Anda di halaman 1dari 7

Soalan Kuiz II

Sidang Akademik 2015/2016

Nama: No Matrik:

1. Yang manakah BUKAN merujuk kepada zaman Neolitik?


a. Mahir dalam membuat tembikar daripada tanah liat dan alat beliung
b. Mencipta barang kemas seperti kalung, anting-anting dan gelang
c. Mempunyai sistem tulisan untuk merekod
d. Bercucuk tanam dan menangkap ikan
J: C
2. Yang manakah merujuk kepada tapak Zaman Logam di Filipina?
a. Tapak Non Nok Tha
b. Tapak Ban Chiang
c. Tapak Gua Manunggul
d. Tapak Pusu Lumut
J: C

3. Antara berikut adalah ciri-ciri tamadun awal di Asia Tenggara KECUALI?

a. Memiliki wilayah kawalan


b. Mampu menghasilkan makanan yang mencukupi
c. Memiliki penempatan tetap/jangka panjang
d. Menghasilkan tembikar untuk kegunaan harian

J:D
4. Apakah yang dimaksudkan oleh kerajaan maritim?
i- Kerajaan yang menjalankan aktiviti ekonomi berasaskan perdagangan dan kelautan.
ii- Terletak di kawasan subur dan pendalaman
iii- Berfungsi sebagai pelabuhan
iv- Memungut hasil hutan dan sungai

a. i dan iv
b. i, ii dan iii
c. ii, iii dan iv
d. i dan iii
J:D
5. Apakah yang dimaksudkan dengan istilah pemburu pemungut kontemporari?
a. Penempatan terpencil, foraging, tinggal di kawasan yang sukar diekses oleh orang,
bukan penternak atau petani, bukan sedentari dan berbudaya memburu pemungut.
b. Penempatan terpencil, foraging, menjalankan aktiviti penternakan dan menjadi petani
dan berbudaya memburu pemungut.
c. Penempatan skala besar, tidak foraging dan menjalankan aktiviti ekonomi dengan
skala besar.
d. Penempatan terpencil, foraging dn tidak menjalankan aktiviti memburu dan memungut

J: A
6. Yang manakah antara berikut adalah kerajaan maritim di Asia Tenggara?

a. Kerajaan Suvarnabhumi
b. Kerajaan Angkor
c. Kerajaan Kedah-Tua
d. Kerajaan Vyadhapura
J:C
7. Akta ini digunapakai untuk menguatkuasakan peruntukan bagi pemuliharaan dan
pemeliharaan Warisan Kebangsaan, warisan semulajadi, warisan kebudayaan ketara dan
tidak ketara, warisan kebudayaan di bawah air dan harta karun serta perkara yang
berkaitan. Penyataan ini merujuk kepada akta?

a. Akta Warisan Kebangsaan 2005


b. Ordinan Warisan Budaya Sarawak 1993
c. Enakmen Barang-barang Kuno dan Harta Karun 1977
d. Akta Warisan Kebangsaan 1992

J:A
8. Antara berikut yang manakah tapak-tapak yang mewakili Zaman Neolitik di Malaysia?
i- Gua Cha, Kelantan
ii- Bukit Tengkorak, Sabah
iii- Bukit Bunuh, Perak
iv-Gua Samang Buat, Sabah

a. i dan ii
b. i dan iii
c. ii dan iv
d. I, ii dan iii
J: A
9. Gendang Dong Son yang ditemui di Malaysia ialah dari kelas Heger I merupakan
variasi gendang belanga yang paling awal ditemui di Asia Tenggara. Yang manakah di
bawah menunjukkan ciri-ciri Gendang Dong Son ini?

i- Mempunyai corak burung terbang, rusa, figurative manusia dan bintang bucu 12.
ii- Mempunyai pelapik di bahagian bawah
iii- Mempunyai corak geometrik pada bahagian badan
iv- Berwarna coklat

a. i dan iv
b. i, iii dan iv
c. i dan iii
d. Kesemua di atas
J: C
10. Evolusi sesebuah masyarakat primitif kepada masyarakat yang bertamadun melibatkan
dua peralihan utama. Peralihan pertama dalam peradaban manusia adalah?

a. Perubahan dari masyarakat Paleolitik kepada masyarakat Epi-Paleolitik.


b. Perubahan dari masyarakat memburu memungut kepada masyarakat petani awal.
c. Perubahan dari masyarakat memburu pemungut kepada masyarakat Zaman Mesolitik
d. Perubahan dari masyarakat Austronesia kepada masyarakat Polinesia
J: B

11. Apakah kerajaan awal yang wujud di Asia Tenggara pada kurun ke-2 Masihi?
a. Kerajaan Angkor dan Kerajaaan Hamsavati
b. Kerajaan Funan dan kerajaan Srivijaya
c. Kerajaan Funan dan Champa
d. Kerajaan Melaka dan Majapahit

