari kami saja anda tidak mau? Jawab Habib Umar: Memang,
kalau kami tidak menjaga diri, tentunya kami tak akan dapat berbuat seperti
itu.

Biasanya jika penguasa minta pendapat dari Habib Umar, maka beliau memberi
pendapat yang sejujurnya, walaupun pendapat beliau itu dirasa tidak
menyenangkan hatinya.

Disebutkan ketika ada seorang penguasa di Hadramaut berkata kepada Habib


Umar: Kami selalu mengingatimu dan mengharap doamu wahai Habib Umar.

Jawab Habib Umar: Kami tidak takut kalian akan terkena gangguan dari warga
barat dan timur, kecuali jika ada seorang yang teraniaya hak-haknya yang
berdoa, sebab doa orang yang teraniaya akan segera dikabulkan oleh Allah. Di
saat itu doaku tak dapat berguna bagi kalian.

Habib Umar al-Attas dikenal sebagai seorang yang tidak mau menerima
pemberian apapun bentuknya dari kaum penguasa. Meskipun demikian setiap
hadiah yang diberikan kepada Habib Umar maka beliau menerimanya dengan
penuh karomah selanjutnya beliau memberikannya lagi kepada yang
memberinya dengan cara yang penuh hormat sehingga yang memberi tidak
merasa tersinggung atau disedekahkan kepada fakir miskin.

HABIB UMAR SANGAT MEMPERHATIKAN KEPADA PARA PENGIKUTNYA


YANG MENCINTAINYA

Keterkaitan perasaan Habib Umar terhadap pengikut-pengikutnya yang


mencintainya amat besar. Tentang masalah ini banyak dikenal orang.

Di antaranya adalah sebagaimana yang dikisahkan oleh Syeikh Muhammad ibnu


Ahmad Bamasymus berikut ini: Waktu aku masih kecil, aku sempat menempuh
perjalanan di padang pasir yang amat luas dan tandus bersama sekelompok
rombongan. Ketika kami tiba di suatu tempat yang tidak ada airnya, maka kami
merasa sangat haus, sehingga rombongan kami melarikan diri dan aku
ditinggalkan seorang diri di tengah padang pasir yang tandus tidak dapat
menyusul mereka. Kemudian tidak lama aku mendapatkan sebuah mata air
sehingga aku minum airnya dengan sepuas-puasnya. Aku kira mata air itu
adalah mata air lama yang biasa diambil airnya, kemudian aku melanjutkan
perjalananku dan aku mendapatkan orang-orang yang meninggalkan aku tadi
sedang berebut minum air di suatu mata air. Kemudian mereka merebahkan diri
karena lelah dan haus. Ketika mereka melihat aku datang maka mereka
menyilahkan aku minum di mata air itu, tetapi aku katakan bahawa aku telah
minum di suatu mata air yang tadi kalian telah melewatinya. Mereka merasa
heran akan perkataanku karena mereka merasa bahawa tidak mendapati mata
air selain dari tempat mereka berada di saat itu. Setelah aku dewasa, ketika aku
bertemu dengan Habib Umar, maka beliau bertanya kepadaku: Wahai
Muhammad, ingatkah engkau ketika engkau berada di suatu tempat yang tandus
dan engkau hampir mati dari kehausan, maka engkau segera mendapati mata
air dan engkau meminum sepuas-puasnya? Ucapan Habib Umar itu
mengingatkan aku bahwa hal itu suatu karomah dari beliau.

Disebutkan Syeikh Muhammad Bamasymus juga bahawa pada suatu hari ketika
kami dan Syeikh Ali Baras dan rombongannya berkunjung ke desa Habib Umar di
Huraidzah, maka beliau menyuruh kami untuk meneruskan perjalanan ke bagian
bawah Hadramaut. Ketika kami tiba di kota Tarim, aku menderita sakit hingga
tidak dapat mengikuti rombongan Syeikh Ali Baras. Lalu ia menyuruh , maka
sewaktu aku sampai di desa Dhibiy, bertambah keras sakitku sampai aku
pengsan. Di malam hari ketika aku dalam keadaan sakit-sakitan, aku mendengar
Habib Umar sedang berdehem di rumahnya di Huraidzah sedangkan aku
sekarang di Wadi Dhibi. Maka di saat itu hilanglah pengikutku dan kesihatanku
telah pulih kembali. Hal itu tidak lain dikarenakan kekeramatan beliau.
Dikisahkan oleh Syeikh Salim ibnu Abdul Qawi bahawa ayahnya yang bernama
Abdul Qawi bin Muhammad Baqais, bahawa pada suatu hari Syeikh Abdul Qawi
berjalan di suatu pergunungan bersama seorang kawannya. Ketika keduanya
akan naik ke atas, maka keduanya mencari jalan yang dilewati agar dapat
sampai ke atas. Singkat katanya, keduanya mendapati satu jalan sempit ke arah
atas. Jalan itu hanya dapat dilewati seorang saja. Ketika kawannya naik lebih
dahulu, tiba-tiba satu batu besar jatuh ke bawah. Kebetulan pada waktu itu
Syeikh Abdul Qawi sedang naik ke atas sehingga batu besar yang melewati jalan
yang sempit itu sehingga Syeikh Abdul Qawi merasa terancam dan ia terkejut.
Untung pada saat itu ia ingat kepada Habib Umar sehingga ia berteriak
memanggil nama Habib Umar al-Attas. Dengan izin Allah, maka batu itu sudah
berada di belakangnya sampai ia terhindar. Tentunya kejadian itu adalah sebagai
bukti adanya pertolongan Allah dan adanya kekeramatan Habib Umar al-Attas.

Disebutkan bahawa Syeikh Salmin ibnu Umar dan kawan-kawannya pergi ke


Yaman. Mereka naik kuda. Syeikh Salmin dikenal sebagai penunggang yang
mahir. Ketika rombongan melewati suatu pantai, tiba-tiba kuda yang ditunggangi
Syeikh Salmin berjalan di tepi laut. Kebetulan di saat itu ada gelombang yang
menerjang kuda Syeikh Salmin, hingga kudanya Syeikh Salmin terseret ke
tengah laut sampai kawan-kawannya sangat menyesalkan keadaan kawannya
yang terseret ke tengah lautan itu. Mereka tidak dapat memberikan bantuan
sedikitpun pada Syeikh Salmin. Kebetulan Syeikh Salmin yang sedang
menghadapi maut itu ingat kepada Habib Umar sehingga ia berteriak menyebut
nama Habib Umar dan ia bernazar jika ia diselamatkan Allah dari bahaya maut
itu, maka ia akan memberikan harga kuda itu kepada Habib Umar. Dengan
rahmat Allah, maka ia seolah-olah diselamatkan oleh seseorang yang sedang
naik seekor kuda. Setelah ia selamat, maka ia menaiki kudanya yang tadi ikut
terseret ke tengah lautan itu. Tidak lamapun ia dapat mengejar kawan-kawannya
hingga mereka tercengan dan merasa gembira. Maka ia menceritakan apa saja
yang ia dapati dan iapun memenuhi nazarnya bagi Habib Umar.

