Anda di halaman 1dari 22

1.

0 PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), literasi bermaksud kebolehan


membaca dan menulis. Takrifan literasi iaitu celik huruf biasanya bermaksud
keupayaan membaca dan menulis atau keupayaan menggunakan bahasa untuk
membaca, menulis, mendengar dan bertutur. Dalam konteks yang tepat, literasi
bermaksud mampu membaca dan menulis pada tahap yang memadai untuk
berkomunikasi atau tahap yang membolehkan seseorang memahami dan
meluahkan pandangan dalam masyarakat celif huruf agar dapat bergaul dalam
masyarakat.

LINUS ialah akronim kepada Saringan Literasi dan Numerasi (Literacy and
Numeracy Screening). LINUS ialah satu program pemulihan yang direka bentuk
untuk memastikan murid menguasai kemahiran asas literasi (Bahasa Malaysia) dan
numerasi diakhir tahun 3 persekolahan pada pendidikan rendah. LINUS disasarkan
kepada murid yang mempunyai masalah dalam 3M iaitu Membaca, Menulis dan
Mengira. Program LINUS ini mula dilaksanakan pada tahun 2010 yang melibatkan
murid tahun 1 di sekolah rendah (Kohort Pertama). Bahagian Pembangunan
Kurikulum (BPK) telah dipertanggungjawabkan untuk menerajui usaha mengatasi
masalah literasi dan numerasi dalam kalangan murid sekolah rendah

Jadi maknanya Program Saringan Literasi dan Numerasi, program ini


dirancang dan dibentuk sebagai penambahbaikan program sedia ada iaitu Kelas
Intervensi Asas 2M iaitu membaca dan mengira (KIA2M) dengan matlamat
memastikan semua murid Tahun 1 pada 2010 menguasai asas membaca, menulis
dan mengira pada akhir tahun 3 menjelang Tahun 2011. National Key Result Areas
(NKRAs) KPM telah menyasarkan bahawa semua murid yang tidak mempunyai
masalah pembelajaran berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi selepas
tiga tahun mengikut pendidikan rendah menjelang 2012.

Program pemulihan merupakan langkah-langkah khusus yang dijalankan


untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu
dalam kemahiran asas 3M. Mereka seharusnya dipulihkan sebaik sahaja masalah
yang dihadapi itu dapat dikesan dan ditentukan oleh guru darjah atau guru mata
pelajaran. Murid yang lemah terdapat disemua peringkat persekolahan sama ada
rendah atau menengah dan yang dimana-mana sahaja. Masalah pembelajaran yang
mereka hadapi adalah berbeza-beza. Oleh itu, langkah-langkah pemulihan juga perlu
berbeza-beza bergantung kepada masalah yang timbul.

1
Manakala, pendidikan prasekolah adalah satu program yang menyediakan
pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun dalam jangka masa
satu tahun atau lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal. Konsep yang
digunakan ialah "Belajar Sambil Bermain" dengan menekankan "Pembelajaran
Bertema". Kaedah pembelajaran ialah meliputi aktiviti kelas, aktiviti kumpulan dan
aktiviti individu. Keunikan prasekolah yang dianjurkan Kementerian Pelajaran
Malaysia ialah aktiviti kumpulan yang berupaya meningkatkan kualiti kawalan emosi
dan intelektual. Pendedahan terhadap aktiviti ini adalah bagi menyediakan asas yang
kukuh bagi pembelajaran berkonsepkan sekolah Bestari.

Program Prasekolah ini adalah bagi menyediakan input dan kemahiran


mengeja dan mengenal huruf dalam kalangan pelajar dengan lebih awal. Hal ini
kerana bagi mempercepatkan pelajar itu untuk menguasai kemahiran mengeja dan
seterusnya tidak mengalami masalah semasa berada ditahun satu. Perkara ini
secara tidak langsung telah membantu pelajar untuk cepat menguasai pelajaran
apabila berada di tahap satu dan tahap dua kelak.

Manakala, Bahan bantu Mengajar (BBM) pula adalah segala kelengkapan


yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran. Ia
boleh dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dikisahkan, dirasai, digunakan dan
sebagainya. Penggunaan bahan bantu mengajar memberi sumbangan yang amat
besar dalam mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru
dan pelajar. Bahan bantu mengajar ini juga dapat menyelesaikan pelbagai masalah
dalam kaedah pengajaran guru yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman
(Omardin Ashaari, 1999).

Setelah mengenal pasti masalah pelajar saya pun telah merancang untuk
menghasilkan bahan bantu mengajar yang sesuai untuk murid yang bermasalah
berkenaan. Bahan bantu mengajar ini mampu mempercepatkan proses
pembelajaran kanak-kanak berkenaan. Hal ini kerana ianya memudahkan pelajar
untuk memahami isi pelajaran yang ingin disampaikan kepada pelajar berkenaan.
Kami dikehendaki untuk membuat sesi pengajaran dan pembelajaran dengan pelajar
berkenaan. Sesi pengajaran ini dibuat semasa Program Pengalaman Berasaskan
Sekolah (PBS) yang dibuat pada 23 sehingga 27 Mac 2015 di Sekolah Kebangsaan
Masalog, Kota Marudu

2
2.0 KONSTRUK DALAM LINUS

KONSTRUK KEUPAYAAN
Konstruk 1 Keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan konsonan.
Konstruk 2 Keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka.
Konstruk 3 Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata
terbuka.
Konstruk 4 Keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup.

Konstruk 5 Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup.


Konstruk 6 Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi
suku kata tertutup ng
Konstruk 7 Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi
diftong
Konstruk 8 Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi
vokal berganding.
Konstruk 9 Keupayaan menulis perkataan yang mengandungi digraf dan
konsonan bergabung.
Konstruk 10 Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang berimbuhan
awalan dan akhiran.
Konstruk 11 Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah.
Konstruk 12 Keupayaan membaca, memahami dan menulis ayat berdasarkan
bahan rangsangan.

