Anda di halaman 1dari 7

KRITIKAN JURNAL

1.0 Maklumat Artikel:

Ab Halim Tamuri dan Mohamad Khairul Azman. (2010). Journal of Islamic and Arabic
Education 2(1): 43-56

2.0 Ringkasan Artikel

Artikel yang ditulis oleh Abdul Halim Tamuri dan Mohamad Khairul Azman ini membincangkan
mengenai beberapa amalan pengajaran guru Pendidikan Islam yang berkesan berteraskan konsep
Muallim. Penulis mengariskan beberapa amalan pengajaran yang perlu diaplikasikan oleh seorang
guru Pendidikan Islam antaranya ialah menyelaraskan teori dan amali dalam setiap pengajaran.
Maksudnya ialah, seorang guru perlu memastikan apa sahaja ilmu yang diajar oleh guru perlulah
diaplikasikan oleh murid-murid. Selain itu, seorang guru juga perlu menentukan hala tuju dan
matlamat pengajarannya sebelum menerima dan memahami sesuatu maklumat. Dalam konsteks
pengajaran dan pembelajaran, guru perlu membuat persediaan yang rapi sebelum menyampaikan
ilmu kepada anak murid dan guru juga perlu bersedia terhadap ilmu yang akan diajarkan kepada
anak murid. Sebagai seorang guru yang berkesan, seseorang itu perlu menjadi seorang yang
perihatin dan menjaga kemampuan murid. Guru perlu memahami setiap anak muridnya supaya
murid berasa dihargai. Guru juga perlu mengajar mengikut tahap dan kemampuan murid-muridnya
supaya objektif pengajaran tercapai. Selain itu, dalam artikel ini juga penulis turut menyatakan
mengenai asas kesediaan guru Pendidikan Islam yang berkesan. Antara asas atau ciri-ciri seorang
guru Pendidikan Islam yang berkesan ialah seseorang itu mestilah mempunyai kemahiran dalam
pengajaran dan pengajaran. Terdapat pelbagai kemahiran yang perlu dikuasai oleh seorang guru
seperti kemahiran memulakan pengajaran, kemahiran menyoal, kemahiran motivasi dan lain-lain.
Selain itu, seorang guru yang berkesan juga perlu mempunyai ilmu yang mantap. Hal ini kerana
guru yang berpengetahuan tinggi akan menyebabkan murid-murid mudah memahami ilmu yang
diajar dan juga murid lebih yakin terhadap guru tersebut. Guru yang berkesan juga perlu mempunyai
motivasi diri yang tinggi supaya lebih yakin dalam pengajaran dan juga tidak mudah tertekan. Akhir
sekali, sebagai guru Pendidikan Islam yang berkesan, seseorang itu perlu memiliki personaliti yang
positif. Ini bermaksud, guru itu perlulah menunjukkan tauladan atau contoh yang baik untuk anak
murid sama ada dari segi percakapan, pakaian mahupun tingkah laku.
3.0 Penilaian

Menurut penulis, seorang guru Pendidikan Islam yang baik perlu mendidik anak muridnya
selaras dengan teori dan amal.
Guru Pendidikan Islam juga perlu mempunyai matlamat yang jitu dalam pengajaran dan
pempelajaran
Guru yang berkesan juga perlu menjadi seorang yang perihatin dengan kemampuan anak
muridnya
Guru juga perlu bersikap optimis, beragama, berakhlak, berwibawa, berpendirian tetap dan
menghargai murid.
Guru juga perlu memberi perhatian kepada aspek afektif bukan hanya mementingkan aspek
kognitif dan psikomotor semata-mata.
Selain itu, untuk menjadi seorang guru yang berkesan, seseorang itu perlulah mempunyai
kemahiran dalm pengajaran dan pembelajarn.
Kemahiran yang diperlukan termasuklah kemahiran memulakan pengajaran, kemahiran
menyoal, kemahiran menyediakan soalan, kemhiran motivasi dan lain-lain.
Kaedah dan teknik pengajaran juga perlu bersesuaian dengan murid agar pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih menarik.
Penulis juga menjelaskan bahawa, guru yang berkesan perlulah mempunyai ilmu yang
mantap.
Seorang guru perlu mendalami ilmu yang akan diajar kepada anak murid dan juga ilmu-ilmu
lain luar daripada bidangnya.
Motivasi merupakan elemen yang penting yang perlu dimiliki oleh seoang guru kerana
manusia belajar atas dorongan motivasi.
Akhir sekali seorang guru yang baik perlulah mempunya personaliti yang unggul supaya
dapat menjadi tauladan kepada anak murid.