Disebutkan juga bahawa Muhammad ibnu Hushin al-Huraidhi yang pernah


diajarkan oleh Habib Umar al-Attas untuk menghafalkan Al-Quran meskipun usia
sudah lanjut, dengan keyakinannya, maka ia melakukan anjuran Habib Umar dan
akhirnya ia dapat menghafal Al-Quran di luar kepala.

Pada suatu hari, Muhammmad ibnu Hushin al-Huraidhi ini bergadang bersama
teman-temannya. Kebetulan pada waktu itu sedang musim belalang yang
merosak tanaman. Mereka sepakat untuk membakar belalang mulai dari
sarangnya yang ada di suatu gua di tempat yang bernama Gorgodah sebelah
utara desa Huraidzah. Pada malam itu, mereka keluar dengan membawa api dan
pelepah-pelepah pohon kurma menuju gua yang dimaksud. Sesampainya di
dalam gua dari obor seorang di antara mereka menimbulkan api membara di
tempat sekitarnya. Nampaknya api itu dianggap remeh oleh mereka, karena itu
mereka tidak memperdulikannya. Setelah api makin membesar maka mereka
tidak mendapat jalan keluar dari gua itu sehingga mereka yakin bahawa mereka
akan binasa. Maka di saat itu mereka teringat terhadap Habib Umar, kemudian
mereka memohon ampun kepada Allah dengan bertawasul kepada Habib Umar.
Maka dengan balas kasih Allah salah satu dari celah gua itu terbuka sehingga
terbentang jalan keluar bagi mereka dari gua itu. Itula salah satu dari kesekian
cerita dari kekeramatan Habib Umar. Kata Habib Ali ibnu Hasan al-Attas: Kisah
yang dialami Muhammad ibnu Hushin dan kawan-kawannya di dalam gua itu
sangat mirip dengan kisah 3 lelaki Bani Israel yang terjebak dalam gua seperti
yang disebutkan di dalam Hadith Bukhari. Bahkan keadaan ini lebih
menakutkan.

KASIH SAYANG HABIB UMAR TERHADAP BINATANG

Habib Umar amat sayang kepada binatang. Hal itu terlihat dari kejadian-kejadian
berikut ini. Disebutkan beliau bila masuk ke rumahnya, maka ia minta diambilkan
sejumlah makanan yang dimiliki keluarganya demi untuk keledainya yang baru
beliau tunggangi.

Disebutkan juga bahawa Habib Umar melarang Syeikh Salim al-Junaid untuk
memukul keledainya yang mogok di suatu tempat yang amat panas. Beliau
suruh Syeikh Salim untuk mengangkat leher keledainya dan Habib Umar ikut
membantunya. Meskipun keledainya itu mogok berkali-kali, tetapi Habib Umar
tetap melarang Syeikh Salim untuk memukulnya.

Pada suatu kali, ada seorang dari Lahrum yang membawa ternaknya dengan
memukuli ternaknya dengan keras. Maka ia datang kepada Habib Umar. Ketika ia
hendak berjabat tangan dengan Habib Umar, maka Habib Umar menolak
berjabat tangan dengannya. Jawab Habib Umar: Aku tidak mau berjabat tangan
denganmu karena tanganku sakit. Maka orang tadi bertanya: Karena apa?
Jawab beliau: Dari sakitnya pukulan tersebut ketika engkau memukuli binatang-
binatang ternakmu tadi. Ketika orang itu minta maaf kepada Habib Umar maka
beliau menasihatinya dengan keras agar ia tidak mengulangi perbuatannya itu.

GANGGUAN-GANGGUAN YANG MENIMPA HABIB UMAR AL-ATTAS

Seorang yang mempunyai tugas sebagai Dai sekaligus penegak kebenaran,


maka gangguan-gangguannya tidak sedikit, bahkan beliau mendengar seorang
yang berkata kepada beliau: Alangkah enaknya anda wahai Habib Umar, sebab
seorang semacam anda tidak akan ada orang yang berani membenci anda.
Maka beliau berkata: Katakan kalimat Lailaaha illallah sebanyak orang-orang
yang membenci Habib Umar. Hal ini menunjukkan akan banyaknya orang-orang
yang memusuhi beliau.

Orang-orang yang mengganggu dan menyakiti Habib Umar itu bukan sahaja dari
orang-orang luar, tapi dari orang dalam rumah beliau sendiri, iaitu dari isteri
beliau sendiri. Adapun ceritanya sebagai berikut:

Pada suatu malam anda serombongan tamu datang ke rumah Habib Umar. Maka
beliau membangunkan isterinya dan menyuruhnya membuatkan makanan
malam bagi tamu-tamu beliau, tetapi isteri beliau menolaknya. Habib Umar
memintanya dengan lemah lembut tetapi isteri beliau tetap menolaknya.
Akhirnya Habib Umar terpaksa keluar rumah tetangganya minta tolong agar
isterinya memasak buat makan malam tamu-tamu beliau. Maka isteri tetangga
itu berkenan membuatkan makan malam bagi tamu-tamu Habib Umar.

Yang menyakitkan Habib Umar tidak saja terjadi semasa Habib Umar masih
hidup, tetapi setelah beliau wafatpun, tidak sedikit yang menghasut dan
mencaci-maki beliau. Anehnya setelah orang-orang yang menghasut itu melihat
kekeramatan Habib Umar, maka baru mereka menyesal dan mengakui besarnya
kekeramatan beliau.

ISTERI-ISTERI HABIB UMAR AL-ATTAS

Menurut berita yang dapat dipercaya disebutkan bahwa Habib Umar pernah
menikah dengan tiga belas orang wanita. Ada lapan wanita yang sempat
memberi anak bagi beliau, sedangkan yang lima orang tidak sempat memberi
anak bagi beliau.