3.0 STATUS PELAJAR LINUS YANG DIPILIH

Murid ini merupakan murid yang menghadapi masalah dalam pembelajaran kerana
gagal untuk semua subjek. Setelah dipantau masalah utama murid ini adalah murid
ini tidak mengenal huruf apatah lagi mengeja. Dia mula dihantar di kelas LINUS pada
tahun 2014 melalui markah ujian dignostik. Ujian ini telah dianjurkan bagi
memastikan murid yang mempunyai masalah yang kritikal ini dapat dikesan.

Di samping itu, kemahiran menulis murid juga merupakan masalah utama di


sini. Murid masih menulis huruf c terbalik. Melalui ini, kita dapati masalah murid ini
sangat kritikal. Selain itu, hanya segelintir huruf sahaja yang mampu dikuasai murid.
Dalam dua puluh enam huruf yang ada hanya sepuluh huruf yang mampu diingati
murid. Antara hurufnya ialah A b c d e f G H y Z. Menurut Juriah Long, (1990)
membaca didefinisikan kepada dua proses iaitu mengenal pasti simbol-simbol dan
juga hubungan makna yang sesuai atau cocok dengan simbol-simbol tersebut.

3
Masalah mengeja murid juga kurang baik kerana murid masih berpandu pada
perkataan yang diberi guru. Jika disuruh mengeja murid akan mengeja dengan betul
berdasarkan perkataan yang diberikan tetapi sebutannya pasti berbeza. Sebagai
contoh, perkataan kotak sebutan jadi botak. Otak murid masih menghadapi
kekeliruan dalam menyebut perkataan yang dieja. Manakala, bagi subjek matematik
juga sukar untuk dipahami murid kerana dia tidak pandai mengeja. Apatah lagi
hendak menyelesaikan masalah untuk subjek tersebut. Tambahan pula, bagi subjek
matematik ayat yang digunakan lebih sukar untuk difahami. Walaubagaimana pun,
bagi subjek seperti sains sukar juga difahami kerana perkataan yang terkandung
dalam subjek tersebut pula lagi sukar.

Setelah menebual guru LINUS Sk. Masalog saya mendapati dan dapat
mengetahui status pelajar LINUS berkenaan. Nama pelajar LINUS yang menjadi
sasaran dalam tugasan ini adalah adik Norlyne Nongoi dimana adik Norlyne ini
berada di kelas tahun 2 pada tahun ini. Namun adik Norlyne masih belum boleh
membaca dan menulis perkataan. Selain itu, adik Norlyne ini juga berada di konstruk
1 iaitu dalam konstruk ini pelajar belum mengenal ABC, tidak dapat mengenalpasti
huruf besar dan huruf kecil dalam sesi pengajaran yang dibuat didalam kelas serta
mereka kurang fokus.

Dalam konstruk ini guru hanya akan mengajar pelajar untuk mengenal huruf
sahaja iaitu huruf vokal dan huruf konsonan. Guru itu tidak akan mengajar pelajar
lebih daripada mengenal huruf. Memandangkan pelajar yang menjadi sasaran dalam
kajian saya ini belum mengenal huruf, belum tahu mengklasifikasikan huruf besar
dan kecil serta huruf vokal dan konsanan. Maka dalam pengajaran yang telah saya
jalankan ialah hanya mengajar pelajar itu mengenal huruf sahaja sehingga adik
Norlyne mengenal huruf dan mampu mengklasifikasikan huruf besar dan kecil.

4.0 PUNCA PERMASALAHAN PELAJAR

Kajian ini juga cuba mencungkil dari sudut perbezaan status ekonomi sosial dalam
aspek jantina, kaum, bahasa ibunda dan pendapatan yang pelbagai yang mungkin
memberi kesan ataupun tidak memberi kepada penguasaan kemahiran membaca
murid pada peringkat awal asas membaca. Abdul Jalil Othman, Mahzan Arshad, dan
Chew Fong Peng (2009) telah menyatakan punca permasalahan pelajar adalah
perkara yang perlu dikenal pasti oleh guru agar masalah yang dihadapi oleh pelajar
dapat diatasi dengan baik serta secara tidak langsung langkah penyelesaian yang

4
sesuai dapat diambil untuk pelajar ini. Punca permasalahan pelajar dalam LINUS ini
banyak yang mempengaruhi pertama faktor baka, kedua adalah faktor persekitaran
pelajar berkenaan, faktor psikologi. Selain itu, faktor individu berkenaan dengan
faktor pemakanan adalah perkara yang utama juga mempengaruhi punca
permasalahan pelajara itu

4.1 Faktor Baka

Punca biologi merangkumi faktor baka dan penyakit- penyakit yang menjejaskan
fungsi otak dan urat saraf. Kekurangan oksigen sewaktu kelahiran (asphyxia ),
lembam lapisan otak (meningitis) dan sawan yang berpanjangan boleh
menyebabkan disfungsi urat saraf. Alfred binet, Theodore dan Guiford mempercayai
kecerdasan adalah diwarisi dan tidak dapat dipertingkatkan melalui pengajaran
(Borich &Tombari, 1997).

Berdasarkan masalah yang dihadapi murid didapati masalah ini berpunca


dari baka kerana abang sulung murid juga menghadapi masalah yang sama. Abang
sulung adik Norlyne merupakan murid di kelas pemulihan khas kerana menghadapi
masalah speak delay. Jadi melalui kes ini faktor baka memainkan peranan penting
kerana Rafizh juga menghadapi masalah yang sama.