J:C
12. Mengapakah aktiviti memburu memunggut penting dalam masyarakat pemburu
pemungut kontemporari?
i- Salah satu cara hidup
ii- Kelangsungan hidup
iii- Kurang risiko kerana makanan dan subsisten lebih terjamin
iv- Mudah bergerak dan memanipulasikan habitat yang berbeza

a. i dan iii
b. ii, iii dan iv
c. i dan iii dan iv
d. Kesemua di atas
J:D

13. Apakah yang dimaksudkan dengan konservasi?


a. Proses mengasingkan antara artifak dan ekofak untuk tujuan pembersihan dan
penyimpanan
b. Akitiviti pemuliharaan ke atas bangunan, monumen dan tapak yang merangkumi
beberapa aktiviti lain seperti proses pemeliharaan, pemugaran, pembaikpulihan,
pembinaan semula dan penyesuaian guna atau mana-mana gabungan antaranya.
c. Merekod jumlah artifak yang dijumpai di tapak-tapak arkeologi bagi mendapatkan data
kuantitatif
d. Pengamatan dari udara terhadap permukaan tanah dan mendokumentasikan dengan alat
foto udara
J: B

14. Pelancongan warisan (Cultural Heritage Tourism) merujuk kepada aktiviti yang
melibatkan elemen warisan. Yang manakah tidak merujuk kepada pelancongan warisan?
a. Bangunan (architectures)
b. Makanan warisan (Food heritage)
c. Kepercayaan dan ritual (Traditional beliefs and rituals)
d. Harta Pusaka (inheritance)

J: D

15. Berikut adalah ciri-ciri Zaman Logam DIKECUALI?


a. Bermula sekitar 5000- 4000 tahun dahulu.
b. Terbahagi kepada dua zaman iaitu Zaman Gangsa dan Zaman Besi.
c. Menghasilkan api dengan suhu yang tinggi.
d. Aktif dalam kegiatan pertanian dan penternakan.

J:A
16. Yang manakah mengambarkan bukti-bukti Zaman Logam di Vietnam?
a. Penemuan kapak Gangsa Bersoket di Ban Noi
b. Penemuan Gendang Dong Son di Dong Anh, Hanoi
c. Acuan seramik seramik Igot di Non Pa Wai
d. Jongkong kuprum di Neon Klong Bamrung

J: B

17. Kerajaan Funan berkembang menjadi kerajaan maritim disebabkan oleh kedudukan
pelabuhannya yang strategik. Pelabuhan kerajaan Funan dikenali sebagai?
a. Pelabuhan Ec-co
b. Pelabuhan Oc-eo
c. Pelabuhan Er-oc
d. Pelabuhan Oc-Oe

J:B

18. Apakah pembahagian tugas antara lelaki dan wanita dalam band?
a. Lelaki pemunggut dan wanita menternak
b. Lelaki memburu dan wanita menternak
c. Lelaki memburu dan wanita memunggut
d. Lelaki penternak dan wanita memunggut

J:C

19. Berikut adalah Piagam Warisan Budaya dan Pelancongan Kebangsaan menetapkan
enam prinsip dalam pengurusan pelancongan di tapak-tapak warisan. Prinsip yang
manakah yang TIDAK BENAR?
a. Aktiviti pelancongan dan konservasi perlulah memberikan manfaat kepada
masyarakat setempat
b. Aktiviti pelancongan yang ditawarkan mestilah memelihara dan mengukuhkan
keadaan asal tapak-tapak warisan.
c. Aktiviti konservasi dan pelancongan di tapak-tapak warisan mestilah melibatkan
penduduk setempat.
d. Pembangunan yang pesat perlu dilakukan di kawasan tapak-tapak warisan tanpa
menghiraukan keadaan asal sesuatu tapak warisan itu.

J:D

20. Berikut adalah tapak-tapak yang tidak ditemui artifak Zaman Besi di Semenanjung
Malaysia KECUALI?
a. Bukit Tengkorak, Sabah
b. Bukit Bunuh, Lenggong, Perak
c. Lembah Mansuli, Sabah
d. Cangkat Menteri, Sempadan Perak-Selangor

J: D

21. Apakah yang dimaksudkan dengan band?


a. Terdiri daripada 25 orang
b. Terdiri daripada 250-400 orang
c. Terdiri daripada 2500-4000
d. terdiri daripada 50 orang
J:A
22. Apakah ancaman pelancong kepada tapak-tapak warisan?
i- vandalism
ii- Kecurian
iii- Pencemaran
iv-Kesesakan

a. i dan ii
b. ii, iii dan iv
c. i, ii dan iii
d. Kesemua di atas
J: D

23. Kumpulan terawal pemburu pemunggut adalah kumpulan Negrito. Yang manakah
menunjukkan sub-etnik kumpulan Negrito?
a. Chewong
b. Besisi
c. Orang Seletar
d. Jahai

J: D
24. Antara jumpaan artifak Zaman Logam di Santubong adalah?
i- Kubur kepingan granit
ii-Bijih besi
iii- Objek besi
iv-Gendang Dongsun

a. i dan ii
b. i dan iv
c. ii dan iii
d. i, ii dan iv
J: C
25. Apakah kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat pemburu pemungut kontemporari
di Asia Tenggara?
i- Kepercayaan Anamisme
ii- Roh dato nenek
iii- Kepercayaan pengkebumian tajau
iv-Tiada upacara ritual/amal

a. i dan iii
b. iii dan iv
c. i,ii dan iii
d. i dan ii

J: D

Anda mungkin juga menyukai