4.0 Kekuatan dan kelemahan artikel

Kekuatan artikel ini ialah terdapat banyak rujukan pada setiap penyataan yang diberikan
Isi setiap perenggan mempunyai kesinambungan antara satu sama lain
Terdapat dalil dari ayat al-Quran beserta maksud dan nombor ayat.
Antara kelemahan yang terdapat dalam artikel ini ialah rujukan yang digunakan agak lama
dari tempoh artikel dihasilkan.

5.0 Sumbangan keseluruhan artikel


Berdasarkan penelitian saya, artikel ini sangat baik sekiranya dibaca oleh guru-guru
Penidikan Islam kerana banyak imput yang berguna dapat diamalkan.
Artikel ini pada mulanya menyentuh maksud atau konsep sebenar talim atau pengajaran.
Melalui artikel ini kita dapat fahami erti konsep pengajaran yang sebenar menurut neraca
Islam.
Artikel ini juga menjelaskan amalan-amalan yang perlu dilakukan oleh seorang guru
Pendidikan Islam yang berkesan.
Selain itu, artikel ini turut menyatakan ciri-ciri yang perlu ada pada seorang guru PendidkAN
Islam yang berkesan.

6.0 Penutup :

Berdasarkan penelitian saya terhadap artikel ini, dapat saya simpulkan bahawa sebagai
seorang guru Pendidikan Islam, seseorang perlulah menjadi pemimpin yang berwibawa
dalam membentuk insan yang berilmu, berakhlak dan bertaqwa. Setiap guru Pendidikan
Islam juga perlu memiliki kesediaan dan mempunyai keterampilan diri yang unggul untuk
menjadi seorang Muallim yang berkesan. Gguru juga perlu bijaksana dalam melaksanakan
tanggungjawab dan meminmin anak didik kearah melengkapkan diri sebagai seorang guru
Pendidikan Islam. Oleh yang demikian, tidak dapat diragui lagi bahawa guru Pendidikan
Islam merupakan contoh telah yang paling baik untuk generasi yang akan datang.

7.0 RUJUKAN

Ab Halim Tamuri dan Mohamad Khairul Azman. 2010. Amalan Pengajaran Guru

Pendidikan Islam Berkesan Berteraskan Konsep Muallim . Journal of Islamic

and Arabic Education 2(1): 43-56

KRITIKAN JURNAL 2
1.0 Maklumat Artikel:

Muhammad Syukri Salleh. (2013). International Journal of Education and Research


1(6): 1-13

2.0 Ringkasan Artikel


Artikel yang ditulis oleh Muhammad Syukri Salleh ini menceritakan tentang menyusun
strategi Pendidikan Islam. Artikel ini juga, membincangkan mengenai strategi untuk menggalakkan
pembelajaran dalam Pendidikan Islam. Pada zaman dahulu, Pendidikan Islam bergantung kepada
sosio ekonomi dan suasana politik sesebuah negara. Sesebuah negara yang yang dibawah penjajahan
, sistem pendidikan telah dipisahkan daripada syariah hasil daripada pembaratan dalam pendidikan
yang dibawa oleh penjajah. Selepas merdeka banyak negara Islam cuba untuk mengadaptasi model
Pendidikan yang telah digunakan oleh negara Jepun iaitu pemmodenan tanpa pembaratan. Walaupun
Pendidikan Islam bergantung kepada sosio ekonomi dan suasana politik, pendidik dari kalangan
negara Islam mahupun barat telah mencuba sedaya upaya untuk meningkatkan Pendidikan Islam
dengan cara yang sesuai. Sesetengah negara contohnya seperti Britain perlu menerima rialiti
kepentingan memberi laluan kepada Ppendidikan Islam. Selain itu, di Amarika Syarikat juga, usaha
yang menarik turut dilakukan dalam usaha untuk memrtabatkan Pendidikan Islam disana. Sebagai
contoh, terdapat beberapa para pendidikan dari kalangan orang Islam telah mencadangkan satu
pemikiran iaitu Islamisasi ilmu. Dalam jangka masa yang singkat, pergerakkan islamisasi ilmu, cuba
untuk membentuk pendekatan Islam dalam pendidikan dengan mengintegrasikan unsur ketuhanan
dengan sumber manusia. Pada masa kini, Islamisasi ilmu yelah berkembang dengan pesat dalam
negara-negara Islam seperti Indonesia di Universitas Islam Negeri Maulana Malik Ibrahim Malang.
Setiap pelajar pada tahun pertama akan belajar dalam bahasa arab kemudian mereka perlu
menghafaz al-Quran sebelum lepas ke tahun berikutnya dalam bidang lain seperti sains dan
teknologi. Di malaysia juga terdapat ipta yang telah mengaplikasi islamisasi ilmu seperti UIAM,
USIM, KUIM dan banyak lagi. Banyak ipta dan ipts telah mengabungkan bidang yang Pengajian
Islam dengan bidang lain seperti al-Quran dan multimedia dan perubatan. Selain itu, sebelum
islamisasi ilmu ini deserap dalam ipta dan ipts, sebuah badan NGO iaitu al-Arqam telah
menubuhkan pusat pengajian yang bertujuan untuk melahirkan ulama islam dan cerdik pandai islam
dari kalangan professional. Selain itu, dalam artikel ini, penulis turut membicarakan tentang
menstartegi pendidikan Islam. Antara perkara yang perlu diambil perhatian ialah pengurusan
institusi Pendidikan Islam. Menurut kajian, daripada 20 institut Ppendidikan Ilsam di Malaysia
hanya 3 buah institut sahaja menggunakan metod pengurusan Islam yang dikenali sebagai
Pengurusan ketauhidan dan pengurusan cakerawala. Selebihnya menggunakan metod pengurusan
yang berbeza dari segi falsafahnya dan epistemologinya dari Islam. Selain daripada itu, penekanan
dalam pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan pendidikan Ilsam juga penting. Terdapat dua
jenis bentuk pengajaran dan pembelajaran iaitu minda ke minda dan hati ke hati
walaubagaimanapun pengajaran melalui hati ke hati lebih penting. Seterusnya, langkah ketiga dalam
menstartegikan pendidikan Islam ialah dengan strategi kendiri. Terdapat beberapa perkara yang
perlu diambil perhatian pertamanya berkiatan kewujudan orentasi pendidikan yang pelbagai seperti
orentasi sekular, orentasi trdisional, orentasi moden atau liberal dan lain-lain. Keduanya ialah stategi
yang berbeza nerkaitan pendidikan Islam mengikut negeri terutama kawasan yang utama dan
kawasan yang minoriti. Ketiganya ialah tanggapan negara tersebut terhadap Pendidikan Islam dan
keempatnya ialah peluang yang ada dan bagaimana pendidik Islam mengambil peluang ini untuk
menyebarkan Pendidikan Islam. Oleh itu, sebagai langkah untuk membuktikan objektif, istitusi
pendidikan perlu melakukan tiga perkara iaitu keperluan meniru, penanda aras dan bersaing.