4.2 Faktor Persekitaran

Ini merupakan faktor kedua terpenting kerana persekitaran sedia ada yang dihadapi
Norlyne memainkan peranan dalam melengkapi kehidupan seharian dia. Menurut
Papalia (2001), persekitaran bermaksud individu dan objek ditemui serta peristiwa
yang berlaku dalam kehidupan seseorang yang mempengaruhi pertumbuhan dan
perkembangan dirinya. Ini bermakna persekitaran merupakan perkara yang bukan
genetik yang mempengaruhi seseorang individu. Persekitaran yang terdapat pada
kes Norlyne ialah keluarganya tidak mempunyai latar belakang pendidikan

Selain itu, keadaan kelas Norlyne iaitu kelas 2 Ros Juga memainkan peranan
penting di sini kerana kelas yang terlalu bising boleh mengganggu minda Norlyne
untuk memproses data dengan pantas. Tinjauan literature atas hubungan
persekitaran keluarga dengan pencapaian murid dibuat oleh beberapa kajian seperti
Clark (1994) dan Fatanah (1997) dalam buku Juriah Long bertajuk pengkaedahan

5
Pengajaran Bahasa Malaysia menunjukkan bahawa persekitaran keluarga
mempunyai hubungan dengan pencapaian murid.Berdasarkan pernyataan di atas,
peranan persekitaran keluarga amat mempengaruhi prestasi pembelajaran kanak-
kanak itu. Sekiranya ibu bapa menggalakkan anak-anak mereka membaca buku
maka mereka akan lebih terdorong untuk meminati dalam pelajaran dan begitulah
sebaliknya.

4.3 Faktor Psikologi

Punca psikologi sering mewujudkan masalah pembelajaran. Pengaruh sekitaran


yang tidak sihat, kurang rangsangan , kurang perhatian ibu bapa dan kemiskinan
hidup akan menyebabkan kanak-kanak berkenaan mengalami masalah
pembelajaran. Umumnya, unsur biologi berinteraksi dengan unsur psikososial. Oleh
itu, setiap kanak -kanak yang menghadapi masalah ini perlu dirawat secara teliti
dengan menggunakan pendekatan yang berasingan.

Minat dan motivasi sangat berperanan dalam membina tabiat dan keupayaan
membaca. Minat yang mendalam terhadap bahan bacaan memudahkan seseorang
itu mengalami proses pembacaannya. Faktor tidak minat membaca merupakan salah
satu faktor yang menyumbang kepada wujudnya masalah membaca dalam kalangan
murid. Hal ini dapat dilihat melalui sikap Norlyne itu sendiri dalam membentuk
keminatan membaca ini. Dia sangat tidak sabar untuk balik pada hari Jumaat kerana
hendak bermain

4.4 Faktor Individu

Faktor individu berkait rapat dengan kecerdasan dan kebolehan membaca. Murid-
murid yang mempunyai kecerdasan yang tinggi selalunya berpeluang memahami
dengan cepat bahan bacaan yang dibaca berbanding murid yang lemah membaca.
Dalam konteks ini, faktor individu ialah faktor yang berkaitan dengan kecerdasan
murid lemah dalam pembelajaran. Kita dapati Rafizh memang seorang murid yang
lemah membaca apatah lagi mengenali huruf. Menurut Juriah Long, (1990)
membaca didefinisikan kepada dua proses iaitu mengenal pasti simbol-simbol dan
juga hubungan makna yang sesuai atau cocok dengan simbol-simbol tersebut.

6
4.5 Faktor Pemakanan

Pakar kanak-kanak telah lama mengetahui bahawa ada bahan-bahan makanan


tertentu yang boleh menyebabkan perubahan pada tingkah laku kanak -kanak.
Kanak-kanak mungkin menjadi lebih resah hiperaktif, lebih buas dan tidak boleh
menumpukan perhatian. Oleh itu, penilaian tidak lengkap jika riwayat pemakanan
kanak -kanak tersebut tidak diambil dengan teliti. Ini penting terutamanya jika pakar
mengesyaki kemungkinan tingkah laku yang abnormal itu disebabkan oleh sesuatu
bahan yang dimakan. Walau bagaimanapun, dalam kes Norlyne dia tidak hiperaktif
tetapi mungkin pemakanan ini memainkan peranan penting dalam perkembangan
minda kanak-kanak tersebut. Makanan seperti kekacang, buah-buahan sangat
penting untuk pembesaran tetapi Norlyne hanya makan sayuran kampung yang
mungkin tidak elok untuk tumbesarannya.

5.0 TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA GURU LINUS

Aries : Okkk.terlebih dahulu saya ingin menugucapkan selamat pagi kepada


cikgu dan saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menjadi
responden untuk ditemubual. Untuk pengetahuan cikgu kami ada tugasan
iaitu subjek literasi Bahasa, didalam literasi bahasa ini, kami kena
menemubual seorang guru yang mengajar di prasekolah, pemulihan atau
LINUS. Jadi kami kena mengetahui status pelajar dan juga punca
permasalahan serta langkah-langkah yang sesuai digunakan sepanjang
proses pembelajaran yang kami akan laksanakan nantilah. Jadi sebelum
kami buat dan melaksanakan tugasan itu, kami kena menemuramah terlebih
dahulu guru pemulihan dan juga guru LINUS itu sendiri, bagi meminta
pandangan mereka. Jadi sebelum itu, boleh memperkenalkan dirilah terlebih
dahulu

Cikgu : Yaaterima kasih, kerana memilih pemulihan Khaslah..rupa-rupanya ada


tiga pilihanlah. Saya Winston John berasal dari Kota Belud, sudah berada di
Kota Marudu ataupun di sekolah ini selama, di Kota Marudu sudah 4 tahun
dan sekolah ini sudah masuk 3 tahun dan sebelum ini saya mula-mula
posting saya berada di Ranau, pedalaman, berumur 34 tahun

Aries : Jadi sudah berapa tahun berkhidmat sebagai guru,

Cikgu : Lebih kurang 6 tahunlah

7
Aries : Okkterima kasih, kita teruskan dengan soalan tugasan iaitu berkenaan
dengan status dan punca permasalahan, untuk pengetahuan cikgu
responden yang jadi sasaran saya dalam tugasan ini adalah, nama pelajar
itu adalah adik Norlyne, jadi saya ingin bertanya kepada cikgu sendirilah
pelajar ini berada di konstruk mana dan apa punca permasalahan dia?