Adapun isteri-isteri beliau yang sempat memberi anak bagi Habib Umar adalah:

Sultonah binti Umar bin Reba sempat memberi dua anak bagi beliau, iaitu
Salim dan Musyayakh.

Aliyah binti Rasam. Ia dari keluarga Isa bin Abdillah al-Abdali. Ia sempat
memberi tiga putera, iaitu Hussein, Abdurrahman dan Ali.

Putri Mubarak bin Jamil Baras. Ia sempat memberi seorang putra iaitu
Muhsin.

Ruqoqah binti Ali Baisa. Ia sempat memberi dua putra iaitu Syeikh dan
Abdullah dan seorang putri iaitu Syaikha.

Fatimah binti Abdullah al-Masawa. Ia sempat memberi dua orang putri iaitu
Alwiyah dan Asma

Habsyiyah dari keluarga Ghanim. Wanita ini sempat memberi seorang putri
yang bernama Fatimah.

Fatimah binti Umar bin Sulaiman al-Amiri an-Nahdi. Ia sempat memberi anak
perempuan iaitu Salma.

seorang wanita dari Hautoh Zubdah. Ia memberi seorang anak yang bernama
Syeikh al-Albar. Putra beliau yang satu ini wafat di waktu kecil, ia dimakamkan di
sebelah kubur Syeikha Sulthonah.

Adapun isteri-isteri beliau yang tidak sempat memberi anak:

Seorang wanita dari keluarga Basurah Baalwi dari Hainan. Beliau mengahwini
wanita ini sebab wanita ini mengalami terlambat kawin.

Seorang wanita dari desa Huraidzah, ia bernama Solahah. Beliau mengahwinnya


tepat diawal beliau di desa Huraidzah.
Beliau sempat menikah dengan dua orang wanita dari keluarga Bajabir dari
Andal.

Beliau pernah menikah dengan seorang wanita dari Manwab.

Ketika Habib Umar berkunjung ke desa Qaydun untuk mengunjungi Syeikh Said
bin Isa al-Amudi maka beliau sempat melamar putri Habib Abu Bakar bin
Muhammad Bafaqih. Lamaran beliau diterima oleh Habib Abu Bakar. Dengan ini,
maka terjadilah hubungan yang sangat erat antara dua tokoh ini, hanya saja
tidak sampai jadi perkahwinan.

ANAK-ANAK HABIB UMAR

Jumlah anak-anak Habib Umar ada 14 orang, 9 anak-anak lelaki, 5 anak-anak


perempuan. Adapun anak-anak lelaki beliau adalah: Salim, Musyayakh, Hussein,
Abdurrahman, Ali, Syeikh al-Albar, Muhsin, Syeikh dan Abdullah.

Adapun anak-anak perempuan beliau adalah: Syeikha, Alwiyah, Fatimah, Asma


dan Salma.

Selain itu, beliau masih mempunyai banyak anak-anak lelaki dan perempuan
yang wafat di waktu kecil.

Di antara anak-anak lelaki beliau yang menurunkan anak cucu adalah: Salim,
Hussein, Abdurrahman, Syeikh dan Abdullah. Sedangkan anak-anak beliau yang
lain tidak mempunyai anak.

ISYARAT TENTANG DEKATNYA AJAL BELIAU

Disebutkan bahawa Habib Umar al-Attas pernah memberitahukan dekatnya


ajalnya, adakalanya pemberitahuan itu berupa isyarat-isyarat yang dapat
dimengeti, tetapi ada pula yang terang-terangan. Disebutkan bahwa ketika
beliau ditanya oleh seorang pada umur berapa beliau akan wafat, maka beliau
mengisyaratkan pada usia 80 tahun. Kenyataannya memang demikian. Berita
tersebut pernah disampaikan oleh Habib Abdullah, putra beliau.

Disebutkan pula, ketika beliau bertemu dengan tokoh-tokoh Baalawi sepert


habib Abdullah al-Haddad, Habib Ahmad bin Hashim dan Habib Isa bin
Muhammad al-Habsyi di desa Sadbeh. beliau sempat memberi pesan-pesan
terakhir bagi mereka dan beliau mengatakan: Mungkin saat ini adalah
pertemuan terakhir dengan kalian di dunia, aku akan menemui kalian kelak.
Kemudian beliau meninggalkan desa Sadbeh menuju desa Nafhun. Tidak lama
setelah beliau tiba di desa Nafhun, beliau wafat.

Di akhir hayat beliau, ketika beliau solat Jumat di masjid desa Nafhun, maka
beliau duduk di depan pintu masjid sebagaimana tertera di atas. Beliau memberi
nasihat-nasihat yang baik bagi pengikut-pengikutnya, kemudian beliau bertanya
kepada mereka: Bukankah aku telah menyampaikan pesan-pesan Allah ini?
Jawab pengikut-pengikut beliau: Ya. Kemudian beliau berkata: Ya Allah,
saksikanlah ucapan mereka, sesungguhnya Engkau sebaik-baik yang
menyaksikan. Setelah mendengar ucapan beliau yang terakhir itu, salah
seorang pengikut beliau ada yang berkata kepada putra beliau, Habib Hussein:
Ucapan ayahmu yang terakhir ini mengisyaratkan bahawa beliau akan
meninggalkan kita, lalu memberikan bela sungkawa terhadap Habib Hussein.

AWAL SAKIT BELIAU

Disebutkan oleh Habib Isa bin Muhammad al-Habsyi, bahawa ketika beliau
berkunjung ke tempat Habib Umar beserta murid-muridnya ke Huraidah tetapi
Habib Umar berada di Sahrun. Habib Isa tidak diperkenankan masuk ke tempat
Habib Umar dan beliau menyuruh untuk menunggu. Demikian pula ketika al-
Habib Ahmad bin Hasyim al-Habsyi tiba di tempat itu dan ingin berkunjung Habib
Umar, maka beliau pun ditolak menemui Habib Umar, sebelum diizinkan oleh
beliau. Pada hari itu juga al-Habib Abdullah al-Haddad tiba bersama-sama murid-
muridnya di tempat itu dan beliau disuruh menunggu di tempat itu.

