Anda di halaman 1dari 11

MAJLIS PELANCARAN PEMBUGARAN NILAM PERINGKAT DAERAH SUBIS

Masa Acara QUE Perkara Catatan


10.00 Ketibaaan Kelihatan Selamat datang ke majlis perbugaran NILAM
am tetamu hadirin tiba peringkat Daerah Subis kepada Semua.
jemputan
Semasa Minta perhatian. Hadirin diingatkan supaya Hadirin
menunggu mematikan telefon bimbit semasa majlis sedang Berdiri
ketibaan VVIP berlangsung. Selain itu, hadirin dipersilakan
berdiri dan memberikan tepukan gemuruh sebaik
sahaja ketibaan tetamu diumumkan. Terima
kasih.

Ketibaan Muzik Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Puan


Tetamu Dimaiinkan Hajah Shihrini Mastura Mohamed Zulkifli,
VVIP Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi
Pendidikan Sarawak diirinngi Encik Abdul Azid ,
Pegawai Pendidikan Daerah Subis, Encik Awang
Ali, Pegawai Teknologi Pendidikan Bahagian Miri,
En Abdullah Morshidi dan Puan Grace Lungkong,
Pegawai Teknologi Pendidkan Daerah Subis serta
guru besar.
VVIP Dari Raub ingin ke Pontian,
mengambil Terus pula ke Kuala Perlis,
tempat Harap semua berikan perhatian,
Mohon saya mulakan majlis.

Daun layu di tengah gurun,


Nampak jalur pohon cemara,
Tradisi Melayu turun temurun,
Pantun diatur pembuka bicara.

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera


serta Salam Negaraku Malaysia,

Yang Berusaha Encik Abdul Azid bin ismail


(Pegawai Pendidikan Daerah Subis), Puan Hajah
Shihrini Mastura Mohamed Zulkifli (Ketua
Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan
Sarawak), Encik Awang Ali Bin Awang Ahmad
(Pegawai Teknologi Pendidikan Bahagian Miri),
Yang berusaha Encik Abdullah Bin Morshidi
(Pegawai Teknologi Pendidikan Daerah Subis),
Puan Grace Lungkong (Pegawai Teknologi
Pendidikan Daerah Subis), Barisan guru Besar,
Yang Dihormati Guru Perpustakaan Dan Media
Daerah Subis sekalian.
Lagu Semua hadirin Hadirin sekalian..,
Negaraku sedia Tanpa melengahkan majlis kita, dimohon semua
dan Ibu hadirin bersama-sama berdiri untuk menyanyikan
Pertiwiku lagu kebangsaan Negaraku dan lagu Kebesaran
Negeri Sarawak, Ibu pertiwiku.

Selesai Lagu Hadirin dipersilakan Duduk.


Negaraku &
Ibu
pertiwiku
Bersyukur kita ke hadrat Illahi dengan limpah
kurnianya dapat kita berhimpun dalam majlis ini
iaitu Majlis Pelancaran Pembugaran NILAM
Peringkat Daerah Subis 2017. Majlis Pelancaran
Pembugaran NILAM ini merupakan majlis yang
julung kali diadakan di daerah kita. Untuk
pengetahuan semua, majlis ini diadakan sebagai
platform permulaan untuk memupuk budaya
membaca dalam kalangan pelajar di sekolah yang
baru mula mengenal apa itu NILAM. Maka
Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan
Program NILAM peringkat menengah dan rendah
bermatlamat untuk membina tabiat membaca
dikalangan murid serta pelajar.

Oleh yang demikian, bagi memastikan


keberkesanan Program NILAM di sekolah, maka
Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian miri julung
kalinya mengadakan Majlis Pelancaran NILAM
peringkat Bahagian Miri dan Bahagian Bintulu
serentak. Diharap implikasi pelancaran ini nanti
akan dapat menyemarakkan semangat para Guru
Perpustakaan Dan Media dalam melaksanakan
Program Nilam di sekolah masing masing.
Bacaan Doa Hadirin Sekalian....
Supaya majlis pada pagi ini mendapat
keberkatan, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan Encik Yusrizan untuk memimpin
bacaan doa.