Cikgu : Norlyne Nangoi ini dia masih lagi berada di konstruk satu iaitu konstruk yang
paling asas sekali, dimana didalam konstruk ini, murid yang berada di
konstruk ini, mengenal huruf asas ABC

Aries : Oohhdorang mengenal huruf sahajalah? dalam level ini

Cikgu : Mereka belajar asas dululah, dan Norlyne ini, kalau menurut maklumat
daripada pihak sekolah, dia tertinggal dikelas prasekolahlah tapi saya rasa
kenapa dia masih lagi berada didalam kelas ini ataupun konstruk satu ini
barangkali dia punya tahap pembelajaran, tahap menangkap, mendapatkan
menguasai sesuatu kemahiran agak lambat dan memang Norlyne ini latar
belakang dia, keluarga dia tidak juga begitu teruk. Memang ibu bapa dia ini
tidak ada latar belakang pendidikanlah, sebab ada abang dia ini LINUS
biasa dan kemudian Norlyne ini dia ada masalah dari segi fizikallah

Aries : Dia ada masalah fizikal maksudnya?

Cikgu : Maksudnya kalau kita tenung mata dia, dia punya mata tidak seimbang

Aries : Jadi, itu sedikit sebanyak mempengaruhi dialah untuk

Cikgu : Saya rasa dia mempengaruhi selain daripada sosio keluarga dia

Aries : Selain daripada itu, apakah punca permasalahan pelajar ini, dia masih
tidak dapat menguasai konstruk satu?

Cikgu : Pada asasnya, masalah murid yang masih berada di konstruk satu ini, ada
beberapa faktor yang pertama faktor ibubapa. Maksudnya ibubapa tiada
tanggungjawablah, dia tidak galakkan anak dia belajar, tidak mahu bertanya,
tidak mahu ambil tahu tentang pendidikan anaknya, yang kedua ibubapa
ada keinginan untuk membawa anak dia bekerja. Kemudian, yang ketiga
faktor murid itu sendiri, mungkin murid ini ada sifat atau minat yang lain. Jadi
minat yang ada dalam diri budak ini tidak ada di sekolah dan guru yang
mengajar tidak dapat memuaskan kepuasan murid. Manakala, adik Norlyne
ini dia ada masalah dari segi fokusnya, maksudnya dia selalu hilang fokus.

8
Contohnya semasa saya menjalankan PdP dan orang masuk secara
langsung fokus dia hilang kerana melihat orang yang masuk itu, yang kedua
bila ada orang sentuh dia, dia akan marah, seterusnya dia tidak begitu jelas
dengan paparan, ataupun aktiviti paparan dalam PdP yang saya jalankan.

Aries : Jadi daripada masalah yang cikgu ceritakan sebentar tadi, apakah langkah
penyelesaian ataupun kaedah pendekatan yang sesuai digunakan untuk
pelajar-pelajar yang berada dalam konstruk satu, terutamanya untuk
responden saya Norlyne?

Cikgu : Okkbiasanya ada banyak perkara yang sudah saya cuba dan kalau kita
spesifikkan responden ini kan, saya sudah kesan aktiviti yang dia suka
pertama menjalankan PdP secara Multimedia atau paparan video, yang
kedua dia suka permainan , permainan ini lebih kepada aktiviti kerja
tangan, benda-benda, objek-objek yang boleh dilihat atau objek maujud
yang boleh disentuh, kemudian dia juga suka melukis. Jadi empat perkara
ini saya sudah dapat kesan bahawa dia menarik minat pelajar dan PdP yang
saya jalankan saya telah masukkan unsur-unsur ini

Aries : Jadi pembelajaran yang cikgu jalankan ini senanglah untuk Norlyne bagi
kerjasama dan lebih fokus

Cikgu : Ya memang saya boleh katakan 80% dia mudah untuk menangkap ataupun
memahami apa yang saya jalankan tapi masalahnya dia ini kadang-kadang
lupa sebagai contoh hari sudah diajar esok lupa lagi. Oleh itu kena
bersabarlah mengajar, berulang-ulang sehinggalah dia tidak lupa

Aries : Okksaya rasa itu sahaja soalan-soalan yang ingi saya tanyakan dalam
tembubaul ini atau wawancara ini, daripada saya sendiri saya mengucapkan
ribuah terima kasih kepada cikgu kerana memberikan kerjasama iaitu
memberikan sedikit masa untuk saya menemubual cikgu. Jadi saya
mengakhiri temubual ini ada apa-apa tambahan daripada cikgu sendiri?

Cikgu : Ermm.daripada saya sendiri mungkin luar daripada soalan, sebagai guru
saya rasa kesian dengan pelajar yang mempunyai masalah dalam
pembalajaran dan nasihat saya ialah kita tidak boleh menganggap pelajar
itu bodoh tetapi mungkin mereka lemah dalam pendidkikan, mungkin bukan
semuanya lemah bidang-bidang yang lain mereka pakar

Aries : Hmmmsekali saya mengucapkan terima kasih kepada cikgu.

9
6.0 LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN YANG SESUAI

Dalam melaksanakan tugasan ini, saya telah mengaplikasi teori kajian tindakan Kurt
Lewin. Dalam teori ini terdapat empat elemen yang perlu dilaksanakan sepanjang
aktiviti ini dilaksanakan. Menurut Lewin, langkah yang pertama ialah perancangan,
yang kedua ialah tindakan, yang ketiga ialah proses pemerhatian dan yang terakhir
ialah refleksi. Selain itu, saya juga menggunakan kaedah JARLIN dalam kajian ini.
Dalam proses pengajaran ini boleh dikendalikan menggunakan kaedah JARLIN.
Kaedah ini mementingkan setiap peringkat dijalankan secara berterusan dan
berhubung kait. Pengendalian langkah-langkah pengajaran ini menurut kaedah ini
dapat digambarkan dalam empat langkah iaitu pertama Jejak, rancang, laksana dan
nilai

6.1 Jejak

Langkah yang pertama ialah jejak, langkah ini merupakan peringkat yang pertama
dalam prosedur pemulihan. Peringkat ini bermakna guru harus mengenal pasti
masalah murid dan punca masalah tersebut. Guru juga perlu mengetahui alat-alat
yang sesuai untuk mengesan masalah ini, seperti alat ujian saringan dan ujian
diagnostik. Selepas ujian ditadbir guru perlu membuat analisis supaya dapat dikesan
dengan tepat. Oleh sebab itu, dalam langkah jejak ini guru hendaklah mengetahui
dengan lebih mendalam tentang masalah yang dihadapi oleh pelajar berkenaan.