Tidak lama kemudian Habib Umar menemui ketiga tokoh Baalawi itu bersama
rombongannya secara singkat. Dalam pertemuan itu, beliau berdoa dan beliau
memberi libas kepadanya mengajak membaca surat al-Fatihah. Kemudian beliau
berkata: Hari ini adalah hari pertemuan terakhir di dunia ini, semoga kita dapat
bertemu lagi di sisi Allah. Kemudian Habib Umar menyuruh kepada Habib
Abdullah al-Haddad untuk pergi ke Haynan dan Habib Ahmad bin Hasyim untuk
pergi ke Hajrain dan beliau juga memberikan libas kepadanya. Sedangkan Habib
Isa bin Muhammad diajak ke desa Huraidzah bersama beliau. Setelah keduanya
tiba di desa Andal maka keduanya menghadiri majlis pembacaan Maulud Nabi
S.A.W. Selanjutnya pada keesokan harinya sewaktu sampai di desa Hunfur, Habib
Isa diperintahkan ke desanya dan selanjutnya diminta pada malam Khamis untuk
pergi ke desa Nafhun. Kata Habib Isa: Aku tiba di desa Nafhun pada malam
Khamis dan aku dapatkan putra-putra Habib Umar dan kawan-kawan serta
murid-muridnya yang datang dari pelbagai tempat sedang berkumpul dengan
beliau.

Di waktu menjelang saat wafatnya Habib Umar, beliau mengulang-ulang


mengucapkan bait puisi:

Wajah kekasihku adalah tatapanku, aku senantiasa menghadapkan wajahku


kepada-Nya,

cukuplah dia sebagai kiblatku dan aku pun pasrah diri kepada-Nya. Kedua bait
puisi di atas adalah ucapan Habib Abu Bakar bin Abdullah al-Aidrus al-Adni.

Al-Habib Hussein bin Umar al-Attas: Ketika saat menjelang kewafatannya,


ayahku mengulang-ulangi bait-bait puisi al-Faqih Umar Bamahramah:
Jika bukan dikarenakan besarnya harapan kepada Allah dan berkeyakinan yang
baik terhadap orang-orang yang menghiasi masjid dengan yang selalu
menghadiri solat berjamaah, tentunya tak seorangpun di antara kami yang
mengharapkan kesenangan pada sisia umur, sebab beristirehat di perkuburan
adalah lebih baik dan lebih bermanfaat dari hidup di dunia, berada di antara
orang-orang yang suka berbuat fitnah dan suka menghasut.

Dikatakan pula oleh al-Habib Hussein bahawa sebelum tiba saat kewafatannya,
Habib Umar sempat mengulang firman Allah:

Katakan, hai hamba-hamba-Ku yang telah menzalimi dirinya, janganlah kalia


berputus-asa dari rahmat Allah, sesungguhnya Allah berkenan memberi ampun
seluruh dosa-dosa, sesungguhnya Dia Maha Pemberi Ampun dan Maha
Penyayang.

Dikatakan pula bahawa Habib Umar sering membaca surat al-Fatihah kemudian
beliau mengusap tangannya ke wajahnya. aku pernah bertanya kepada beliau:
Mengapa aku sering melihatmu membaca al-Fatihah kemudian engkau
mengusapkan tanganmu ke wajahmu? Jawab Habib Umar: Kira-kira mengapa
aku melakukan hal itu? Kata Habib Hussein: Aku tidak tahu. Kata Habib Umar:
Apa yang dikatakan orang banyak? Jawab Habib Hussein: Mereka sering
mengeluh tentang kesulitan mereka. Kata Habib Umar: Sesungguhnya aku
memperbanyak membaca al-Fatihah dengan harapan semoga mereka dijauhkan
dari segala bencana dan diberi kebahagian sebab mereka peru diperhatikan.

Kata al-Habib Hussein bin Umar: Selama dalam sakitnya, ayahku sering tidak
sedarkan diri. Jika beliau sadar, maka beliau sering menanyakan keadaan para
sesepuh ulama yang ada beliau. Ketika beliau ditanya tentang dimanakah beliau
harus dikuburkan, maka beliau berkata: Mohonlah petunjuk kepada Allah, nanti
Allah memberi petunjuk kepadamu. Nyatanya setelah beliau wafat, maka
banyak pertolongan-pertolongan yang datangnya dari berbagai tempat. Sebelum
beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir, beliau berwasiat kepada kami:
Perhatikanlah keadaan agama kalian, hendaknya kalian saling tolong-menolong
dan bersabar, sebab besabar akan memberi hasil yang memuaskan. Di saat itu
pula beliau berdoa memohonkan pertolongan bagi orang-orang Islam agar diberi
kesabaran bila mereka berpisah dengan beliau.

Di saat yang sekrisis itu, beliau bertanya tentang muridnya Syeikh Abbas bin
Abdillah Bahafash, apakah ia sudah datang dari desa Huraidzah, sebab beliau
minta dimandikan oleh Syeikh Abbas. Untungnya Syeikh Abbas tiba di malam
harinya sebelum beliau wafat, sehingga beliau bergembira atas kedatangannya.

Ketika sedang menghadapi saat-saat terakhir, maka beliau menyuruh orang-


orang yang ada di sekitarnya untuk berzikir di sisinya dengan suara keras,
sehingga terdengar seperti gaungnya Tawon. Beliau menghembuskan nafas
terakhir dengan keadaan berzikir dan diiringi dengan suara zikir dari orang-orang
yang ada di sekitarnya.
Sebelum beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir, beliau minta diwudhui.
Maka Syeikh Abbas bin Bahafash mewudhui beliau. Ketika Syeikh Abbas lupa
menyela-nyela janggut beliau, maka beliau mengingatkannya dengan gerakan
tangan sebab pada waktu itu beliau sudah tak dapat berkata-kata, tentunya hal
itu ada sebagai petanda bahawa beliau selalu mengikuti jejak sunnah Rasulullah
S.A.W. Sekalipun di saat yang sangat krisis.

Di saat itu, salah seorang murid beliau yang menyebut-nyebut kalimah Laa
Ilaaha Illallah di sebelah telinga beliau sebagaimana yang disunnahkan
Rasulullah S.A.W. meskipun orang itu telah diberitahu bahawa perbuatan
semacam itu tidak perlu dilakukan terhadap Habib Umar yang telah menjadikan
kalimat zikir telah menyatu dengan darah dan dagingnya.

