Anda di halaman 1dari 5

PEMBACA SKRIP ATURAN

MAJLIS

Dipersilakan tetamu-tetamu jemputan mengambil tempat


masing-masing di dalam dewan kerana majlis kita akan
bermula sebentar lagi.

Sidang hadirin sekalian, bagi melicinkan perjalanan majlis pada


hari ini, di sini dibacakan beberapa pengumuman:

1. Pihak majlis memohon kerjasama para hadirin agar dapat


mematikan nada deringan telefon bimbit masing-masing atau
menukarkan kepada mode senyap.
2. Pihak majlis mengharapkan agar tetamu-tetamu yang hadir
dapat memenuhkan ruangan tempat duduk di bahagian hadapan
terlebih dahulu, bagi memudahkan kemasukan tetamu-tetamu
yang akan datang seterusnya.
3. Pihak majlis juga mengharapkan agar para tetamu dapat
berdiri semasa pengumuman ketibaan tetamu kehormat.

Pihak majlis mengucapkan terima kasih atas perhatian dan


kerjasama hadirin sekalian.

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Ustaz Halid bin


Osman, Penyelia Pendidikan Islam PPD Daerah Muallim,
diiringi oleh Yang Berusaha Pn. Hjh. Noraishah bt Yunan, Guru
UCAPAN
Besar Sekolah Kebangsaan Bandar Behrang 2020, serta barisan
ALUAN
pentadbir sekolah.
PENGERUSI
MAJLIS
Hadirin dipersilakan duduk
Bismillah.

Assalamualaikum w.b.t.... Salam sejahtera dan salam 1


Malaysia...

Sirih berlipat sirih pinang


Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara

Agah-agah si burung hutan


Pinggiran jati terbang berteman
Indah-indah majlis sambutan
Syukur dihulur bersulam senyuman

Yang Berbahagia,
Ustaz Halid bin Osman,
Penyelia Pendidikan Islam
PPD Daerah Muallim

Yang Berusaha, Pn. Hjh. Noraishah bt Yunan


Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bandar Behrang 2020

Yang Dihormati, barisan Guru Penolong Kanan Sekolah


Kebangsaan Bandar Behrang 2020

Pn. Hjh. Siti Jamaliah bt Hj. Ramli GPK Pentadbiran


Tn. Hj. Zakaria bin Mohammad Zainal GPK HEM
Encik Lokman bin Samian GPK Ko-Kurikulum

Wakil dari PPD, guru besar-guru besar jemputan, guru-guru,


para jemputan, guru-guru dan murid-murid yang dihormati
sekalian.

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian, bersyukur


kita ke hadrat Illahi, kerana dengan limpah kurnia dan
inayahNYA dapatlah kita bersama-sama berkumpul dan
menjayakan Penutupan Majlis Tadarus Al Quran Sekolah-
sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Kelompok 6
daerah Muallim.

Sekali lagi majlis mengucapkan selamat datang


Buluh ditarik panjang sepuluh,
Mahu dijolok sarang penyengat,
Tangan diangkat jari sepuluh,
Doa diminta agar selamat.

Hadirin dihormati,

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita sama-
sama mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh Ustaz
Mohd Ghazali bin Ismail. Dipersilakan
BACAAN DOA
--------- Bacaan doa ---------

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada AlFadhil Ustaz


atas pimpinan bacaan doa itu tadi. Mudah-mudahan kita diberi
hidayah dan kekuatan untuk melaksanakan majlis penutupan ini
dengan jayanya.

Hadirin yang budiman,

Sebagai pembuka persada ucapan, majlis dengan segala


hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha Pn.
Hjh. Noraishah bt Yunan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Bandar Behrang 2020 untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan UCAPAN GB
mempersilakan.

------ Ucapan GB ------

Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih


kepada Tuan Guru Besar atas ucapan alu-aluan itu tadi.

ULASAN
Hadirin dan Hadirat sekalian, HAKIM
Seterusnya, majlis dengan sukacitanya mempersilakan
___________________________________________________
, Ketua Hakim MTQ bagi memberikan ulasan.

------ Ulasan hakim ------

Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas ulasan


ketua hakim sebentar tadi
Kalau tuan pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

Hadirin yang dihormati,


Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Yang
Berbahagia, Ustaz Halid bin Osman, Penyelia Pendidikan Islam
PPD Daerah Muallim, untuk menyampaikan ucapan dan
seterusnya merasmikan majlis penutupan Majlis Tadarus Al-
Quran Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia
UCAPAN
Peringkat Kelompok 6 daerah batang padang/muallim.
PERASMI
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

**** Ucapan Perasmian ****

Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih


kepada Yang Berbahagia Ustaz Halid bin Osman di atas ucapan
perasmian itu tadi.

HADIAH
Hadirin yang dimuliakan,
Kini tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu Penyampaian
Anugerah Cemerlang.

Bagi menyempurnakan acara, majlis dengan segala hormatnya


menjemput dan mempersilakan Yang berbahagia Ustaz Halid
bin Osman dengan diiringi Pn. Hjh. Noraishah bt Yunan untuk
menyampaikan hadiah.

**** Penyampaian hadiah ****

Acara dimulakan dengan hadiah


.
**** Baca senarai penerima hadiah****

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang


Berbahagia Ustaz halid bin Osman atas penyampaian hadiah itu
tadi.
Hadirin sekalian,
Dengan ini selesailah sudah Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-
Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat kelompok
6 daerah batang padang/muallim.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima


kasih kepada hadirin sekalian yang telah menyeri dan
menjayakan majlis pada hari ini.

Sekalung penghargaan juga kepada para guru dan Warga


Sekolah serta mereka yang terlibat secara langsung mahu pun
tidak langsung bagi menjayakan majlis ini.

Pihak majlis juga ingin memohon kemaafan kepada hadirin


sekalian atas keterlanjuran kata, terkasar bahasa, terguris rasa.
Sesungguhnya, gitar tidak akan bersuara tanpa jari, bulan tak
akan purnama tanpa matahari. Segala yang baik datang dari
Alah SWT dan segala yang kurang atau kelemahan adalah dari
kami insan biasa. Sebelum mengundur diri, sambutlah salam
manis untuk dan disudahi dengan lafaz suci...
Wabillah hitaufik walhidayah .....
Dan salam sejahtera.