6.2 Perancangan

Manakala, langkah yang kedua pula ialah perancangan. Langkah ini adalah langkah
yang kedua yang memerlukan guru merancang pengajaran dan pembelajaran dalam
pemulihan atau LINUS ini dari segi objektif, kemahiran, persediaan dan pemilihan
bahan serta proses menilai. Langkah ini adalah langkah yang amat penting bagi
membolehkan kita bersedia dengan sesi pengajaran dan pembelajaran yang
dilaksanakan. Dalam langkah ini, guru haruslah memikirkan berkenaan dengan
bahan bantu mengajar yang sesuai digunakan dalam sesi pengajaran didalam kelas
kelak. Sebagai contoh, semasa menjejak masalah yang dihadapi oleh pelajar ini

10
saya pun mula memikirkan berkenaan dengan apakah persediaan serta bahan bantu
mengajar yang sesuai digunakan

6.3 Melaksanakan

Langkah yang ketiga ialah melaksanakan, ini adalah peringkat yang ketiga yang
merupakan pelaksanaan sebelum pengajaran didalam kelas dijalankan. Guru harus
bijak memilih teknik pengajaran yang sesuai dengan keupayaan murid dan menarik
perhatian murid untuk mengikuti pembelajaran seterusnya. Walaupun seorang
seseorang guru itu mempunyai banyak pengalaman, rancangan mengajar untuk
murid mesti disusun terlebih dahulu supaya langkah-langkah pengajaran dapat
dibuat dapat dilaksana dengan berkesan sesuai dengan peruntukan waktu yang
sedia ada. Selepas sesuatu pengajaran dijalankan dan objektif tercapai, aktiviti
pengukuhan perlu dilaksanakan agar pembelajaran tidak terjejas dalam jangka masa
yang singkat.

6.4 Penilaian

Peringkat yang terakhir ialah nilai. Peringkat yang keempat ini tidak boleh diabaikan
ialah aktiviti penilaian. Guru harus menilai aktiviti yang telah dilaksanakan dan dalam
masa yang sama menilai pencapaian murid serta keberkesanan program yang telah
dilaksanakan. Selepas itu, hasil penilaian itu harus dianalisis supaya tindakan
susulan dapat dilakukan. Keempat-empat peringkat ini harus dijalin dengan baik agar
sebarang jurang kelemahan dapat dihindari bagi memperoleh kesan yang
maksimum. Ini bermakna setiap peringkat dilakukan secara berterusan sehingga
murid benar-benar telah dapat menguasai mana-mana kemahiran yang mereka tidak
kuasai dan menunjukkan satu pencapaian yang memuaskan seperti murid-murid
berpencapaian tinggi.

7.0 KAEDAH PENGAJARAN DALAM KAJIAN KES: KAEDAH ABJAD

Konsep Kaedah Abjad Murid-murid diperkenalkan kepada 26 huruf yang ada iaitu
huruf a hingga z. Kemudian diikuti dengan aktiviti memperkenalkan huruf-huruf vokal
iaitu a, e, i, o, u dan huruf-huruf konsonan yang mengandungi 21 huruf. Bagi
membaca perkataan-perkataan, mereka perlu menghafal setiap lambang abjad.

11
Menyebut Nama huruf Abjad a-z, huruf besar dan huruf kecil guru menyebut nama
huruf berkenaan dan diikuti dengan murid. Untuk tujuan pengukuhan, guru boleh
juga mempelbagaikan persembahan dengan memperkenalkan terlebih dahulu urutan
secara normal iaitu a-z, kemudian diikuti secara songsang iaitu z-a.

Perkenalkan huruf kecil terlebih dahulu kemudian diikuti dengan huruf besar.
Rasionalnya, huruf kecil lebih banyak digunakan dalam kehidupan seharian
berbanding huruf besar. Contoh aktiviti menyebut nama huruf kecil abjad a-z.
Arahan Sebut nama huruf kecil di bawah ini b Kad Huruf Kecil. Contoh aktiviti
menyebut nama huruf besar A-Z. Arahan Sebut nama huruf besar di bawah ini. B M
Kad Huruf Besar. Sebagai contoh aktiviti menyebut nama huruf besar A-Z. Arahan
Sebut nama huruf besar di bawah ini.

Sebelum murid diajarkan membaca perkataan, nama-nama huruf perlulah


dikenal pasti dahulu melalui latihan menyebut dan menghafal dari huruf a hingga z
mengikut susunan yang betul. Dituruti dengan aktiviti mengeja suku kata dalam
perkataan. Seterusnya guru mengaitkan gambar dengan sesuatu huruf, misalnya a
untuk ayah, b untuk buku, c untuk cawan dan sebagainya. Sebagai pengukuhan,
guru juga boleh menyanyi lagu ABC. Lagu boleh dicipta sendiri atau lagu sedia ada
yang boleh dimuat turun menerusi saluran media terkini seperti Internet.
Kebiasaannya, guru akan menulis setiap huruf dalam buku tulis yang kadangkala
memenuhi satu muka surat untuk satu huruf besar dan huruf kecil.

Menerusi kajian yang telah dijalankan, kegagalan seseorang murid untuk


mengenal huruf a, b, c...x, y, z mengikut susunan dalam abjad, akan melahirkan
generasi murid yang tidak boleh membaca. Justeru, kaedah abjad menekankan
murid untuk menghafal a, b, c...x, y, z sebelum mereka boleh diajar kemahiran
membaca. Mengikut Zulkifley Hamid (1994), kaedah abjad berpegang kepada prinsip
bahawa setiap perkataan terdiri daripada beberapa huruf untuk membolehkan murid-
murid membaca perkataan, mereka terlebih dahulu perlu diperkenalkan dengan
huruf-huruf yang menjadi unsur-unsur. Ini bermakna, murid-murid perlu menghafal
kesemua huruf-huruf tersebut sebelum didedahkan kepada peringkat membaca atau
membunyikan cantuman huruf-huruf atau suku-kata.

