Anda di halaman 1dari 8

ILMU KEIBUBAPAAN

Cara Pasangan Yang Hendak Mendirikan


Rumah Tangga Boleh Mendalami Ilmu
Keibubapaan:
Ilmu keibubapaan boleh diperoleh melalui
pembacaan.
Sumber ilmu lain boleh didapati daripada kursus
keibubapaan dan kursus praperkahwinan.
Mendapat ilmu daripada nasihat ibu bapa dan
ahli keluarga.

Perkara Yang Penting Dalam Ilmu


Keibubapaan;
Setiap pasangan perlu mengetahui perana
sebagai suami atau isteri sebelum menjadi ibu
bapa.
Mereka perlu mempunyai ilmu agama atau
kerohanian,perhubungan sosial,dan kesihatan
fizikal serta mental.
Amalan keagamaan-berkait rapat dengan
kemahiran sosial kerana ilmu ini bersifat
universal.
Kemahiran sosial-kemahiran
berkomunikasi,adab atau
tatasusila,kemahiran menyelesaikan
masalah ,dan hubungan kita dengan
masyarakat
Kemahiran ini diperlukan untuk menjamin
hubungan yang baik antara anggota
keluarga,termasuklah hubungan dengan
ipar-duainya.
Keluarga yang mempunyai kemahiran
sosial kurang menghadapi masalah
dalam kehidupan masyarakat.

Kesihatan Fizikal Dan Mental:


Bakal ibu dan bapa perlu sihat serta tahu
tentang cara menjaga kesihatan fizikal dan
mental.
Mereka perlu bersedia dengan cabaran atau
tekanan dalam kehidupan keluarga.
Perasaan yang negatif seperti
takut,curiga,atau kecewa perlu diatasi dengan
cara yang baik.

Panduan Untuk Menjadi Ibu Bapa Yang


Cermelang:
Ibu bapa yang cermelang saling mengambil
berat dan menyediakan keperluan asas yang
secukupnya untuk keluarga.
Ibu bapa perlu mengamalkan cara
berkomunikasi yang baik dengan ahli keluarga
demi memastikan suasana rumah tangga
sentiasa harmoni.
Sikap terbuka atau berterus terang dan luahan
kasih sayang penting bagi mewujudkan
keluarga yang harmoni.
Keupayaan mengatasi tekanan atau konflik
keluarga akan mempengaruhi keadaan
keluarga.

KEWANGAN YANG STABIL


MENJAMIN KEBAHAGIAAN
KELUARGA

Cara-cara Menguruskan Kewangan Bagi


Sesebuah Keluarga:

*Pendapatan:
Gaji
Upah
Bonus
Dividen

*Pengurusan Kewanagan Yang Berhemat:


Setiap keluarga harus mematuhi prinsip
perbelanjaan secara berhemat.Antaranya -

Merancang perbelanjaan.
Membuat tinjauan,pilihan,dan
membandingkan harga.
Membandingkan kualiti dengan harga.
Melibatkan ahli keluarga dalam membuat
keputusan.

*Simpanan Untuk Masa Depan:


Setiap keluarga perlu mempunyai sejumlah
simpanan untuk masa depan.Antaranya
dalam bentuk-

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).


Pelaburan hartanah.
Unit amanah .
Insurans.
Saham.
*Membuat Belanjawan Bersama-sama:

Simpanan.
Perbelanjaan.
Pengurusan kewangan.
Penggunaan kemudahan kredit.

PERATURAN PERKAHWINAN
MENGIKUT UNDANG-UNDANG
NEGARA

PASANGAN ISLAM-dikendalikan oleh Jabatan Hal


Ehwal Islam.
PASANGAN BUKAN ISLAM-jabatan Pendaftaran
Negara(JPN).

Prosedur yang perlu dipatuhi oleh pasangan


yang beragama islam sebelum menjadi suami
isteri:

Memiliki Sijil Kursus Praperkahwinan Modul


Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam(MBKPPI).
Membuat permohonan untuk kebenaran
berkahwin dengan mengisi borang yang
ditetapkan dan melampirkan dokumen
penting,iaitu salinan sijil kelahiran,salinan kad
pengenalan,Sijil Kursus Praperkahwinan
MBKPPI,dan surat akuan majikan.
Menerima keputusan (kebenaran berkahwin)
daripada pendaftar,
Membuat bayaran untuk mendapatkan Surat
Kebenaran Berkahwin.
Melangsungkan akad nikah.

Membuat pendaftaran berkahwin;


Selepas upacara nikah,pendaftaran perlu
mendaftarkan perkahwinan tersebut dengan
segera.
Pendaftar akan mengeluarkan Surat Akuan
Nikah dalam tempoh 30 hari tarikh
pendaftaran perkahwinan.

Prosedur yang perlu dipatuhi oleh pasangan


yang bukan beragama islam sebelum menjadi
suami isteri:

Pemohonan bagi pendaftran perkahwinan perlu


dibuat di Jabatan Pendaftaran Negara(JPN).Perlu
membawa kad pengenalan dan gambar bewarna
berukuran 32mm x 38mm semasa membuat
permohonan.
Setelah permohonan pendaftaran perkahwinan
dibuat,borang permohonan tersebut akan
dipamerkan pada Papan Pemberitahuan selama 21
hari.
Tarikh pendaftaran perkahwinan akan ditetapkan
selepas 21 hari.Pada hari pengupacaraan
perkahwinan,pasangan perlu hadir bersama dua
orang saksi yang berumur 21 tahun ke atas.
Membuat bayaran untuk Sijil Perkahwinan dan
Perakuan Perkahwinan.

Anda mungkin juga menyukai