Anda di halaman 1dari 4

RATAPAN ANAK TIRI

Di hujung sebuah kampong,tinggal seorang budak perempuan bernama Aisyah.

Bapanya bernama Pak Karsan. Usia Aisyah masih muda. Umurnya baharu sahaja

mencapai tujuh tahun. Dalam usia semuda itu, dia terpaksa menghadapi ujian yang

sangat pedih, iaitu kematian ibunya.

Ibunya meninggal dunia akibat penyakit barah yang agak lama dihidapinya.

Kini tinggallah dia bersama bapanya. Bapanya seorang peniaga. Kini,bapanya agak

sukar untuk keluar berniaga ke luar daerah kerana dia tidak mahu Aisyah tinggal

keseorangan di rumah.

Kebetulan ketika itu,ada seorang janda beranak dua yang tinggal nun jauh di

hujung kampung itu. Dia telah kematian suami sejak setahun yang lalu. Pak Karsan

iaitu bapa Aisyah sering berurus niaga dengan janda itu. Janda itu bernama

Maimunah.

Pertemuan demi pertemuan telah menjalinkan ikatan yang mesra. Tanpa

berfikir panjang, Pak Karsan pun melamar Maimunah dan mereka pun berkahwin.

Pada mulanya, Aisyah dilayan dengan begitu baik sekali oleh ibu tiri dan adik

beradik tirinya. Hidup Aisyah kembali ceria. Namun begitu, langit tidak selalu cerah

dan Pak Karsan pula, perlu keluar daerah untuk menguruskan perniagaannya.

Setelah segala persiapan diatur,maka Pak Karsan pun berangkatlah ke

tempat tujuan. Aisyah terasa begitu sedih sekali. Dia menangis tidak berhenti-henti

kerana terpaksa berpisah dengan bapa tersayang. Namun begitu, ibu tirinya pandai

memujuknya. Maka, terubatlah kesedihan di hatinya.


Tidak lama kemudian, tiba-tiba sahaja ibu tirinya mengherdiknya. Dia

mengarahkan Aisyah supaya mengemaskan barang-barangnya. Selepas itu, dia

menghalau Aisyah. Terkejut Aisyah dengan perubahan sikap ibu tirinya yang tiba-tiba

sahaja berubah perangai seperti singa kelaparan. Ibu tirinya juga mengaku bahawa

sebenarnya, dia hanya mahukan wang bapa Aisyah sahaja. Dia tidak berniatpun

untuk menjaga Aisyah.

Aisyah terlalu sedih dengan situasi itu. Dia menangis semahunya.Dia terlalu

sedih dengan sikap ibu tirinya. Dia tidak pernah menyangka sama sekali yang ibu

tirinya sanggup menghalau dan berkasar dengannya ketika bapanya tiada di rumah.

Namun begitu,Aisyah seorang budak yang tabah. Dia percaya bahawa suatu

hari nanti, bapanya akan cepat pulang. Segalanya akan berubah kembali. Apapun

,dia tetap terperanjat kerana dia baharu sahaja menikmati kebahagiaan dan tiba-tiba

sahaja kebahagiaan itu hilang sekelip mata.

Lagu #

Ibu tiri. hanya cinta.

Kepada ayahku saja

Selagi ayah di sampingku.

Kudipuja.dan dimanja..

Tapi bilaayah pergi.

Ku disiksa dan dicaci

Bagai anak tak berbakti

Tidak menghirauku lagi.


Aisyah pun keluar dari rumah itu. Dia menangis sepuasnya sambil berjalan

tanpa mengetahui arah tujuannya. Bagaimana mungkin seorang budak sepertinya

harus berdikari? Kini, dia perlu fikirkan sesuatu. Dia seorang anak yang kuat

semangat. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk pergi ke rumah bapa

saudaranya di hujung kampung itu.

Sementara Aisyah masih keliru dengan keadaan yang berlaku, ibu tiri dan

adik beradik tirinya terus merancang sesuatu. Kakak tirinya, Maya merancang untuk

memberitahu ayah tirinya bahawa Aisyah jatuh ke dalam sungai dan hilang dibawa

arus. Ibu dan adiknya bersetuju dengan cadangannya dan mereka ketawa

semahunya.

Tiba-tiba, muncul suara yang biasa dikenali dari arah belakang mereka. Suara

itu memarahi mereka. Mereka berasa sungguh terkejut dan panik apabila melihat

akan kemunculan Pak Karsan. Segala rancangan jahat mereka musnah sama sekali

. Pak Karsan benar-benar kecewa atas apa yang berlaku.

Setelah itu,Pak Karsan telah mengambil keputusan untuk menceraikan

Maimunah. Maimunah sangat menyesal kerana dia hanya berminat dengan harta

Pak Karsan sahaja tanpa memperdulikan perasaan Aisyah.

Tidak lama selepas itu, Pak Karsan berkahwin lagi dengan seorang ibu

tunggal yang amat menyayangi Aisyah. Mereka hidup bahagia bersama,selamanya.


PENGAJARAN YANG DAPAT DIPETIK DARI CERITA

1). Kita harus saling hormat menghormati sesama manusia tanpa mengira tua

atau muda.

2). Kita harus berbuat baik terhadap semua orang, buat baik dibalas baik, Buat

jahat jangan sekali.

NAMA PESERTA NURIN BATRISYIA BINTI ZAMBERI

NAMA SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN POKOK SENA

Anda mungkin juga menyukai