Habib Umar menghembuskan nafasnya yang terakhir di tengah malam , iaitu


malam Khamis tanggal 23 Rabiul Akhir 1072H. Wafatnya Habib Umar membuat
murid-murid dan pengikut beliau sedih yang sangat mendalam baik kecil
maupun besar. Beliau wafat di desa Nafhun , tetapi jenazah beliau dimakamkan
di desa Huraidzah pada hari Khamis sore. Para pelawat jenazah beliau
mengadakan pembacaan al-Quran dan mengkhatamkannya berkali-kali dan hal
itu berlangsung lapan hari di sisi kubur beliau. Hal itu menunjukkan betapa
besarnya karomah beliau. Tepat pada dikuburkannya Habib Umar, suasana di
desa itu diliputi mendung dan hujan. Kepergian Habib Umar banya
membangkitkan keinginan para penyair untuk menuangkan duka-cita mereka
dalam bait-bait puisi yang indah. Di antara puisi al-Faqih Umar bin Qadim.

BEBERAPA MIMPI TENTANG KEADAAN HABIB UMAR SETELAH BELIAU


WAFAT

Tepat di malam wafatnya Habib Umar al-Attas, salah seorang saleh dari keluarga
Baalawi di Tarim bermimpi seolah-olah bulan dan matahari terjatuh di tanah
keluarga Baalawi, nyatanya ia mendengar khabar tentang wafatnya Habib Umar.

Disebutkan oleh Syeikh Abdullah bin Syeikh Ali bin Abdullah Baras, katanya
ketika Syeikh Ali telah wafat, maka Syeikh Muhammad bin Ahmad Bamasymus
mimpi bertemu dengan Syeikh Ali Baras dan ia bertanya kepadanya: Di
manakah engkau bertemu dengan Habib Umar? Jawab Syeikh Ali Baras: Aku
sempat berjabatan tangan dengan Habib Umar di dekat Arasy Tuhan.

Disebutkan oleh seorang keluarga Bawazir, bahwa ia bermimpi di suatu malam


seolah-olah hari kiamat telah tiba. Pada saat itu seolah-olah manusia sedang
berkumpul di padang Mahsyar, jumlah mereka amat banyak. Ketika mereka
sedang berada di tengah-tengah padang Mahsyar, tiba-tiba ada api di bawah
Hadraumaut, sedangkan Malaikat menggiring manusia dengan besi yang amat
panjang. Ketika orang-orang itu melihat api dan rantai yang panjang, maka
mereka berlarian ke sebuah tempat di Wadi Amed, maka aku lihat ada cahaya
turun dari langit seperti awan putih yang mengumpal. Ketika aku tanyakan: Apa
kejadian ini? Maka dikatakan: Ini adalah cahaya Tuhan Yang Maha Mulia yang
hendak menghakimi manusia di padang Mahsyar. Di saat itu aku lihat Habib
Umar berdiri di bawah pancaran cahaya itu, sedangkan Malaikat Ridwan berada
di sebelah kanan beliau. Demikian pula Malaikat Malik hadir dengan wajah yang
seram. Kemudian aku lihat Habib Umar memohon syafaat kepada Allah bagi
umat Muhammad S.A.W: Wahai Tuhan kami, mereka adalah umat Muhammad
S.A.W, mereka datang kepada Engkau dengan menyaksikan bahawa tiada Tuhan
selain Allah dan menyaksikan bahawa Muhammad utusan Allah, mereka
mendirikan solat, membayar zakat, berpuasa Ramadhan, beribadah Haji,
bersedekah, menyambung tali kekerabatan, menegakkan Amar Maruf dan Nahi
Munkar, menjauhi perbuatan-perbuatan maksiat, karena takut kepada-Mu. Jika
Engkau seksa mereka, maka mereka adalah hamba-hamba-Mu, dan jika Engkau
mengampuni mereka, maka Engkau Maha Mulia lagi Maha Bijaksana. Ucapan
Habib Umar itu dibantah oleh Malaikat Malik: Wahai Tuhan kami, mereka tidak
seperti yang dikatakan oleh Habib Umar. Mereka meninggalkan solat, tidak mau
bayar zakat, tidak berpuasa dan tidak berhaji, dan mereka selalu melanggar
larangan-larangan-Mu. Habib Umar mengulangi permohonannya sekali lagi dan
Malaikat Malik pun mengulangi bantahannya pula, sampai akhirnya Allah
berfirman: Demi kemuliaan-Ku, Aku terima permohonan Habib Umar dan Aku
berkenan mengampuni mereka. Allah berfirman: Wahai Malaikat Ridwan,
bukalah pintu Syurga dan ajaklah mereka masuk ke dalamnya. Maka Malaikat
Ridwan bangkit dan bergembira dan melaksanakan perintah Allah kepadanya.
Sedangkan Malaikat Malik terlihat amat geram. kata orang yang bermimpi itu:
Pada saat itu, seolah-olah aku berdiri bersama mereka dengan memegangi baju
Habib Umar dan aku merasa amat takut sehingga aku berkata kepada Habib
Umar: Wahai Habib Umar, bicaralah kepada Malaikat Ridwan agar aku
dimasukkan Syurga bersamanya. Kata Habib Umar: Pergilah engkau bersama
mereka ke dalam Syurga kerana permohonanku telah diterima oleh Allah bagi
uma ini. Kataku: Bicarakanlah dengan Malaikat Ridwan untuk membawa ke
dalam Syurga, sebab aku takut dengan dosa-dosaku yang amat banyak. Kata
Habib Umar: Wahai Malaikat Ridwan, bawalah orang ini ke dalam Syurga.
Jawab Malaikat Ridwan: Biarkan ia pergi bersama. Ketika Malaikat Ridwan
memegangi tanganku dan mengajakku ke dalam Syurga, maka aku terbangun
karena terasa amat senang.

KATA-KATA MUTIARA DARI HABIB UMAR AL-ATTAS

Habib Umar pernah berkata: Perhatikan kebiasaan baik yang engkau inginkan,
wafat dalam kebiasaan itu, karena itu tetaplah engkau dalam kebiasaan seperti
itu, dan perhatikanlah kebiasaan buruk yang tidak engkau inginkan wafat dalam
kebiasaan seperti itu, kerana itu jauhilah kebiasaan itu.

Habib Umar berkata: Jika engkau melihat seorang selalu berkelakuan baik, maka
yakinlah engka orang itu teguh agamanya.