3.0 Penilaian
Menurut penulis, negara yang dijajah terkesan dengan sistem sekularisme
Oleh itu, banyak negara Islam cuba menggunakan model pendidikan dari jepun yang
bertemakan pemodenan tanpa pembaratan.
Ramai pendidik Muslim daripada nrgara Islam dan barat berusaha sedaya upaya
untuk menyebarkan Pendidikan Islam dalam pelbagai cara.
Penulis juga membincangkan tentang islamisasi ilmu yang mula diperkenalkan di
Amarika Syarikat
Kemudian diaplikasikan oleh negara-negara Islam seperti amlaysia dan indonesia
yang menerapkan proses Islamisasi ilmu dalam ipta dan ipts.
Islamisasi ilmu bermaksud menerapkan dan memasukan bidang pendidikan Islam
dalam bidang-bidang lain.
Di malaysia terdapat banyak ipta dan ipts yang telah menerapkan islaminasi ilmu
dalam bidang pengajian antaranya UIAM,USIM,KUIM,KITAB dan alain-lain.
Al-Arqam juga antara badan yang terawal menerapkan islamisasi ilmu dalam pusat
pendidikan mereka.
Penulis juga menyusun beberapa startegi dalam Pendidikan Islam antaranya melalui
pengurusan institut Pendidikan Islam.
Cara pengurusan mestilah berdasarkan asas Islam seperti Tawhidic Management
Selain itu, metod pengurusan sesebuah institusi juga boleh diadaptasi dari barat
dengan syarat kita perlu menggubah suai mengikut neraca Islam.
Selain itu, dalam menyusun startegi dalam Pendidikan Islam, kaedah pengajaran dan
pembelajaran juga penting.
Penulis mengariskan pengajaran dan pembelajaran melalui dua kaedah iaitu minda ke
minda dan hati ke hati.
Elemen ketiga yang penting dalam menstrategikan Pendidikan Islam adalah dengan
membuat strategi secara sendiri.
Perkara yang perlu diambil perhatian adalah terdapat pelbagai aliran dalam sesebuah
negara seperti pendidikan berorentasikan sekular, tardisional, liberal dan lain-lain.
Selain itu, terdapat pelbagai strategi yang berbeza dan juga persepsi negara itu
terhadap Pendidikan Islam dan orang Islam

4.0 Kekuatan dan kelemahan artikel

Kekuatan artikel ini ialah penulis menggunakan pelbagai rujukan yang terkini.
Selain itu, penggunaan bahasa yang sesuai dan mudah difahami
Antara perenggan terdapat kesinambunagn dan isi yang jelas
Jurnal yang ditulis ini juga indexnya tinggi
Kelemahannya pula ialah antara pendahuluan dan isi utama tidak terdapat kesinambunagan
secaa jelas.
Di bahagian kaedah pengajaran guru penulis hanya menyenaraikan kaedah akal ke akal dan
hati ke hati sahaja tanpa menyentuh kaedah pengajaran guru yang berkesan seperti kaedah
berpusatkan murid atau masteri learning dan sebagainya

5.0 Sumbangan keseluruhan artikel


Artikel ini memberi banyak input penting antaranya penulis turut menyentuh berkenaan
model pendidikan timur dari Jepun yang mula diguna pakai oleh negara-negara Islam.
Penulis turut menyentuh berkenaan Islamisasi ilmu dalam ipta dan ipts di Malaysia dan
kepentingan islamisasi ilmu dan mencorak hala tuju Pendidikan Islam di Malaysia
Seterusnya penulis turut menyatakan beberapa strategi yang penting dalam memertabatkan
Pendidikan Islam antaranya ialah melalui pengurusan institusi pendidikan. Institusi
pendidikan memain peranan penting dalam memertabatkan Pendidikan Islam dengan
menggamalkan metod pengurusan yang berlandaskan Islam.
.selain itu, antara strategi lain ialah melalui kaedah pengajaran guru. Kaedah yang paling
baik menurut penulis ialah dari hati ke hati kerana melalui hatilah akan berlakunya proses
penyucian jiwa.

6.0 Penutup :
Berdasarkan penelitian saya terhadap artikel ini, saya dapat simpulkan bahawa Pendidikan
Islam sangat penting dalam sesebuah negara kerana sekiranya pendidikan Islam diabaikan
maka sistem pendidikan sesebuah negara akan dikuasai sistem barat. Apabila pengurusan
institusi pendidikan lemah maka mereka akan menggunakan sistem sekular atau liberal
dalam pendidikan Islam yang menatijahkan kerosakkan dalam agama Islam. Oleh itu, orang
Islam terutama guru dan pihak pengurusan perlu mengambil inisiatif untuk meningktakan
mutu pengaran dan pengurusan supaya Pendidikan Islam dalam sesebuah negara menjadi
contoh kepada sistem pendidikan lain.

RUJUKAN

Muhammad Syukri Salleh. .2013. Strategizing Islamic Education. International

Journal of Education and Research 1(6): 1-13

Anda mungkin juga menyukai