Anda di halaman 1dari 2

ARAHAN DAN TATACARA KEBAKARAN.

1. Notis Kebakaran

Kalau anda nampak kejadian kebakaran :


a) Bunyikan loceng isyarat dengan segera.
b) Beritahu guru atau pihak yang bertanggungjawab.

Bila mendengar bunyi loceng :


a) Kerani yang bertanggungjawab hendaklah menghubungi bomba dengan
segera.
b) Guru yang mengajar di dalam kelas hendaklah mengetuai pergerakan
mengosongkan bangunan seperti yang diarahkan.
c) Panggilan baris hendaklah dibuat di tempat berkumpul.
d) Tentukan tidak seorang pun memasuki bangunan sehingga diberitahu yang
bangunan sudah selamat dimasuki oleh pegawai kanan bomba.

2. Mengosongkan Bangunan
Semua penghuni hendaklah keluar ke tempat yang selamat dengan cepat dan licin
tanpa kekecohan.

Apabila loceng isyarat dibunyikan :


a) Pelajar-pelajar hendaklah berdiri di sisi meja masing-masing dan tunggu
arahan guru yang sedang mengajar di kelas itu. Jangan bawa apa-apa
barang keluar dan bertenang.
b) Guru hendaklah memberitahu pelajar-pelajar akan lorong dan pintu yang
mesti digunakan untuk keluar daripada bangunan itu dengan selamat.
c) Pelajar-pelajar daripada setiap kelas mestilah membuat satu barisan
(single line) dan kemudian meninggalkan kelas itu mengikut jalan yang
ditentukan oleh guru.
d) Pelajar-pelajar mestilah bergerak dengan senyap, tidak terburu-buru atau
berlari tanpa potong memotong sehingga sampai ke tempat yang
ditentukan.
e) Guru di kelas berkenaan hendaklah memgekori barisan pelajar-pelajarnya
dengan membawa daftar kedatangan (jika ada di kelas pada waktu itu) dan
sambil itu menutup pintu-pintu bilik darjah.
f) Bercakap atau ketawa tidak dibenarkan semasa pengosongan bangunan
dilakukan.
g) Pelajar-pelajar dan sesiapa yang tiada di dalam kelas ketika loceng isyarat
dibunyikan hendaklah dengan serta-merta pergi ke tempat perhimpunan.
3. Memanggil Bomba

a) Apa jua corak kebakaran yang berlaku di dalam bangunan, pihak bomba
hendaklah dihubungi dengan segera oleh kerani atau sesiapa yang
berhampiran dengan telefon.

4. Tempat Berkumpul
a) Tempat berkumpul adalah di tengah padang sekolah berlawanan bangunan
B
b) Pelajar-pelajar diminta beratur mengikut kelas masing-masing seperti
dalam gambarajah pelan laluan kebakaran yang disediakan.
c) Pelajar hendaklah berdiri secara rapat-rapat dan dalam barisan dan tidak
berselerak.

5. Panggilan Baris

a) Panggilan baris untuk pelajar-pelajar hendaklah dibuat oleh guru tingkatan


dengan menggunakan buku daftar kedatangan.
b) Guru tingkatan hendaklah melaporkan dengan serta- merta kepada
Pengetua/ Guru Penolong Kanan sama ada semua pelajar di bawah
jagaannya sudah berkumpul atau tidak.
c) Pelajar/ sesiapa yang diketahui tidak ada di tempat berkumpul hendaklah
dicari dengan serta-merta.
d) Tidak seorang pun dibenarkan memasuki bangunan itu semula sehingga
mendapat kebenaran daripada pegawai bomba atau Pengetua

6. Am

a) Guru bertugas, guru-guru lain yang tidak mengajar semasa berlakunya


kebakaran adalah diminta memberi apa jua bentuk pertolongan yang
diperlukan.
b) Sila pastikan tiada pelajar tertinggal di bahagian sekolah seperti di bilik
pengurusan diri, kantin, tandas atau makmal.
c) Pembantu makmal diminta menutup semua suis gas di makmal.
d) Kakitangan sekolah/ guru yang berhampiran dengan bilik suis diminta
menutup suis besar.
e) Kakitangan pejabat di minta membunyikan loceng isyarat, menelefon
bomba, mengutip jadual kedatangan seperti yang dijadualkan.

Anda mungkin juga menyukai