Habib Umar berkata: Sumber-sumber ilmu tidak akan berkurang sedikitpun dari
generasi terkemudian, akan tetapi pada umumnya mereka datang dengan
membawa wadah yang bocor, sehingga tidak memperoleh ilmu kecuali sedikit.
Habib Umar berkata: Sebagian orang yang datang dengan membawa benjana
yang dapat mencukupinya dalam waktu sebulan, ada yang mencukupinya hanya
8 hari, ada juga yang mencukupinya sehari, tetapi ada juga yang dapat
mencukupinya sepanjang hidupnya.

KETIKA BELIAU MENDENGAR SABDA NABI S.A.W:

Seseorang adakalanya beramal kebajikan-kebajikan sampai antara ia dengan


Syurga hanya tinggal sejengkal, tetapi dalam ketentuan Illahi, ia ditetapkan
sebagai penghuni Neraka, sehingga ia melakukan perbuatan-perbuatan amal
penghuni Neraka, sampai ia masuk ke dalam Neraka. Seseorang adakalanya
beramal kejahatan-kejahatan sampai antara ia dengan Neraka hanya tinggal
sejengkal, tetapi dalam ketetapan Illahi, ia ditetapkan sebagai calon penghuni
Syurga, sampai ia masuk ke dalam Syurga.

Komentar Habib Umar: Seseorang yang selalu mengerjakan amal-amal ahli


Syurga, kebanyakkannya akan masuk ke dalam Syurga, sebab perbuatan
lahiriyah adalah lambang perbuatan batiniyah. Jika ia sampai masuk ke dalam
neraka, maka hal itu jarang sekali. Hal itu seperti seorang yang jatuh dari tempat
yang tidak terlalu tinggi, tentunya orang itu tidak akan berbahaya. Demikian
pula seorang yang melakukan amal-amal penduduk neraka, kebanyakannya ia
akan masuk ke dalam neraka. Tetapi kalau ia masuk ke dalam Syurga, maka hal
itu jarang terjadi sekali. Hal itu seperti seorang yang jatuh dari puncak gunung,
kebanyakannya akan mati.

Habib Umar berkata: Seorang yang melakukan amal kebajikan tetapi ia suka
makan yang diharamkan, maka ia seperti seorang yang mengambil air dengan
tempayan yang datar, alias tidak akan memperoleh pahala sedikitpun.

Habib Umar berkata: Dulu di antara manusia, ada yang datang membawa
pelitanya lengkap dengan minyak dan koreknya yakni dengan persiapan yang
lengkap, sehingga gurunya dapat menyalakan. Tetapi kini, banyak di antara yang
datang kepada gurunya tetapi mereka tidak membawa apapun gurunya dapat
menyalakan.

Habib Umar berkata: Bersabar itu akibatnya adalah positif. Allah akan selalu
memberi akibat positif bagi seorang yang bersabar. Alhamdulillah apa yang
dikehendaki Allah pasti akan ditentukan, dan apa yang akan dilaksanakan Allah,
maka akan terlaksana.

Habib Umar berkata pada sekelompok kaum petani: Apakah kaum petani akan
tidur nyenyak di malam hari, bila di malam hari ada pembagian air untuk sawah-
sawah mereka yang dapat mengairi sawah-sawah mereka? Jawab mereka:
Tidak seorangpun akan tidur di antara kami. Kata Habib Umar: Hendaknya
orang-orang yang menghendaki keselamatan di akhirat meninggalkan tidurnya,
demi untuk mendapatkan siraman rahmat di tengah malam hari.

KETIKA DIBACAKAN BAIT PUISI SYEIKH ABDUL HADI ASSUDI:


Siapa yang mencinta Suad, hendaknya selalu tidak tidur di malam hari.

Habib Umar memberi komentarnya: Siapa mencintai Huraidzah, maka ia tidak


tidur di malam hari, artinya siapa yang mencintai seorang, maka ia harus
mengikuti perjalanannya, sebab mengikuti perilaku seseorang sebagai tanda
cinta kepadanya.

Habib Umar berkata: Hendaknya kalian senantiasa menghadirkan hati kalian


kepada Allah dan hendaknya kalian senantiasa menghadirkan hati kalian kepada
Allah dan hendaknya kalian bertawakal kepada-Nya sepenuh hati, sebab Allah
mengetahui di manapun kalian berada.

Habib Umar berkata: Syaitan dapat menggoda manusia dari sisi manapun yang
tak pernah ia perkirakan.

Habib Umar berkata: Buah kurma atau buah ketimun dari sumber yang halal
lebih baik dari bubur daging dari sumber syubhat.

Habib Umar berkata: Janganlah terlalu perduli kepada dunia dan penghuninya
dan janganlah merasa iri pula dengan pakaian atau makanan yang dimiliki oleh
penghuninya.

Pada suatu hari, ketika banyak orang yang mengucapkan kata belasungkawa
kepada Habib Umar atas wafatnya putranya beliau yang masih kecil, maka
beliau berkata dengan ungkapan yang dipenuhi rasa hairan: Alangkah
entengnya musibah dalam agama menurut kalian, padahal kalian tidak pernah
menyatakan belasungkawa andaikata aku terlambat solat berjamaah artinya
terlambat solat berjamaah lebih pantas untuk disesali atas kewafatan seseorang
anak kecil.

Ketika beliau mendengar kekaguman sebagian orang yang menyaksikan


kekeramatan seseorang wali, maka beliau berkata: Sesungguhnya semua itu
hanyalah kemurahan Allah yang memberikan kepada seorang hamba.

Ketika disebutkan kepada beliau: Mengapa dialek bahasamu tidak berubah,


padahal engkau telah lama tinggal di bagian atas Hadramaut? Jawab Habib
Umar: Seorang yang merubah dialek bahasanya adalah seorang yang kurang
akalnya.

Habib Umar berkata: Desa Huraidzah adalah wilayah kehormatan kami, adapun
wilayah kehormatan Syeikh Abdul Qadir Djaelani ada di masa sebelum kami,
barangsiapa yang melakukan perbuatan yang lahiriyahnya maka akan kami
lakukan baginya perbuatan lahiriyah pula, demikian pula barangsiapa yang
melakukan perbuatan batiniyah, maka kamipun akan melakukan hal serupa
baginya.