Selesai Majlis mengucapkan Ribuan Terima Kasih Kepada


Bacaan Doa En.Yusrizan atas Bacaan Doa Tadi.
Ucapan Kelihatan Puan Adat berbahasa menyampaikan pesan,
Ketua Hajah bersedia Adat upacara menyampaikan ucapan.
Penolong
Pengarah Memulakan bingkisan ucapan, pihak majlis
mempersilakan Puan Hajah Shihrini Mastura,
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi
Pendidikan Sarawak untuk menyampaikan
sepatah dua kata dipersilakan...
Selesai Majlis Merakamkan Jutaan terima kasih kepada
Ucapan Puan Hajah diatas ucapan tadi. Semoga apa yang
Ketua beliau perkatakan tadi dapat memberi ilham
Pengarah kepada semua pada pagi ini.
Ucapan Kelihatan Encik Hadirin sekalian,
Tuan PPD Aziz bersedia Tanpa melengahkan masa majlis diteruskan lagi
dengan menjemput Encik Abdul Azid, Pegawai
Pendidikan Daerah Subis untuk menyampikan
ucapan Pembugaran Nilam Sedaerah.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Selesai Tuan PPD Terima kasih Tuan PPD di atas ucapan tadi
Ucapan Duduk Sungguh bermakna kata-kata amanat yang
Tuan PPD disampaikan. Semoga ia dapat menjadi
perangsang kepada kita semua agar lebih berjaya
di hari muka.
Gimik AJK Pelancaran Hadirian sekalian...,
Pelancaran Sedia Bagi memeriahkan majlis kita pada pagi ini
dijemput Encik Abdul Azid bersama-sama Puan
Hajah Shirinidiiringi en Awang Ali dan Abdullah
untuk merasmikan Majlis Pembugaran Nilam
Daerah Subis.
Selesai Tuan Terima Kasih Tuan PPd dan Puan Hajah diatas
PPd dan Puan kesudian merasmikan majlis kami pada pagi ini.
Hajah Tuan Puan dipersilakan duduk.
Menandatangan
i banner
Penyampaian Hadirin yang dihormati...
Sijil & Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil
Penyampaian SSQS 4-5 bintang.
Sumbangan Sebelum itu saya menjemput Puan Hajah Shihrini
Buku diiringi Encik Abdul Azid untuk menyampaikan
sijil berkenaan....
Dipersilakan
Encik_____________________________
Guru Besar SK Batu Telingai.

Seterusnya dipersilakan Encik Jokdin Bin


Abdullah, Guru Besar SK Tawakal Satap

Mohon Puan Hajah dan Tuan PPD untuk terus


berdiri bagi acara penyampaian sumbangan buku
1 GPM 1 Buku kepada sekolah SK
____________________________________
. Terima kasih diucapkan kepada Puan Hajah dan
Tuan PPD di atas penyampaian tadi.
Sumbangan Sekiranya ada Seterusnya majlis mempersilakan Wakil dari
Buku dari sumbangan dari Pustaka Miri untuk menyerahkan sumbangan
pustaka pustaka buku.
Sebelum itu dijemput

Terima Kasih Pihak Pustaka Miri.


Nyanyian Dijemput semua hadirin untuk sama-sama berdiri
lagu NILAM bagi menyanyikan lagu NILAM.
Selesai Hadirin Dipersilakan duduk.
Nyanyian
Jamuan Hadirian yang dihormati....

Dengan berakhir majlis penyampaian sumbangan


buku tadi, Bagi pihak majlis, saya mengucapkan
ribuan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung
dalam menjayakan program ini.

Kami juga ingin menyusun sepuluh jari memohon


seribu kemaafan sekiranya terdapat sebarang
kecacatan dan kepincangan sepanjang perjalanan
majlis ini.

Tinggi sungguh pohon cemara,


Tegak merimbun di tengah kota,
Tersalah, terkasar butir bicara,
Sepuluh jari maaf dipinta.

Kalau ada jarum yang patah,


Jangan disimpan di dalam peti,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.
Sebelum majlis melabuhkan tirainya dijemput
Puan Hajah dan tuan PPD diiringi Pegawai2
Teknologi Pendidikan Daerah, barisan guru besar
dan rakan-rakan gpm untuk sama2 menjamu
selera. Dipersilakan

Sekian,
Wabillahi taufik walhidayah
Wassalamualaikum warrahmatullahiwabarokatuh.

Anda mungkin juga menyukai