8.0 CIRI-CIRI BAHAN BANTU MENGAJAR YANG SESUAI

Pembinaan bahan-bahan pengajaran dilakukan setelah guru-guru dapat memilih dan


mengolah bahan-bahan yang difikirkan sesuai untuk diketengahkan kepada murid-
murid mereka. Sebenarnya ada banyak faktor yang harus dilibatkan dalam proses

12
pembinaan bahan. Walau bagaimanapun, di bahagian ini, penulis hanya akan
menekankan aspek kandungan bahan bahasa yang perlu diberi perhatian oleh guru-
guru.

8.1 Ketahanan

Alat dan bahan yang dibina atau dipilih itu haruslah sesuai dengan pelajar atau
kelompok pelajar yang akan dijalankan supaya alat atau bahan tersebut boleh
dipakai dalam jangka masa yang panjang ataupun boleh digunakan untuk murid-
murid belajar sendiri.

8.2 Kos

Bahan yang dibina atau dibeli hendaklah sesuai dengan kedudukan kewangan
sekolah. Walau bagaimanapun guru-guru perlu ingat bahawa keberkesanan
pengajaran bukan terletak kepada mahal atau murahnya bahan yang digunakan,
malahan penggunaannya akan lebih bererti jika bahan tersebut dibina oleh pelajar-
pelajar sendiri. Cara ini bukan sahaja memupuk daya cipta pelajar tetapi juga boleh
menjimatkan bahan-bahan terpakai.

8.3 Aspek-aspek teknikal

Alat yang dipilih biarlah sesuai dengan kemudahan bilik darjah sama ada boleh
digantung atau dilekatkan pada dinding atau boleh diancarkan ataupun boleh
didirikan di atas meja atau sebagainya.

8.4 Ketepatan Maklumat

Bahan yang dipilih hendaklah boleh memberi atau menyamaikan maklumat yang
tepat kepada pelajar, misalnya akhbar, poster, rakaman, rancangan radio/tv dan
sebagainya. Ketepatan maklumat juga diambil kira dari segi penggunaan warna dan
ukuran saiz. Misalnya warna hijau untuk daun, biru untuk langit dan lain-lain.

Ketepatan bermaksud bagaimana bahasa itu dapat digunakan secara tepat,


terutamanya yang berhubungan dengan fungsi dan konteks sosial. Ketepatan

13
kadangkala disebut sebagai ketepatan konteks stilistik. Konsep ini berdasarkan
daripada communicative competence yang menekankan bahawa ada terdapat
peraturan-peraturan penggunaan, tanpanya peraturan-peraturan tatabahasa adalah
tidak berguna. Apabila kita menggunakan bahasa, kita harus dapat menerap situasi
sosial. Kita harus dapat menyesuaikan bahasa yang digunakan dengan situasi ketika
itu.

8.5 Penyerapan Nilai dan Pengetahuan

Satu unsur penting yang cuba diterapkan dalam pendidikan hari ini ialah penerapan
nilai (moral) di dalam semua mata pelajaran. Melalui strategi ini, para pelajar bukan
sahaja sekadar daat menambah pengetahuan baru tetapi juga mereka sentisa
menyedari dan memahami tanggungjawab dan sumbangan pengetahuan yang
dipelajari terhadap diri, masyarakat dan negara. Sebagai sebuah negara yang
berbilang kaum yang mendokong semangat perpaduan dan kesejahteraan rakyat,
maka unsur-unsur yang bertentangan dengan cita-cita dan semangat tidak
sepatutnya wujud dalam sebarangan pengajaran yang digunakan.

8.6 Fungsi Dan Bentuk

Istilah fungsi merujuk kepada proses menyampaikan maksud. Biasanya maksud


disampaikan melalui bentuk-bentuk bahasa. (perkataan dan bunyi disusun mengikut
peraturan-peraturan bahasa). Walaupun dalam keadaan-keadaan tertentu maksud
boleh disampaikan melalui non-verbal means tetapi penggunaan bentuk-bentuk
bahasa adalah lebih kerap digunakan. Dalam hal ini, bahan-bahan engajaran
haruslah dipilih daripada bentuk-bentuk bahasa yang dapat menyatakan fungsi.
Bahan mestilah mengajar bentuk-bentuk bahasa kerana bentuk dan fungsi adalah
dinyatakan melaluinya. Tanpa bentuk komunikasi verbal tidak akan berlaku.

8.7 Kepelbagaian

Kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa bertujuan mendedahkan


kepada para pelajar beberapa variasi bahasa yang digunakan secara meluas
dalam masyarakat. Pengetahuan pelajar-pelajar terhadap variasi-variasi bahan

14
membolehkan mereka memilih variasi-variasi yang sesuai untuk digunakan dalam
konteks dan situasi-situasi tertentu. Kepelbagaian melibatkan variasi-variasi bahasa
seperti dialek (kelas dan geografi), style (formal, neutral dan informal), laras
(occupational register), dan medium (lisan dan tulisan). Dalam pengajaran dan
pembelajaran bahan variasi-variasi bahasa seperti ini adalah penting untuk
ketepatan stilistik.

8.8 Standardisasi dan simplikasi

Proses ini dilakukan untuk membolehkan guru mewujudkan bahan-bahan


pengajaran yang dapat memenuhi keperluan para pelajar. Dalam proses ini, bahan-
bahan tersebut disunting, diubahsuai selaras dengan kebolehan para pelajar.
Biasanya melalui proses standardisasi, bahan-bahan akan disuaikan berdasarkan
perbezaan umur dan jantina, perbezaan kawasan, perbezaan pendidikan dan sosial
dan sebagainya.

9.0 BAHAN BANTU MENGAJAR YANG DIHASILKAN

Bahan Bantu Mengajar yang dihasilkan ini adalah ABM yang telah difikirkan sesuai
diaplikasikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Perkara ini
amat sesuai kerana bersesuaia dengan masalah yang dihadapi oleh pelajar
berkenaan iaitu tidak mengenal huruf abjad dan tidak dapat mengkasifikasikan huruf
besar dan huruf kecil. Bahan bantu mengajar yang dihasilkan ini juga berpandukan
keperluan murid dan berpandukan kepada ciri-ciri yang baik dalam penghasilan
bahan bantu mengajar (BBM).