Ketika ada seorang berkata kepada Habib Umar: Wahai Habib Umar, kelak kami
ingin dikubur bersebelahan dan berdekatan denganmu. kata Habib Umar: Kami
harap akan memberi syafaat bagi seluruh penduduk Huraidzah atau penduduk
dunia.
Ketika ada sebagian orang berkata si fulan lebih baik dari si fulan, maka Habib
Umar berkata: Yang dikatakan orang baik adalah seorang yang telah melewati
pintu Syurga sampai masuk ke dalamnya.

Habib Umar berkata: Aku beserta putra-putraku di mana saja mereka berada.
Ditanyakan kepada beliau: Wahai Habib Umar, bagaimana mungkin engkau dan
putra-putramu berada di tempat ini yang jauh dari kota-kota yang besar dan
yang terkenal dengan wali-wali seperti kota-kota Tarim? Jawab Habib Umar:
Harumnya suatu tempat tergantung keharuman penduduknya, demikian pula
kami akan mengharumi negeri kami sendiri.

Habib Umar berkata: Kezaliman kaum penguasa terhadap rakyatnya akan


menambah kebajikan bagi rakyat negeri itu, baik di dalam masalah dunia
maupun akhirat, yang sedemikian itu sama halnya dengan sebuah sumur, makin
banyak diambil airnya maka sumur itu makin banyak memancarkan air,
sebaliknya jika sumur itu tidak diambil airnya, maka tidak akan bertambah airnya
sedikitpun, mungkin arnya akan menjadi busuk, karena air di dalamnya tidak
pernah bergerak.

Ketika ada seorang dermawan yang mengeluh kepada Habib Umar bahawa ia
tidak bisa mengerjakan solat di awal waktunya, dikarenakan ia tidak mau
menolak permintaan orang yang minta bantuan daripadanya meskipun telah tiba
waktu solat, maka Habib Umar berkata: Wahai saudaraku, bila waktu solat telah
tiba, tinggalkan semua kegiatanmu sebab Allah lebih pantas untuk diperhatikan
daripada yang lain.

Beliau menganjurkan setiap orang yang telah mengkhatamkan bacaan al-Quran


yang ditujukan bagi arwah-arwah orang-orang yang telah wafat, hendaknya ia
membaca Tahlil iaitu mengucapkan Laa Ilaaha Illallah seberapa banyak yang ia
kehendaki, kemudian dilanjutkan Subhaanallahi Wabihamdi beberapa banyak
yang ia kehendaki, kemudian dilanjutkan dengan membaca Laa Ilaaha Illallah
Muhammadur Rasulullah sebanyak 3 kali dengan memanjangkan bacaannya,
kemudian hendaknya ia mengucapkan solawat sebanyak 3 kali iaitu Allahumma
Solli Alaa Habibika Sayyidina Muhammadin Wa Alihi Wa Shohbihi Wasallim,
kemudian hendaknya ia mengucapkan Ya Rasulullah Alaika Salam Ya Rasulullah
Salamun Fi Salamin Alaika sebanyak 3 kali, setelah itu hendaknya membaca al-
Fatihah sebanyak 1 kali, surat al-Ikhlas 11 kali, surat al-Falaq sebanyak 1 kali,
surat an-Naas sebanyak 1 kali, ayat Kursi 1 kali, akhir surat al-Baqarah 1 kali dan
surat al-Qadar 1 kali dengan niat menghadiahkan pahalanya kepada arwah yang
dituju.

Pernah Habib Umar menganjurkan muridnya membaca Istighfar dan


Alhamdulillah sebanyak mungkin setelah seorang membaca Maulud.

Habib Umar menganjurkan untuk memperbanyak membaca Istighfar dan


Solawat, sebab keduanya adalah sebaik-baik zikir yang dapat menolong
kesulitan di masa kini.
Habib Abdullah bin Alawi al-Haddad berkata: Jika engkau mengucapkan
sebanyak 11 kali tiap kali kalimat-kalimat ini, berarti engkau telah menjalankan
apa yang pernah diajarkan oleh Habib Umar al-Attas:

Disebutkan ada seorang pengikut Habib Umar berkata beliau: Aku lihat orang-
orang yang berada di majlis ini Wali semuanya. Kata Habib Umar: Apa yang
engkau katakan itu memang benar. Ketika orang itu keluar dari Majlis Habib
Umar, maka beliau ditanya oleh seorang yang hadir dari Majlis itu tentang
maksud ucapan beliau kepada orang tersebut. Maka Habib Umar berkata:
Sesungguhnya orang itu telah diangkat menjadi Wali Allah, sehingga melihat
orang lain menurut cerminnya, sebab seorang mukmin menjadi cermin mukmin
hainya.

KESAKSIAN ORANG-ORANG MULIA TENTANG KEBESARAN AL-HABIB


UMAR AL-ATTAS

Disebutkan ketika Habib Umar al-Attas dan sekelompok orang datang ke tempat
Habib Husin bin Syeikh Abu Bakar bin Salim, maka Habib Umar berada di jajaran
paling belakang di antara mereka dan pakaian beliau pun agak lusuh dan buta
kedua matanya. Ketika Habib Husin melihat pada diri Habib Umar, maka beliau
berkata kawan-kawan Habib Umar: Mengapa kalian lebih menonjolkan hal-hal
yang nampak saja sampai kalian tidak mau memuliakan orang ini pada tempat
yang semestinya. Andaikata kamu tahu kedudukan Habib Umar yang
sebenarnya, pasti kalian akan tunduk kepadanya dan pasti kalian akan lebih
memuliakan kepada beliau.

Ketika Habib Muhammad bin Alawi bin Abu Bakar bin Ahmad bin Syeikh
Abdurrahman as-Seggaf, seorang wali yang berdomisili di kota Makkah
menerima salam dari Habib Umar lewat Syeikh Salim bin Ali Baubad, maka ia
menundukkan kepalanya sejenak, kemudian ia berkata: Hendaknya setiap
orang yang berkepala rela menundukkan kepalanya demi menghormati Habib
Umar al-Attas dan demi menghormati kebesaran Allah, sesungguhnya aku
mendengar suara gemerincing dari langit, demi untuk menghormati Habib Umar.
Beliau juga mengatakan kini tidak seorangpun di kolong langit yang lebih mulia
dari Habib Umar al-Attas.

Habib Abdullah bin Alawi al-Haddad pernah menyatakan di sebuah suratnya


yang ditunjukkan pada seorang muridnya bahawa di zaman itu tidak seorang
walipun yang setara dengan Habib Umar al-Attas.

Disebutkan oleh salah seorang murid Habib Abdullah al-Haddad, bahawa ketika
aku berada di majlis Habib Abdullah al-Haddad, maka tergerak hatiku untuk
menanyakan kepada beliau tentang sifat Habib Umar al-Attas. Maka secara
spontan Habib Abdullah al-Haddad berkata: Seorang yang mengenali Habib
Umar al-Attas, maka ia akan dapati sifat Habib Umar al-Attas mirip dengan
Sayyidina Abdurrahman as-Seggaf.
Kata al-Habib Abdullah al-Haddad: Habib Umar al-Attas adalah ibarat hati dan
kebenaran yang dimiliki oleh seseorang dan orang itu tidak memiliki nafsu
apapun.

Ketika Habib Abdullah al-Haddad ditanya seseorang, apakah Habib Umar al-Attas
meninggalkan karya tulis atau bait-bait puisi? Jawab Habib Abdullah: Yang
ditinggalkan oleh Habib Umar adalah orang-orang seperti aku, Syeikh Ali Baras
dan Syeikh Muhammad Bamasymus.

Ketika orang menyebut-nyebut sifat Habib Umar al-Attas di hadapan Habib


Abdullah al-Haddad, maka beliau berkata: Itu orang (al-Habib Umar) yang
pepohonnya ditanam atas dasar tawadhu dan lemah-lembut, sehingga tangkai-
tangkainya seperti itu juga.

Selanjutnya Habib Isa bin Muhammad al-Habsyi menyebutkan berbagai sifat


yang dimiliki oleh Habib Umar al-Attas sebagai berikut:

Habib Umar al-Attas, sejak di usia kecil, beliau sudah gemar beribadah, zuhud
dan menjaga dirinya baik-baik dari sifat buruk.

Beliau sentiasa menghormati para Wali Allah, pengayom kaum Muslim, wanita-
wanita janda dan anak-anak yatim.

Habib Umar selalu menghibur mereka dengan berita-berita baik, sehingga


mereka amat meyakini dan mencintai Habib Umar sepenuh hati.

Di kalangan umum dan khusus, Habib Umar dikenal sebagai orang yang penuh
kasih sayang.

Habib Abdullah bin Alawi al-Haddad berkata: Al-Habib Husin bin Syeikh Abu
Bakar sangat sangat bangga dikarenakan Habib Umar menuntut ilmu dari
beliau.

Habib Ali al-Attas berkata: Habib Umar al-Attas sangat bangga dikarenakan
Habib Abdullah al-Haddad menuntut ilmu dari beliau.

Habib Muhammad bin Abdurrahman Madihij selalu menganjurkan murid-


muridnya untuk pergi ke kota Huraidzah bila mereka memohon ijazah ilmu dari
beliau sebab ketika itu Habib Umar al-Attas masih hidup. Menurut beliau Habib
Umar adalah tokoh semua keluarga Baalawi.

MURID-MURID YANG PERNAH BELAJAR DARI HABIB UMAR AL-ATTAS

Di antara murid-murid yang pernah belajar dari Habib Umar adalah: Putra-putra
beliau, di antaranya adalah Habib Husin, Habib Salim, Habib Abdurahman,
saudara-saudara beliau Habib Aqil, Habib Abdullah al-Haddad, Habib Isa bin
Muhammad al-Habsyi, Habib Ahmad bin Hasyim al-Habsyi, Habib Abdullah bin
Ahmad Balfaqih, Habib Muhammad bin Abdurrahman Madihij, Sayis Ali bin Umar
bin Husein bin Ali bin Syeikh Abu Bakar, Syeikh Ali Baras, Syeikh Muhammad
Bamasymus, Syeikh Muhammad bin Umar Alamudi yang dikenal dengan jolokan
Ghozali di Budzah, Syeikh Abdullah bin Usman Alamudi, Syeikh Abdullah bin
Ahmad Baafif Alamudi, Syeikh Aqil bin Amir bin Daghmusy, Syeikh Sahal bin
Syeikh Ahmad bin Sahal Ishaq, Syeikh Abdul Kabir bin Abdurrahman Baqis,
Syeikh Muhammad bin Abdul Kabir Baqis, Syeikh Alfaqih Ahmad bin Abdullah bin
Syeikh Umar Syarahil Syeikh Umar bin Salim Badzib, Syeikh bin Salim Baubad,
Habib Husein bin Syeikh Ali bin muhammad al-Aidrus, Habib Ahmad bin Umar al-
Hinduan, Habib Zein bin Imron Baalawi, Syeikh Abbas bin Abdillah Bahafash,
Syeikh Umar bin Ahmad al-Hilabi, Abu Said, Habib Abdullah bin Muhammad bin
Basurah, Syeikh Muzahim bin Ali Bajabir, Syeikh Ali bin Sholeh, Qouzan Zahir, Al-
Faqih Abdurrahim Bakatir, Syeikh Salim bin Abdurrahman Junaid Bawazir, Syeikh
Abu Bakar bin Abdurrahman bin Abdul Mabud Wazir, Muhammad bin Umar
Bawazir, Syeikh Abdullah bin Sad Bamika Syibami, Syeikh Ahmad bin Muhammad
Bajamal, Syeikh Ali bin Toha as-Seggaf, Syeikh Umar bin Ali az-Zubaidi Al-Faqih
Abdullah bin Umar Baubad, Syeikh Ali bin Ahmad bin Wurud Bawazir, Habib Aqil
bin Syeikh as-Seggaf, Habib Syeikh bin Abdurrahman al-Habsyi, Syeikh Ali bin
Haulan, Syeikh Ali bin Kosim al-Udzri, Syeikh Mahmud Jummal an-Najar yang
pernah bertemu dengan Hidzir tetapi tidak meminta doa karena merasa cukup
dengan doa gurunya iaitu Habib Umar.

Habib Umar bin Abdurrahman Albar pernah berkata kepada Habib Ali bin Hasan
al-Attas: Wahai Ali, sesungguhnya seluruh penduduk Hadhramaut pernah
berhubungan dengan kakekmu al-Habib Umar bin Abdurrahman al-Attas. Di
antara mereka ada yang berhubungan dengan beliau dari satu jalur, ada yang
berhubungan dengan beliau dari dua jalur, bahkan ada yang berhubungan
dengan beliau dari tiga jalur.

Anda mungkin juga menyukai