15
Rajah 1.0 menunjukkan Bahan Bantu Mengajar yang digunakan

10.0 MENILAI KEBERKESANAN LANGKAH DAN ABM YANG DIGUNA PAKAI

Menilai keberkesanan langkah-langkah pengajaran dan ABM yang diguna pakai


adalah amat penting. Hal ini kerana penilaian adalah satu proses yang mana guru
berkenaan boleh mengetahui kelemahan dan kelebihan yang terdapat pada satu-
satu langkah maupun ABM yang digunakan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran yang dilaksanakan didalam kelas. Penilaian ini juga adalah penting
agar kita mampu membuat penambahbaikan terhadap langkah-langkah yang
digunakan dalam pembelajaran. Manakala, ABM pula mampu diperbaiki dari semasa
ke semasa, supaya pembelajaran yang dilaksanakan lebih menarik pelajar.

10.1 Keberkesanan Langkah Pengajaran yang Laksanakan

Menurut Zulkefli Hamid (1994), kaedah abjad berprinsip bahawa setiap perkataan
terdiri daripada beberapa huruf. Murid-murid perlu mahir dan kenal akan huruf-huruf
tersebut yang merupakan unsur-unsur perkataan bagi membolehkan murid-murid
membaca perkataan yang berkenaan. Ini bermakna, murid-murid perlu menghafal
nama-nama kesemua huruf yang ada sebelum meneruskan peringkat membaca
perkataan yang senang dahulu. Umum bersetuju bahawa berdasarkan persekitaran

16
sedia ada dan pengalaman setiap hari, seseorang murid memang telah biasa
dengan visual yang berasaskan abjad.

Samada dalam paparan iklan di media elektronik, media cetak atau di kain
rentang sepanjang jalan ke sesuatu destinasi. Pengetahuan sedia ada murid
mengenai sebahagian bentuk abjad dan bunyinya telah wujud dalam diri murid itu.
Keadaan ini akan memudahkan guru untuk menanamkan kemahiran membaca
mengikut kaedah abjad kepada murid. Kaedah abjad sangat relevan, serasi dan
menepati dengan sistem Bahasa Melayu kerana terdiri daripada suku kata yang
hampir tetap bunyinya.

Keadaan ini memudahkan murid untuk terus mahir membaca dan tidak timbul
kekeliruan yang akan merencatkan proses tersebut. Dengan kemahiran asas yang
mantap dan binaan yang kukuh dalam aktiviti asas membaca akan menimbulkan
satu motivasi diri yang positif dalam diri murid untuk terus memajukan kemahirannya.
Murid yakin akan kebolehannya sendiri dan semakin cekap. Mereka dapat bersaing
sesama sendiri dengan cara yang sihat dan minat untuk belajar semakin terbuka.

Murid mampu untuk berdikari dalam membaca perkataan baharu, meskipun


tidak pernah mempelajarinya kerana murid telah menguasai dan mengenal huruf
serta mampu membunyikan vokal konsonan dengan lancar. Seterusnya, kita akan
melihat bagaimana murid akan mendapat bonus atau kemahiran berganda menerusi
kaedah abjad ini. Murid dapat meneroka dengan mudah kemahiran-kemahiran baru
seperti kemahiran menggunakan kamus. Penggunaan kamus mudah, peringkat
rendah yang sistemnya berpandukan turutan abjad menarik minat murid dan
membolehkan mereka menambah kecekapan membaca dan menambah ilmu\

10.2 Keberkesanan Alat Bantu Mengajar (ABM) yang digunakan

Pertimbangan guru terhadap kriteria memilih bahan-bahan pengajaran telah


menyebabkan guru memandang bahan-bahan tersebut daripada pelbagai segi
dengan beberapa disiplin. Walau bagaimanapun, proses menilai seharusnya tidak
terlalu mekanikal sehingga melibatkan penilaian secara profesional pada setiap
peringkat dengan melihat bahan-bahan pengajaran daripada pelbagai perspektif
yang berlainan dan menentukan kriteria menilai secara eksplisit, kita berharap dapat
memberikan maklumat-maklumat asas dan membuat keputusan dalam bidang yang
penting ini.

17
Bahan Bantu Mengajar yang telah saya guna akan adalah berdasarkan
keperluan dan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar berkenaan.
Berdasarkan masalah pelajar yang saya telah pilih iaitu adik Norlyne, pelajar ini
masih berada di konstruk satu iaitu masalahnya masih belum boleh mengenal huruf
dan tidak mampu mengklasifikasikan huruf kecil dan huruf besar. Oleh sebab itu,
bahan bantu mengajar yang telah saya gunakan adalah berkaitan dengan huruf. Hal
ini bermaksud dalam Bahan Bantu Mengajar yang telah gunakan, saya hanya
memperkenalkan huruf ABJAD kepada pelajar berkenaan satu demi satu serta
mengajar pelajar berkenaan mengklasifikasikan huruf besar dan huruf besar. Hal ini
kerana pelajar berkenaan masih belum boleh membezakan huruf kecil dan huruf
besar.

Berdasarkan bahan bantu mengajar yang telah saya gunakan saya


mendapati bahawa bahan yang saya gunakan dalam pengajaran di sekolah semasa
PBS amat sesuai untuk digunakan untuk menjalankan pengajaran didalam kelas.
Khususnya pelajar yang masih berada dikelas LINUS konstruk satu. Hal ini demikian,
kerana bahan bantu mengajara yang telah saya gunakan ini adalah mudah difahami
serta jelas untuk dilihat oleh pelajar berkenaan. Selain itu, unsur-unsur gambar yang
telah saya selitkan dalam bahan bantu mengajar ini sangat menarik perhatian pelajar
berkenaan untuk belajar dengan lebih mendalam

Bahan bantu mengajar yang saya gunakan juga mempuyai saiz yang besar
yang boleh dilihat oleh pelajar dengan jelas walaupun pelajar yang berada
dibelakang kelas. Hal inilah yang telah menyebabkan proses pengajaran yang saya
jalankan adalah berkesan serta pelajar berkenaan gembira apabila saya mengajar
didalam kelas berkenaan. Oleh sebab itu, BBM yang sesuai adalah amat memainkan
peranan yang penting dalam menjalankan proses pengajaran didalam kelas. Selain
itu bagi menarik minat pelajar untuk lebih mengikuti pembelajaran didalam kelas.

Oleh itu, saya mendapati bahawa Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang saya
gunakan adalah amat sesuai digunakan dalam mengatasi masalah pelajar LINUS ini.
Selain itu, keberkesanan dalam BBM ini adalah sangat baik serta mempunyai ciri-ciri
bahan BBM yang baik iaitu kos yang murah, tahan lama serta banyak lagi. Perkara
yang paling utama ialah BBM ini mempunyai pelbagai warna serta terdapat unsur-
unsur gambar yang boleh menarik perhatian dan minat pelajar berkenaan untuk
mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh pelajar
berkenaan di dalam kelas.

18
11.0 RUMUSAN

Sebuah sekolah yang cemerlang dan berkesan diterajui oleh pengurus yang
cemerlang. Kecemerlangan dan keberkesanan mereka seharusnya didasari oleh
keupayaan dan kemampuan menjadi pengurus dan pemimpin yang berkesan dan
cemerlang. Pengurus dan pemimpin sekolah yang produktif akan sentiasa membuat
jangkaan tentang perubahan yang sedang dan bakal berlaku agar sentiasa berada
dalam keadaan bersedia terutama dalam meningkatkan pencapaian akademik murid
yang cemerlang. Antara penekanan yang diberikan adalah aspek pencapaian
akademik cemerlang, murid menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira.
Justeru itu, pelbagai kaedah dan pendekatan yang sistematik digunakan untuk
mencapai matlamat tersebut daripada modul pengajaran dan pembelajaran,
pengukuhan amalan pedagogi, memantau dan menyelia serta peranan fasiLinus.

19
12.0 REFLEKSI

Pengajaran merupakan aktiviti intelek. Ia melibatkan pemikiran, perasaan, dan


penilaian. Pengajaran juga merupakan satu sistem aktiviti yang ditujukan kepada
pelajar-pelajar dengan harapan akan membawa perubahan tingkah laku di kalangan
mereka. Terdapat dua jenis pengajaran iaitu pengajaran terkini dan tradisional.
Proses pengajaran sekarang adalah berpusatkan kepada murid bersesuaian dengan
era globalisasi yang menuntut perubahan dalam setiap aspek termasuklah dalam
bidang pendidikan. Teknologi yang digunakan haruslah selari dengan perubahan
semasa.

Oleh itu, dalam perancangan pengajaran, pendekatan, kaedah, teknik dan


alat serta sumber yang digunakan haruslah bersesuaian dengan tahap kebolehan
pelajar zaman sekarang bagi memastikan objektif dan matlamat pengajaran dapat
dicapai dengan cemerlang. Ianya bagi melahirkan insan yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara bertepatan dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

Berbanding dengan pengajaran tradisional, ianya lebih berpusatkan guru.


Guru banyak memberikan input serta ilmu tanpa memberi ruang kepada pelajar
untuk berfikir dan melibatkan secara aktif. Komunikasi satu hala yang dilaksanakan
oleh guru tidak bersesuaian memandangkan pengetahuan serta pengalaman pelajar
tidak dapat dikembangkan dengan baik kerana pelajar tidak berpeluang untuk
berfikir secara kreatif. Pelajar merupakan pembina ilmu yang aktif.

Oleh itu, penglibatan pelajar di dalam satu-satu pengajaran adalah penting


bagi membantu penerapan nilai-nilai murni di dalam diri pelajar itu sendiri dan
memastikan proses pengajaran berlangsung secara efektif. Pendapat ini disokong
oleh Sharifah Alwiah Alsagoff (1983) yang menyatakan bahawa pengajaran yang
berkesan adalah merujuk kepada guru yang dapat membawa pelajar kepada hasil
pembelajaran terakhir yang diinginkannya.

20
13.0 SENARAI RUJUKKAN

Abdul Jalil Othman, Mahzan Arshad, Chew Fong Peng (2009), Pendidikan dalam
Pengajaran Pemulihan, Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd

Ainon Mohd Abdullah Hassan (2002), Guru Sebagai Pendorong Dalam Darjah, Kuala
Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd

Eeh Ah Meng (1990). Pedagogi Satu Pengenalan Edisi Kedua, Kuala Lumpur :Fajar
Bakti Sdn. Bhd

Jamilah Ahmad (1999), Panduan Pengajaran Pemulihan Bahasa Melayu (KBSR &
KBSM), Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd

Juriah Long, Raminah Hj. Sabran, Sofia Hamid (1990), Perkaedahan Pengajaran
Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn.Bhd

Omardin Ashaari (1999), Guru dan Bilik Darjah (pendekatan pengajaran), Kuala
Lumpur: Fajar Bakti Sdn.Bhd

Papalia (2004), Asas-asas Pedagogi dalam Pengajaran, Kuala Lumpur: Fajar Bakti
Sdn. Bhd

Zulkefli Hamid (1994), Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu, Kuala


Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd

Akmal Arif, Pedagogi dalam Pendidikan di akses pada 17 Februari 2015 di


http://pomizi-pedagogi.blogspot.in/p/kaedah.html

Beanda, Strategi Pendekatan Kaedah-kaedah-teknik Pengajaran di akses pada 17


Februari 2015 di http://www.slideshare.net/pikaosman/kumpulan-4-
strategi-pendekatan- kaedah-teknik-pengajaran

Melly, Kaedah-kaedah dan teknik Pengajaran diakses pada 15 Februari 2015 di


https://www.scribd.com/doc/22391098/Kaedah-kaedah-Dan-Teknik-
Pengajaran

21
22